uz
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Parenting Maznah Ibrahim analitikasi

Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 16 258 obunachidan iborat bo'lib, Oilalar & Bolalar toifasida 965-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 351-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 16 258 obunachiga ega bo‘ldi.

27 Iyun, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -114 ga, so‘nggi 24 soatda esa -5 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 5.48% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.55% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 891 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 415 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 28 Iyun, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Oilalar & Bolalar toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

16 258
Obunachilar
-524 soatlar
-217 kunlar
-11430 kunlar
Postlar arxiv
Sebab ke 4 (Trigger pasal Self Esteem Project Fateh) Petang yang sama Ahad itu, Saya tak berapa ingat (intuiting ni asyik lupa saja 😞), ada sedikit konflik dengan Fateh. Biasa-biasa 'gaduh' dengan anak 😂. Ia berkaitan dengan demand dia (yang macam biasa tu) tak silap saya. Kanak-kanak Thinking (T) memang strong willed dan demand very high. Nak nak kami ibubapa Intuiting (I) ni ditakluki si anak T. Jadi kemudiannya saya nak tidurkan adiknya di bilik, pasang aircond, minta dia tidur sekali. Dia ada, dalam sedikit kegelapan bilik pada waktu petang itu. Dalam berbicaranya kami berdua duk masih argue tu (serius tak ingat isu apa😁), Saya ada terkasar sedikit perkataan saya. Dia tersentak. Saya tersenyap. Rasa salah tapi ego saya tak minta maaf lagi. Kemudian tiba-tiba Fateh nak tidur dah. Saya masih berkata-kata sesuatu, macam nasihat (konon berhikmah, tapi macam label sedikit, tak silap pasal minta dia bersyukur dan sebagainya). Dalam tidurnya separa dia, dia mengangguk setiap perkataan saya. Saya dapat rasakan, seolah setiap perkataan menuduh saya ini, menusuk ke qalbu dia, dan minda separa sedar dia. Dia mengangguk menerima setiap patah kata saya. Agaknya dalam 3-5 ayat kot? Tak ingat. Kemudian saya juga tertidur sama. Dalam 2.30 ptg lebih. (sekali tidurkan si adik dengan menyusu). Kemudian saya terbangun tidur, dan merapati Fateh. Panas. Dia demam? Ya dia demam. Saya usap dia dan ucapkan di telinga nya - maaf, dan doa dia kuat sihat dsb. Saya terus bergerak buat kerja lain dan kemudiannya menunaikan solat. Dalam solat, saya doa untuk dia. Saya juga terus solat sunat taubat. Lama tak buat. Memang selalu ingatkan alumni ehsabar untuk terus buat solat sunat taubat setiap kali termarahkan anak yang bukan salah anak sepenuhnya, atau beremosi berlebihan. Sucikan kembali, diri. Kembali ke track. Track ibubapa mithali (labelkan diri sahaja begitu untuk doa LUA jadi ibubapa mithali). Saya kesal amat. Kami beri dia pcm, dan saya terus bisikkan ayat positif. Macam biasa skrip saya tu: Fateh sihat Fateh kuat Mami sayang Fateh Ayah sayang Fateh Khairunnisa

kena buat buku Self Esteem Fateh ni. Sebab ke 4 - adalah sebab yang amat terkesan dalam diri saya... Maznah.

