en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 12. Hendaklah kita sangat aktif dan terlatih dalam melaksanakan khidmat-khidmat masyarakat. Kita rasa gembira jika dapat menyumbang sesuatu khidmat kepada orang lain. Kita menziarahi orang sakit, menolong orang yang memerlukan bantuan, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa bencana walaupun dengan perkataan yang baik dan sentiasa bersegera ke arah kebaikan-kebaikan.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 11. Hendaklah kita bersifat adil, betul dalam mengeluarkan hukum dalam setiap keadaan. Janganlah kemarahan menyebabkan kita lupa kepada kebaikan-kebaikan. Jangan pula keredhaan menutup mata kita dari melihat keburukan-keburukan. Janganlah permusuhan menyebabkan kamu melupakan keindahan. Berkata benarlah walaupun mengena kepada diri sendiri atau orang yang terdekat dengan kita walaupun ianya pahit.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 10. Hendaklah kita kuat sifat pemalu, perasaan yang mendalam, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan, gembira dengan kebaikan, pedih kerana kejahatan. Hendaklah kita tawadhuk tanpa hina.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 9. Hendaklah menjaga hemah diri sehingga boleh dihormati dan sentiasa bekerja dalam kesungguhan, tetapi ini tidak menghalang kita dari bergurau secara benar dan ketawa secara senyuman.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 8. Hendaklah kita menjadi seorang yang berani, kuat menanggung bebanan. Berani yang paling baik ialah berterus terang menyampaikan kebenaran, menyembunyi rahsia, mengaku kesilapan, berlaku adil terhadap diri dan mengawal diri ketika marah.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 7. Hendaklah kita menunaikan janji, perkataan dan persetujuan. Jangan memungkirinya walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 6. Hendaklah sentiasa benar dalam perkataan. Jangan sekali-kali anda berbohong.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 5. Hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam tiap sesuatu seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, badan, tempat kerja dan lain-lain. Sesungguhnya Agama ini dibina diatas asas kebersihan.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 4. Jauhilah dari berlebihan minum kopi, teh pekat dan minuman-minuman penyegar yang lain. Jangan mengambilnya kecuali jika terpaksa. Hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari merokok.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 3. Bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan badan yang menyeluruh, memakan ubat ke atas penyakit yang dihidapi, mengambil berat perkara-perkara yang membina kekuatan dan ketahanan badan dan menjauhkan diri dari sebarang sebab-sebab yang memudaratkan kesihatan diri.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 2. Kita hendaklah memperbaiki bacaan Al-Quran, mendengar orang lain membacanya dan mengamati pengertian-pengertiannya. Kita mempelajari Sejarah Rasulullah saw, sejarah para Salaf (generasi Islam yang awal) sebanyak masa yang terluang pada kita. Perbanyakkan membaca Hadis Rasulullah saw. Hafallah sekurang-kurangnya 40 hadis (seperti buku Hadis 40 oleh Imam Nawawi). Hendaklah kita mempelajari satu buku dalam Asas Aqidah dan satu buku dalam Fiqh Ibadat.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 1. Hendaklah ada bagi diri kita wirid harian dari Al-Quran, tidak kurang dari 1 juzuk. Berusahalah untuk setiap kali khatam 30 juzuk tidak lebih lama dari sebulan dan tidak lebih pendik dari 3 hari.

ASAS KENEGARAAN ISLAM Dua prinsip asas dalam Siyasah Syariyyah (Politik Islam) adalah : 1- Ketuanan (السيادة) 2- Perlaksanaan Syariah (الحكم) Orang Islam mesti mengetuai negara dan Syariat (undang-undang) Islam mesti dilaksanakan di negara tersebut. Dalil Quran dan Hadis terlalu banyak mengenai 2 asas ini. Ia terlaksana dalam Khilafah Islam sepanjang kurun-kurun lalu. Us. Abdul Halim Abdullah 13 Mac 2017

