Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
ZALIM TABIAT KEJI
Allah swt sendiri mengharamkan ke atas DiriNya perbuatan zalim, maka lebih-lebih lagi lah ia nya suatu yang amat haram ke atas hamba-hambaNya.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ
عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ : يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلىَ نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً، فَلاَ تَظَالَمُوا ...
Dari Abu Zarr Al-Ghiffari ra, dari Nabi saw yang meriwayatkan dari TuhanNya bahawa Dia berfirman, "Wahai hamba Ku, sungguh Aku telah haramkan ke atas DiriKu kezaliman, dan Aku telah jadikan Kezaliman itu haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi antara satu sama lain...".
Zaman ini kuasa-kuasa besar kufur menzalimi umat yang lebih lemah. Dalam kemelut ini Allah swt memilih kita untuk membina tamaddun kemanusiaan yang baru dan adil.
Maka kita para Duat dan Umat Islam harus menjadi contoh teladan mereka yang membuang sifat zalim dari bersarang dalam diri dan dari melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap orang lain, terutama ke atas mereka yang lebih lemah.
Us. Abdul Halim Abdullah
6 Mac 2017 (Arkib)
TARBIYAH MENDALAM
Kisah lama 25 tahun lalu. Di kampung isteri saya di Kepala Batas, ada bekas pembantu perubatan berpengalaman lama, membuka klinik sendiri. Demam cepat kebah, mungkin dosagenya tinggi. Sambutan hebat di kliniknya mengalahkan klinik-klinik doktor perubatan di sana. Pelanggan berpusu-pusu.
Mungkin ramai beranggapan tidak perlu seorang doktor melalui alam pengajian di fakulti perubatan selama 6-7 tahun, ditambah lagi 4 tahun untuk jadi pakar dan seterusnya. Kerana dresser atau pembantu perubatan contoh di atas tidak melalui pun kursus sebegitu panjang, sedang kliniknya padat dengan pelanggan.
Namun dunia perubatan maklum bahawa kemampuan nya terhad. Sunnah Allah di alam perubatan tidak berubah. Boleh nanti berlaku, hari di mana pesakit pneumonia disangkanya demam biasa. Ubatnya tidak mujarrab. Rawatannya tidak menjurus kepada penyakit sebenar.
Jika pneumonia pesakit telah kronik, atau kanser nya telah mencapai terminal, atau sakit appendiks pecah disangkanya perut sakit dek dimasukki angin, masa berlarutan, pesakit telah tidak dapat lagi diselamatkan, baru umum sedar bahawa pembantu perubatan sebenarnya mempunyai keterbatasan. Aksinya boleh mengundang bahaya.
Bahkan dalam banyak kes, pegawai perubatan tahap biasa sendiri, yang bukan pakar, juga terbatas kemampuannya. Kes terpaksa dirujuk ke doktor pakar.
Begitulah juga hakikat Dakwah ini.
Cuaca terang, kerja girang, dunia terbentang, angan-angan melayang, boleh menyebabkan ramai duat rasa complacent, walaupun aktiviti Tarbiyah terabai dan amal qawiyy terbengkalai sekian lama.
Mungkin mereka yang jahil mengatakan apa perlu Tarbiyah yang hebat, panjang, mendalam, klasik dsb. Tidakkah sedikit tazkirah dalam pertemuan-pertemuan ringan dan sentuh-sentuh isu-isu semasa yang sedang hot itu sudah cukup dan memadai ?
Ramai boleh survive ujian tahap satu dan tahap dua dalam Dakwah.
Namun bukan sahaja sunnatullah di alam perubatan tidak berubah, malah sunnatullah dalam Dakwah juga sekali-kali tidak berubah.
Bila tiba ujian tahap tiga, tahap empat dan seterusnya, Seerah, sejarah dan pengamatan saya sendiri menunjukkan bahawa cuai di aspek Tarbiyah menjanjikan malapetaka dakwah di fasa dunia lagi, sebelum kesengsaraan di fasa Akhirat.
Jalan Dakwah ini tidak akan mampu dilalui kecuali rijal yang telah ditarbiyah akal dan ruh nya dengan betul, serius, mendalam dan berpanjangan.
Tarbiyah yang cuai, jika berlarutan dan berpanjangan sehingga kronik boleh menyebabkan jasad dakwah lumpuh, lumpuh kekal atau lebih menyayat dari itu.
