Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
DOUBLE STANDARD
Perhambaan Sesama Manusia
Prinsip Muhamad Irwan dalam memastikan tiada unsur double-standard dalam pentadbirannya, adalah betul dan tepat dengan prinsip Islam.
"Penguatkuasaan ini perlu diambil bagi memastikan tiada unsur ‘double standard' dalam melaksanakan penguatkuasaan," kata Pengarah Bahagian Penguatkuasaan PPj, Putrajaya, Muhamad Irwan Abdullah dalam satu kenyataan, hari ini ketika mempertahankan tindakan mengunci tayar sebuah kereta polis yang menghalang lalu lintas.
Tiada ayah yang mahu anaknya terjatuh di tepi jalan, apatah lagi dipotong tangan. Namun Nabi saw sanggup memotong tangan anaknya demi membenteras perbuatan double-standard sesama umat Islam. Sabdanya :
إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
"Umat terdahulu sebelum kamu binasa (lantaran) apabila orang kenamaan (dan berkuasa) di kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Bila orang lemah (rakyat jelata) mencuri, mereka menjatuhkan hukuman hudud ke atasnya. Demi Allah, jika (anak kesayanganku sendiri) Fatimah binti Muhammad (saw) mencuri, aku potong tangannya".
Dikira double-standard, jika yang berkuasa boleh semenda dengan pilihan hati, sedang rakyat diberi amaran keras, walau dengan pasangan di kalangan ahli. Apatah lagi dihukum sedang inai masih di jari.
Anak Governor Mesir Amru Al As kalah kepada seorang anak orang kebanyakan Mesir, dalam suatu lumba kuda, lalu dia menampar muka orang tersebut. Khalifah Umar Al-Khattab ra memberi rotan dan meminta dia merotan anak Amru sepuasnya hingga haknya ditunaikan. Lalu Khalifah Umar berkata :
لو ضربت عمرو بن العاص ما منعتك؛ لأن الغلام إنما ضربك لسطان أبيه، ثم التفت إلى عمرو بن العاص قائلاً: متى استعبدتم الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحرارا؟.
"Kalau tadi engkau sebat (Governor) Amru Al As (sendiri), aku tidak akan menghalang kamu (boleh rotan Governor). Kerana anak Amru memukul engkau kerana kekuasaan (yang ada pada) ayahnya (seorang governor). Lalu Umar menoleh ke arah Amru dan berkata : Wahai Amru, sejak bila engkau ni memperhambakan manusia. Sedang sesungguhnya manusia dilahirkan oleh ibu-ibu mereka sebagai insan merdeka".
Dunia hari ini, di Timur dan Barat, penuh dengan double-standard yang menindas dan memperhambakan sesama manusia. Lalu Allah memilih kita sebagai Duat untuk membenterasnya demi menegakkan tamaddun baru dan rahmah. Kita itu kita berjuang. Seharusnya kita menegakkan tamaddun itu di dalam diri kita sendiri terlebih dahulu.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Dis 2017
UNDANG-UNDANG
(1) Orang yang mengapit (clamped) tayar pesalah biasanya adalah jaga yang digaji oleh pihak pentadbir premis sesebuah bangunan.
Masyarakat umum sering menggambarkan orang yang berkereta mewah bekerja di pejabat besar, sedang pejabat seorang jaga adalah di pondok jaga yang kecil di pintu pagar.
(2) Berkurun-kurun lamanya, di zaman Feudal di Eropah, pekerja jaga adalah setaraf peasant (petani). Koporat jutawan setaraf lord, dan polis setaraf knights. King, Lords dan Knights menindas peasants turun temurun hingga ke anak cucu.
Apabila hidayah Islam dari Sepanyol menyinari benua Eropah, barulah mereka belajar erti syura sebenar dan kesamarataan warganegara di sisi undang-undang.
(3) Hari ini, orang politik'dan polis dilihat berkuasa dan nampak besar, tetapi hakikatnya kesemua kita adalah sama di sisi undang-undang. Raja juga di bawah undang-undang (constitutional monarcy = sistem raja berpelembagaan).
Jika pihak polis melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang, mereka dilihat kecil oleh pakcik jaga, tayar kereta polis diclamped sehinggalah kebenaran ditegakkan dengan membayar denda dan kereta tersebut dialihkan.
(4) Islam datang membawa risalah kebenaran ini.