Bersambung, Sebab ke 3 (Trigger pasal Self Esteem Project) (Bagaimana tercetusnya idea perlu buat buku Self Esteem ini) Sabtu dan Ahad lalu, Fateh ke kelas MA. Semua berjalan baik, dengan Sabtunya pertama kali di rumah teacher, hanya kerana dia mahu kawan. Selama ni di center, dia seorang dan dia bosan amat, katanya. Ahad, di center semula, ada kelas ganti dengan murid lain. Rupanya dia paling kecil. Lain ada abang-abang. Dia mula rasa sukar sebab tak ingat (lama juga tinggal). Jenis dia ni, bila penat otak, dia akan flat 😂 terus terbaring di lantai.... Sebbaik saya baru masuk dan menjalankan fungsi peranan saya untuk support dia. Ada la seorang abang ni, badan besar. Usia dalam 9. Komen dia kepada Fateh ada dua, yang boleh menerbitkan mungkin marah pada Fateh dan morale down. (Bab ni kami dah bincang dengan teacher untuk solusi). 1. Abang ini kata : Memang tulisan dia tak cantik eh.. (aduh bedebus karang). Kelakarnya saya yang konfius. Sebab saya rasa tulisan Fateh kira cantik berbanding budak usia nya😂😂 (ni mak kes perasan ke apa, sebenarnya tak, saya rasa banyak improvement kena buat, tapi di FB ramai pula kata cantik, maka saya yang ekstrovert ni terus berjaya tukar perspektif, tulisan anakku boleh tahan cantik juga sebenarnya - mak kadang kena peneguhan dari orang lain, kan?) Saya tak ingat saya jawab apa ke budak ini (padah menulis lambat peristiwa ini). Lebih kurang macam saya kata, biasa sahaja, or oh ya saya tak jawab sebab saya konfius (haa.. bayangkan bila kita dewasa pun jadi blocked minda bila orang kata negatif dan label tak elok, apatah lagi kanak-kanak). Ya teacher (tc) Fateh jawabkan, dia kecil lagi baru 4 tahun, eh 5 tahun, kamu tu dah 9 tahun... camtula... hoho orang lain yang bantu back up ya. 2) Masa Fateh ter flat baring tu, abang sama ni tanya saya: Dia memang macma ni eh kat rumah? 😂😂😂😂 (lagu haruuuuuu) Ha masa ni saya dah rasional dan dapat jawab dengan baik. Saya tanya dia. Abang ada adik tak kat rumah? Tak, jawab dia. Ha, kalau abang nak tahu, masa abang kecil usia macam Fateh ni, abang pun macam ni (bila frust menonggeng flat badan ke lantai, minta nak balik - tapi tak sampai tahap meronta, cuma meminta balik sahaja). Saya sambung, Cuba tengok adik ni (anak tc, usia 2 tahun), aunty selalu cakap kat Fateh, bila Fateh komplen pasal adik dia, yang dia pun sama macam tu (kerenah biasa budak-budak usia 2 tu) masa dia kecil macam adik. Nampaknya abang ini diam dan seperti faham. Balik cerita kat suami, memang suami kata bagi tepek sebiji kat budak tu😂😂😂 hahaha sabar saja. Saya pula back up budak tu, saya kata budak tu walau besar tapi dia belum matang lagi ayahnya. Dalam whatsap mesej dengan tc Fateh, tc akui kurang setuju campur dengan budak besar sebab buatkan Fateh self esteem jatuh. Saya pula kata, elok juga untuk cabaran, tapi yelah sebab dia ni Thinking, nak menang, perlu dibantu dia soalan mudah untuk dia boleh jawab dan feel good.. Kan? OTW balik rumah Ahad itu dari center tc dia, saya senyap sahaja dan hanya pesan pada diri,: Maznah, jangan cakap apa-apa pasal MA, biar saja. Tidak perlu tekankan pasal hal tadi. Memang ada niat nak ajar dia di rumah, tapi tak apa tak perlu cakap apa-apa. (oh ya, di center sebelum pulang, tc dia ada ajar saya untuk kukuhkan Fateh beads 6-9 sahaja, oh macam kacang kan? Tapi budak ni kalau tak nampak juga konsepnya dan logiknya kenapa beads ni 6 macam tu, dia tetap tak nampak logis dan tak melekat info tu. Tambah kena kepit dua jari, bukan kira satu-satu. OK berbalik dalam kereta pulang, Saya kan senyap sahaja, Dan berkata-kata dalam hati saja. Tiba-tiba Fateh bersuara, "Baiklah, Mummy. Fateh akan buat MA dengan Mummy😭.. 😭 Terharunya saya, macam mana dia boleh baca apa saya fikir...😁 Sebenarnya skill dia ni sejak usia 2 sudah ada. Saya menyusu dia, dan bercakap dalam hati (saya kan suka monolog dalam hati sendiri), dia akan berkata sesuatu seolah dia dengar apa saya cakap dalam hati. Dahsyat kan? Agaknya budak Thinking ni memang sampai mind reading kot ya.. Haha.... OK selesai sebab ke-3 kenapa saya Trigger

