Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
KERJA KITA YANG SEBENAR
Sesiapa yang membaca, membincang dan mengamati Seerah Rasulullah saw, akan jelas bahawa kerja Baginda saw dan kerja kita di dunia ini adalah untuk menegakkan syariat (undang-undang) Islam dalam negara.
Ia dicapai melalui tarbiyah jiwa individu dan umat agar hidup dengan لا اله الا الله (Tiada ILAH selain ALLAH), menolak segala ILAH-ILAH selain ALLAH, lalu memilih pemerintah yang ikhlas yang layak melaksanakan segala tuntutannya di dalam negara.
Hakikat kerja kita sebegini dikuatkan lagi dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis, serta kata-kata para pewaris nabi. Ia juga ringkas dan jelas difahami sejak kita berusrah di sekolah menengah lagi.
Namun masa, suasana, dunia dan percaturan telah merosakkan jiwa dan minda ramai Duat, apatah lagi jiwa dan minda ramai masyarakat awam yang jauh dari Islam, lalu matlamat berubah.
Kaedah perjuangan adalah الغاية اصل العمل "Matlamat adalah asas Kerja". Apabila matlamat terpesong, maka halatuju kerja-kerja turut terpesong. Ibarat apabila palang gol dialih, tendangan-tendangan bola pemain juga akan turut berubah arah.
Firman Allah swt :
(أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ)
"Adakah undang-undang Jahiliyah yang mereka mahu. Sedangkan siapakah yang lebih baik undang-undangnya selain undang-undang Allah, bagi kaum yang yakin" [Surat Al-Ma'idah 50].
Us Abdul Halim Abdullah
15 Oktober 2018
LGBT MUSUH INSAN SEJAGAT
Akhirnya, semalam, setelah bertarung di mahkamah selama 4 tahun sejak tahun 2014, kedai kek Ashers Baking Company menang kes nya lawan LGBT. Kesnya adalah ia tidak mahu tulis di kek yang dijualnya ayat "Support Gay Marriage".
Bukankah lebih mudah dan untung jika kedai itu melayan semua pelanggannya, dan mengelak kos guaman puluhan ribu Pound Sterling, yang boleh membengkrapkan syarikat jika ia kalah kes ?
Namun, tidak sama mereka yang hidup berprinsip, berbanding mereka yang hidup hanya mencari kepentingan diri sendiri, samada muslim atau kafir, biasa atau daie.
Ironinya, kes bersejarah ini berlaku di United Kingdom, sebuah negara pelopor "kebebasan hak individu" dan di antara pengekspot ideologi LGBT yang utama di dunia.
Ya, perbuatan LGBT oleh individu atau kelompok, terbuka atau tersembunyi, yang diizinkan oleh undang-undang United Kingdom, adalah salah disisi Islam.
Namun keputusan Mahkamah Agung UK membenarkan mana-mana pihak enggan berkempen LGBT kepada orang lain, adalah selari dengan Islam. Firman Allah swt :
(إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)
"Sesungguhnya orang-orang yang suka kelucahan tersebar di kalangan orang-orang yang beriman, untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" [Surat An-Nur 19].
Jika demikian pendirian United Kingdom dalam hal LGBT, maka adalah lebih patut lagi kempen LGBT tidak diberi muka sedikit pun di negara umat Islam seperti Malaysia, yang ketua negara dan penduduknya beragama Islam, serta agama negara Malaysia itu sendiri adalah Islam.
Slogan "L.G.B.T" dari Barat ini baru berusia setahun jagung di Malaysia, cuba dipasarkan oleh segelintir individu yang terpinggir. Ratusan tahun sebelum ini, ia langsung tidak wujud.
Semua pihak di Malaysia hari ini mesti bangkit dan bertindak tegas sehingga tunas slogan ini terus hilang dan pupus dari bumi bertuah ini.
Us Abdul Halim Abdullah
11 Oktober 2018
KHALWAT & ZINA BUKAN ISU PERIBADI
Khalwat adalah haram kerana ia boleh membawa kepada Zina, satu jenayah dosa besar. Apatah lagi khalwat bermalam dalam sebuah bilik.
Dalam perlaksanaan enekman jenayah Syariah, disebabkan Islam sendiri "menyukarkan" sabitan jenayah zina dengan mensyaratkan 4 saksi yang jelas melihat aksi zina tersebut, maka selalunya pendakwaan "khalwat" sahaja dilakukan ke atas pasangan terbabit, dengan hukuman Takzir (denda), dan bukan hukuman Hudud. Namun jika jenayah "khalwat" menular hebat dalam masyarakat, Kerajaan boleh naikkan hukuman takzir hingga boleh mencecah hampir Hudud.
Dalam Islam, khalwat dan zina adalah bukan isu peribadi kerana penjenayah lelaki itu melakukannya dengan isteri orang, anak perempuan orang, emak orang atau kakak orang. Hakikatnya juga, "isteri orang" itu juga boleh jadi adalah anak perempuan orang, kakak orang, mak saudara orang dsb. Keluarga dan sanak saudara akan terpalit. Pada sesetengah masyarakat, satu kabilah akan terpelit. Ia jelas berkait dengan masyarakat.
