en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
🌱 ADMIN DIPERLUKAN 🌱 @HatiMilikAllah SYARAT - berumur 18 tahun ke atas - boleh bagi komitmen - rajin update atleast 2 quotes sehari - quotes apa sahaja asalkan tiada unsur hinaan atau carutan. - bukan creator atau admin dari channel lain adalah diutamakan. Kalau pegang 3 channel, boleh terima lagi. - boleh terima teguran dari creator Berminat? Pm @GadisPuitis @ohhhashaa
19 Jul 2018, 19:45

Jika lapar, lakukan perkara ini: ✔Pastikan anda benar-benar lapar, bukan bosan. Ramai orang makan kerana kebosanan. ✔ Pastikan anda lapar kerana perlukan tenaga, bukan kerana ketagihan gula(atau benda manis). ✔ Pastikan anda sediakan jumlah makanan sesuai dengan keperluan tenaga, bukan berdasarkan nafsu anda. Jika dan pasti, barulah makan. Kemudian pastikan perkara ini pula. ✔ Tidak makan sambil gunakan telefon bimbit, atau menontojntelevisyen. Makan tanpa menikmati makanan, sebabkan anda makan lebih banyak. ✔ Makan dengan kadar kepantasan yang tidak terlalu laju. Makan terlalu laju tidak baik untuk penghadaman dan kepuasan makan. ✔ Pastikan berhenti sebelum kenyang, dan beri ruang dalam perut untuk minuman. Jika ikuti cara ini, boleh kawal berat badan. Ikuti t.me/NotaDrKamarul untuk nota kesihatan yang ringkas dan padat
19 Jul 2018, 18:57

Semoge semuanya terus dipermudahkan. Amin. ☺️ @hatimilikAllah
19 Jul 2018, 18:07

Tuhan… Aku rindu pada Makkahmu, Yang menyimpan seribu sejarah, Yang menyaksikan kelahiran Rasul Yang Mulia, Yang menjadi saksi jerih payah dan penghinaan yang diterima baginda.. Tuhan… Ku rindu haruman tanah di sana, Yang menjadi tempat berpijaknya Rasul menyebarkan dakwah, Menjadi tempat berjalannya para khulafa’ Ar-Rasyidin, Menjadi saksi setianya Hajar berlari-lari antara safa dan marwa, Untuk mencari air buat si kecil Ismail… Tuhan… Ku rindu pada damainya Kota Madinah, Tempat bersemadinya Rasul yang ku cinta, Tempat terabdinya sebuah cinta, Menyelak lembaran sirah, Bagaikan aku berada di sana, Saat Rasul menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Si Humaira’, Bagaikan aku melihat Umar yang tidak percaya, Bagaikan aku terdengar dia berkata, “Siapa yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat, akan ku penggal kepalanya!” Lalu ditenangkan oleh sahabatnya Abu Bakar, Dan Umar terduduk percaya, Menelan kepahitan yang dirasa, Dalam hati tidak sabar untuk bersatu kembali dengan Nabi, Di syurga yang abadi… Tuhan… Aku hambaMu yang lemah, Aku sering melupakanmu pada saat hati dilanda gembira, Dan menyalahkanMu pada saat hati dirundung duka, Layakkah aku ke sana lagi, Untuk berpijak di tanah itu, Melawat maqam insan yang paling ku cintai, Dan seolah-olah menghidu haruman tubuh baginda, Menerawang di sekitarnya…. Tuhan… Apakah aku masih punya waktu, Untuk bersujud di hadapan KaabahMu, Yang menyimpan sejarah dengan tentera bergajah, Apakah aku masih punya waktu, Untuk menangis memohon ampunanmu, Di tanah yang mulia itu? Tuhan… Beri aku waktu, Walau hanya sedetik cuma, Untuk aku kembali bersujud, Di tanah mulia Madinah dan Makkah Al-Mukaramah…. :’( @Ruang_Aksara
19 Jul 2018, 17:58

Semoge harini lebih indah dari semalam 😊 @hatimilikAllah
19 Jul 2018, 17:56

Tiada manusia sempurna walau sebaik mana ia berusaha. Tetap akan ada yang kurang, yang aib, yang kelihatan sudut lemahnya. Jadi jangan kita terlalu cepat menghukum. Bila kita menyaksikan ketidaksempurnaan orang, sewajarnya kita kembali melihat diri kita sendiri. Kita pun ada kelemahan, ada kekurangan dan aib yang menggunung tapi disembunyikan oleh-Nya. Ajar diri lebih banyak istighfar dan bermuhasabahlah. @hatimilikallah
19 Jul 2018, 17:29