Nabi saw menandatangani Perjanjian Hudaibiah. Ia menaskan seseorang muslim yang lari dari Mekah hendaklah dipulangkan. Tiba tiba Abu Jandal terlepas ikatan di Mekah, lalu lari dan masuk ke barisan orang Islam. Nabi saw melarang perbuatan beliau. Samada beliau kembali ke Mekah (lalu disiksa), atau lari ke tempat lain selain Madinah.
(5) Peraturan tetap peraturan. Samada yang digubal sesama orang Islam, atau digubal bersama antara muslim dan kafir. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam sesebuah organisasi negara, ngo atau jemaah. Ia adalah aqad janji sesama penduduk, anggota atau ahli. Walau apa pun kedudukan, tiada siapa boleh membelakangi undang-undang yang telah digubal.
(6) Pimpinan yang tidak menunaikan hak ahli, apatah lagi yang mengambil hak ahli dilihat lemah dan bersalah oleh Islam sehinggalah hak tersebut dipulangkan kepada yang berhak. Ini termasuk hak memberi keterangan dan hak membela diri dari sebarang pertuduhan.
Dalam ucapan dasarnya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra menegaskan :
والضعيفُ فيكم قويٌّ عندي حتى أرجعَ إليه حقَّه إن شاء اللّه، والقويّ فيكم ضعيفٌ عندي حتى آخذَ الحقَّ منه إن شاء اللّه.
"Yang (nampak) lemah di kalangan kamu (ahli/rakyat) adalah (sebenarnya) kuat pada pandangan aku, sehinggalah aku (berjaya dapat) kembalikan haknya kepadanya.
Yang (nampak) kuat di kalangan kamu (exco/ajk/pimpinan) adalah (sebenarnya) lemah pada (pandangan) aku sehinggalah aku (berjaya) ambil hak itu dari nya".
Benarlah prinsip As-Siddiq ra di atas. Benarlah pakcik jaga di atas. Ia adalah risalah Islam. Sepatutnya kita berprinsip dan berakhlak sedemikian juga.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Dis 2017
FAILED STATE
Negara yang berjaya urusan organisasinya adalah apabila semua urusannya dapat diselesaikan secara dalaman. Kepincangan pemimpin boleh diheret ke muka pengadilan dalam negara, tanpa perlu memanggil mahkamah antarabangsa The Hague atau kuasa asing masuk campurtangan.
Begitu juga dalam organisasi sebuah parti atau pertubuhan. Jika ia berkualiti tinggi, organ-organ dalamannya seperti Badan Siasatan (لجنة التحقيق), Majlis Syura, Lembaga Disiplin (Timbang Tara atau Mahkamah) dan sebagainya sudah cukup untuk menjalankan proses Keadilan tanpa perlu dipanggil pihak luar seperti ROS (Registrar of Societies) yang memang berpengalaman untuk masuk campur.
Ini adalah kerana Perlembagaan adalah aqad janji yang digubal sendiri antara ahli-ahli sesebuah pertubuhan sesama mereka. Setiap penggal mereka berAGM, menilai, meminda, menetapkan Perlembagaan mereka sendiri. Sepatutnya mereka sendiri tahu menjaga dan melaksanakan aqad janji tersebut.
Tapi yang sering berlaku dalam Dunia Ketiga adalah hak pemimpin selalu dijaga sedang hak ahli sering diabai.
Ketika memilih pemimpin, setiap fasal, perkara dan ceraian dalam Perlembagaan berkait pemilihan dilaksanakan dengan teliti oleh ahli-ahli. Ahli-ahli menjayakan pencalonan, perwakilan, mesyuarat agung, pengundian dsb. Jarang pelanggaran Perlembagaan berlaku.
Sebaliknya, dipihak pemimpin pula setelah dipilih, lebih cenderung mengabaikan hak-hak ahli. Jika memecat ahli contohnya, tidak dilaksanakan setiap fasal, perkara dan ceraian dalam Perlembagaan berkait proses pemecatan. Tiada soal siasat meminta penjelasan, tiada pembelaan, tiada penghakiman dan tiada rayuan sedang kesemuanya terdapat dalam Perlembagaan atau aqad janji sesama ahli dalam pertubuhan.
Parti PPBM dan pertubuhan seumpamanya harus menilai diri sendiri. Jika ahli terpaksa mendapatkan hak dengan bantuan luar seperti ROS, ini bermakna ia sebuah pertubuhan yang gagal.
