cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Muassis

Tarbiah | Dakwah | Komuniti Platform Tarbiyah Pilihan Anda Muassis menghidangkan anda tazkirah dan taujihat yang santai tapi menggugah jiwa!

Show more
Advertising posts
5 621
Subscribers
+224 hours
-17 days
+1630 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Ohh IPT Ku… Kes HIV Pelajar IPT Meningkat Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan statistik yang menyedihkan mengenai jumlah kes HIV dikalangan pelajar IPT yang meningkat sejak 2021. Kes HIV di IPT: - 2020: 214 - 2021: 186 - 2022: 221 - 2023: 244 Peningkatan mendadak sejak 2021 ini pasti membimbangkan dan tak dapat tidak, mencerminkan masalah sosial yang semakin tidak terkawal dikalangan mahasisiwa kita. Tak berapa lama sebelum ini, negara kita digemparkan dengan penglibatan beberapa mahasiswi yang melanggan aktiviti seks dengan influencer sundal “Hot Daddy”. Aduh… peritnya hakikat nak ditelan lagi-lagi oleh ibu bapa mereka, apabila mengetahui anak yang dihantar ke IPT untuk belajar, namun terjebak dengan gejala HIV dan seks bebas. Satu penelitian mendalam harus dibuat oleh pihak universiti tentang penyebab kenaikan kes HIV ini. Namun bagi sebahagian kita yang bergelumang dalam dunia siswa, perkara ini tidak pelik. Pergaulan bebas lelaki perempuan, pensyarah dan pelajar, budaya-budaya songsang, hiburan melampau, semuanya berjalan dengan rancak di IPT. Kuliah agama, program tarbiyah, usrah, masjid dan musolla semakin disisihkan. Jika ada pun, aktiviti-aktiviti sebegini sering dipandang serong seolah ada usaha politik atau agenda udang disebalik batu. Bangun dan sedarkanlah diri wahai para mahasiswa dan ubah lah budaya jahiliyah ini. Hanya dengan mendekati, memahami dan mengamalkan Islamlah kita boleh melindungi diri dari terjebak dengan gejala sosial tak bertamadun ini. Anda perlu bina jati diri dari agama. Berpegang kuat dengan Al Quran dan penuhkan masa dengan agenda-agenda islam, seperti amar makruf nahi mungkar, bukan dengan hiburan melampau tidak berguna itu. Usahalah mencari ilmu agama dan tarbiyah diri agar kita menjadi hamba Allah yang takut untuk melakukan maksiat وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَاۤبِّ وَالْاَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ كَذٰلِكَۗ اِنَّمَا يَخْشَى اللّٰهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰۤؤُاۗ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ غَفُوْرٌ … Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama(orang berilmu). Sungguh, Allah Mahaperkasa, Maha Pengampun. Moga Allah swt melindungi kita semua. Faqrul Nasrudin Tim Penulis Muassis
Show all...
😢 11👍 2 2
KEMENANGAN PARTI BURUH: MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK 🍉? Selepas India, kini United Kingdom pula telah selesai melaksanakan pilihanraya umumnya. Seperti yang dijangkakan, Parti Buruh pimpinan Keir Stammer telah menang besar mengalahkan parti pemerintah, Konservatif pimpinan Rishi Sunak. Kemenangan Parti Buruh menandakan tamatnya penguasaan Parti Konservatif selama 14 tahun lamanya. Mungkin ada yang berfikir, “Wah alhamdulillah! Nasib umat Islam pasti lebih baik di bawah Parti Buruh.” Yalah. Secara tradisinya, Parti Buruh yang berhaluan kiri adalah lebih pro kepada kaum minoriti di Britain. Jadi apabila Parti Buruh memenangi pilihanraya kali ini dan United Kingdom pula merupakan ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, tidaklah keterlaluan untuk menjangkakan yang Downing Street akan menukar sokongan tidak berbelah bahaginya kepada rejim Tel 💩viv. Dan ia mungkin benar jika Parti Buruh masih lagi dipimpin oleh Jeremy Corbyn yang pernah menjadi ketua Parti Buruh. Beliau dilihat sebagai seseorang yang lebih ‘down to earth’ berbanding dengan rakan-rakan sejawatnya yang lebih elitis dan beliau juga telah menunjukkan simpati yang sangat tinggi terhadap perjuangan 🍉. Namun setelah Corbyn digulingkan oleh rakan-rakan satu partinya sendiri (antara tuduhan yang dilemparkan kepada Corbyn ketika itu adalah beliau merupakan seorang anti-semitik) dan setelah Parti Buruh diambil alih oleh Starmer dan konco-konconya, tidak ada banyak bezanya antara Parti Buruh dengan Konservatif dari aspek sokongan dan simpati yang ditunjukkan terhadap umat Islam 🍉. Malah, Starmer adalah antara pemimpin terawal yang menyatakan sokongan terhadap rejim Zi💀ni$ sebaik sahaja Taufan al-🔺qsa tercetus. Beliau menggunakan hujah klise yang sudah lapuk untuk menyokong tindakan Israel laknatullah: “I$ræel ada hak untuk mempertahankan dirinya!” Haishh. Tolong, tolong tahan saya daripada menerkam si Starmer ni dan meluku kepalanya! Kemenangan Starmer dan Parti Buruh sebenarnya bukanlah sesuatu yang hebat sangat dan mengagumkan. Jika dilihat kitaran dan trend perubahan tampuk pimpinan di Britain, ia sudah boleh dijangka. Rakyat Britain sudah muak dengan kepemimpinan Konservatif dan mereka tidak banyak pilihan lain melainkan untuk mengalih sokongan mereka kepada Buruh. Nak katanya, jika letak kambing biri-biri di tempat Starmer sekalipun, kambing biri-biri itu tetap akan menang! Maka jika dilihat dari konteks perjuangan pembebasan 🍉, tiada apa-apa yang perlu diraikan untuk kemenangan Starmer dan Parti Buruh dalam pilihanraya kali ini. Apatah lagi di belakang Starmer sudah tentunya para pelobi Zi💀ni$ yang mahu memastikan beliau berjaya dalam pilihanraya ini dan menjadi Perdana Menteri. Sama kesnya seperti di India; umat Islam tidak boleh bergantung harap kepada pemimpin kafir untuk membela nasib dan hak mereka, tambah-tambah dalam perjuangan membebaskan al-🔺qsa. Dan apatah lagi jika harapan itu diletakkan pada bahu pemimpin seperti Keir Starmer yang sudah terang lagi bersuluh menjadi balaci kepada Netanyahu! Puihhh! Umat Islamlah yang wajib untuk bersatu dan bangkit berjuang, menggalas amanah ini. 🍉 dan al-🔺qsa hanya akan bebas di tangan umat Islam yang beriman, beramal soleh dan berjihad memperjuangkannya! 😤
Show all...
👍 13 3
Photo unavailableShow in Telegram
Repost from Terjemahan Al Banna
Photo unavailableShow in Telegram
Seseorang individu dan sesebuah masyarakat Muslim, tidak boleh sama sekali menerima manhaj kehidupan dari pelbagai sumber :  Meletakkan kehidupan peribadi, ibadah, moral, serta adab-adab bersumberkan Kitab Allah manakala mengambil pandangan ekonomi, sosial, politik, dan hubungan antarabangsa dari kitab yang lain atau dari pemikiran manusia
Pemilik Fi Zilal Quran Syed Qutb *** Terjemahan Al Banna http://t.me/terjemahanIHAB
Show all...
3
Photo unavailableShow in Telegram
👍 3
Sedang Berlangsung secara Live Program Prep4U dari team YQC https://www.instagram.com/youthqc/live/18032349836500887?igsh=MTFvM3M0bDhxbGRjZQ==
Show all...
Iman Sekejap Episod 9 Iman Sekejap kali ini membincangkan 2 isu hangat. Pertama mengenai trend childfree baru-baru ini dan bagaimana melihatnya pada perspektif islam. Yang kedua adalah kupasan lanjut mengenai isu Blackrock yang tular semua. Selamat menonton dan jangan lupa untuk like, share dan subscribe video -video kami di Muassis TV. https://youtu.be/d4qJxAdiaHw?si=ng5QTy4jViH6fQ_h
Show all...
Blackrock: Betul Ke Malaysia Pejuang Palestin? Perkahwinan "Bebas Anak By Choice: Syari'e Atau Tak?

