en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 976 subscribers, ranking 969 in the Family & Children category and 2 307 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 976 subscribers.

According to the latest data from 05 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -112 over the last 30 days and by -8 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.34%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.01% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 694 views. Within the first day, a publication typically gains 321 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 06 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 976
Subscribers
-824 hours
-307 days
-11230 days
Posts Archive
photo content

Jum buat pernafasan relaks 4-2-8 πŸ˜πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ Jenis macam ni confirm akan buat anda lebih tenang Sebab hembus nafas (8) lagi banyak 2 kali ganda dari tarik nafas (4). Ia sejenis Calm Breathing juga, dalam Hypnobirthing, bila bantu ibu switch dari cemas gemuruh masa contraction kepada tenang πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜. . Kan semua orang nak jadi Calm Parent. Kan semua orang nak jadi Lebih Baik. Maka buatlah. Ia percuma dan paling efektif sebenarnya. Ia adalah tool yang sedia ada dalam diri kita. Kuasai teknik pernafasan ini (cuba buat, amalkan). Ajari anak anak yang mudah marah, mudah takut (kurang yakin diri). Untuk anak kalau tak dapat kiraan 4-2-8 pun tak apa, cukuplah sekadar : "Adik, tarik nafas (ibu sama-sama tarik nafas panjang), hembus nafas (ibu sama-sama hembus nafas perlahan-lahan)", buat 3 kali. Puji anak sebab buat aja pun walau comel comel tak betul mana pun πŸ˜πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ˜˜. . Saya selalu buat dan ajar anak sejak anak pertama usia 2 lebih (masa emosi dia dan emosi saya melanda😁) hingga kini Alhamdulillah dia pandai dah guna bila emosi tak ok datang. . . Sharing because we CARE❀, Maznah Ibrahim Sempat lagi daftar webinar parenting malam ini agar dapat kurangkan damage kepada anak melalui approach yang betul, sudah hampir 800 orang mendaftar subhanallah Link sini ya : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 *poster terbaik ini dibuat oleh sahabat PPsi KKM saya Pn Hajibonnisa' 😍😍😍 Tq Kak Nisa

photo content

Pendekatan - approach kepada setiap anak berbeza. Ada anak sesuai cara keras, ada anak sesuai cara lembut, Jadinya apakah yang mungkin sesuai? Nanti kita dengarkan dari 1+4 host dalam webinar bersama saya esok ya. Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 CARE ❀ Maznah Ibrahim Telegram channel saya: t.mazn.me/chan berkongsi mengenai parenting positif dan psikologi anak-anak

photo content

Elak Damage Anak Berpanjangan Syukur di tahun 2020 ini sudah banyak modul, bahan, idea, dan bermacam lagi berkaitan ilmu parenting yang diadvokasikan oleh pelbagai individu, badan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Setakat saya mula berkongsi mengenai parenting hanya dengan info mengenai perkembangan kanak-kanak sejak tahun 2014, saya dihujani juga dengan pertanyaan dan luahan rasa, berkenaan 'tersilap', terutama yang baru jumpa atau kenal saya (anak sudah besar panjang), hinggalah kini. PELUANG MAKE A CHANGE Namun sentiasalah saya katakan tiada mungkin kita terlambat untuk berubah dalam pendekatan kita kepada anak-anak kita. Malah saya sendiri juga sebagai ibu muda (walau sudah usia 40 tahun ini), yang berkahwin agak lewat usia 30 dan memperoleh anak di usia 32 (kawan semua anak sudah prasekolah masa tu), saya juga ada buat banyak kesilapan kepada anak, terutama anak pertama. Sempat tak turn back? Sempat sangat jawap saya. Dengan doa, hasrat, ilham Allah berikan, akan sentiasa datanglah individu, info kelas, perkongsian dari mana jua untuk membantu saya dalam hasrat baik saya ini. ELAK DAMAGE ANAK BERPANJANGAN DENGAN PENDEKATAN YANG BETUL, SESUAI DAN SELESA Once kita dapat ilmu baru, teruslah apply. Ilmu banyak, yang mana satu? Doalah, Allah paling Tahu mana paling sesuai untuk kondisi kita. Kesal? Usah berlamaan, terus bangkit. Buat baik dengan betul, buat betul dengan baik, satu saat momen kita berubah buat betul dan lebih baik, anak boleh rasa dan kesannya, tentulah kesan yang baik. Jum kita bersama-sama mendapat pendedahan perkongsian dari 5 ibu berkenaan 5 pendekatan berbeza untuk salah satu anak mereka. Bantu saya kongsikan agar ramai lagi akan masuk ke kelas Webinar ini ya. Link daftar: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting2 (Setakat ini sudah 506 orangmendaftar, masuklah beramai mana pun tak apa, insyaAllah internet kita semua ok, bersualah kita esok malam ya) INGAT, PENDEKATAN YANG BETUL DAN SESUAI ADALAH UNTUK KITA LEBIH DEKAT DENGAN ANAK, SEBALIKNYAPENDEKATAN YANG TIDAK SESUAI, AKAN MENJAUHKAN/ MENJARAKKAN LAGI HUBUNGAN IBUBAPA-ANAK . CARE ❀ , Maznah Ibrahim Telegram channel saya: T.mazn.me/chan