Jika sesebuah negara di dunia seperti itu, maka ia sebuah negara yang gagal (failed state). Berlaku penindasan sesama manusia, sedar atau tidak sedar, secara langsung atau tidak.
Bukan gagal (failed state) kerana ahli atau penduduk tidak boleh bernafas, makan, minum dan beraktiviti. Tapi ia organisasi gagal dari memberi hak dan gagal berfungsi menjalankan kewajipan dengan baik.
Jika ia tidak dapat menjalankan proses keadilan dalamannya sendiri, organ-organnya sendiri tidak berfungsi, terbantut atau dibantutkan, maka apakah lagi risalah yang tinggal yang hendak ia perjuangkan untuk rakyat di luar organisasinya ?
Us. Abdul Halim Abdullah
11 Oktober 2017
UKHUWWAH ASAS AMAL ISLAMI
Dari Kawan ke Besan
Pada 12/8/2017 yang lalu, resminya saya berbesan dengan Akh Nazaruddin Abu Bakar (ayah Qayyum).
Saya mula melanjutkan pelajaran di Brisbane, Australia pada tahun 1983, ketika berumur 18 tahun. Di sana saya mula berkenalan dengan Naza. Pada tahun 1984, kami tinggal serumah bujang, sehinggalah masing masing kami berumahtangga di sana pada tahun 1985 (saya) dan 1986 (Naza).
Semasa bujang, setiap malam kami menaiki kereta bersama untuk solat Isyak di musalla di 55 Upland Road, St. Lucia, Brisbane, QLD4067 atau di masjid-masjid di Brisbane.
Di musim cuti, kami bermusafir bersama sejauh ribuan km untuk menyertai Islamic camps di interstate di Adelaide (1984), Melbourne (beberapa kali), Sydney (beberapa kali), Caloundra, Queensland (tuan rumah 1987) dll.
Selama 5 tahun di Australia, kami berhari raya bersama, main bola setiap Ahad, berusrah khusus setiap minggu, berusrah umum setiap minggu, berqiam jamaiyy setiap bulan, berehlah, beraktiviti dengan local muslims dan lain-lain amal Islami.
Hari ini, walaupun kami tidak dapat solat Isyak bersama setiap malam seperti zaman dulu, namun Ukhuwwah di jalan Allah terus kekal di hati walau masing-masing sibuk dengan kehidupan di Tanahair.
Imam Hasan Al-Banna ra menyebut tentang Ukhuwwah : واريد بالاخوة ان ترتبط القلوب والارواح برباط العقيدة والعقيدة اوثق الروابط واغلاها لا قوة بغير وحدة ولا وحدة بغير حب ... bermaksud, "Hati dan ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling erat dan mahal. Tiada kekuatan tanpa kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang (ukhuwwah) ..."
Us. Abdul Halim Abdullah
25 Oktober 2017
(Foto : dari kiri Akh Zulkarnain, Akh Nazaruddin dan saya).
BESAN BARU
Petang ini kami dikunjungi oleh besan baru kami, Dato Haji Nordin Ahmad dan Datin Dr Hajjah Rohani Embong dari Selangor. Kunjungan disudahi dengan kesepakatan mengadakan walimah bagi pasangan anak-anak kami selepas Hari Raya Aidil Fitri 2018. Masa itu juga anak-anak tamat exam akhir semester 2018.
Dato Haji Nordin juga menceritakan ada pihak yang tidak dikenali menelefonnya cuba menghasut untuk mengeruhkan hubungan silaturrahim antara dia dan anaknya yang bakal kami raikan nanti, dengan menanam rasa syak terhadap kami sekeluarga.
Bagi saya, ia bukan perkara baru, kerana modus operandi yang sama juga telah berlaku terhadap pasangan anak kami yang lain, baru-baru ini.
Nasihat saya kepada mereka, walau tinggi mana jawatan mereka sekalipun, hentikan usaha memutuskan silaturrahim sesama ahli keluarga dan hormatilah institusi kekeluargaan orang lain. "Siapa yang memutuskan silaturrahim, dia memutuskan hubungan nya dengan Allah ..." (Hadis)
Hentikan niat menggagalkan usaha duat untuk berumahtangga dengan pasangan mereka yang saleh dan salehah.
Hairan. Di satu pihak (kami), pencapaian demi pencapaian dicapai dalam menjayakan sunnah yang mulia ini, bermula dengan urusan aqad, diikuti dengan kenduri yang bakal diadakan.
