Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
AMERIKA MASUK SYRIA
Kini tentera Amerika mula masuk dan campurtangan di Syria. Ini menjadikan Syria sebagai bumi pertama dalam sejarah dunia moden, kerjasama Imperialis Barat (Amerika, Eropah dll.) dan Komunis Timur (Rusia dll.) secara terang-terangan.
Di media antarabangsa, digambarkan mereka berperang dingin sesama mereka. Hakikatnya kedua-dua pihak tersebut, di bumi kini berada di bumi yang sama (Syria) dan tidak bertelagah sedikit pun, malah bekerjasama.
Kuasa Asing ingin memastikan masadepan Syria ditentukan oleh mereka, dan bukan oleh penduduk Syria sendiri, maupun oleh Dunia Islam.
Sehingga hari ini negara-negara Umat Islam tidak membantu secara ketenteraan kepada penduduk Syria. Hanya beberapa kerajaan dan badan-badan Islam sahaja yang menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Umum mengetahui bahawa bantuan makanan dan pakaian sahaja adalah tidak memadai. Bantuan kekuatan adalah suatu perkara asasi dalam mana mana percaturan di antara Hak dan Batil. Jika anda benar, anda kena menangkan Kebenaran anda dengan Kekuatan, dan bukan sekadar dengan makanan dan pakaian. Kata-kata hikmat silam : ان الحق لابد من قوة تحميه (Kebenaran itu mesti ada Kekuatan yang melindunginya).
Siapa yang memiliki Kekuatan, dia yang menentukan kesudahan akhir kepada mana mana pergolakan. Kini, setelah 6 tahun peperangan dan 500,000 syahid terkorban, Amerika mula masuk dengan Kekuatan.
Amerika mahu menentukan masadepan Syria selepas ini, selari dan mengikut dengan kehendaknya seperti di Iraq.
Us. Abdul Halim Abdullah
11 Mac 2017
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM
5. Akidah Yang Sejahtera (سليم العقيدة)
Seorang da’ie mesti meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM
4. Mampu Berusaha (قادر على الكسب)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM
3. Berpengetahuan (مثاقفة الفكر)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam al-Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari Sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM
2. Akhlaq Yang Mantap (متين الخلق)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat ; sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM
1. Kuat Tubuh Badan (قوي الجسم)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
KETAHUI LANGKAH ANDA
Jika anda tidak mampu menegakkan kebenaran, maka janganlah anda menyokong kebatilan.
Jika anda tidak mendapati sesiapa yang tidak berdengki terhadap anda, ketahuilah bahawa anda adalah seorang insan yang gagal.
Jangan kecut terhadap perancangan-perancangan manusia. Yang paling mereka mampu adalah melaksanakan kehendak Allah.
Moga Allah merahmati Asy-Syeikh Syakrawi yang menyumbang kata-kata mutiara di atas.
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Mac 2017
DUNIA KARIER MELALAIKAN
Berbeza dari penglibatan Duat dalam Dakwah di alam persekolahan dan universiti, kini alam karier dan mengumpul harta banyak melalaikan mereka. Egroup bisnes lebih rancak dari egroup amal dakwah.
Sedang amal Dakwah menuntut kecintaan Akhirat yang tidak berbelah bagi. Keredhaan Allah dan Syurga adalah keuntungan atau gaji pokoknya. Tanpa keimanan dan keyakinan terhadap gaji Akhirat ini, sesiapa sahaja boleh kecundang kerana gaji dunia lebih tampak di mata dan lebih kuat dalam perasaan.
Oleh itu hendaklah kita sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat dan membuat persiapan menghadapinya.
Seseorang daie hendaklah berusaha melalui jalan-jalan suluk para Muqarrabin Mujahideen dalam menuju kepadaNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang makthur (datang dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.
Moga Allah swt mengurniakan kita istiqamah dan tsabat di jalanNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
8 Mac 2017
ULANGTAHUN KE 93 JATUHNYA KHILAFAH ISLAM
3 Mac 1924 - 3 Mac 2017
Untuk membina kembali binaan besar Umat ini, memerlukan batu-bata, tiang dan pasak yang kuat pula. Kerana itu pentarbiyahan setiap satu individu dan keluarga adalah perkara yang amat dan paling mustahak pada fasa ini. Jika unit-unit ini rapuh, bukan sahaja daulah dan khilafah yang dicita-citakan itu masih jauh, bahkan jemaah sebagai kenderaan untuk menjayakan visi dan misi sedemikian juga akan lesu, panjang angan-angan, berantakan dan berkecai dek godaan dunia, hawa nafsu dan Syaitan.
