en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 28. Sempurna dalam bersolat, membiasakan diri mengerjakannya dalam waktunya, berusaha menunaikan solat secara berjemaah di masjid seberapa boleh.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 27. Kita sempurna dalam bersuci dan berada di dalam keadaan berwudhuk sebanyak waktu yang boleh.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 26. Sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat, membuat persiapan menghadapinya, berusaha melalui jalan menujuNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang ma'thur (sahih dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 25. Kita menjauhi setiap bentuk dan perkara yang tidak Islamik seperti kelab, akhbar, organisasi, sekolah, badan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah Islam sejati.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 24. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat dan budaya Islam dan melenyapkan budaya asing dalam segenap aspek kehidupan seperti ucap selamat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, perhiasan rumah, masa bekerja dan rehat, makan minum, cara ketibaan dan bersurai, kesedihan dan keraian dan sebagainya. Hidupkanlah Sunnah dalam setiap perkara di atas.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 23. Buatlah tabung simpanan sendiri dari sebahagian pendapatan kita walau sedikit mana sekalipun untuk menghadapi sebarang bentuk kecemasan. Janganlah sekali-kali kita bermewah-mewah dalam perbelanjaan apatah lagi tenggelam dalam kemewahan.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 22. Berilah sumbangan dari sebahagian wang kita kepada Dakwah. Tunaikan zakat harta kita. Peruntukkan sebahagian lagi dari wang kita untuk mereka yang memerlukannya walau sekecil mana sekalipun pendapatan kita.

UKM SITE VISIT Petang itu saya dan isteri bawa 2 anak terbongsu kami ke UKM. Syahid di darjah 3 dan Fatimah darjah 1. "Jika belajar rajin, nanti masuk universiti", jelas kami. "Universiti tu apa ?", tanya mereka. "Selepas sekolah rendah, sekolah menengah. Selepas sekolah menengah, universiti. Kaklong, Kakngah, Alang, Kakteh, Atam, Kakcik dan Uda, semua mereka sekarang di universiti", jawab kami. "Kalau nak masuk universiti, Syahid dan Fatimah mesti rajin pergi sekolah, baca buku, buat kerja rumah. Mesti berkelakuan baik. Selalu tolong Mama di rumah", kata saya memberi panduan dan tips. Anak-anak kita perlu diletakkan tasawwur (gambaran) di masa hadapan, arah untuk mereka tuju dalam pelbagai bidang. Jika dibidang akademik, kita bawa mereka melihat universiti. Jika dibidang perjuangan, kita bawa mereka ke negara arab, melihat umat yang teruk ditindas dan hebat berjuang siang malam. Jika dibidang perniagaan, bawa mereka jual air di pasar Ramadan, atau jual apa sahaja. Disamping itu, sampaikan tasawwur masa depan dalam bentuk teori juga berupa perkongsian pandangan dan pengalaman. Gabungan teori dan lawatan ke medan akan banyak membantu memberi kekuatan jiwa dan kehendak dalam diri mereka untuk berusaha menuju ke arah matlamat ان شاء الله Us. Abdul Halim Abdullah 23 Mac 2017

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 21. Bantulah ke arah meningkatkan ekonomi umat Islam secara umum dengan menggalakkan produk dan institusi ekonomi Islam. Jagalah setiap sen anda agar tidak jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun. Janganlah anda memakai dan makan selain dari produk tanahair Islam anda sendiri.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 20. Jauhilah riba dalam semua urusan. Bersihkan diri kita sepenuhnya darinya.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 19. Jauhilah judi dalam segala bentuknya, walau apa pun tujuan disebaliknya. Jauhi segala bentuk pendapatan yang haram walaupun dengannya kita mendapat keuntungan yang cepat.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 18. Tunaikan hak-hak diri sendiri dengan baik dan hak-hak orang lain dengan sempurna tanpa cacat, berlengah-lengah atau menunggu mereka menagih-nagih hak mereka dari kita.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 17. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerjaya kita dengan tekun, berkualiti, disiplin dengan masa dan janji serta tidak menipu.

