en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Open in Telegram

when you're sad, find Him. ”

Show more
2 650
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
"Biarlah bodoh, asalkan baik, asalkan beradab dan berakhlak" Kerap bukan, kita mendengar ada umat islam yang berkata sedemikian? Seolah olah merasa selesa dengan kebodohan diri. Sebenarnya ini satu falasi yang cukup bahaya bagi seorang muslim kerana mana mungkin Allah menginginkan manusia dalam keadaan bodoh lalu terus menerus merasa selesa dengan kebodohan tersebut. Beradab dan berakhlak di dalam kehidupan ini menuntut kepada ilmu pengetahuan. Jadi bagaimana seseorang yang mengakui bodoh itu ingin menjadi seorang yang beradab dan berakhlak? Bukankah sebenarnya mengakui diri "biarlah bodoh asalkan beradab dan berakhlak" itu adalah satu pengistiharan diri sebagai seorang yang "selesa menjadi orang bodoh tetapi ingin dimuliakan oleh manusia"? Ataupun bertujuan untuk berlepas diri daripada sebarang hukum hakam di dalam agama? Atau juga bertujuan untuk mempertahankan kesalahan diri? Ketahuilah bahawasanya islam sentiasa menitikberatkan umatnya agar istiqomah mendalami ilmu. Bodoh adalah merupakan sebahagian daripada sikap tercela yang wajib dijauhi dan hanya mampu diubati dengan ilmu. "Iqra'" merupakan wahyu pertama yang turun kepada Nabi SAW adalah bukti bahawa betapa pentingnya membaca (untuk meraih ilmu) di dalam kehidupan kita. Pastinya hendak berjaya di dunia mahupun di akhirat sangat memerlukan ilmu pengetahuan. Hidup dizaman serba edan seperti hari ini lebih lebih lagi ilmu itu perlu dicari, dipelajari dan diamalkan. Jika tidak, senang senanglah musuh musuh islam memperbodohkan kita (umat islam) untuk menjalankan agenda agenda jahat mereka. Tidakkah kalian merasai betapa susahnya kita berhadapan dengan pelbagai fitnah di akhir zaman ini? Bayangkan sekiranya kita tidak ada ilmu lalu selesa dengan kebodohan, bagaimanakah kita hendak selamat daripada fitnah fitnah tersebut? Terpelihara dan terjagakah iman kita? Maka kerana itu, tuntutlah ilmu. Jauhkanlah diri daripada lembah kebodohan yang membinasakan! Wallahu'alam. #AkhiAdifGorment 13 Disember 2018
12 Dec 2018, 16:59

Aku jenis yang kalau takde mood memang senyap je, langsung tak kata apa. @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 21:37

One of the saddest truths about people in your life is knowing the fact that they only walk into your life just as long to keep you hanging on. But they will never stay with you to the end of your journey. Someday, they will abandon you and destroy everything that you believe in. @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 21:01

📌Tazkirah Ringkas 📑KISAH KISAH TERDAHULU SEBAGAI PENGAJARAN BAGI MEREKA YANG HENDAK BERTAQWA Firman Allah SWT : فَجَعَلْنَاهَا نَكَالًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهَا وَمَا خَلْفَهَا وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ [Surat Al-Baqarah 66] ‎Terjemahan : "Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
11 Dec 2018, 17:10

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sentiasa Berwuduk أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ الْوُضُوءِ فَقَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ Abu Asad bin Amru dia berkata; Saya pernah bertanya kepada Anas bin Malik tentang cara berwuduk. Maka dia menjawab; Nabi SAW biasa berwuduk untuk setiap kali akan mengerjakan solat. Dan kami pun pernah mengerjakan beberapa solat dengan sekali wuduk. (HR Abu Daud No: 146) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Muslim yang baik akhlaknya akan sentiasa berwuduk. 2. Biasakanlah berwuduk untuk memudahkan urusan menunaikan solat apabila masuk waktu. 3. Boleh memperbaharui wuduk untuk setiap kali solat. 4. Boleh juga melaksanakan beberapa solat dengan satu kali wuduk. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 12hb Disember 2018 04hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
11 Dec 2018, 16:47

