en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Malaysians, moga bertabah. 🍃 "kita sebaik baik perancang, tapi Allah yang Maha menentukan segala galanya" belajar bersangka baik🌺 @HatiMilikAllah
15 Dec 2018, 09:11

https://s.lazada.com.my/s.iHdP Sapa nak topup free? Register je kat link tu. Yang ada apps lazada lagi senang. Aku ni tak ret
https://s.lazada.com.my/s.iHdP Sapa nak topup free? Register je kat link tu. Yang ada apps lazada lagi senang. Aku ni tak reti sangat ni pun tolong kawan. Ok guys, sila-sila. 🌸💕 Tak register tak dapat tauuu!
15 Dec 2018, 02:27

photo content
15 Dec 2018, 01:32

photo content
15 Dec 2018, 01:32

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ Dari Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak. 2. Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya) 3. Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain. 4. Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dll. 5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela - Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan. - Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya Syed Qutb: ini gambaran manusia jahiliah – jiwa manusia yang lemah dan hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh. Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩) Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah) Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam tanpa sempadan ini. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 15hb Disember 2018 07hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
14 Dec 2018, 23:47

📌Tazkirah Ringkas 📑ALLAH TIDAK AKAN PERNAH LALAI DARIPADA APA YANG KITA LAKUKAN Firman Allah SWT : وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ [Surat Al-Baqarah 74] ‎Terjemahan : "sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
14 Dec 2018, 17:11

Kau takkan tahu betapa rindunya aku dekat kau bila kau takde dekat aku. @HatiMilikAllah
14 Dec 2018, 07:18

Sapa pernah tukar line dari celcom ke maxis? Mintak pm bot aku jap. @tellmesomething_bot
14 Dec 2018, 03:51

📌Tazkirah Ringkas 📑MEREKA YANG KUFUR INGKAR KEPADA ALLAH, HATINYA KERAS SEPERTI BATU Firman Allah SWT : ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ [Surat Al-Baqarah 74] ‎Terjemahan : "Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
13 Dec 2018, 16:54

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malaikat Menunggu Orang Pergi Solat Jumaat Di Pintu Masjid عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ كَانَ عَلَى كُلِّ بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ الْمَلَائِكَةُ يَكْتُبُونَ الْأَوَّلَ فَالْأَوَّلَ فَإِذَا جَلَسَ الْإِمَامُ طَوَوْا الصُّحُفَ وَجَاءُوا يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut) ".(HR Bukhari No. 3211) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Menjadi kewajipan setiap lelaki yang akil baligh untuk menunaikan solat jumaat pada setiap hari jumaat. 2. Kita dituntut untuk datang awal ke masjid kerana ganjaran pahala yang berbeza antara orang yang datang awal dengan yang datang lewat. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu)." (HR Muslim No: 1403) 3. Ganjaran pahala orang yang datang awal ke masjid tidak sama dengan orang yang datang kemudian. 4. Malaikat mencatat ganjaran pahala setiap orang yang masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan akan berhenti mencatat apabila imam mula berkhutbah. Ayuh kita bersegera ke masjid untuk solat Jumaat dan semoga nama dan pahala yang besar dicatat dalam catatan malaikat. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 14hb Disember 2018 06hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
13 Dec 2018, 16:41

Kenapa nak tunggu esok sedangkan kau boleh start harini? @otakbercakap
13 Dec 2018, 09:58

Bukan semua orang boleh terima perubahan kita , nak jadi yang lebih baik pun orang pandang tak puas hati :') @HatiMilikAllah
13 Dec 2018, 09:52

Sabar setiap orang ada batas. Nak bersabar ni pun tengok keadaan jugak. Nak baiki diri lebih bersabar pun bukan senang. Yang tak merasa, cakap mudah laa. Yang menanggung ni tak mudah. 🌚🌚 @HatiMilikAllah
13 Dec 2018, 06:35

Overthinking is the biggest cause of oir unhappiness. Keep yourself occupied. Keep your mind off things that don't help you. THINK POSITIVE. @HatiMilikAllah
13 Dec 2018, 04:57

Terlalu sedih dengan apa yang kita tak dapat. Sampai lupa bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. @HatiMilikAllah
13 Dec 2018, 03:32

#hebahan | JAWATAN KOSONG AMAN PALESTIN Assalamualaikum wbt. Aman Palestin (Kota Damansara) ingin mengalu-alukan individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut: 1. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (KEWANGAN)) 2. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (PROGRAM & JUALAN) 3. PEMBANTU TADBIR EKSEKUTIF (TABUNG) Sila rujuk butiran yang disediakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Sila hantarkan resume anda sebelum atau pada 20 Disember 2018 ke email amanpalestinkd@gmail.com Sebarang pertanyaa hubungi: 03-61431335 (Pejabat AP Damansara) 013-3675052 (Encik Hanif) #AmanPalestin
13 Dec 2018, 00:24

photo content
13 Dec 2018, 00:24

Learn how to walk away when communication starts to fade. Learn how to move on to someone better and let it go. Don’t waste your energy trying to force something that isn’t there or meant to be. @HatiMilikAllah
12 Dec 2018, 22:20

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Penyebab Ramai Dihumban Keneraka عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْأَجْوَفَانِ قَالَ الْفَرْجُ وَالْفَمُ قَالَ أَتَدْرُونَ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang. Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?" maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda: taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik." (HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka ataupun syurga bergantung pada amalan semasa di dunia. 2. Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca dari: a. Dosa kemaluan seperti berzina, homoseks, lesbian, gay dan lain-lain. b. Dosa mulut @ lidah seperti makan dan minum dari sumber yang haram, mengumpat, memfitnah, menghina, merendah-rendah orang, mengadu domba dan lain-lain termasuk yang diterjemah dalam bentuk tulisan. 3. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa mulut yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Memperkatakan serta forward sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, Whatsapp, telegram, tanpa terdetik dihatinya bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis dan diviral akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah. 4. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan. 5. Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki. Peliharalah kemaluan dan mulut dari sesuatu yang berdosa yang menjadi penyebab dihumbankan ke neraka. Marilah kita suburkan sifat taqwa dan akhlak mulia dalam diri masing-masing agar dengan rahmat Allah ia menjadi penyebab kita memasuki syurga. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 13hb Disember 2018 05hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
12 Dec 2018, 16:59

📌Tazkirah Ringkas 📑KERJAKANLAH APA YANG TELAH ALLAH PERINTAHKAN Firman Allah SWT : فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ [Surat Al-Baqarah 68] ‎Terjemahan : "maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya". 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
12 Dec 2018, 16:59