ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 15 759 مشتركاً، محتلاً المرتبة 967 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 335 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 15 759 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 25 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -145، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -6، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 3.90‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.13‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 614 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 335 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 26 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

15 759
المشتركون
-624 ساعات
-337 أيام
-14530 أيام
أرشيف المشاركات
Bagaimana Nak Mulakan Satu-satu Perubahan? Kita boleh berubah menjadi lebih baik setiap hari. Kita pasti boleh dengan asas: kita ada niat yang baik. (Niat pun sudah diberi pahala kan?) Maka dalam meneruskan niat anda (apa jua), hanya perlukan BUAT AJA dan dengan KONSISTEN saja, ok. Contoh: 😊 Senyum kepada anak setiap kali dia melihat wajah anda - bayangkan jika ini kali terakhir dia atau kita menatap wajah masing-masing, tidakkah momen itu kita mahu jadikan sebagai momen terbaik dan terindah? 🥰 Peluk anak selepas setiap kali solat, dapat 3 kali minima kesempatan pun dah kira ok sangat (berbanding tiada langsung : 0 kan?). Bayangkan jika tidak dicuri masa itu atau tidak dicipta rule baik ini, kita terlepas peluang nak peluk mereka sewaktu mood dan tenaga kita di tahap agak BAIK, TENANG dan fitrah (sebab baru lepas solat). Ini contoh kecil saja, Saya maksudkan lakukanlah hari-hari aksi kecil sebegini, Konsisten. Ada bezanya, ada impak atau kesannya, Tidaklah sesia apa jua usaha kecil kita ini, Kerana ia ada MAKNA nya yang tersendiri.. (momen, saat, satu proses kepada sesuatu hasil) CARE 💗, Maznah Ibrahim Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

TUNE IN SKILL FOR PARENTS Antara teknik dalam EHSABAR LEVEL 2 (dahulu) ialah belajar dan praktis skil 'Tune In' secara verbal dan nonverbal untuk komunikasi berkesan dengan sesiapa yang kita mahu deal. Anak, suami, rakan, etc. Bagaimana ya? Saya share asas. Jika emosi anak excited No 9/10, ibubapa sebaiknya respons excited juga tahap 9/10. Baru Matched. Puas. => Cuba tepuk penuh kedua tapak tangan kita tu, rasa macam mana? Tepuk penuh 'full match' tu kiranya sama banyaknya TENAGA digunakan oleh kedua tapak tangan kanan dan kiri, dan seluruh tapak tangan dan 5 jari kiri tu kena dengan kanan = matching / kena betullah orang kata 😄. *Cam gitulah anak rasa puas bila kita juga excited sama 9/10 dengan dia bila dia nak bercerita tu.... *Dan cam gitu jugalah if tepuk tak kena atau sipi sipi kena - anak rasa tak puas baru nak meluah ibu ayah pandang tepi aja, ada kesannya terhadap sistem emosi mereka (bahagian Play, Care/attachment dan Seeking system dalam otaknya). . Sebaliknya jika anak sedang sangat marah 9/10, ibubapa sebenarnya perlu respons SABAR 9/10 ya 😄 Sabar, sabar... . Jangan sama kan mereka anak kecil dengan diri kita. Usia mereka jauh beza dengan usia kita. Maka tanggungjawab kita memang besar bukan setakat mengasuh, malahan mendidik dan melindungi mereka dari sebarang kesakitan (luaran dan dalaman). Care ❤, Maznah Ibrahim *********************************** Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