Namun di satu pihak lain, menyalahgunakan kedudukan dan kepercayaan yang diberikan, melakukan siri taklimat menyebarkan keburukan apa yang kami capai. Rumah telah siap, tapi pahat masih berbunyi.
Kami percaya, pendengar yang celik dan tahu disiplin pertuduhan, siasatan dan kehakiman dalam Syarak tidak begitu mudah mempercayai mereka.
(إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ)
"Sungguh orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah sekumpulan dari kalangan kamu juga. Jangan kamu sangka ia buruk untuk kamu. Bahkan ia baik untuk kamu. Setiap seorang dari mereka mendapat dosa dari perbuatannya. Orang yang bersaham paling besar di kalangan mereka mendapat azab yang pedih" [Surat An-Nur 11].
Us. Abdul Halim Abdullah
22 Oktober 2017
ANTARA BIDANG TUGAS vs THEQAH
Allah swt jadikan manusia berbidang tugas. Seorang ketua juga tidak terkecuali dari hakikat ini. Dia atau mereka bekerja dibidang tugas mereka.
Azman wajib patuh kepada arahan ketuanya, Syamsul. Walaupun jika terpaksa hadir rollcall jam 3am ketika Azman nyenyak tidur. Ini demi kejayaan organisasi untuk mencapai matlamat yang murni. Itu bidang Syamsul. Azman juga sangat theqah (percaya) kepada Syamsul kerana kenal lama dan beliau adalah ketuanya.
Namun di sana ada banyak bidang yang bukan bidang Syamsul (ketua). Dua contoh :
1- Bidang "Pengkhususan"
Suatu hari ketua Azman, iaitu Syamsul, seorang juruteknik, kata kepada Azman, "Rozita kena sakit appendix". Azman berhak tanya, "Hospital ke yang kata appendix ?", kerana itu bukan bidang Syamsul.
Syamsul tidak berhak kata, "Anda mesti terima Rozita sakit appendix. Anda mesti theqah (taruh) saya sebab saya ketua anda".
Memastikan seorang itu sakit appendix tempatnya adalah di Hospital, dan bukan pada perkataan "theqah".
2- Bidang "Menghukum Salah"
Suatu hari Syamsul kata pada Azman, "Razak buat suatu perkara dan dia bersalah". Azman berhak bertanya, "Razak mengaku ke, atau Razak menafikan ?".
Jika OKT (Orang Kena Tuduh) tidak mengaku salah, maka "Menghukum Salah" terhadap seseorang, adalah bukan bidang Syamsul, walaupun dia ketua. Dia tidak berhak menggunakan kuasa atau kepercayaan manusia untuk memutuskan OKT bersalah.
Kerana itu DS Najib Razak menubuh Suruhajaya Diraja untuk menyiasat Tun Mahathir. Nanti mahkamah (pihak ketiga) yang akan memutuskan salah atau tidak. DS tidak boleh kata saya ketua, maka kena theqah (percaya) kepada saya bahawa Tun Mahathir bersalah.
Bersalah hanya diputuskan oleh Pihak Ketiga yang meneliti kedua-dua pihak Pendakwa dan Pembela, melalui bukti dan keterangan.
Dengan itu memastikan seseorang itu bersalah atau tidak, adalah bukan menggunakan perkataan "THEQAH", akan tetapi tempat memutuskannya adalah di "mahkamah", "lembaga timbangtara", "majlis disiplin", "badan tatatertib" dan seumpamanya. Nama tidak penting, asalkan prinsip nya sama.
Ia adalah prinsip universal. Datang Islam lalu ia menguatkan lagi prinsip ini dalam pengajian Feqah, bab القضاء (Kehakiman).
Kerana itu Khalifah Ali sendiri yang menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya, diadili oleh Hakim Syuraih. Dalam hal ini, Khalifah tidak boleh menggunakan kuasanya atau theqah (kepercayaan) rakyat kepadanya, sebagai alat untuk mensabitkan kesalahan orang tertentu. Khalifah tidak boleh menjadi pendakwa dan jadi hakim, kedua dua nya sekali.
Jika yang mendakwa, adalah juga yang memutuskan salah benar, maka akan rosaklah proses keadilan, dan berlaku penindasan sesama manusia.