Khairunnisa yang sudah boleh membaca serba sedikit bahasa melayu, Mahu baca buku no 3 Fateh pagi tadi. Apa maksudnya? Signal Allah beri. . Maznah, kamu perlu buat buku Self Esteem untuk Khairunnisa' spesifik pula. Berlaku adillah kepada anak-anak sucimu. (seolah Allah berkata kepada saya) Mesej /skrip ayat untuk KN, biasanya, Khairunnisa' sihat Khairunnisa' kulit sihat Khairunnisa' kulit cantik Khairunnisa' kulit licin 😂😂😂 Fizikal sedikit. Sebab dia Eczema. Malam-malam bangun tidur sama dia tu adalah biasa. Alhamdulillah mengurang sejak menginjak usia 2, namun baru ni berlaku 'serangan' semula. Oh ya, jadinya KN pagi tadi baca juga buku Fateh, list keseluruhan tu, dengan nama Fateh... Apa agaknya perasaan dia? Jangan disangka anak kecil tiada perasaan. Hatta bayi juga rasa. Mesti dia rasa juga. Saya boleh rasa. Chayok, jum buat semua. Nanti sharekan dengan saya, boleh Tag nama saya ya. Maznah.

Permulaan, umum dulu. Skrip self affirmation diri pserta ibu ehsabar seminar, begini juga. Saya banyak apply untuk klien kanak-kanak, remaja dan dewasa yang tercedera self esteem (payung atas lagi ialah Self Concept), akan skrip sebegini, untuk pasakkan label umum dulu, kemudian baru lah lebih spesifik. 2) perlulah nama individu itu diletakkan di depan ayat, bukan Saya Contoh, Saya awal tukar ke Maznah awal. . . Saya semasa melatih klien, saya rasa lebih berderau dalam darah saya, bila sebut 'Maznah'. . Sebab ia berkaitan mesej itu tuju khusus untuk siapa. Elok letak nama sendiri ya. 😉 Alumni EHSABAR yang dikasihi, cuba buat semula skrip Self Affirmation kalian dengan mulanya ialah nama sendiri. Bacakan. (mata) Dengarkan. (telinga) Rasakan. (hati) Ada getaran, insyaAllah.

photo content

Video Fateh dibantu baca, buku no 3 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=723732831134637&id=477691842405405 Silakan. Jum yuk buat ;)

Saya share dulu, Perkongsian mengenai buku Self Esteem di sini; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=723728034468450&id=477691842405405 nak sambung sebab ke3 lambat sedikit nak cari masa menulis nya :)