Us. Abdul Halim Abdullah
22 Julai 2017 (Arkib)
ANTARA "HARAM" DAN "JENAYAH"
Melakukan perkara haram dalam Islam adalah jenayah dalam undang-undang.
Jika liwat sesama wanita (lesbian) dan sesama lelaki (gay) adalah haram, maka ia adalah jenayah dalam negara, samada dilakukan secara terangan atau sembunyi.
Ramai orang beri rasuah atau mencuri cara sembunyi dan tidak dihukum kerana tidak dihebohkan. Namun ia tetap dikira jenayah. Negara mesti mencungkilnya sehingga ia dibenteras sama sekali. Negara juga mesti menyekat jalan-jalan penyebab berlaku dan suburnya jenayah itu.
Negara tidak boleh berpendirian "asalkan sesuatu jenayah itu dilakukannsecara sembunyi, maka Negara anggap ia bukan jenayah atau negara tidak boleh lakukan apa-apa".
Apa yang Allah swt haramkan dalam Quran atau Hadis, maka wajib ke atas penggubal undang-undang (wakil-wakil rakyat dalam Parlimen dan DUN) menjenayah dan mengaktakannya dalam undang-undang negara.
Tidak ada nama nya "haram di sisi Allah", tetapi "tidak jenayah di sisi undang-undang", melainkan wakil-wakil Rakyat dalam dewan-dewan Perundangan (Parlimen dan DUN) berdosa dan menanggung dosa negara yang tidak melaksanakan undang-undang Allah.
Jika berlaku haram bukan jenayah dalam undang-undang, ia hampir kepada apa yang berlaku kepada penggubal Kristian di kalangan pendita-pendita mereka zaman dulu. Kahwin yang halal dikata haram. Arak haram dikata halal.
Ketika masih beragama Kristian, Adi bin Hatim bertemu Nabi saw. Apabila Nabi saw nampak salib dirantainya, Nabi saw membacakan kepadanya ayat Quran :
(اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ)
bermaksud "Mereka (pengikut Kristian) menjadikan paderi dan pendita mereka, serta Nabi Isa bin Maryam, sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Sedang mereka tidak disuruh selain menyembah Allah ....". [Surah At-Taubah 31]
Adi bin Hatim berkata, "Kami tidak menyembah mereka (paderi-paderi) wahai Muhammad !!".
Nabi saw bersabda, هم احلوا لكم الحرام وحرم عليكم الحلال فاتبعوهم ، وذلك عبادتكم اياهم bermaksud, "Yang haram mereka halalkan bagi kamu. Yang halal mereka haramkan ke atas kami. Lalu kamu ikut mereka. Itu nama nya kamu menyembah mereka".
Wahyu (Quran dan Hadis) di atas mengatakan paderi atau "penggubal" sedemikian adalah "tuhan" kerana haram diumumkan halal kepada masyarakat. Manakala "pengikut" pula melakukan syirik, kerana mengikut atau patuh kepada "tuhan" atau "penggubal" tersebut. Nauzubillah.
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Julai 2018
JAUHI ANIAYA KAWAN
Abu Hurairah ra. menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﻟَﻪُ ﻣَﻈْﻠَﻤَﺔٌ ﻟِﺄَﺧِﻴﻪِ ﻣِﻦْ ﻋِﺮْﺿِﻪِ ﺃَﻭْ ﺷَﻲْﺀٍ ﻓَﻠْﻴَﺘَﺤَﻠَّﻠْﻪُ ﻣِﻨْﻪُ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡَ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﻟَﺎ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺩِﻳﻨَﺎﺭٌ ﻭَﻟَﺎ ﺩِﺭْﻫَﻢٌ ﺇِﻥْ ﻛَﺎﻥَ ﻟَﻪُ ﻋَﻤَﻞٌ ﺻَﺎﻟِﺢٌ ﺃُﺧِﺬَ ﻣِﻨْﻪُ ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﻣَﻈْﻠَﻤَﺘِﻪِ ﻭَﺇِﻥْ ﻟَﻢْ ﺗَﻜُﻦْ ﻟَﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺎﺕٌ ﺃُﺧِﺬَ ﻣِﻦْ ﺳَﻴِّﺌَﺎﺕِ ﺻَﺎﺣِﺒِﻪِ ﻓَﺤُﻤِﻞَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
Ertinya:
“Siapa yang pernah berbuat aniaya (zalim) terhadap kehormatan (nama baik) saudaranya atau aniaya apa sahaja, maka hendaklah dia meminta dari saudaranya agar dihalalkan (minta maaf) pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari yang ketika itu tidak bermanfaat dinar dan dirham (Hari Kiamat), bila dia memiliki (pahala) amal soleh, akan diambil darinya sebanyak kezalimannya (untuk diberikan kepada saudara yang dizaliminya di dunia).