Bayangkan jika pihak DS Najib yang menuduh. Tiba hari di mahkamah, Tun Mahathir dapati yang duduk di kerusi Yang Arif Hakim adalah DS Najib sendiri !!
Dengan prinsip-prinsip hebat dan adil atas, Islam berjaya mentadbir 3/4 dunia selama 1300 tahun dengan penuh keadilan, kebebasan dan keamanan bagi rakyatnya.
Us. Abdul Halim Abdullah
15 Oktober 2017
HUKUMAN TANPA BICARA
Tengahari, dari pejabat, Ayah pulang ke rumah. Di pintu rumah, Kaklong bergegas jumpa ayah dan mengadu tentang Kakngah buat kesalahan keluar rumah tanpa izinnya.
Ayah panggil Kakngah dan tempeleng muka Kakngah berkali-kali.
Setelah kenyang makan tengahari ayah minta Kakngah jelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku.
Ini dinamakan "hukuman tanpa bicara" (HTB). Ayah tempeleng dulu, tanpa beri peluang Kakngah memberi penjelasan atau membela diri.
Lebih menyedihkan jika Kakngah memberi penjelasan sedang mukanya berlebam, bahawa dia dah telefon ibu di pejabat dan ibu dah izinkan dia keluar rumah tadi. Bahkan ibu juga minta tolong Kakngah belikan makanan untuk ayah yang akan balik dari kerja tengahari nanti.
HTB amat bertentangan dengan Islam kerana Nabi saw bersabda البينة على المدعى واليمين على من انكر "Penuduh mesti bawa bukti. Orang tertuduh (jika menafikan tuduhan) mesti bersumpah". Apa bukti Kakngah keluar rumah tanpa izin ? Ada pengakuan dari Kakngah ?
Ia bermakna hakim atau si Ayah mesti mendengar kedua-dua belah pihak terlebih dahulu, sebelum keluarkan sebarang hukuman.
Jika Quran dan Islam tidak diturunkan ke dunia ini sekalipun, hakim sekular atau atheis (tak percaya ada tuhan) akan mendengar kedua-dua belah pihak kerana fitrah nya menuntut sedemikian, dan fitrah OKT (Orang Kena Tuduh) pun sedemikian. Mahukan keadilan. Itu dinamakan "Natural Justice" (Keadilan Semulajadi). Ia disebut dalam Piagam Antarabangsa.
Oleh itu Islam datang bukan untuk "memperkenalkan" Keadilan, kerana perasaan dambakan Keadilan memang ada dalam hati setiap insan. Sebenarnya, Islam datang untuk "menegakkan" Keadilan yang banyak dirosakkan oleh tangan-tangan manusia.
Itulah perjuangan para Rasul dan perjuangan kita sendiri selama ini.
Us. Abdul Halim Abdullah
14 Oktober 2017
ANTARA JEMAAH DAN KELUARGA
"Jemaah" adalah organisasi samada parti, ngo atau badan. "Keluarga" adalah ibu bapa dan adik beradik.
Untuk tugasan kecil atau projek peribadi, seperti jual burger, maka buat bersendirian pun boleh.
Tetapi untuk tugasan besar atau projek umat, seperti menegakkan Syariat Islam, mengalahkan musuh-musuh Islam dll, maka berorganisasi adalah wajib. Itu namanya "Amal Jamaiyy"
Menjaga hubungan Keluarga pula adalah wajib. Itu namanya "Silaturrahim". Siapa yang putuskan Silaturrahim, Allah putuskan hubungan dengannya (Hadis).
Kita memilih kedua-duanya. Dari pemerhatian saya, duat yang berkualiti Silaturrahim nya lah merupakan duat yang berkualiti Amal Jamaiyy nya. Duat perosak Silaturrahim tidak mungkin berjaya dalam Amal Jamaiyy nya.
Namun, jika ada pertembungan program, maka program organisasi Amal Jamaiyy lebih utama, kerana ia bertujuan menyelamatkan Umat yang lebih besar. Program Keluarga boleh dan mudah dianjakkan sedikit dan pada bila-bila masa.
DALAM JEMAAH YANG SATU
Tapi jika ada orang meminta kita memilih salah satu sahaja dari kedua-duanya, samada Amal Jamaiyy atau Silaturrahim, yang berada dalam satu jemaah, sedang kedua-duanya adalah wajib, jawapan nya sukar, kerana dia seperti meminta kita memilih antara solat Isyak atau solat Subuh. Tidakkah dia berfikir ?