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Sebab ke 2 (Trigger pasal Self Esteem Project) Minggu lalu saya ada kesedihan mendalam. Saya usaha proses, dan let go. Jeni saya cepat let go dan sentiasa mencari hikmah di sebalik kejadian itu. LUA, bila kita usaha nak cari hikmah, memang cepat dapat. Saya jadi OK. Tap beberapa jam juga teringat makna ada sikit-sikit lagi kan? Jadi minggu lalu LUA pasal buku Feelings untuk kanak-kanak dah lama, terjumpa jua akhirnya. Kena beli ni takkan nak bertangguh. Walau ia bukan terlalu sempurna seperti bayangan saya (pernah beberapa jenis saya jumpa masa kerja NGO dulu di bilik Play Therapy kami. tapi masa tu tak cukup banyak wang nak beli, buku overseas, di bilik Play Therapy HKL pula ada buku, bahasa Cina. Juga berkira tak beli sebab belum ada keperluan). Jumpa di MPH Alamanda, oh ini mesti beli ni😂 Jangan bertangguh Maznah! (Saya ada isu fokus dan bertangguh) Saya pilih 5 feelings, walau ada 7 tak silap saya. Happy Sad Angry Scared (4 emosi asas seperti body outline emosi saya) Jelous (saya tambah ini sebab budak dah sekolah lebih kuat cabaran emosi jelous nya) Sampai rumah Perlis, dengan ujian melanda, saya yang pilih buku 'Sad'😂 untuk dibacakan kepad anak, sebenarnya untuk merawat emosi diri sendiri, kikih. Fateh pilih 'Happy. Sah anak kecil mudah letgo dan selalu girang, kan? LUA orang dewasa kerap menarik emosi negatif. Huhu. Saya bacakan buku-buku itu. Fateh baca sendiri. Jenis dia baca cepat aja. KN memang suka memahami gambar menangis tu - cry means sad. Sad maka akan menangis. Apa kaitan dengan Self Esteem? Kenali emosi apa namanya Kenalpasti apa punca emosi itu Dan aplikasi cara kendali emosi dengan baik. 3 atas ni adalah asas kepada self esteem. Ia juga dalam komponen Emotional Quotient (EQ). Dalam pada saya mendidik Fateh untuk Esteem diri positif, dia perlu tahu nama perasaan nya keliru bila didenda dan tak tahu kenapa secara jelas. Saya katakan kepada suami, saya trigger pasal self esteem ni, amat penting untuk guru jelaskan kepada anak didik kenapa didenda. Sama macam kita parents sentiasa jelaskan kepada anak kita kenapa boleh dan tak boleh semuanya ada penjelasan. Suami setuju, sebab ada saja insiden kerana 1 event, anak salah faham (perspektif otak belum matangnya) anak membesar dengan kefahaman silap dan terus broke (dari segi relationship). Ini jejaskan kefahaman dirinya pabila dia rasa dia not good, dia salah dsb. Ramai klien saya begitu. Nak cerita tak tercerita. Sampai saya terlupa sebab ramai. Itu pattern nya. Ditakdirkan ke rumah kawan, Kawan suami ada isu parenting ini kerana salah faham dari 1 event ini. Terus blocked dan jadi isu perhubungan dengan ibubapanya, tak baik, dan insiden itu semasa usianya 3 tahun! Ya Allah. Depan mata. Kawan sendiri. Bukan klien saya. Maksud apa? Sangat ramai alami sebegitu. Common crowd, bukan pesakit hospital. Sebab saya kerja di hospital, mental health, klien ialah 'pesakit'. Dah jadi. Ini group normal. Saya ada event sebegitu, usia 6 dan sudah proses dalam sesi terapi masa kerja NGO dulu sebab bos saya jenis suka staf dia bersih clean emosi, jika tak bagaimana kami nak support klien kami dalam emosi berat sexual abuse ini? Terapi, revisit ke event semasa itu katakan usia 3, diri dewasa kita katakan usia 40 akan coach kan diri dia usia 3 itu, dapatkan understanding, kemaafan, komunikasi sesama anak itu dan ibu/bapa yang dia isu, dan kemudian proses, jelas, letgo, maafkan, dan move on. Kawan ini faham. Teringat pernah ada klien remaja yang masih ingat semasa usia dia 3 dan ibu tidak percaya ceritanya (pasal maid marah dan pukul, ibu pula kerja balik lewat, kan), dia kata masa tu rasa macam nak bunuh diri..... (sedih.) Kini sebagai remaja MDD (major depressive disorder) dan tahap kena makan ubat ya.. Key nya - jelaskan apa sahaja ketidakfahaman dengan anak kecil. Ia bantu self esteem anak. Kerana kepercayaan mereka terhadap orang itu (kita) kekal sampai dewasanya. Memori dan apa ditanam bawah usia 5-6 tahun ialah 90% otak dewasanya. Besar sangat tu. Bersambung sebab ke3.