Apabila (habis pahalanya dan) dia tidak memiliki kebaikan lagi maka keburukan saudaranya yang dizaliminya itu akan diambil lalu ditanggungkan kepadanya”. (Hadis sahih riwayat Bukhari).
Menuduh dan menghukum tanpa hak dan bicara, adalah sebahagian dari bentuk penganiayaan. Membentuk persepsi dengan menyebarkan tuduhan tanpa sabitan, adalah mencalar kehormatan manusia.
Kesemuanya haram dan wajib dijauhi. Jika telah dilakukan, maka wajib diminta kemaafan sebelum nyawa sampai ke halqum, dan tiba Hari Kiamat yang tiada diterima lagi sebarang permohonan maaf, selain pertukaran dosa dan pahala seperti di atas.
Moga Allah swt jauhi kita dari sifat dan akhlak yang jelek itu. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
23 Jun 2018
JALAN DAKWAH
Telah berlalu 6 tahun, mereka yang menang PRU Mesir 2012 disumbatkan ke dalam penjara termasuk Presiden Mursi dan ramai dibunuh saban hari tanpa bicara yang sebenar.
Mereka yang lemah jiwa mungkin mengambil sikap negatif dan pesimis. Namun kita para Pendakwah bergerak di atas prinsip, cara dan matlamat perjuangan Rasulullah saw meyakini bahawa :
1- Apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan kekal.
2- Kebatilan dan pengkhianatan akan lenyap. Kebenaran akhirnya akan tertegak.
3- Mereka yang berada di atas Kebenaran dan Prinsip akan terus hidup mulia, bahagia di dunia dan Akhirat.
4- Waspada terhadap sesetengah manusia yang dianggap mulia sedang mereka khianat dengan amanah yang diberikan dan menyalahgunakan kuasa yang diamanah kepada nya.
5- Prinsip dan Aqidah adalah suatu kekuatan yang hebat yang tidak dapat dikalahkan.
Us. Abdul Halim Abdullah
22 Jun 2018
FIQH ISLAMI & ZAMAN KINI
Isi kandung Fiqh Islam terbahagi kepada 2 iaitu yang tetap dan kekal, dan yang berubah.
Ini adalah kerana Fiqh Islam didasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, di dalam nya disebut dengan jelas, terperinci dan tetap tidak berubah. Di dalam nya juga ada nas nas yang disebut secara umum, terbuka kepada perbahasan dan kesesuaian masa dan tempat, namun mempunyai kaedah umum yang tetap.
Oleh itu mengatakan kitab-kitab fiqh Islam zaman dahulu tidak relevan di zaman sekarang adalah pernyataan umum yang tidak tepat. Sebaiknya diperincikan agar cendikiawan dan umat Islam awam memahami apa sebenar yang dimaksudkan.
Terjemahan nas Quran yang dibawa oleh Suara.Tv juga adalah tidak tepat, dan boleh sahaja menyeleweng.
Ayat tersebut tidak menegah umat Islam berbuat baik dan adil kepada orang bukan-Islam.
Ayat itu bukan membawa maksud membolehkan umat Islam melantik orang kafir menjadi ketua.
Firman Allah swt :
(لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ)
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
[Surat Al-Mumtahana 8]
Us. Abdul Halim Abdullah
6 Jun 2018
PERJUANGAN AQIDAH vs PERJUANGAN SOSIAL
"INI JALAN NYA"
Oleh : Asy-Syahid Sayyid Qutb (1906-1966)
Rasulullah saw diutuskan dengan membawa Agama ini, kepada masyarakat Arab yang merupakan seteruk-teruk masyarakat diaspek keadilan dan pembahagian kekayaan negara.
Hanya segelintir yang memiliki harta dan perniagaan, mengaut keuntungan dengan riba, lalu menjadi lagi kaya berlipat kali ganda.
Yang ramai nya adalah orang-orang yang hidup dalam kesempitan dan kelaparan.
Mereka yang memiliki kekayaan, akan memiliki kemuliaan dan kedudukan. Sedang masyarakat jelata tiada memiliki kedua-dua harta dan kemuliaan.