Webinar Parenting Elak Damage_T.pdf8.54 MB

Hantar Anak ke Sekolah Dengan Doa yang TerBaik . Hadiah paling berharga namun percuma selain peluk anak ialah DOA. Antara pesanan dan doa yang baik-baik adalah: πŸ‘ dengar cakap teacher/pengasuh πŸ‘ main dengan kawan elok-elok --> (bukan jangan gaduh dengan kawan) πŸ‘ kongsi mainan dengan kawan πŸ‘ main sama-sama πŸ‘ solat elok / betul / fokus πŸ‘ siapkan kerja dalam kelas πŸ‘ kongsi makanan dengan kawan πŸ‘ dll lagi kebiasaan anda.. Juga doa Rasulullah s.a.w kepada Ibn Abbas semasa kecil, adalah agak terbaik rangkumannya.. walau anak anda bayi sekalipun. . Agar anak soleh solehah kita ini akan faqqih (faham) tentang agama (deen, cara hidup yang baik, betul), dan Allah yang mengajarkan Anak kita ini takwil (tafsir Al Quran) melalui guru sekolah / penjaga sementaranya. . Bukankah Agama sentiasa mengajar kita yang baik-baik, lengkap untuk hidup dengan tatacara kehidupan beserta larangannya agar kita hidup aman? Maka insyaAllah segala pesanan panjang anda selama ini terangkum jua...... (main baik2 dsb). . CAREβ™₯️, Maznah Ibrahim . t.mazn.me/chan Daftar webinar parenting Jumaat ini di sini : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

Sebab kita ibubapa ini bukan pakar otak/ boleh scan otak anak/ bukan Tuhan/ mahupun bukan diri anak itu sendiri, Maka kita takkan tahu exactly 100% apa anak fikir, rasa dan sebab kepada tindakannya begitu begini, Namun, Kita dikurniakan naluri keibubapaan dan kemanusiaan yang cukup baik, Hanya perlu aktifkan hati nurani itu dan cuba rasakan ketenangan apabila kita telah melakukan satu-satu tindakan, sama ada meminta, mengarah, memudah cara, memberi jalan, membantu kebolehan/potensi anak dan pelbagai pendekatan lagi. Mudahan itulah yang paling serasi, dan paling sesuai dengan dia, Dan paling WIN untuk dia dan kita. Sentiasa belajar dan berkongsi, InsyaAllah, Care ❀, Maznah Ibrahim Sudah daftar webinar pendekatan sukses parenting Jumaat malam? Sudah 450 orang mendaftar 😍, Segera dapatkan seats dan unique link anda melalui email ya, Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

MasyaAllah bagusnya Puan Aisya, Berkenaan rutin peluk anak setiap hari πŸ˜€πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ Saya add on doa untuk mereka juga (hugs + w
+1
MasyaAllah bagusnya Puan Aisya, Berkenaan rutin peluk anak setiap hari πŸ˜€πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ Saya add on doa untuk mereka juga (hugs + words iaitu doa), mungkin tuan puan dah biasa peluk + doa untuk anak, namun saya akan kongsi kan doa skripnya sewaktu esok subuh ya.❀️😍

