𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
Ir al canal en Telegram
2 650
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días
Archivo de publicaciones
2 650
🌱 ADMIN DIPERLUKAN 🌱
@HatiMilikAllah
SYARAT
- berumur 18 tahun ke atas
- boleh bagi komitmen
- rajin update atleast 2 quotes sehari
- quotes apa sahaja asalkan tiada unsur hinaan atau carutan.
- bukan creator atau admin dari channel lain adalah diutamakan. Kalau pegang 3 channel, boleh terima lagi.
- boleh terima teguran dari creator
Berminat? Pm
@GadisPuitis
@ohhhashaa
19 jul 2018, 19:45
2 650
Jika lapar, lakukan perkara ini:
✔Pastikan anda benar-benar lapar, bukan bosan. Ramai orang makan kerana kebosanan.
✔ Pastikan anda lapar kerana perlukan tenaga, bukan kerana ketagihan gula(atau benda manis).
✔ Pastikan anda sediakan jumlah makanan sesuai dengan keperluan tenaga, bukan berdasarkan nafsu anda.
Jika dan pasti, barulah makan. Kemudian pastikan perkara ini pula.
✔ Tidak makan sambil gunakan telefon bimbit, atau menontojntelevisyen. Makan tanpa menikmati makanan, sebabkan anda makan lebih banyak.
✔ Makan dengan kadar kepantasan yang tidak terlalu laju. Makan terlalu laju tidak baik untuk penghadaman dan kepuasan makan.
✔ Pastikan berhenti sebelum kenyang, dan beri ruang dalam perut untuk minuman.
Jika ikuti cara ini, boleh kawal berat badan.
Ikuti t.me/NotaDrKamarul untuk nota kesihatan yang ringkas dan padat
19 jul 2018, 18:57
2 650
Tuhan…
Aku rindu pada Makkahmu,
Yang menyimpan seribu sejarah,
Yang menyaksikan kelahiran Rasul Yang Mulia,
Yang menjadi saksi jerih payah dan penghinaan yang diterima baginda..
Tuhan…
Ku rindu haruman tanah di sana,
Yang menjadi tempat berpijaknya Rasul menyebarkan dakwah,
Menjadi tempat berjalannya para khulafa’ Ar-Rasyidin,
Menjadi saksi setianya Hajar berlari-lari antara safa dan marwa,
Untuk mencari air buat si kecil Ismail…
Tuhan…
Ku rindu pada damainya Kota Madinah,
Tempat bersemadinya Rasul yang ku cinta,
Tempat terabdinya sebuah cinta,
Menyelak lembaran sirah,
Bagaikan aku berada di sana,
Saat Rasul menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Si Humaira’,
Bagaikan aku melihat Umar yang tidak percaya,
Bagaikan aku terdengar dia berkata,
“Siapa yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat, akan ku penggal kepalanya!”
Lalu ditenangkan oleh sahabatnya Abu Bakar,
Dan Umar terduduk percaya,
Menelan kepahitan yang dirasa,
Dalam hati tidak sabar untuk bersatu kembali dengan Nabi,
Di syurga yang abadi…
Tuhan…
Aku hambaMu yang lemah,
Aku sering melupakanmu pada saat hati dilanda gembira,
Dan menyalahkanMu pada saat hati dirundung duka,
Layakkah aku ke sana lagi,
Untuk berpijak di tanah itu,
Melawat maqam insan yang paling ku cintai,
Dan seolah-olah menghidu haruman tubuh baginda,
Menerawang di sekitarnya….
Tuhan…
Apakah aku masih punya waktu,
Untuk bersujud di hadapan KaabahMu,
Yang menyimpan sejarah dengan tentera bergajah,
Apakah aku masih punya waktu,
Untuk menangis memohon ampunanmu,
Di tanah yang mulia itu?
Tuhan…
Beri aku waktu,
Walau hanya sedetik cuma,
Untuk aku kembali bersujud,
Di tanah mulia Madinah dan Makkah Al-Mukaramah….
:’(
@Ruang_Aksara
19 jul 2018, 17:58
2 650
Tiada manusia sempurna
walau sebaik mana ia berusaha.
Tetap akan ada yang kurang,
yang aib, yang kelihatan sudut
lemahnya.
Jadi jangan kita terlalu cepat menghukum.
Bila kita menyaksikan ketidaksempurnaan orang, sewajarnya kita kembali
melihat diri kita sendiri.
Kita pun ada kelemahan,
ada kekurangan dan aib yang menggunung tapi disembunyikan oleh-Nya.