Mungkin ada orang mengatakan : Muhammad boleh sahaja mengangkat slogan Sosial (kemasyarakatan), menggunakan slogan itu untuk menarik sokongan dan penentangan terhadap golongan Kenamaan, menamakannya sebagai seruan merubah keadaan (U.B.A.H !!), memulangkan harta-harta orang kaya kepada orang-orang miskin.
Mungkin ada orang mengatakan : Jika Nabi saw berjuang dengan seruan (Sosial seperti) itu, lalu masyarakat akan terbahagi dua (1) Majoriti bersama perjuangan baru berdepan dengan penguasa harta, kedudukan dan pangkat. (2) Minoriti bersama status quo (keadaan sedia ada), (adalah kononnya lebih baik dan cepat) berbanding seluruh masyarakat bersatu menentang Lailaha Illallah yang masih belum tersebar melata lagi ketika itu kecuali di kalangan segelintir manusia sahaja (para Sahabat fasa awal).
Mungkin ada orang mengatakan : Sesuai bagi Muhammad selepai majoriti menyokongnya, menyerahkan kepimpinan kepada nya, mengalahkan minoriti, menggunakan kedudukan dan kekuasannya selepas itu bagi mengikrarkan aqidah Tauhid yang dengan aqidah itu Allah mengutuskannya, ke arah menghambakan manusia kepada kekuasaan Tuhan mereka, setelah mereka diperhambakan oleh kekuasaan manusia.
Akan tetapi Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tidak mejuruskan Baginda saw ke arah cara ini. Sesungguhnya Allah swt mengetahui ini bukan jalannya.
Rasulullah saw mengetahui bahawa keadilan sosial mesti lahir dalam masyarakat dari tasawwur Aqidah menyeluruh, menyerahkan segala urusan kepada Allah, menerima dengan redha dan rela apa yang ditentukan Allah seperti keadilan dalam pengagihan dan bantu membantu sesama mereka.
Dengan itu teguhlah didalam hati pemberi (harta) dan penerima (harta) bahawa sistem itu telah melaksanakan disyariatkan Allah. Mereka mengharapkan kebaikan di dunia dan Akhirat dari ketaatan tersebut.
Maka hati tidak dipenuhi sifat tamak dan kebencian. Perjalanan negara tidak berjalan dengan pedang dan cemeti, serta tidak pula dengan cara menakut-nakutkan (rakyat) dan keganasan (oleh pemerintah).
Hati tidak rosak dan ruh tidak terjerut seperti yang berlaku di negara dan masyarakat yang tidak tegak dari asas Lailaha illaLlah.
Inilah jalannya.
Tulisan : Asy-Syahid Sayyid Qutb ra.
Terjemahan : Us. Abdul Halim Abdullah
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Artikel kiriman asal :
"Ikhwan Muslimin di bulan Ramadan - Madrasah 30 Hari"
6 Ramadan 1439H
22 May 2018
an persepsi dari WhatsApp groups.
(2) Rakyat tidak disalahgunakan kemudahan televisyen yang dianugerahkan Allah. Mereka beralih dari televisyen hiburan, artis, drama, program yang melalaikan, kepada wacana, dokumentari, pendidikan dalam televisyen.
Mungkin selama ini Rakyat rasa selain Hiburan, semua rancangan lain dalam televisyen adalah berat sebelah dan memperbodohkan mereka.
Jika televisyen berfungsi terbaik seperti harapan di atas, ramai yang akan berfikir semula untuk membeli dan memiliki televisyen di rumah, termasuk saya, atas dasar tanggungjawab sebagai Rakyat. "Siapa yang tak peduli hal umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka".
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Mei 2018
HUTANG NEGARA
Seorang jurutera, Ir. Rahim berpendapatan Rm30,000 sebulan, beli rumah berharga Rm2juta, mampu bayar Rm4juta secara ansuran sebanyak Rm9,000/bulan selama 15 tahun. Dia beli kereta Rm400,000. Kena bayar Rm1juta dalam masa 5 tahun, katakan Rm4000/bulan.
Jumlah kos bulanan Rm9,000 (rumah) + Rm4,000 (kereta) = Rm13,000. Baki duitnya tiap bulan Rm30,000 - Rm13,000 = Rm17,000. Dia plan dan dia mampu beri kehidupan selesa dan pendidikan terbaik kepada semua ahli keluarganya, bahkan sebahagian sedara maranya.
Dia dalam keadaan berhutang Rm5,000,000.