IbuBapa Jadi Magic Mirror Kepada Anak ================================= 1 Julai 2017 Sabtu Tadi Fateh kata dia ada 4 perkara silap dilakukan, . 4 kesilapan dia ini dia nyatakan dengan penuh insaf 😅 (misteri dan berdebar saya menantinya): 1. Dia tak melompat lepas mandi maka mami hampir nak terjatuh, bahaya. (air menjejeh jadi saya memang hampir jatuh tadi) 2. Fateh tertumpah air milo lepas tu Fateh lap dengan tisu. 3. Fateh marah uncle kat rumah kenduri aqiqah tadi (sambil ulang tunjuk aksi garang dia macam biasa style dia tu) 4. Fateh tak tutup tin biskut merry. . Okay, no 1,3 tu memang kami dah proses bersama (muhasabah dan nasihat secara berhikmah dari mak ayah dia, kami tegur dan explain baik-baik sungguh-sungguh), No 2 saya memang tak perasan ia berlaku, yang saya nampak memang mug milo dia dah kosong habis minum, cuma saya minta dan ingatkan dia letak cawan dah minum atas meja sahaja. No 4 tu kelupaan harian yang diingatkan berulang kali tiap hari jadi saya tak expect dia mengakui dengan penuh sesalan 😄 . saya terus berikan/nyatakan 10 kebaikan dia hari ini. . 1. Fateh berjaya lompat 20 kali lepas mandi, maka mami tak jatuh pun. 2. Fateh berjaya tutup tin biskut lepas makan, maka biskut tak lemau. 3. Fateh bertanggungjawab lap sendiri air milo tumpah, maka tak kotor la lantai. 4. Fateh berjaya patah balik salam ngan uncle rumah kenduri tadi walau dah nak balik dah. 5. Fateh berjaya dimandikan dan digosokkan gigi oleh mummy sampai bersih berkilat licin dan tak jadi rumah bakteria makanan 6. Fateh berjaya main dengan gembira bila Khairunnisa' berlakon jadi aunty chinese kita yang gunting rambut tu 7. Fateh berjaya minta maaf kat ayah pasal bising nak pistol lain 8. Fateh mengakui kesalahan Fateh dengan mummy, mummy bangga dan syukur sebab fateh anak soleh bertanggungjawab atas kesalahan Fateh. 9. Fateh berjaya tahan diri tak tengok kartun robot, tengok umar dan hana dan upin ipin aja. 10. Fateh tunjukkan kasih sayang kat mummy dengan kiss dan hug mummy, penyayang, prihatin dan empatik. . . Lihat, bagaimana anak Thinking berfikir-fikir kesilapan dia, . dan semua itu ada perspektif kebaikan dia yang dia tak nampak. . kita bantu dia untuk 'feel good' atas kejayaan kecil yang kita 'as parent' mata helang boleh nampak. . walau kecil, ia besar. . ia spesifik cuma 'different angle' sahaja, . agar dia tak fokus kepada 'side' yang negatif dan silap/salah, . sedangkan menyedari dan mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tak semua orang boleh lakukan muhasabah macam ini, . Dan ketahuilah peringkat usia 3-5/6 tahun, antara initiative (inisiatif berusaha) vs. guilty (rasa bersalah), . Maka anak mudah RASA BERSALAH bila ditegur kesalahan, atau semasa dia berusaha sesuatu kita cepat cepat betulkan. . Jadi bila kita betulkan kesilapan dia, gunakan teknik sandwich (roti-daging-roti) (intro puji umum - tegur kesilapan - balut dengan puji dan harapan/doa baik-baik), . Agar terubat rasa bersalah dia, sebab takkan kita mahu biarkan mereka tidak sedar apa betul dan salah, . Hanya methodnya sahaja perlu berhikmah. . Eh, dia tahu ke mak dia selalu buat refleksi diri 😄😄😄 . . . Refleksi, Maznah Ibrahim #awareparenting #skill_bubapakini #misi_ibubapakonsisten *************************************** Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

photo content

photo content

Hadiah untuk semua👇 untuk tahun 2021 ya. Terima kasih Pn Ili Hazwani kerana bertanyakan maka saya membuatkannya 👍😊

