Bersambung,
Sebab ke 3 (Trigger pasal Self Esteem Project)
(Bagaimana tercetusnya idea perlu buat buku Self Esteem ini)
Sabtu dan Ahad lalu, Fateh ke kelas MA.
Semua berjalan baik, dengan Sabtunya pertama kali di rumah teacher, hanya kerana dia mahu kawan. Selama ni di center, dia seorang dan dia bosan amat, katanya.
Ahad, di center semula, ada kelas ganti dengan murid lain.
Rupanya dia paling kecil. Lain ada abang-abang.
Dia mula rasa sukar sebab tak ingat (lama juga tinggal).
Jenis dia ni, bila penat otak, dia akan flat π terus terbaring di lantai.... Sebbaik saya baru masuk dan menjalankan fungsi peranan saya untuk support dia.
Ada la seorang abang ni, badan besar. Usia dalam 9.
Komen dia kepada Fateh ada dua, yang boleh menerbitkan mungkin marah pada Fateh dan morale down. (Bab ni kami dah bincang dengan teacher untuk solusi).
1. Abang ini kata : Memang tulisan dia tak cantik eh.. (aduh bedebus karang).
Kelakarnya saya yang konfius. Sebab saya rasa tulisan Fateh kira cantik berbanding budak usia nyaππ (ni mak kes perasan ke apa, sebenarnya tak, saya rasa banyak improvement kena buat, tapi di FB ramai pula kata cantik, maka saya yang ekstrovert ni terus berjaya tukar perspektif, tulisan anakku boleh tahan cantik juga sebenarnya - mak kadang kena peneguhan dari orang lain, kan?)
Saya tak ingat saya jawab apa ke budak ini (padah menulis lambat peristiwa ini).
Lebih kurang macam saya kata, biasa sahaja, or oh ya saya tak jawab sebab saya konfius (haa.. bayangkan bila kita dewasa pun jadi blocked minda bila orang kata negatif dan label tak elok, apatah lagi kanak-kanak).
Ya teacher (tc) Fateh jawabkan, dia kecil lagi baru 4 tahun, eh 5 tahun, kamu tu dah 9 tahun... camtula... hoho orang lain yang bantu back up ya.
2) Masa Fateh ter flat baring tu, abang sama ni tanya saya: Dia memang macma ni eh kat rumah? ππππ (lagu haruuuuuu)
Ha masa ni saya dah rasional dan dapat jawab dengan baik.
Saya tanya dia.
Abang ada adik tak kat rumah?
Tak, jawab dia.
Ha, kalau abang nak tahu, masa abang kecil usia macam Fateh ni, abang pun macam ni (bila frust menonggeng flat badan ke lantai, minta nak balik - tapi tak sampai tahap meronta, cuma meminta balik sahaja).
Saya sambung,
Cuba tengok adik ni (anak tc, usia 2 tahun), aunty selalu cakap kat Fateh, bila Fateh komplen pasal adik dia, yang dia pun sama macam tu (kerenah biasa budak-budak usia 2 tu) masa dia kecil macam adik.
Nampaknya abang ini diam dan seperti faham.
Balik cerita kat suami, memang suami kata bagi tepek sebiji kat budak tuπππ hahaha sabar saja. Saya pula back up budak tu, saya kata budak tu walau besar tapi dia belum matang lagi ayahnya.
Dalam whatsap mesej dengan tc Fateh, tc akui kurang setuju campur dengan budak besar sebab buatkan Fateh self esteem jatuh.
Saya pula kata, elok juga untuk cabaran, tapi yelah sebab dia ni Thinking, nak menang, perlu dibantu dia soalan mudah untuk dia boleh jawab dan feel good.. Kan?
OTW balik rumah Ahad itu dari center tc dia, saya senyap sahaja dan hanya pesan pada diri,: Maznah, jangan cakap apa-apa pasal MA, biar saja. Tidak perlu tekankan pasal hal tadi. Memang ada niat nak ajar dia di rumah, tapi tak apa tak perlu cakap apa-apa. (oh ya, di center sebelum pulang, tc dia ada ajar saya untuk kukuhkan Fateh beads 6-9 sahaja, oh macam kacang kan? Tapi budak ni kalau tak nampak juga konsepnya dan logiknya kenapa beads ni 6 macam tu, dia tetap tak nampak logis dan tak melekat info tu. Tambah kena kepit dua jari, bukan kira satu-satu.
OK berbalik dalam kereta pulang,
Saya kan senyap sahaja,
Dan berkata-kata dalam hati saja.
Tiba-tiba Fateh bersuara,
"Baiklah, Mummy. Fateh akan buat MA dengan Mummyπ..
π
Terharunya saya, macam mana dia boleh baca apa saya fikir...π
Sebenarnya skill dia ni sejak usia 2 sudah ada. Saya menyusu dia, dan bercakap dalam hati (saya kan suka monolog dalam hati sendiri), dia akan berkata sesuatu seolah dia dengar apa saya cakap dalam hati. Dahsyat kan?
Agaknya budak Thinking ni memang sampai mind reading kot ya.. Haha....
OK selesai sebab ke-3 kenapa saya Trigger