Cara Efektif Kendali Anak-Anak Yang Kerap Bergaduh Ini adalah review pengalaman dua hari peserta coaching Utara saya setelah sesi group coaching emosi ibubapa (tahun 2016). Dua hari amalkan dan dapati ia berkesan. Jadi saya mohon izin beliau untuk share agar beri manfaat pada ramai orang di luar sana. https://maznahibrahim.com/cara-efektif-kendali-anak-anak-yang-kerap-bergaduh/

Reminder ibu ayah yang hantar anak ke pengasuh/sekolah... Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Dah daftar untuk webinar parenting Jumaat malam ini berkenaan pendekatan parenting untuk elak damage ? https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=330119838063696&id=477691842405405 Live FB bersama Dr Nurhaya, berkenaan pendidikan seksualiti; bila anak bertanya.

Kita Ikut Cara Kita Gaya parenting biasa yang telah kita ketahui ialah sama ada jenis authoritarian, autoritative, permissive dan uninvolve. Umumnya semua orang tahu, yang terbaik ialah gaya autoritatif iaitu ibubapa mempunyai 'demand' atau ekspektasi kepada anak, namun serentak dengan itu tetap memberi sokongan kepada anak, terutama aspek sokongan emosi. https://maznahibrahim.com/5-pendekatan-sukses-dalam-parenting-kini/

Pendidikan Seksualiti: Bila Anak Bertanya Walaupun pendidikan seksualiti adalah sesuatu yang kurang dibicarakan di antara ibu bapa dan anak, namun tidak disangkal sudah semakin ramai ibu bapa yang sudah berjinak-jinak di dalam penyampaian ilmu ini kepada ahli keluarga. . Kalau dulu kita banyak cari sendiri, tahu sendiri atau tertahu secara tidak langsung, namun dunia tanpa batasan sekarang membuatkan info tentang pendidikan seksualiti ini menjadi perhatian dan mula didedahkan secara berdikit-dikit. . Tak kalah juga dengan situasi di mana anak bertanya tapi tak tahu pula kita nak menjawabnya. Adakah jawapan ia perlu sesuai dengan 'text book", atau perlu "tipu sunat" kata sesetengah orang demi melindungi terlampau banyak informasi yang dikira boleh menyebabkan salah faham. . Oh sungguh membingungkan.... . Yang pasti, pendidikan seksualiti sudah bermula seawal bayi sesuai dengan tahapan perkembangan psikoseksualiti mereka. . Sekali lagi, kami bersyukur dapat bersama Puan Maznah Ibrahim, kaunselor kanak-kanak mengupas tajuk ini. . Ya ia adalah PERCUMA! Boleh tonton bagi ahli Group Mom's Kingdom, di FB Group Mom's Kingdom, Juga boleh tonton di Page ini : Facebook.com/maznahibrahimofficial . . Kepada yang belum join group Mom's Kingdom dan berminat untuk banyak lagi ilmu dari orang yang ahli dalam bidangnya, boleh tekan link di bawah: . https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 . Nota kaki: Admin group hanya akan approve mereka yang sudah mendaftar melakui link di atas sahaja. Sekiranya belum mendaftar, jom cepat-cepat daftar!

Live perbincangan malam ini, 10 malam, berkenaan Seksualiti Anak : Bila Anak Bertanya, Akan ada di dua tempat : Group Mom's K
Live perbincangan malam ini, 10 malam, berkenaan Seksualiti Anak : Bila Anak Bertanya, Akan ada di dua tempat : Group Mom's Kingdom Dan FB Page Maznah Ibrahim

Saya tahu ramai bimbang berkenaan situasi semasa Covid-19 ini. Tidak dapat bayangkan jika kita sendiri sebagai ibubapa jatuh sakit, tidak sihat atau perlu diasingkan. Sementara itu, fokus kepada diri kita dan keluarga kita dulu ya. Perkara yang menjadi tanggung jawab kita, ialah diri kita dan keluarga kita sendiri. Mereka bergantung kepada kita. Saya sediakan 'checklist' basik aja untuk 'reminder' kita bersama. #kitajagakita #kitapastimenang Care ❀, Maznah Ibrahim *dah daftar webinar parenting pendekatan sukses Jumaat ini belum? Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1