Seorang nelayan, Pak Seman berpendapatan Rm1500 sebulan, hanya mampu menyewa rumah Rm500 sebulan. Dengan baki Rm1000 sebulan, sebahagian anak-anaknya tidak dapat bersekolah hingga tamat dipenghujung.
Dia tidak berhutang se sen pun, kerana dia tidak membeli rumah. Dia hanya mampu menyewa.
Jika orang-orang awam menilai hanya dengan perkataan "hutang" semata-mata, ramai orang akan mengira nelayan itu lebih baik dari jurutera di atas. Ini kerana nelayan itu "bebas dari hutang", sedang jurutera itu "dibelit oleh hutang piutang keliling pinggang".
Dari contoh ringkas di atas, hakikat nya kejayaan sesebuah negara bukan diukur dengan banyak atau sedikitnya hutang negara berkenaan.
Sebaliknya, dari contoh ringkas di atas juga, kejayaan (material) sesebuah negara (atau Ir. Rahim) adalah diukur dari :
(1) Sebijak mana negara itu merancang pembangunannya dengan pesat, berhutang untuk mencapai target, dan memberikan hasil, nikmat dan pendidikan terbaik kepada Rakyat nya.
(2) Sejaya mana negara itu dapat membayar hutang nya mengikut jadual. "Ability to service the loan". Jika Ir. Rahim mampu bayar Rm13,000/bulan dan sediakan yang terbaik untuk keluarga dan sedara maranya, Ir Rahim jauh berjaya berbanding orang lain, walaupun dia sedang "tertimpa hutang" Rm5,000,000 banyak nya.
Disclaimer : Contoh aspek material di atas adalah untuk kita mudah memahami perihal isu "Hutang Negara". Ia belum dan tidak menyangkut bab salahguna kuasa, 1MDB, kehidupan Zuhud atau orang terbaik adalah insan paling bertaqwa.
Dengan ini, rakyat Malaysia yang lebih terpelajar tidak harus menilai prestasi negara berdasarkan tinggi rendah "Hutang Negara". Isu nya adalah lebih luas, lebih realiti dan lebih terperinci dari itu. Kerana itu ahli-ahli ekonomi ada index atau bacaan-bacaan lain seperti GDP, %GDP dan sebagainya.
Malangnya kebanyakan rakyat awam tidak memahami nya, dan ramai yang tidak mahu berusaha memahaminya, termasuk golongan teknikal seperti saya.
Dalam negara yang mengamalkan Syura (demokrasi), Rakyat adalah Hakim setiap 5 tahun pilihanraya yang memilih Kerajaan. Hakim (Rakyat) mesti berijtihad memilih parti. Jika betul pilihan mereka, mereka dapat 2 pahala. Jika salah pilih, mereka dapat 1 pahala. Kedua-dua pilihan mereka dapat pahala, dengan SYARAT, mereka berijtihad.
Ijtihad bermakna "bersungguh-sungguh" mengkaji, menganalisa calon-calon, kempen, manifesto, ideologi parti, prestasi, keikhlasan parti, memahami prinsip "Hutang Negara", GDP dll.
Jika cuai dari "bersungguh" di atas, maka dia tidak "berijtihad". Tanpa ijtihad, pilihan salah seseorang tidak berpahala, bahkan dipertanggungjawab di Hari Pembalasan.
PENYELESAIAN
Sebagai Hakim yang mesti berijtihad (bersungguh mengkaji), televisyen mesti dimiliki dan diselia dengan bebas oleh Rakyat dikawal oleh Perlembagaan yang islamik.
Parti mana yang menjadi Kerajaan, tidak boleh memonopoli televisyen, menjadi Peguambela semata-mata, menghidangkan kepada Rakyat apa yang memihak kepada parti nya sahaja.
Dengan ini, wacana-wacana ekonomi, kewangan, koporat, pendidikan dll oleh pakar-pakar negara kita sendiri, boleh dikongsi dan diteliti bersama oleh Rakyat, tanpa prejudis politik. Dengan isi televisyen seperti ini :
(1) Rakyat dapat info sebenar langsung dari pakar-pakar berbagai bidang lalu mengikuti perjalanan negara dengan terperinci, ber-angka (with figures), berbagai aspek dan berbagai pihak, kawan dan lawan (kerajaan dan pembangkang).