Ajar diri lebih banyak istighfar
dan bermuhasabahlah.
@hatimilikallah
19 jul 2018, 17:29
2 650
Aku nak open swap esok. So boleh sent link kat aku malam ni and esok aku boleh terus post.
@ohhhashaa
19 jul 2018, 09:08
2 650
Cara mendapat kebahagiaan
Pesan Syeikh Sheikh Abd Rahman Nasir As-Sa'di rahimahullah;
عنوان سعادة العبد: إخلاصه للمعبود، وسعيه في نفع الخلق
'Alamat kebahagiaan seorang hamba ialah dengan ikhlas kepada Tuhan yang disembah dan berusaha mencari keredhaan-Nya dengan cara menjadi orang yang memberi manfaat kepada makhluk Allah...
[Tafsir As-Sa'di]
@hatimilikallah
19 jul 2018, 08:21
2 650
Kadangkala aku terfikir, mengapa aku harus lalui semua ini ? Kadangnya, aku rasa nak menangis.
@HatiMilikAllah
19 jul 2018, 08:07
2 650
Kau kena tanamkan kata-kata ni dalam diri,
"Dunia ni memang tak adil.Kau kena banyak sabar.Allah tahu kau mampu."
n ash
@HatiMilikAllah
19 jul 2018, 08:03
2 650
"Kalau dengan awak, takde waktu yang tak special" 🌸🌸
#andainyatakdir2
@HatiMilikAllah
19 jul 2018, 08:01
2 650
Ini duniawi,bukan mimpi.
Jangan mencari bahagia di sini,
kelak kau juga yang akan rugi,
Kerna
Bahagia sebenarnya bukan disini, tapi di SANA kelak🍀.
n ash
@hatimilikAllah
19 jul 2018, 06:40
2 650
Sapa dok Sekinchan, Kuala Selangor area sawah. Sekarang sawah tengah apa ehh?
Tengah tanam ke, hijau ke, panen ke apa ke?
Asking for friend mengidam tengok sawah 😂.
Boleh pm aku @tellmesomething_bot
19 jul 2018, 04:54
2 650
Cukuplah dengan ada
keyakinan bahawa setiap
apa yang terjadi bukan
saja-saja, segala kejadian
ada ibrah dan dalam ibrah
ada hikmah - kita akan jadi
sangat-sangat berlapang
dada menerima qadar yang
tertulis untuk kita.
Biasakanlah untuk dialog
dengan Allah.
Minta disentuh hati kita
ini dengan kesedaran sepanjang
masa.
Minta Allah buat kita faham
tiap aturan perancangan-Nya.
Beramal ibadahlah sebanyak
mungkin yang niatkan lillahitaala.
Biar kita selalu dekat pada-Nya.
Biar kita rapat dengan-Nya.
Biar kita jadi tersangat akrab.
Innallaha ma'ana.
Allah ada bersama kita,
itu ♥ kita perlu rasainya.
@HatiMilikAllah
19 jul 2018, 03:52
2 650
HATIMU PAHIT
Tuan...
Kau telah lupa dengan janji
Seperti ampas tebu kau membuang aku tanpa perasaan
Manis janjimu di awal jumpa
Di sepertiga waktu terasa empedu
Luar biasa
Pandainya kau berdusta
Beribu rayu kau suguhkan
Tiada kusangka
Hatimu penuh duri
Di balik manis kalimatmu
Ada bisa yang mematikan
Hatimu pahit!
@HatiMilikAllah
19 jul 2018, 02:09
2 650
syurga itu penuh dengan orang orang yang bertaubat,sedangkan neraka itu penuh dengan orang orang yang ego dan sombong.
@hatimilikAllah
18 jul 2018, 20:05
2 650
🌱 ADMIN DIPERLUKAN 🌱
@HatiMilikAllah
SYARAT
- berumur 18 tahun ke atas
- boleh bagi komitmen
- rajin update atleast 2 quotes sehari
- quotes apa sahaja asalkan tiada unsur hinaan atau carutan.
- bukan creator atau admin dari channel lain adalah diutamakan. Kalau pegang 3 channel, boleh terima lagi.
- boleh terima teguran dari creator
Berminat? Pm
@GadisPuitis
@ohhhashaa
18 jul 2018, 10:27
2 650
Sudah cukupkah kekuatan yang aku kumpul?
Sudah cukupkah aku bersedia menghadapinya?
Sudah cukupkah ketabahan hati ini?
Wajah tersenyum,
Hati pedih.
🍂🍂
@HatiMilikAllah
18 jul 2018, 10:24