Apakah Kita Sama Saja Semalam dan Hari Ini? Sesuatu yang kita bawa untuk masa akan datang adalah momen: sama ada kesilapan untuk tidak diulang kembali mahupun yang baik dan elok kita mahu ulang / tambah baik lagi. Saya merasakan masa itu sememangnya mahal dan terlalu banyak masa saya tidak diisi dengan baik, sebaiknya seperti saya hasratkan dan Tuhan mahu. Sesuatu yang amat saya hargai adalah kesanggupan saya untuk komit kepada sesuatu yang telah saya tanggung ('pain') lama, iaitu kesukaran untuk fokus dan konsisten, dan buat awal. Itulah yang saya pelajari mulai November 2020, saya hargai dan saya bawa spiritnya untuk tahun baru, hari ini dan setiap hari seterusnya. Untuk anda yang saya hargai, saya doakan anda semua sentiasa positif dan dalam keadaan sihat, baik, sejahtera serta sentiasa sedar dengan apa jua tindakan, kerana telah berada dalam kawalan diri yang baik, ia tentunya kerana dengan izin dan rahmat dari Nya yang tidak putus-putus kepada hamba yang mahu kembali kepada Nya. Care ❤🌹, Maznah Ibrahim. Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan . Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t

photo content

Semoga kita sentiasa dapat menjaga tubuh badan kita dengan berfikir, berasa, mengucapkan, melakukan yang baik dan perlu untuk
Semoga kita sentiasa dapat menjaga tubuh badan kita dengan berfikir, berasa, mengucapkan, melakukan yang baik dan perlu untuk pertumbuhan anak-anak kita. Care❤, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan *dengarkan audio podcast saya berkenaan 1 tips yang baik bagi self hypnoscript diri untuk self control: link di telegram ya ⚘

Audio Post #13 Saya kongsikan satu cara yang boleh kita lakukan dalam seharian kita untuk kawalan emosi. https://open.spotify.com/episode/55SPe8xEojuJ99AJIaewbB?si=Lo0_soCpS1SfpEDnyGblSg

Syabas Umi Noranisa atas usaha mencuba kaedah ini, dengan mudah dan kreatifnya 😍👍🏼 Saya yakin semua ibuayah akan dapat idea dari penulisan mudah faham oleh Pn Noranisa ini ya ❤⚘ Tq pn anisa. Teruskan ya selit selit bila bila masa dengan semua anak ya ❤😍 Yang peserta lain, silakan share dan tag saya ya ❤️. . . Dengarkan kisah beliau : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3524253340944364&id=100000791993494

Jika anda hadapi isu marah anak tak habis-habis lagi kerana satu perkara yang khusus (sama), Dan anak pun berulang buat perka
Jika anda hadapi isu marah anak tak habis-habis lagi kerana satu perkara yang khusus (sama), Dan anak pun berulang buat perkara yang sama yang buat anda marah, Cuba untuk buat kontra. Tidak marah anak dah berkenaan perkara yang dia selalu buat anda marah itu, Dan ganti dengan: Teknik Give In dan Time In. : beri apa dia mahu (selagi apa dia mahu itu tidak mudarat kesihatan dan keselamatan) : dekati dia bukan jarakkan lagi diri dengan dia : sambil beritahu dia skrip hypnoscript mengenai apa anda mahu. Contoh: Anda selalu marah bila anak minta botol susu kerap, anda membebel-bebel. Sekarang anda diam dan beri aja apa dia mahu (susu botol), Kemudian semasa memberi dia botol susu itu dekati dia dan beritahu: Nanti adik tak minum susu botol dah, tapi adik minum air masak dalam cawan ya (bergantung kepada apa anda mahu) Sabar dan berubahlah, Cuba pendekatan lebih tenang dan mendidik dengan proses, bukan menghukum (reward negatif). Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Selamat tengah malam Isnin nak masuk Selasa 😊 Dengarkan audio post #12 ini ya, mengenai anak kecil pun ada perasaan ke? https://open.spotify.com/episode/2Q5KtAmbZsFiMFMpj9myZr?si=4PNXdYiuQxiavMnmT0yQ6w