Dengan ini Rakyat peka dan membuat pendirian dengan hakikat dari televisyen, bukan deng
Buku berjudul :
"MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT IMAM HASAN AL-BANNA"
Terjemahan oleh : Muhd. Hasan bin Abdul Halim
Tambahkan lagi persediaan anda dengan tulisan tokoh mujaddid abad ke-20 Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahu-Llāhu ta’āla.
Mengandungi sebanyak 24 tulisan-tulisan tentang bulan Ramadhan ditulis dari tahun 1933 sehingga Ramadhan tahun 1948.
Untuk tempahan, sila klik di sini : wasap.my/60196076840/Tempah_Buku_MENYAMBUT_RAMADHAN_MENGIKUT_IMAM_HASAN_ALBANNA
RAMADAN MUBARAK
Saya mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan kepada semua muslimin muslimat di mana sahaja kalian berada.
Syukur kita dapat bertemu kembali bulan Ramadan yang berkat ini pada tahun ini. Moga didikan di dalamnya meningkatkan ketaqwaan diri serta melonjakkan semangat juang demi Agama yang tercinta.
Firman Allah swt :
(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)
bermaksud, "Bulan Ramadan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk untuk manusia, dan sebagai penjelas dari Petunjuk dan Pembeza Hak dan Batil ...".
Moga Ramadan juga mengeratkan ikatan kita bersama isteri dan anak-anak, serta masyarakat. Moga kemuncaknya, Ramadan mengeratkan hubungan dan kebersamaan kita dengan Allah swt dan sunnah perjuangan RasulNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Mekah Al-Mukarramah
Petang 30 Syaaban
TIGA 3 MAHKAMAH
Pengajaran buat Umno & kita.
MAHKAMAH 01
Bila DS Najib dan DS Rosmah dituduh ada skandal, sebaiknya UMNO segera selesaikan secara dalaman organisasi, demi menjaga organisasi itu sendiri.
Kebanyakan badan, parti atau ngo, menubuhkan badan kehakiman sendiri. Ia dipanggil Lembaga Disiplin, Mahkamah, Lembaga Timbang Tara dsb. Nama tidak penting. Yang penting Proses Keadilan yang diwajibkan Islam mesti dijalankan.
Jika berjalan, DS Najib boleh dibersihkan atau dihukum. Dengan ini organisasi selamat dan dihormati masyarakat.
MAHKAMAH 02
Jika UMNO cuai dari menggunakan agensi dalaman nya sendiri, kerana kediktatoran pemimpin, barisan pimpinan pembodek atau penakut, kealpaan ahli yang tidak kesah atau complacent dengan apa yang ada, maka mahkamah luar boleh dimenfaatkan.
Jika DS Najib didapati bersih, ini boleh mengembalikan kepercayaan Rakyat. Jika didapato bersalah dan dipenjarakan, UMNO boleh mendapat pimpinan baru. Ini juga boleh mengembalikan kepercayaan Rakyat.
Ini ditunjukkan bila tiap kali presiden UMNO letak jawatan (Mahathir dan Abdullah Badawi), undi kepada UMNO/BN kembali meningkat berbanding PRU sebelumnya.
MAHKAMAH 03
Pendakwaan di mahkamah luar parti atau ngo hanya boleh dimulakan oleh Attorney General (AG), Apandi Ali.
Jika skandal telah heboh dengan hebat mana sekalipun, tetapi AG mengatakan "tidak ada bukti", maka pendakwaan tidak dibuat, dan Mahkamah Biasa atau Mahkamah 02 tidak boleh berjalan.
Ini bermakna kes DS Najib, DS Rosmah dan lain-lain dibawa ke Mahkamah 03 iaitu Mahkamah Rakyat atau Pilihanraya Umum.
Berbeza dengan Mahkamah 01 dan Mahkamah 02 yang berasaskan fakta dan bukti, Mahkamah 03 atau Mahkamah Rakyat bergantung kepada persepsi. Siapa berjaya membentuk persepsi pengundi, maka dia menang.
Mahkamah Rakyat pada 10/5/2018 memutuskan UMNO/BN "bersalah". Ia kalah teruk. Kuasa 60 tahun lenyap sekelip mata.
Pemimpin organisasi, barisan pimpinan dan ahli-ahli organisasi tidak sepatutnya membiarkan nasib organisasi ditentukan oleh Persepsi dan orang perseorangan semata-mata.
Pemimpin sedemikian, adalah seperti orang dalam kapal yang membocorkan lantai kapal untuk ambil air. Jika barisan pimpinan dan ahli membiarkan pemimpin melakukan sedemikian, bererti mereka rela semua kapal tenggelam.