Moga ulangtahun ke 93 lenyapnya Khilafah Islamiyah semalam terus menyedar dan membakar jiwa Umat ini untuk bangkit, bekerja dan berjaya menuju cita-cita untuk mengembalikannya. ويومئذ يفرح المؤمنون بنصر الله bermaksud, “Pada hari kemenangan itu orang-orang beriman bergembira dengan kemenangan (anugerah) Allah”.
(Arkib Mac 2016)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2016/03/04/tahun-ke-92-tamat-khilafah/#more-6202
LIBYA BERGOLAK
Rakyat Libya sekali lagi bangkit untuk mematahkan cubaan bekas tentera Libya merampas kuasa.
Jelas sekali bahawa usaha Umat Islam di berbagai negara, untuk bangkit mengagungkan Kalimah Allah, terpaksa berhadapan dengan tentera mereka sendiri yang tunduk kepada Kuasa-kuasa Asing.
Apa yang berlaku di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Iraq dan lain-lain negara umat Islam menjelaskan pernyataan tersebut.
Dakwah Islam kena tersebar ke seluruh pelusuk negara dan semua strata masyarakat termasuk tentera, sehingga tentera kembali berkhidmat melindungi rakyat dan negara, bukan menjadi talibarut Kuasa Asing.
Us. Abdul Halim Abdullah
7 Mac 2017
ZALIM TABIAT KEJI
Allah swt sendiri mengharamkan ke atas DiriNya perbuatan zalim, maka lebih-lebih lagi lah ia nya suatu yang amat haram ke atas hamba-hambaNya.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ
عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ : يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلىَ نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً، فَلاَ تَظَالَمُوا ...
Dari Abu Zarr Al-Ghiffari ra, dari Nabi saw yang meriwayatkan dari TuhanNya bahawa Dia berfirman, "Wahai hamba Ku, sungguh Aku telah haramkan ke atas DiriKu kezaliman, dan Aku telah jadikan Kezaliman itu haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi antara satu sama lain...".
Zaman ini kuasa-kuasa besar kufur menzalimi umat yang lebih lemah. Dalam kemelut ini Allah swt memilih kita untuk membina tamaddun kemanusiaan yang baru dan adil.
Maka kita para Duat dan Umat Islam harus menjadi contoh teladan mereka yang membuang sifat zalim dari bersarang dalam diri dan dari melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap orang lain, terutama ke atas mereka yang lebih lemah.
Us. Abdul Halim Abdullah
6 Mac 2017
FITNAH MENGANGKAT DERAJAT MUKMIN
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :
ابتـلاء المؤمـن كالدواء له، يَستخرجُ منه الأدواء التى لو بقيـت فيه أهلكته، أو نقصت ثوابـه، وأنزلت درجتـه . فيستخرج الابتلاء والامتحان منـه تلك الأدواء، ويَستعدُّ به لتمام الأجر، وعُلوِّ المنـزلة، ومعلومٌ أنّ وجود هذا خـيرٌ للمـؤمن من عدمـه.
💧 Dugaan ke atas seseorang mukmin adalah ibarat ubat baginya.
💧 Ubat itu mengeluarkan berbagai penyakit darinya yang jika dibiarkan bersarang dalam dirinya, penyakit itu akan membinasakannya, mengurangkan pahalanya atau menurunkan derajatnya.
💧 Oleh itu dugaan dan ujian tadi akan mengeluarkan penyakit-penyakit dari dirinya dan membantunya untuk mendapat pahala yang sempurna dan derajat yang tinggi.
💧 Maka telah diketahui bahwa wujudnya dugaan itu lebih baik bagi seseorang mukmin daripada tidak ada ujian ke atasnya.
Saya nampak banyak kebaikan untuk seorang mukmin yang dikenakan dugaan ke atasnya asalkan beliau sabar dan sentiasa positif mengamati hikmah-hikmah dari dugaan tersebut. Oleh itu sebenarnya ia bukan isu (perihal) orang mukmin yang kena dugaan.
PENIMPA DUGAAN
Sebaliknya ia adalah isu (perihal) orang yang melakukan atau mengenakan sesuatu dugaan (fitnah) ke atas orang mukmin lain. Firman Allah swt :
(إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ)
"Sungguh orang-orang yang menimpakan dugaan ke atas orang-orang beriman lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab api Neraka". [Surat Al-Buruj 10]
Moga Allah swt bersihkan kita dari jiwa dan tabiat sedemikian. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
6 Mac 2017
SEMUA SAMA AKAN MATI, TAPI BEZA ...
Akan mati orang-orang saleh dan orang-orang jahat.
Akan mati orang yang hidup berjuang, dan orang yang hidup lepak.