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Oktober 2017
KHATAM QURAN
Mak saya, Puteh bt Hasan, 87 tahun, pakai kerusi roda. Tubuh badannya masih sihat.
Baru seminit tadi dia telefon saya mengatakan dia baru khatam baca Quran. Ini kali yang ke 164. Mak kata dia target nak khatam lagi 36 kali.
Moga Allah swt beri Mak kesihatan dan kekuatan untuk beribadah kepada Allah swt. اللهم اجعل القران فى ربيع قلوبنا "Ya Allah, jadikan Quran memenuhi di semua sudut hati kami".
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Oktober 2017
IMAM HASAN AL-BANNA
"Ketika mula berada di Mesir tahun 1946, Imam Al-Banna sering menziarahi aku, dan aku sering menziarahi beliau dan bertemu dengannya dalam banyak acara.
Perbualan beliau sentiasa mengenai teladan, petunjuk dan kebaikan yang ada pada Islam untuk sekelian manusia.
Beliau bersemangat tinggi menentang Penjajah yang sedang menjajah Mesir dan negara-negara Islam ketika itu. Beliau berusaha sedaya mungkin membebaskannya.
Beliau sangat mengambil berat mengenai kesatuan Umat Islam, memperkukuhkan kasih sayang, ukhuwwah dan kerjasama sesama mereka dalam kebajikan dan taqwa, serta bekerja keras meninggikan martabat umat di mata dunia.
Pada Imam Al-Banna, tanahairnya adalah Tanahair Islam Besar".
[Asy-Syeikh Amin Al-Hussainy, Mufti Palestin]
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Oktober 2017
HUKUM BERAMAI (العقاب الجماعى)
Collective Punishment
Semalam 4 sekeluarga ditemukan mati dibunuh dengan kejam. Suami digantung, isteri dibunuh. Anak 14 dan 9 tahun dijerut. Apalah dosa kanak-kanak berumur 9 tahun bersekolah darjah 3.
Dalam istilah politik dan jenayah, ini dipanggil العقاب الجماعى atau collective punishment atau hukuman beramai-ramai termasuk mereka yang tidak bersalah, hanya kerana mereka berkait dengan orang yang dituduh.
Islam amat mengutuk "collective punishment" kerana ia melibatkan hukuman terhadap mereka yang tidak bersalah. Kerana itu dalam ilmu feqah bab Jihad Islam, wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak diapa-apakan oleh tentera Islam.
Bahkan dalam Islam, orang yang belum disabitkan kesalahan dalam Mahkamah adalah tidak dihukum. Apatah lagi mereka yang tidak bersalah.
Amalan "collective punishment" ini juga diamalkan saat ini oleh Yahudi di Israel. Jika lelaki Palestin didapati bersalah, bukan sahaja dia dihukum, malah rumahnya dirobohkan, supaya isteri dan anak-anaknya melarat tidak mempunyai tempat berteduh. Laknat Allah ke atas mereka.
Moga kita dijauhkan dari amalan jahat, zalim lagi tidak berperikemanusiaan seperti "collective punishment" ini.
(وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ)
"Jangan kamu ingat Allah tak perasan apa yang orang-orang zalim buat. (Sebenarnya) Allah hanya menangguhkan (pembalasan terhadap) mereka ke suatu hari di mana penglihatan-penglihatan mata menjadi terbeliak (kerana teramat gerun keadaan Hari Kiamat)" [Surat Ibrahim 42].
Us. Abdul Halim Abdullah
7 Oktober 2017
AGAMA NEGARA ADALAH ISLAM
Perlembagaan Malaysia
Berkata Imam Hasan Al-Banna ra, "وان الامة التى تقول فى اول مادة من مواد دستورها : ان دينها الرسمى الاسلام ، يجب ان تضع بقية المواد على اساس هذه القاعدة ، وكل مادة لا يسيغها الاسلام ولا تجيزها احكامه ، يجب ان تحذف حتى لا يظهر التناقض فى القانون الاساسى للدولة "
Bermaksud, "Umat yang sebut pada permulaan perlembagaan negaranya, "Agama (resmi) Negara adalah Islam", mesti meletakkan fasal-fasal seterusnya mengikut asas ini (Islam). Semua fasal yang tidak selari dengan Islam, atau hukum hakam Islam tidak membenarkannya, adalah mesti ditiadakan, sehingga tidak nampak percanggahan dalam Perlembagaan Negara". [Imam Hasan Al-Banna, Majmuah Rasail ms. 48, ©1991].
