KISAH ADIK BERADIK BERGADUH:
MILIK SIAPAKAH KHEMAH ITU?
.
Sedang lidah lagi tergigit, kan.
Lidah dan gigi duduk satu ruang sama π.
Inikan pula adik beradik π.
Cantik peribahasa lama.
.
Ini kisah mengenai Fateh dan Khairunnisa.
----------------------
Haritu Fateh dan KN gaduh sungguh pasal khemah pokedot ni.
Saya tak dapat masuk campur awalnya sebab tengah handle Baby Yumna,
Macam biasalah, suara KN nyaring penuh dengan emosi kesakitan π
(sakit hati sesangat).
.
Usai handle Yumna,
saya pun terus ke arah mereka dan guna 'kuasa veto' dan teknik solusi,
saya buat keputusan untuk minta mereka berdua keluar dan lipat khemah,
maka khemah ini tiada siapa boleh jadi pemiliknya.
.
*Oh ya, isu mereka dua ialah 'masing masing tegas mengaku khemah ini milik mereka' (orang Thinking dan kuasa takhta/ pemilikannyaπ)
.
Milik Siapakah Khemah Itu?
~~~~~~~~~~~~~~
Tidak lama selepas tu,
pabila saya dan budak berdua sudah tenang,
saya berfikir yang ini tak boleh dibiarkan begitu saja, ini tak betul.
Kalau saya tak buat sesuatu,
saya yakin perkara ini akan berulang,
maka saya perlu lakukan sesuatu.π€
(ting π‘, storytelling menerpa di minda).
.
Jadi saya pun mulakan macam ni.
.
"Fateh, ceritakan apa berlaku".
Fateh pun cerita dengan panjang lebar.
Ok, yang saya faham,
Fateh sedar khemah itu memang saya beli untuk dia masa dia kecik kecik dulu.
Cumanya Fateh 'pantang' (marah) sebab Kakak tak minta izin untuk masuk khemah.
Okay, itulah puncanya.π€
Jadi kalau kakak minta izin, Fateh akan beri masuk? Ya kata dia.
.
Kemudian saya menoleh kepada Khairunnisa'.
"Kakak, ceritakan apa yang berlaku"
Kakak pun cerita dengan sungguh sungguh dia.
Kesimpulan yang sayadapat,
si Kakak yang egosentrik ni (barang dia milik dia, barang orang milik dia jugaπ
),
yakin yang ini khemah dia sebab warna merah (Thinking akan reasoning),
Abang kan suka warna biru? (punyala alasan logik benau dia beri ππ, waduh)
.
Okay,
Kemudian saya pun memulakan cerita.
.
Mummy kahwin ayah,
Mummy dapat anak 1, Abang Fateh.
Khemah tu Mummy beli untuk anak Mummy. Lepas tu Mummy dapat anak kedua, Kakak, maka khemah ini untuk anak Mummy nama Fateh dan Khairunnisa.
Kemudian Mummy dapat anak no 3 nama Yumna, maka khemah ni jadi milik 3 orang anak Mummy yg comel tu,
nanti akan datang Mummy dapat anak ke 4 nama Luqman Al Hakim ke,
maka khemah ni milik 4 orang lah, kan?
.
Allah ada berapa? Satu.
Matahari ada berapa? Satu.
Siapa pemilik matahari?
Allah, kata Fateh.
Matahari untuk siapa?
Semua manusia ciptaan Allah.
Banyak tak? Banyak, juta juta.
Mummy ada berapa? Satu
Khemah ni milik Mummy sebab Mummy yg beli.
Anak Mummy ada berapa? 3 kata KN.
Jadi khemah ni milik Mummy tapi dikongsi 3 orang buat masa ini.
Boleh, boleh?
Boleh.
Terus Fateh pergi ke tempat simpanan khemah dan buka khemah.
Dan KN (Ti) berlatih minta izin, skripnya elok, maka Fateh pun bagi masuk. (Fateh Te ada benchmark dia).
Bereh.
Alhamdulillah.π
--------------
Refleksi:
1) Saya gunakan kuasa veto dan teknik solusi terus sebab itu yang terbaik buat masa itu. Emosi saya tak ok, anak anak juga semakin 'parah' pertelingkahannya.
2) Bila dah tenang, dan anak anak dah tenang (tak lama, dalam beberapa minit saja, sebab saya bergerak banyak maka energi mengalir keluar pantas), saya buat storytelling jenis 'narrative story'.
3) On the spot Allah ilhamkan saya metafora yang sesuai saya kaitkan iaitu matahari dan naungan di bawahnya yang meliputi seluruh alam mendapat rahmat.
4) Kerap dan sentiasa kaitkan dengan spiritual sebab manusia tetap berbatas, dan mungkin tidak cukup adil dan standard. i. Allah suka, ii. Rasulullah suka, iii. ibubapa suka.
5) Untuk mendorong fitrah anak kecil yang sukakan kebaikan, sukakan perasaan 'disukai', buat baik (please) sebab nak disukai, nak perhatian, banyakkan keyword 'SUKA' kerana ia positif, buat orang rasa seronok (bukan marah, benci, murka, neraka dsb.).
Maznah Ibrahim.
p/s jika idea ini boleh diguna bersama, kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya
T.mazn.me/chan
Kalau cari penulisan berkaitan adik beradik bergaduh, ada berpuluh