ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 304 مشتركاً، محتلاً المرتبة 965 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 355 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 304 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 15 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -126، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -5، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 4.63‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 755 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 16 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 304
المشتركون
-524 ساعات
-237 أيام
-12630 أيام
أرشيف المشاركات
photo content

~REZEKI~ SATU NIKMAT Mari kita fokus mensyukuri apa jua yang kita miliki. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan #semuapunrezeki

photo content

memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu. Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya. Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb. Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok :) CARE ❤, Maznah Ibrahim Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya T.mazn.me/chan Nanti saya akan buka semula penyertaan kelas webinar live tentang komunikasi dengan anak-anak, kita sama-sama tingkatkan skil komunikasi kita ya.

6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah : . 1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak. TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour... Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia . 2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia. Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia 😅) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau. Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu. Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation) . 3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak). Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif. "Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...". "Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice". . 4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita. Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita. Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya. . 5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu. Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif. "Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia). "Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak). . 6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga. Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak

photo content

Webinar Live : Dengarlah Anakku Pada 22 Ogos 2020, Syabas kepada Semua Peserta👏😍 Walau pertama kali dan ada permulaan yang kurang smooth audio nya, para peserta telah berjaya menghabiskan sesi ini sehingga akhir - 3 jam. Sebenarnya walau saya yang menyampaikan, Kita sama-sama belajar dan refresh, Doanya agar semua kita akan meningkat lebih berkesan dan positif dalam komunikasi dengan anak sehari-hari. InsyaAllah nanti boleh refresh rakaman video bagi peserta batch 1, Dan yang lain masih boleh hadir, Saya akan buka penyertaan nanti, Untuk 2 lagi batch. Saya sedang menaiktaraf aspek teknikal untuk impak dan kualiti sesi webinar secara langsung ini. Terima kasih kepada kalian semua yang sabar dan senantiasa menyokong saya. *sebahagian dari testimoni webinar pertama 22 Ogos👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1554289111412334&id=477691842405405

photo content

Aktiviti Messy Play macam ni bila rasa renyah, Tak perlu buat selalu, Memadai sebulan satu kali? Anak-anak pasti enjoy, Anak usia kecil macam ni amatlah mendambakan aktiviti messy bersama-sama ibu dan ayah mereka, bukan saja aktiviti yang bersih teratur saja ok. Bila saya tak larat, saya biarkan budak-budak main kinetic sand sendiri aja di kotak empat segi kayu saya tu (sandtray therapy set saya). Memang mereka really enjoy, engage lama dan dapatlah saya buat kerja saya barang sebentar di hari weekend saya. Sepah? Sudah pasti. Sapu aja, Beli extra kg sebab tahu akan berlaku ketumpahan. Takpun yang banyak dan elok lagi saya kutip (lantai bersih) dan masukkan semula ke kotak pasir saya. Rule saya biasanya main dalam kotak pasir aja ok. Dulu, beri anak pertama usia 3, rasa tak mampu handle pasir tumpah dan saya tutup aja tak keluarkan (kita perlu tahu limit kita), Keluar semula bila usia dia 5 ke atas. Kini anak ketiga usia 2 pun kita dah beri. See, betapa kita pun semakin fleksibel hahahah 🤣🤣🤣. Enjoy the moment ok. Sok sok takda dah dia nak main messy play camni, Dari depa duk tengok tv kan? Sediakan rule aja, setiap kali hari weekend pun ok aja. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Anak Usia 8-10 Perempuan Ramai Juga Sudah Menunjukkan Tanda Pra Remaja Tu.. Sememangnya anak perempuan lebih cepat matang secara fisiologi tubuh (hormon, bahagian badan) dan juga emosi dan kognitifnya. Maka usahlah pandang enteng akan perubahan emosinya dan sensitifnya dia. Dia mungkin sudah pra remaja, perlu dipersiapkan untuk tahap remaja yang serba tak kena kerana peringkat remaja nanti adalah 'storm and stress', maka bunga-bunga nya sudah muncul kini.... 🙂 Baru tadi berbual panjang dengan kawan lama saya masa zaman belajar dulu. Di akhir dengarnya saya, saya berikan 3 perkara penting yang dia perlu tahu, iaitu: i) anak ini sudah pra remaja, maka dia memang akan concern lebih mengenai self image, dan buli verbal kawan mengenai rupa parasnya adalah sangat penting untuk dirinya dan turut beri kesan kepada keyakinan dirinya, ii) anak ini seperti kebanyakan anak, ada input dari media mengenai stres=>bunuh diri, maka perkenalkan 'positive coping skill' contohnya bila stress aja pi bersenam, lari keliling padang, berbasikal ke, menyanyi ke dan sebagainya asalkan aktiviti sihat & selamat bagi keluar tenaga stres dalam badan minda dan hati tu, iii) asertif, ajarkan komunikasi tegas diri 'Saya Rasa (emosi: marah, tak suka)' dan 'Minta STOP/Jamgan' kepada kawan yang menyakitkan hati ini kemudian lari dan beritahulah kepada support system yang dia percayai, don't keep to herself. Memang NHMS 2019 menunjukkan kanak-kanak kita usia 5-15 tahun ada isu kesihatan mental seramai 424 ribu, dan tertinggi masalah mereka ialah rakan sebaya (buli, isu perhubungan dsb). Didapati lebih tinggi berlaku kepada kelompok usia 10-15, perempuan dan luar bandar. Kita? Dengari, empati, layani, mulalah layan/treat dia macam kawan, macam anak remaja. Ada masanya dia akan sangat macam matang remaja, dan jangan lupa ada masanya dia akan keanak-anakan, perlu dimanjakan juga 😉 *Bantu saya dengan copy paste ayat saya ini bersama link artikel ini ya *Channel telegram saya untuk parenting dan psikologi anak kita di sini: T.mazn.me/chan https://maznahibrahim.com/anak-fasa-usia-7-14-siap-sediakan-dengan-ilmu-perkembangan-remaja/

Macam Mana Nak Bantu Anak Regulasi Emosinya - Fokuslah kepada Kemahiran EQ Info asas mengenai kemahiran EQ yang boleh kita terapkan kepada anak-anak sejak usia bayi pun (bagi anak dengar), dan toddler (sewaktu isu dengan rakan cilik sebaya usia 1 lbh dan 2 lebih) https://maznahibrahim.com/%e2%80%8b5-level-eq-untuk-anda-tahu-dan-fokuskan-kepada-anak-anak-lebih-dari-iq/

photo content

Ebook positif: Https://hypnoscript.cc dan bit.ly/ebpositif Dan kursus online komunikasi positif dengan anak: Go.mazn.me/denga
Ebook positif: Https://hypnoscript.cc dan bit.ly/ebpositif Dan kursus online komunikasi positif dengan anak: Go.mazn.me/dengarlahanakku

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content