MUDAH TERIMA PANDANGAN BENAR Satu Sifat Ikhlas Terpuji Pagi ini datang kata-kata hikmah Ibnu Wazir dari sebuah channel. Kitab Al-Awasim wa Al-Qawasim adalah syllabus kami semasa belajar agama di Mesir dulu. Ikhlas letaknya di hati. Oleh itu ia sukar dilihat. Namun ia boleh dinilai dari kesannya pada zahir perlakuan manusia. Insan yang arif, mahir memberi panduan kepada kita dalam membuat penilaian itu. Ibnul Wazir ra, pengarang kitab Al-Awasim wal Qawasim, berkata, والقاصد لوجه الله لا يخاف أن يُنقد عليه خَلَلٌ في كلامه، ولا يَهاب أن يُدَلَّ على بطلان قوله، بل يحب الحق من حيث أتاه، ويقبل الهدى ممَّن أهداه. "Orang yang ikhlas semata-mata mengharapkan wajah (keredhaan) Allah, tidak takut dikritik akan kesalahan pada ucapannya, dan tidak khuatir ditunjukkan kebatilan pada perkataannya. Sebaliknya dia suka akan Kebenaran itu walau dari manapun ia datang. Dia menerima petunjuk dari siapa sahaja yang menghadiahkannya kepada dia". Dari kata-kata hikmah di atas, lawan kepada sifat Ikhlas adalah sifat takut dikritik kesalahan pada perkataannya, memilih orang dan sempit dada dalam menerima pandangan yang benar. Moga Allah swt menggolongkan kita bersama orang-orang yang ikhlas dan mudah menerima pandangan yang benar. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 13 Mac 2017

10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM 10. Berguna Untuk Orang Lain (نافع لغيره) Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah. https://inijalanku.wordpress.com/parti2/10-sifat-individu-muslim/

10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM 9. Tersusun Dalam Urusannya (منظم في شؤنه) Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM 8. Menjaga Waktu (حريص على الوقت) Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM 7. Mampu Melawan Hawa Nafsu (مجاهد لنفسه) Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM 6. Ibadah Yang Sahih (صحيح العبادة) Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

PANDUAN PERGAULAN I جالس العلماء بعقلك ▪"️Duduk (bergaul)lah bersama para ulama dgn akalmu". Ini adalah kerana para ulamak banyak menghafaz matan, hukum dan usul akan tetapi memerlukan info dan analisa realiti yang berlalu di sekeliling yang boleh sampai kepada manusia ramai, tetapi tidak sampai kepada mereka. l وجالس الامراء بعلمك ▪"️Duduk (bergaul)lah bersama para pemimpin dgn ilmumu". Ini adalah kerana para pemimpin banyak berinteraksi dan terkesan dengan sepak terajang politik yang boleh terkeluar dari landasan Syarak. Maka dengan panduan ilmu Syarak yang ada pada kita dan keberanian dan keterbukaan kita menyampaikannya kepada mereka, boleh menjaga mereka dari terseleweng lebih jauh. l وجالس الاصدقاء بأدبك ▪"️Duduk (bergaul)lah bersama kawan-kawan dengan adabmu". Ini adalah kerana adab pergaulan atau akhlak yang baik adalah buah kepada aqidah dan ibadah. Dengan adab kita boleh menjadi contoh kepada mereka, mengajak mereka kepada makruf, mencegah munkar dan hidup berjuang dalam amal jamaiyy membina kekuatan ke arah memenangkan Islam. l وجالس أهل بيتك بعطفك ▪️"Duduk (bergaul)lah bersama ahli keluargamu dengan kelembutanmu". Ini adalah kerana mereka di rumah memerlukan kasih sayang dan tunjuk ajarmu. Memang urusan di luar rumah, di tempat kerja, politik kotor dan hasad dengki boleh mengusutkan perasaan dan pemikiran. Akan tetapi apa yang di luar rumah, hadapinya di luar rumah. Jangan bawa atau terbawa-bawa ke dalam rumah. Ahli keluarga kita tidak tahu menahu dan tak perlu tahu pun banyak darinya. Hak mereka ke atas diri kita adalah pergaulan yang lembut, kasih sayang yang mendalam dan ketegasan dalam kebenaran dan mencapai kejayaan. Matan : Syeikh Asy-Syanqity Us. Abdul Halim Abdullah 11 Mac 2017