Aku nak open swap esok. So boleh sent link kat aku malam ni and esok aku boleh terus post. @ohhhashaa
19 Jul 2018, 09:08

Cara mendapat kebahagiaan Pesan Syeikh Sheikh Abd Rahman Nasir As-Sa'di rahimahullah; عنوان سعادة العبد: إخلاصه للمعبود، وسعيه في نفع الخلق 'Alamat kebahagiaan seorang hamba ialah dengan ikhlas kepada Tuhan yang disembah dan berusaha mencari keredhaan-Nya dengan cara menjadi orang yang memberi manfaat kepada makhluk Allah... [Tafsir As-Sa'di] @hatimilikallah
19 Jul 2018, 08:21

Kadangkala aku terfikir, mengapa aku harus lalui semua ini ? Kadangnya, aku rasa nak menangis. @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 08:07

Kau kena tanamkan kata-kata ni dalam diri, "Dunia ni memang tak adil.Kau kena banyak sabar.Allah tahu kau mampu." n ash @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 08:03

"Kalau dengan awak, takde waktu yang tak special" 🌸🌸 #andainyatakdir2 @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 08:01

Ini duniawi,bukan mimpi. Jangan mencari bahagia di sini, kelak kau juga yang akan rugi, Kerna Bahagia sebenarnya bukan disini, tapi di SANA kelak🍀. n ash @hatimilikAllah
19 Jul 2018, 06:40

Kita hanya mampu merancang. Allah yang tentukan 😊 @hatimilikAllah
19 Jul 2018, 06:31

Sapa dok Sekinchan, Kuala Selangor area sawah. Sekarang sawah tengah apa ehh? Tengah tanam ke, hijau ke, panen ke apa ke? Asking for friend mengidam tengok sawah 😂. Boleh pm aku @tellmesomething_bot
19 Jul 2018, 04:54

Cukuplah dengan ada keyakinan bahawa setiap apa yang terjadi bukan saja-saja, segala kejadian ada ibrah dan dalam ibrah ada hikmah - kita akan jadi sangat-sangat berlapang dada menerima qadar yang tertulis untuk kita. Biasakanlah untuk dialog dengan Allah. Minta disentuh hati kita ini dengan kesedaran sepanjang masa. Minta Allah buat kita faham tiap aturan perancangan-Nya. Beramal ibadahlah sebanyak mungkin yang niatkan lillahitaala. Biar kita selalu dekat pada-Nya. Biar kita rapat dengan-Nya. Biar kita jadi tersangat akrab. Innallaha ma'ana. Allah ada bersama kita, itu ♥ kita perlu rasainya. @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 03:52

Mulut kata kuat, tapi hati yang menanggung perit. 💔💔 @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 02:57

HATIMU PAHIT Tuan... Kau telah lupa dengan janji Seperti ampas tebu kau membuang aku tanpa perasaan Manis janjimu di awal jumpa Di sepertiga waktu terasa empedu Luar biasa Pandainya kau berdusta Beribu rayu kau suguhkan Tiada kusangka Hatimu penuh duri Di balik manis kalimatmu Ada bisa yang mematikan Hatimu pahit! @HatiMilikAllah
19 Jul 2018, 02:09

syurga itu penuh dengan orang orang yang bertaubat,sedangkan neraka itu penuh dengan orang orang yang ego dan sombong. @hatimilikAllah
18 Jul 2018, 20:05

🌱 ADMIN DIPERLUKAN 🌱 @HatiMilikAllah SYARAT - berumur 18 tahun ke atas - boleh bagi komitmen - rajin update atleast 2 quotes sehari - quotes apa sahaja asalkan tiada unsur hinaan atau carutan. - bukan creator atau admin dari channel lain adalah diutamakan. Kalau pegang 3 channel, boleh terima lagi. - boleh terima teguran dari creator Berminat? Pm @GadisPuitis @ohhhashaa
18 Jul 2018, 10:27

Sudah cukupkah kekuatan yang aku kumpul? Sudah cukupkah aku bersedia menghadapinya? Sudah cukupkah ketabahan hati ini? Wajah tersenyum, Hati pedih. 🍂🍂 @HatiMilikAllah
18 Jul 2018, 10:24