photo content

Trigger Mengenai Self Esteem Fateh (Keyakinan Dalam Nilai atau Keupayaan Diri Sendiri) Sejak kebelakangan ini, ada mesej atau pendidikan yang Allah nak beri kepada saya ?. Beberapa insiden membuatkan saya terfikir mengenai estim diri anakanda saya, Fateh. Ia berlaku minggu lalu hingga Ahad baru ini, hingga tercetusnya "Projek Buku Self Esteem Fateh". Sebab 1: Minggu lalu katanya dia ada didenda oleh Assistant Teacher. Berdiri tak silap saya. Misteri sebab katanya berkaitan tak solat betul-betul. Lepas tu katanya masa nak tidur. Solat pada saya waktu dhuha pukul 10 tu. Last katanya sebab gigit baju (dia suka gigit leher baju di leher depannya). Dan last katanya tak tahu, sebab gigit baju kot. Misteri sebab takkan sebab gigit baju? Biasanya pasal isu guru dan rakan (Fateh otak lapisan ekstrovert mudah terkesan dengan peristiwa luar serta Darah O Feelingnya berkaitan emosi dan perhubungan sesama manusia), Saya akan bertanya untuk klarifiasi kepada gurunya. Itu yang biasa saya buat. Pernah berlaku dengan guru kelas nya dan ada salah faham kerana otak Thinking logiknya😂. Guru kata Mr Bee wujud dan akan mai esok (lebah - esok nya guru pakai kostum dan jadi Mrs Bee nya). Kawan-kawan setuju. Dia tak setuju dan mati-mati kata Mr Bee tak wujud (macam upin ipin kostum tak wujud dalam alam real dan tak sama macam dalam TV). Begitulah konflik anak Thinking dengan darah O nya. Dia jadi marah dan geram sebab semua orang kata Mr Bee wujud. Dahsyat emosi dia petang itu. Resolved dengan konversasi saya dan dia dalam kereta ke playground denai. Jadi bila saya dapati dia tak faham kenapa kena denda, saya dapat rasakan kesedihannya. Saya observe. Esoknya dia tak bunyi dah pasal assistant teacher itu, makna dah ok mungkin (namun saya akan pastikan nanti untuk bertanya gurunya). Sebab saya tak mahu tercalar emosinya walau garisan kecil tanpa kefahaman jelas. Ia jejaskan sub self esteem nya (di bawah elemen self awareness - sama dalam komponen EQ skill). Daftar 1 dot pada dirinya - label diri - solat tak baik/baik, kena denda dsb. Sudah setahun lebih dapat Green Card sekali sahaja😂😂. Sebab jenis dia memang banyak aqal dan bukan jenis budak duduk diam 'baik' sangat tu 😂. Tak apa saya terima kelebihan anak saya ini. 'Budak bijak' memang macam tu. Jika isu besar sangat guru pasti akan bincang dengan saya sebab saya sudah pesan dulu untuk beritahu saya apa-apa perlu saya baiki, kerana saya ibu biasa, Jangan pandang saya sebagai kaunselor kanak-kanak hebat. Hakikatnya saya banyak sungguh nak perbaik diri dalam parenting diri. Bersambung Sebab ke2.

photo content

la tiada rawatan khusus, ia mengganggu berpanjangan sampai sekolah menengah. Dan biasanya mereka sudah beritahu tetapi tidak dipercayai maka mereka senyapkan sahaja. Bawa lah berjumpa pakar dalam bidang nya. Psikologis, kaunselor, psikiatris, ustaz, dsb untuk rawatan holistik, secara moden dan tradisi. Bantu dari awal. Maznah Ibrahim.