Saya nampak dalam Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan agama Negara adalah Islam, sepatutnya semua undang-undang yang diluluskan dalam Parlimen yang bertentangan dengan Islam adalah terbatal (void) dengan sendirinya.
Begitu juga semua perbuatan dan tingkahlaku masyarakat, media massa, pendidikan, budaya dan ekonomi seharian yang bertentangan dengan Islam adalah dilarang, dikira satu kesalahan dan diambil tindakan undang-undang sewajarnya, selari dengan asas Perlembagaan Negara.
Badan-badan khas boleh berperanan menentukan samada sesuatu usul atau rang undang-undang itu selari atau tidak dengan Islam. Ia boleh jadi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dewan Negara dengan keahlian pakar agama yang ramai keanggotaan mereka atau seumpamanya.
Tidakkah rakyat Malaysia dan wakil-wakil Rakyat masing-masing di Parlimen dan DUN-DUN menyedari nya selama ini ?
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Okt 2017
AMERIKA DAN RUSIA MUSNAHKAN SYRIA
Amerika berperang dingin dengan Rusia. Masing-masing cabar mencabar, tapi tidak bertempur.
Dalam masa yang sama, sesama mereka bahagi tugas perangi Umat Islam :
⚫Amerika perangi Umat Islam di Iraq, Afghanistan dll.
⚫Rusia perang Umat Islam di Chechnya, Bosnia dll.
Tapi di Syria, Amerika dan Rusia sama sama bekerjasama secara langsung perangi umat Islam di setiap penjuru negara dengah jet-jet pejuang.
Rusia perangi Syria atas nama kononnya bantu Bassyar Asad.
Amerika perangi Syria atas nama kononnya perangi ISIS.
Majlis Keselamatan PBB, Dunia Islam, Dunia Arab, Dunia Barat semua membisu. Ini jenayah kemanusiaan yang jelas lagi nyata.
Moga Allah swt ampuni kita dan mereka.
Us. Abdul Halim Abdullah
3 Oktober 2017
MUSLIM CHINA SENASIB MUSLIM ROHINGYA
Umat Islam di Turkistan Timur (Sinkiang) hari ini diazab sedahsyat Umat Islam di Rohingya. Cuma apa yang berlaku di Sinkiang tidak sampai ke media secara meluas.
Memiliki naskhah Al-Quran, mengajar atau menghadiri kuliah Agama, memiliki buku-buku Agama adalah jenayah berat.
Di Mesir bulan lalu, puluhan pelajar Agama dari Sinkiang ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir dan dihantar balik untuk diserahkan kepada pihak berkuasa China.
Bahkan memiliki suami yang bakal menjadi ulamak masadepan adalah jenayah. Seorang pelajar masters Sinkiang bidang Agama di Turki dikenakan tekanna emosi yang berat. Isterinya di Sinkiang dipenjara 15 tahun bersama ayah ibu dan ayah ibu mertuanya.
Negara-negara Islam harus bangkit dan menyatakan bangkangan terhadap Kerajaan Komunis China. Tekana ekonomi juga patut digunakan. Tarik balik pelaburan atau apa sahaja persepakatan ekonomi yang dimeteri, kecuali jika Kerajaan China menarik balik tekanan luar kemanusiaan terhadap umat Islam di Sinkiang.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Sept 2017
SAUDI DI AMBANG PEMBARATAN
Langkah-langkah Saudi memenjara para ulamaknya tanpa bicara, disamping memberi satu saluran penuh televisyen untuk tayang 24 jam filem-filem Barat yang menjolok mata dan seumpamanya dilihat seperti membuka seluasnya budaya dan pemikiran Barat ke dalam negaranya.
Negara Emirates telah mendahului langkah-langkah sedemikian sekian lama dan telah menjadi pengkalan budaya, ekonomi dan politik Barat sejak sekian lama.
Kuasa-kuasa Besar Dunia, Barat dan Timur, bertekad mencetak "Islam Baru" mengikut acuan mereka. Jika mereka berjaya menjadikan Emirates dan Saudi sebagai pengkalan nya, kesan negatif nya akan menjadi ketara, terutama kerana Mekah dan Madinah terletak di sana.
Moga Allah swt mengagalkan pelan jahat mereka dalam waktu terdekat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Sept 2017