Akan mati orang yang bangga dan rasa tinggi dengan Aqidah dan orang yang rela hina tunduk kepada manusia.
...
Semua akan mati. Tiada beza aspek ini.
Yang berbeza adalah aspek lain. Bezanya adalah di penghujung masing-masing :
(وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ).
"Hanyasanya disempurnakan balasan bagi kamu (adalah) pada Hari Kiamat. Siapa yang diselamatkan dari Api Neraka, dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya".
Inilah nilai yang terdapat dalam Perbezaan itu.
Inilah kesudahan yang membezakan antara seseorang dari seseorang yang lain.
Inilah Nilai Abadi yang layak diusahakan oleh kita dan Penghujung yang digeruni yang layak dibuat 1000x perhitungan.
Asy-Syahid Sayyid Qutb (1906-1966)
IKHWAN MUSLIMIN
http://i-cias.com/e.o/qutb_s.htm
(Beliau penulis tafsir agung Fi Zilal Al-Quran, dan syahid di tali gantung regim tentera Jamal Naser di Mesir)
Terjemahan :
Us. Abdul Halim Abdullah
3 Mac 2017
الفوارق بين فئتين ..
===============
يموت الصالحون ويموت الطالحون
يموت المجاهدون ويموت القاعدون
يموت المستعلون بالعقيدة ويموت المستذلون للعبيد
يموت الشجعان الذين يأبون الضيم
ويموت الجبناء الحريصون على الحياة بأي ثمن
يموت ذوو الاهتمامات الكبيرة والأهداف العالية
ويموت التافهون الذين يعيشون فقط للمتاع الرخيص.!
الكل يموت ..
كل نفس تذوق الجرعة وتفارق الحياة ..
لا فارق بين نفس ونفس في تذوق هذه الجرعة
إنما الفارق في شيء آخر ..
الفارق في المصير الأخير
(وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ).
هذه هي القيمة التي يكون فيها الافتراق .
وهذا هو المصير الذي يفترق فيه فلان عن فلان
القيمة الباقية التي تستحق السعي والمصير المخوف الذي يستحق أن يحسب له ألف حساب ..
سيد قطب رحمه الله
TARBIYAH QAWIYAH
Saya melihat perkembangan dan kemajuan kem Jahiliyah peringkat antarabangsa, disegi teknologi, kewangan, persenjataan dan networking semakin hari semakin canggih dan terkedepan. Keupayaan media sosial tiada had. Kesannya kepada anak-anak Duat dan Umat adalah besar dan merunsingkan.
Sukar digambarkan insan akan selamat kecuali yang benar-benar melalui tarbiyah (didikan) yang kuat oleh murabbi (pendidik) yang rabbani.
Aktiviti-aktiviti moral bersifat umum boleh dan banyak dikalahkan oleh arus Barat yang ganas pada hari ini dan akan datang. Saya lihat ramai anak anak tewas, walaupun mereka dari keluarga yang soleh.
Moga Allah swt memelihara kita semua. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Feb 2017
BAHAYA UJUB
Ujub ialah perasaan kagum kepada diri sendiri. Merasa dirinya hebat. Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Moga Allah selamatkan kita dari sifat mazmumah ini. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Feb 2017
KASIH SAYANG DALAM KELUARGA DAKWAH
..seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat tersebut untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting dalam kehidupan berumahtangga, bahkan kehidupan di dalam Jalan Dakwah dan kehidupan dalam masyarakat antarabangsa. Hakikat itu adalah kasih sayang.
Sebelum saya meneruskan bicara, kasih sayang dalam rumahtangga adalah juga sama dengan kasih sayang di dalam jemaah di Jalan Dakwah.
(Arkib Jun 2008)
Teruskan bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/06/16/kasih-sayang-jalan-kita/
DAULAH ISLAM (الدولة الاسلامية)
Adalah salah jika ada orang mengatakan kita telah berpuas hati dengan sifat, ciri dan keadaan negara Islam yang ada pada hari ini.
Daulah Islam yang kita ingin, cita-citakan dan berusaha keras ke arahnya adalah negara yang :
1- Memimpin umat-umat Islam di dunia dan menggabungkan mereka yang sedang berpecah belah di zaman ini.
2- Mengembalikan kehebatan dan kegemilangan Umat Islam yang pernah dikecapi suatu masa dahulu, memimpin dan membimbing Dunia.
3- Menebus kembali tanahair-tanahair Islam yang hilang, dirampas atau dicerobohi.
4- Mengibar panji-panji Jihad dan Dakwah di jalan Allah sehingga Dunia bahagia dengan ajaran-ajaran Islam.
Adakah telah terdapat di depan mata kita negara Islam sedemikian ?
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Feb 2017