Apabila TS Muhyidin, D Mukhriz, D Shafie Apdal dipecat, barisan pimpinan UMNO biarkan dan ahli-ahli UMNO buat tak kesah. Mahkamah 01 tidak berperanan.
Apabila DS Najib menukar AG, barisan pimpinan UMNO biarkan dan ahli-ahli UMNO tak ambil peduli. Mahkamah 02 tidak dapat berperanan.
Sikap negatif semua lapisan UMNO di atas mengundang kepada nasib UMNO ditentukan oleh Mahkamah 03 (Mahkamah Rakyat). Akhirnya pada PRU14, 10/5/2018, seluruh kapal UMNO/BN tenggelam.
Saya percaya jika Mahkamah 01 (dalaman organisasi) berperanan dari awal-awal lagi, UMNO dan apa sahaja organisasi akan selamat. Nasi sudah menjadi bubur. Pengajaran untuk semua. Sunnah Allah tidak akan berubah.
Us. Abdul Halim Abdullah
Mekah Al-Mukarramah
14 Mei 2018
PH MENANG PRU14
PH memenangi PRU14. Tun M jadi PM. Barisan pimpinan parti-parti komponen dalam PH jadi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri.
Di satu aspek, kehidupan material dijangkakan semakin pulih dan peluang pekerjaan lebih banyak setelah banyak ketirisan wang negara dapat diselamatkan.
Di aspek-aspek lain, matlamat Islam masih jauh di depan untuk dijayakan oleh kita. Seruan para Rasul terdahulu adalah mengajak manusia tunduk kepada tuntutan La Ilaha Illallah keseluruhannya. Ubudiyah penuh di aspek jiwa, jamaah, masyarakat dan perundangan negara.
Saya melihat hari-hari di depan harakah Islam adalah semakin mencabar ideologi, fikrah dan prinsip-prinsipnya, apatah lagi saat ini ia masih dalam keadaan serba kekurangan, berbanding kekuatan pihak lain, dalam dan luar.
Namun begitu, kita yakin dan optimis Allah tetap menjaga agamaNya dan memilih tentera-tenteranya. Yang dituntut dari kita adalah memahami seerah dan sunnah perjuangan Rasulullah saw, amal di jalan itu dan yakin Allah tidak mensia-siakan amal kita yang ikhlas untukNya semata-mata.
Us. Abdul Halim Abdullah
Madinah.
SORONG TARIK POLITIK
Allah mentakdirkan saya terlibat dalam gerakan Islam seawal tahun 1980 (tingkatan 3) di zaman kebangkitan Islam bermula di Malaysia. Dengan nya saya mengamati 3 fenomena di Malaysia dari kacamata haraki, bukan sekadar kacamata pelajar tingkatan 3 biasa :
FENOMENA01 :
⚫Dr Mahathir - jadi PM (1981). Lawan PAS.
⚫Anwar - tinggalkan ABIM/PAS untuk masuk UMNO (1982). Lawan PAS.
⚫Ustaz Haji - fenomena pidato Hadi Awang kuatkan PAS. Tema "Tegakkan Hukum Islam".
... hampir 20 tahun kemudian.
FENOMENA02 :
⚫Dr Mahathir - pecat Anwar dari UMNO (1998).
⚫Anwar - tubuh PKR. Lawan UMNO. Bersama PAS dalam Pakatan.
⚫Ustaz Hadi - bersama Pakatan membela Anwar. Lawan UMNO.
... 20 tahun kemudian.
FENOMENA03 :
⚫Dr Mahathir - tinggalkan UMNO. Masuk Pakatan (2018).
⚫Anwar - terima Mahathir masuk Pakatan.
⚫Ustaz Hadi - tinggalkan Pakatan. Terus usaha tegakkan Hukum Islam (RUU355 dll.).
Syukur kepada Allah, sepanjang 40 tahun di atas juga, Allah menambahkan kepada kita kefahaman dan prinsip tentang Jalan Dakwah yang sahih. Dengan prinsip itu, kita mengamati dan menilai sorong tarik politik yang berlaku, dengan neraca sebenar agar perjuangan tidak tersasar atau terikut-ikut.
"Umat akhir (zaman) ini tidak (akan) baik, melainkan dengan formula yang telah (terbukti) membaiki Umat Awal (para Sahabat)", لا يصلح اخر هذه الامة الا بما صلح به اولها
[Kata-kata Hukamak].