I’ll love you forever, But forever might come tomorrow. @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 08:48

kau cantik tapi kau just tak confident je dengan diri kau , chill and ignore apa yang orang cakap kat kau. @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 08:27

Don’t take someone for granted just because you know every time you push them away, they’ll comeback. Because one day, they won’t. 😊 @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 06:38

Nak tengok live bola malam ni tu boleh je.. Yang tak boleh nya kau nak tengok bola tapi kau tak solat maghrib 🌚 @HatiMilikAllah
11 Dec 2018, 05:53

Tak semestinya semua yg kita nak kita akan dapat sekarang. Kadang-kadang kita akan dapat juga pada kemudian hari, cuma proses tu mengambil masa. Yakin dan bersabarlah. Hikmah Allah sentiasa ada. Kenapa kita senang, kenapa kita susah. Semua ada sebabnya. @HatiMilikAllah
10 Dec 2018, 19:57

📌Tazkirah Ringkas 📑KITA PASTI MENJADI ORANG YANG RUGI SEKIRANYA TANPA BELAS KASIHAN ALLAH Firman Allah SWT : فَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَكُنْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ [Surat Al-Baqarah 64] ‎Terjemahan : "maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
10 Dec 2018, 17:23

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Muflis Di Akhirat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih Pengajaran: 1. Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia. 2. Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang lain. 3. Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan. 4. Muflis juga disebabkan pahala yang ada terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak. 5. Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain. Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 11hb Disember 2018 03hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
10 Dec 2018, 16:46

Pesan ustaz, "Jangan tunggu orang tua kita mati baru nak berbakti. Berbaktilah semasa mereka masih ada bersama kita!" (Dipetik daripada facebook Zonkuliah) 📮Join Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
10 Dec 2018, 07:39

❗️PENCARIAN ADMIN❗️ @jagahati - open pada lelaki dan perempuan. - umur 16 tahun keatas. - creator channel tidak digalakkan. - Admin channel max 2 channel lain sahaja. - boleh bagi komitmen, boleh terima teguran. - sentiasa positif. (Channel ini bukan untuk carutan ehh) Berminat? Pm me for details. Yang serius sahaja @ohhhashaa
10 Dec 2018, 01:52

When your partner is sad, don’t leave them alone even they ask to. @HatiMilikAllah
09 Dec 2018, 23:42

kalau bukan diri sendiri yang cari bahagia, yang buat diri sendiri tersenyum, terisi, terasa dihargai. Siapa lagi? :') orang lain tak mampu nak sayang kita seikhlas hati. Selalunya semua ada syarat @HatiMilikAllah
09 Dec 2018, 20:02

Belajar jadi kuat. Pujuk hati tu. Semuanya akan okey. Allah ada😌
09 Dec 2018, 18:26

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Muslim Yang Menyelamatkan عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ Dari Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia. 2. Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut. 3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang. 4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, Whatsapp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah: إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا “Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36) 5. Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula. 6. Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan dirinya dan Muslim yang lain. JOM jadi baik dengan menjaga lisan dan tangan kita. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 10hb Disember 2018 02hb Rabiul Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
09 Dec 2018, 17:17

📌Tazkirah Ringkas 📑BERIMANLAH KEPADA AL QURAN DAN AMALKAN ISI KANDUNGANNYA AGAR KITA BERTAQWA Firman Allah SWT : خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [Surat Al-Baqarah 63] ‎Terjemahan : "Terimalah ayat-ayat (Al Quran) yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
09 Dec 2018, 17:16

Aku fikir kehidupan kita juga begitu. Meski sarat dengan pelbagai nikmat, kebahagiaan tetap bergantung pada apa yang mampu kita lihat. Meski 1001 keindahan ada di depan mata, satu halangan sahaja pun dah buat kita merintih bagai hilang segalanya 😌
09 Dec 2018, 08:40

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ” - Statistics & analytics of Telegram channel @hatimilikallah