ZERO TO HERO Sejak keluar result SPM beberapa hari lalu hingga saat ini, saya teringat tajuk buku dakwah dan motivasi tulisan Us Azizee Hasan, "Zero To Hero". Dua tahun lalu bila result PT3 anak saya keluar "C, C, C, C, ....". Saat itu saya bayangkan kesukaran SPM yang bakal ditempuhinya nanti. Semua pihak maklum SPM jauh lebih sukar dari PT3. Sekolah anak ditukar, dari asrama ke rumah sendiri. Dorongan, kemudahan dan doa tanpa henti. "PT3 hanya nak beri kesedaran hidup sahaja. Sebenarnya SPM yang menentukan masadepan pengajian akademik Kakyang. InsyaAllah Kakyang boleh jika bersungguh". Itu kata-kata sepanjang 2 tahun lalu. Pagi kelmarin sebelum kami ke sekolah untuk menerima keputusan SPM, isteri saya mengingatkan saya supaya kuat bertawakkal dan tidak kecewa bila melihat slip keputusan. Saya kata saya positif pada kali ini. Formula unik saya dalam pelajaran adalah, jika seseorang selalu dilihat belajar di meja dalam masa panjang, melebihi 4 jam ke atas, cerah kejayaan peperiksaannya. Ini dari pengalaman sendiri. Sebaliknya jika selepas kurang 1 jam mentelaah pelajaran, seseorang dilihat tidur atau buat kerja lain, hakikatnya dia tidak menghayati, tak minat atau tidak seronok dengan pelajarannya. Sepanjang tingkatan 4 dan 5, saya perhatikan Sarah boleh di meja studynya berjam jam penuh minat, consistent, tanpa jemu atau malas. Keputusan 7A 4B suatu kejutan kepada kami, malah kepada 5 orang abang kakaknya di Mesir. Ketika berjalan ke kereta, saya merangkulnya erat sambil mengucapkan tahniah. Rupanya menangis gembira, bukan semata-mata sifat wanita, seperti sangkaan saya selama ini. "Baba hanya mampu menasihat atau mendorong Kakyang". "Mama boleh memasak dan berdoa untuk Kakyang". "Tapi yang mampu merubah diri Kakyang adalah Kakyang sendiri. Hari ini Kakyang telah buktikan, Kakyang boleh". Result Sarah tidak sebaik abangnya Muktaz dua tahun lalu, 10A+. Tapi Zero To Hero nya yang kami syukuri Allah swt sebanyaknya. Kita hanya mampu berusaha. Dialah yang memberi kejayaan. Moga ia jadi iktibar kepada kita dan anak-anak kita dalam pelajaran akademik mereka. Us. Abdul Halim Abdullah 19 Mac 2017

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 16. Jangan kita hanya beriya-iya mencari pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan dengan menganggap ianya adalah sesempit pintu rezeki. Tetapi jangan pula kita menolaknya sekiranya diberikan peluang.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 15. Hendaklah kita melakukan kerja keusahawanan walaupun kita seorang yang kaya. Kita mengutamakan berniaga sendiri walaupun pada kadar yang sekecil mana jua dan walau tahap ijazah anda setinggi mana.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 14. Hendaklah kita baik dalam membaca dan menulis. Banyak meneliti buku, akhbar, majallah, lamanweb Islam dan seumpamanya. Kita mempunyai perpustakaan sendiri walaupun saiznya kecil. Kita benar-benar pakar dalam ilmu dan kemahiran sekiranya kita adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Kita mahir dalam hal ehwal umat Islam sehingga ke tahap kita dapat gambaran yang jelas dan dapat mengeluarkan keputusan yang selari dengan keperluan Dakwah semasa.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 13. Hendaklah kita memiliki hati yang penyayang, pemurah, lapang, memaafkan, bersahabat, kasih, bersopan santun, berlembut terhadap orang ramai dan terhadap haiwan, cantik dalam pergaulan, baik tingkahlaku terhadap semua orang, menjaga adab-adab Islam dalam masyarakat seperti menyayangi mereka yang lebih muda, menghormati mereka yang lebih tua, melapangkan tempat dalam majlis, tidak mengintip-intip kesalahan orang, tidak mengumpat, meminta izin untuk masuk atau keluar dan sebagainya.