Ingat prinsip terapeutik dari Milton Erickson masa webinar lalu? The shortest distance between two points MAY NOT be a straig
Ingat prinsip terapeutik dari Milton Erickson masa webinar lalu? The shortest distance between two points MAY NOT be a straight line - move indirectly towards an objective Selamat meneruskan perjalanan keibubapaan kita untuk tahun 2021 nanti dengan sebaiknya insyaAllah. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke webinar class Jumaat malam lalu. Review anda semua amat amat saya hargai. Sejujurnya saya selalu segan dan taknak baca, tapi diminta membacanya untuk beri motivasi pada diri saya sendiri. Dan sejujurnya setelah baca saya memang termotivasi dan jadi semangat (sejenis ekstrovert juga kan perlu ada external dorongan pengesahan luaran, serta rasa dihargai, diiktiraf ilmu disampaikan dari hati ini, Alhamdulillah). Doa saya sentiasa bersama kalian. 💖🌱 Moga dikurniakan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati ayah bonda, anak soleh solehah mendoakan kita (saham akhirat), 💖🌱 Moga bonding dengan anak semakin rapat maka mudah kelak hadapi fasa remaja mereka 💖🌱 Moga isu struggle anak dapat dibantu mudahkan, mereka pelajari coping skill strategies baru dan sekaligus... (sambung bawah) 💖🌱 Moga ibu ayah semakin mudah atasi isu hubungan ibuayah dengan anak, atau isu anak dengan individu lain (kawan, guru, adik beradik), dan isu peribadi dalaman anak sendiri. 💖🌱 Moga klien/murid anda juga terkesan dan dapat dibantu isu mereka di setting education. Saya berbesar hati sekali ilmu ini dimanfaatkan dan dikongsi untuk kegunaan kita sendiri, Dan ingat, dari sebakul buah saya hidangkan, dapat digigit 1 gigitan, dikunyah, dan dihadam di perut, menjadi darah daging kalian, mood kalian, tingkahlaku kalian, Saya amat bersyukur dan suka hati... 😍😍😍🥰 *Maaf semua review tak dapat dimasukkan ke poster, namun semuanya saya amat hargai dan saya ucapkan terima kasih berbanyak, 4 bintang atau 5 bintang saya tetap akan terus memberikan terbaik saya dalam setiap penyampaian (lebih 10 bintang saya beri). Care and Love ❤❤❤, Maznah Ibrahim P/S Link rakaman telah diberi malam tadi untuk akses tonton selama 3 hari P/S yang terlepas daftar, saya mohon maaf sesangat, nanti jangan terlepas lagi untuk dapatkan (saya akan announce kemudian, ia akan dicaj sedikit) P/S kita jumpa lagi dalam webinar khusus bulan Februari P/S yang mendaftar Webinar Dengarlah Anakku kita jumpa 9 Januari live 2 jam setengah, ada workbook pdf keyword diberikan sekali ya. P/S yang nak tanya soalan boleh pm di page ini memang saya baca dan jawab sendiri soalan / isu anda Sedutan Review Webinar di sini :- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1666996316808279&id=477691842405405

photo content

Live Webinar Parenting Therapeutic Storytelling: Skil Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak Berjumpa kita pada malam ini insya
Live Webinar Parenting Therapeutic Storytelling: Skil Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak Berjumpa kita pada malam ini insyaAllah 9.30 malam. Didoakan semua dipermudahkan untuk hadir. 1. Sediakan pen dan buku nota untuk mencatat perkara penting buat diri kita sendiri ya. . 2. Link masuk webinar room hanya diberi melalui email berdaftar (periksa spam/promotion folder sekiranya tiada). . Care 💗, Maznah Ibrahim Yang belum mendaftar, sempat lagi melakukannya. Telah 1174 orang mendaftar setakat ini. https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

Parenting Maznah Ibrahim - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @ehsabar