Zikir Ketika Anak Tiada Semangat Saya pernah buat. Masa Fateh pertama kali dan satu-satunya kali dia taknak masuk ke kelas. Cedera emosi sedikit agaknya.. Asalnya mengantuk tertidur masa sampai sekolah. Dia jenis malu jika baru bangun orang tengok dia. Jadi dia request taknak pergi sekolah. Ayahnya selepas nego banyak dengan dia, terus tinggalkan dia. Dia menangis dan duduk di luar kelas. Tak lama sebenarnya. Kurang 1 jam. Saya bacakan zikir Ketika Anak Tiada Semangat. Ya Aziz Ya Qawiy Ya Baits Ya Matin 4 ni kena hafal. Macam ramuan untuk boost bila down. Seru energy dari Maha Sumber Kuasa. Aziz - perkasa Qawiy - kuat Baits - semarakkan Matin - teguh Contoh; Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Baits, Ya Matin Ya Allah Perkasakan, Perkuatkan diri Fateh, Bangkitkan semangat nya, Teguhkan dirinya Agar Mahu ke sekolah dengan gembiranya Ya Allah. Saya trigger menulis sharing ini kerana, Klien saya kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah, Hanya dua hari ke sekolah, Semalam elok mahu ke sekolah harini, Saya beri dia zikir ini (tapi tak beri ayahnya) Pagi ini elok mandi pakai baju, tetiba semangat mati. Saya terus snap dan beri picture zikir ini untuk ayahnya. Sahabat semua, bertuah saya kerana ada banyak pengalaman bekerja sesi terapi dengan kanak-kanak (sudah 11 tahun). Jadi saya nampak pattern yang sama. Ini pengalaman saya sahaja, bukan kajian saintifik ya. 1) pabila anak diberi kelonggaran tidak ke sekolah bermula usia prasek, (ya lah kecil lagi tadika, tak apa), usia menginjak ke sekolah rendah, ada isu lagi, mula sikit-sikit tak ke sekolah, sebab pernah diberi lesen tidak mengapa tak ke sekolah. 2) masuk usia 9,10 mula lagi tak ke sekolah kerana isu tertentu, mula semakin sukar nak commit kerana lagi banyak cabaran dan t/jawab di sekolah, kerja sekolah, rakan, guru dsb 3) makin sukar nak bantu. Maka kerana itu, saya akan tidak layan untuk anak tidak bertanya izin tidak mahu ke sekolah, boleh tak? Saya akan lebih kepada meneroka sebab apa atau faktor apa di sekolah yang menolak nya (bukan menariknya) untuk tidak pergi sekolah. Contoh jika faktor guru atau rakan, saya akan pastikan ajar dia cara kendali emosi nya di sekolah agar dia boleh handle dengan lebih baik. Contoh teknik asertif berkata-kata, atau fahami maksud di sebalik tindakan guru nya (biasanya kanak-kanak salah faham dan tidak tahu kenapa diperlaku begitu, level of understanding dia limited). Antara punca anak tidak ke sekolah dan ia genuin, perlu dibantu dengan baik bukan kekerasan, paksa, pukul dsb: 1) ramai kanak-kanak ada insiden tidak best di sekolah tadika berkaitan guru, cth guru garang, denda, suara tinggi dsb. Terutama anak yang jiwa sensitif dan lembut. Dia jenis tak boleh ditengking mengejut. Anak ini perlu dilatih jatidiri, sebelum tu, diraikan perasaan nya iaitu rasa terkejut, rasa takut, rasa sedih dsb. 2) kenapa faktor guru? kerana usia 3-6 lingkungan luar mula masuk sebagai ejen ekosistem dia, iaitu guru dan rakan. Sebelum tu hanya ibubapa dan keluarga dekat Dan kerana usia sekolah, 6-12, agen utama memang guru (jika sekolah usia 4, 4 lah mula nya). Jadi peringkat ni mereka menjadikan perkataan cikgu sebagai lebih benar dari ibubapa😂. "Tak, cikgu kata macam ni mami". 3) Juga tak dinafikan kerana faktor rakan. Tapi saya perhatikan usia 4-6 prasekolag faktor guru lebih menekan kanak-kanak untuk pergi atau tak pergi sekolah. Faktor rakan banyaknya usia nak masuk remaja macam usia 9-12 yang mana tekanan dari rakan jadi penting dan terkesan untuk mereka. 4) sebenarnya saya nak sentuh point ini sebagai pertama. Ramai kanak-kanak 'nampak', maka dia jadi takut dan mudah lemah. 'Nampak' makhluk halus membuatkan dia sukar nak engage dengan suasana persekitaran realiti kerana mereka nampak dunia satu lagi. Yang ni ramai ibubapa kurang alert dan menganggap anak bukan-bukan saja. Ada klien saya sampai remaja sekolah menengah baru mak tahu dan sedar oh rupanya memang benar dia nampak. Jadi di psikiatri biasanya didiagnose Anxiety atau Low Self Esteem saja Biasanya mereka mula nampak sejak usia prasek dan pabi