"Adapun dengan mengikut jalan-jalan lain maka ia tidak lain selain membazir waktu, harta dan tenaga yang tidak menyampai kepada matlamat Islam sebenar" [Imam Hasan Al-Banna].
(رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ)
"Wahai Tuhan kami, jangan Engkau palingkan hati kami, setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakan kepada kami rahmah. Sungguh Engkau Maha Pemberi".
( ... رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا)
"Wahai Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisiMu. Sediakanlah untuk kami bimbingan dan panduan dalam urusan kami". Ameen.
Us Abdul Halim Abdullah
Madinah.
1MDB & PROSES KEADILAN
Rampasan kapal mewah Jho Low di peraliran Bali, Indonesia, meriuhkan lagi isu 1MDB.
Dari seerah dan sunnah, apa sahaja pertuduhan hendaklah diselesaikan melalui siasatan dan perbicaraan yang adil di mahkamah.
Menghalang proses Keadilan, merupakan satu kesalahan dan dosa. Kerana itu, seperti mana Allah swt mewajibkan kita meNEGAKkan Solat, Dia swt juga mewajibkan kita meNEGAKkan Keadilan.
FirmanNya :
(وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ)
"Kamu tegakkan solat dan bayarlah zakat. Rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" [Surah Al-Baqarah 43].
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا)
"Wahai orang-rang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan Keadilan, menjadi saksi-saksi kerana Allah, walau kena ke atas diri kamu sendiri, ibu ayah dan keluarga terdekat ..." [Surah An-Nisa' 135].
Demikian cara Keadilan.
Sebaliknya cara Politik yang keji sering digunakan. Caranya ialah membelakangkan atau menolak proses siasatan dan pembelaan. Ia dengan cara turun ke bawah akar umbi mencari sokongan.
Jika mereka mendakwa memiliki bukti-bukti lalu membuat pertuduhan atau pembelaan, maka kenapa mereka takut mengemukakan "bukti-bukti" tersebut ke proses Keadilan, dibicara dan dihakimi oleh Hakim yang adil ?
Jika akar umbi menyokong, itu telah memadai kononnya dia di pihak benar. Jika akar umbi tidak menyokong, pihak lawan kononnya bersalah. Hakikatnya, mereka tidak mencari Kebenaran. Sebaliknya mereka mahu menang persepsi semata-mata.
Wajib difahami, walau menang dalam pilihanraya mana sekali pun, hakikatnya Keadilan belum ditegakkan. Jika Keadilan tidak ditegakkan, kewajipan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat di atas masih tergantung, walau tahun berganti tahun, dekad berganti dekad.
Tidak adil lawan nya zalim. Zalim menjauhkan berkat dan redha Allah. Ia mengundang kemurkaanNya.
Jika perjuangan kita tidak diredhai Allah, bukan sahaja di Akhirat menjadi sia-sia, bahkan kita tidak akan mencapai Kemenangan hakiki di dunia.
Malangnya, cara Politik dalam mengurus tuduhan dan fitnah bukan sahaja merupakan suatu budaya parti-parti politik, malah ia menjadi amalan sesetengah badan-badan Islam. Proses Keadilan tidak ditegakkan, sebaliknya usaha meraih sokongan yang dipilih. Tidakkan mereka sedar Allah swt maha melihat perbuatan hamba-hambaNya ?
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Mac 2018
KASIH SAYANG DALAM KELUARGA DAN DAKWAH
3. Dimasa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.
(Arkib Jun 2008)
Bacaan lanjut di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/06/16/kasih-sayang-jalan-kita/#more-362
USUL 20
3. Iman yang sebenar, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicampakkan Allah ke dalam hati sesiapa dari hamba-hambaNya yang dikehendakkiNya. Akan tetapi ilham, lintasan hati, pandangan tembus dan mimpi, kesemuanya tidak termasuk dalil-dalil hukum hakam Syarak serta tidak boleh diterima pakai melainkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum hakam dan nas-nas Agama.
USUL 20
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan bagi setiap orang Islam dalam mengenali hukum hakam Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah Bahasa Arab tanpa memberat atau meringan-ringankan tatabahasanya. As-Sunnah pula difahami dengan merujuk kepada pakar-pakar Hadis yang dipercayai.
USUL 20
1. Islam adalah sistem yang lengkap mencakupi semua bidang kehudupan. Islam adalah negara dan tanahair, kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, bahan dan kekayaan, pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan ideologi, sama jua seperti Islam itu adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sah.