Audio Siar Iman Sekejap Episod 10 kali ini membincangkan 2 isu hangat. Pertama mengenai trend childfree baru-baru ini dan bagaimana melihatnya pada perspektif islam. Yang kedua adalah kupasan lanjut mengenai isu Blackrock yang tular semua. Selamat menonton dan jangan lupa untuk like, share dan subscribe video kami di Muassis TV.

👍 5
Tak Malukah Bermuka-Muka? 1)Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan konsert Bruno Mars yang bakal berlangsung di negara kita. 2)Umum mengetahui berkenaan pendirian Bruno Mars yang tegar menyokong Israel. Pada tahun lalu,secara jelas penyanyi tersebut meluahkan perasaan cinta terhadap negara Israel semasa konsert di Tel Aviv. Lebih mengejutkan,penganjur konsert Bruno Mars Malaysia (Live Nation ) telah mengumumkan bahawa jualan tiket sebanyak 85k sudah habis dijual sepenuhnya. 3) Ini merupakan satu musibah bagi umat Islam di Malaysia.Seolah-olah tiada lagi kuasa di tangan umat Islam untuk memberhentikan konsert maksiat pro Israel ini daripada dilangsungkan. Apatah lagi nama Malaysia merupakan negara yang harum sebagai pro Palestin. 4)Amat memalukan dan hinanya kita tatkala saudara kita di sana dibantai oleh rejim zionis yahudi,kita masih lagi membenarkan konsert seperti ini berlaku lagi. 5) Takutlah dengan azab Allah yang tidak menimpa kepada orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman sahaja. Firman Allah S.W.T : “Takutilah fitnah (azab bencana) yang tidak khusus hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu..” (Al-Anfal 8:25) Bila azab akan ditimpa ke atas orang yang baik? .Apabila orang islam mendiamkan kemungkaran yang berlaku di hadapan mereka. 6) Sedarilah bahawa pembalasan terhadap segala perbuatan maksiat dan mungkar yang dilakukan bukan hanya menimpa golongan yang membuat kerosakan sahaja. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy beliau berkata: Pada suatu hari , Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab daripada kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini," dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 7) Janganlah kita merintih berdoa meminta pertolongan Allah sedangkan di tangan yang lain kita membenarkan maksiat terus berlangsung. Bukan sahaja pertolongan Allah SWT tidak akan tiba.Bahkan yang lebih ditakuti lagi azab Allah swt yang akan menimpa seluruh umat Islam asbab daripada berleluasanya maksiat. Allahu Mustaan
Show all...
😢 11👍 1
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.