Wahyu Allah menjelaskan lagi hakikat ini melalui hadis Nabi saw. dimana seorang lelaki minta Nabi saw menghalalkan Zina baginya. Nabi saw menjelaskan, "Adakah kamu suka orang berzina dengan ibu kamu ... anak perempuan kamu ... kakak kamu ... mak saudara kamu..." yang semuanya dijawab geram oleh beliau" tidak suka". Lalu Nabi saw berkata, "orang-orang lain pun tak suka lelaki berzina dengan ibunya, anak perempuan nya, kakaknya dll." (lihat lampiran hadis tersebut di bawah).
Dari wahyu di atas, jelas menunjukkan mana-mana manusia yang normal fitrahnya akan malu, tak suka, benci dan marah ibunya, anak perempuannya, kakaknya dll dizina oleh lelaki.
Tidak sedikit zina membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan pembunuhan. Keluarga yang musnah boleh melahirkan generasi yang songsang, apatah lagi mereka yang lahir tanpa bapa yang sah, seperti anak-anak ayam.
Jelas, khalwat dan zina bukan isu peribadi dari dalil aqli dan nassi. "Nabi saw tidak bercakap dari hawa nafsunya, sebaliknya dia bercakap dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya" (Al-Quran).
Hanya (1) orang yang jahil atau (2) orang yang arif tapi berkepentingan atau rosak fitrahnya sahaja yang tergamak mengatakan zina adalah isu peribadi.
Dunia Islam sejak berkurun lamanya, tidak menganggap khalwat dan zina sebagai isu peribadi.
Hanya undang-undang Barat sahaja yang menganggap dan mengaktakan zina sebagai isu peribadi. Kerana itu, sikap songsang segelintir orang Islam dalam hal di atas, besar kemungkinan adalah sikap yang terpengaruh atau diimpot atau dipaksakan dari Barat.
Kita mohon perlindungan Allah swt dari kegelinciran aqidah yang merugikan kita di dunia dan Akhirat.
Us Abdul Halim Abdullah
7 Oktober 2018
Matan Hadis Bab "Lelaki Minta Halalkan Untuknya Zina" :
عن أبي أمامة ـ رضي الله عنه ـ قال: (إن فتى شابا أتى النبيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فقال: يا رسول الله، ائذن لي بالزنا!، فأقبل القوم عليه فزجروه، وقالوا: مه مه، فقال: ادنه، فدنا منه قريبا، قال: فجلس، قال: أتحبه لأمك؟، قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لأمهاتهم، قال: أفتحبه لابنتك؟، قال: لا واللَّه، يا رسول اللَّه جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لبناتهم، قال: أفتحبه لأختك؟ قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لأخواتهم، قال: أفتحبه لعمتك؟ قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لعماتهم، قال أفتحبه لخالتك؟ قال: لا واللَّه جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لخالاتهم قال: فوضع يده عليه وقال: اللَّهمّ اغفر ذنبه وطهر قلبه، وحَصِّنْ فرْجَه، فلم يكن بعد ذلك الفتى يلتفت إلى شيء) رواه أحمد .
وفي رواية أخرى: وقال: (اللهم طهر قلبه، واغفر ذنبه، وحَصِّنْ فرْجَه، فلم يكن شيء أبغض إليه منه - الزنا -) .
SESAL DULU PENDAPATAN
Benarlah pepatah Melayu berkata, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya". Umno kalah buat kali pertama dalam PRU14, setelah 61 tahun berkuasa dengan rekod tanpa kalah.
Sebelum PRU14, ramai Rakyat resah terhadap Umno yang dirosakkan oleh korupsi, kemewahan, angkuh, hubbu riasah (cinta kedudukan), bodek dan berbagai penyakit kronik lain. Hanya satu penyakit di atas, jika dibiarkan membarah, boleh mengundang maut terhadap organisasi. Apatah lagi jika berbagai penyakit yang dihidapi.
Tiap penyakit organisasi di atas ditegah Allah dalam Al-Quran, sambil disebut pula dengan kisah-kisah Firaun, Qarun, Haman dll di zaman silam, agar pengajaran nya lebih terang dan jelas. Namun keangkuhan pimpinan di atas, dan ketidakpedulian (apathy) ahli-ahli di bawah, akhirnya menenggelamkan kapal yang membawa mereka semua.
Ia sunnah Allah yang tidak berubah. Jika tiap umat ada ajal nya (Al-Quran), apatah lagi tiap organisasi yang merupakan "umat yang kecil" tentunya lebih-lebih lagi.
Kepada pimpinan di setiap peringkat Umno, selamat menghadiri Perhimpunan Agung (PAU) saat ini. Jika PAU dulu-dulu dipenuhi dengan kipas mengipas, yang membawa kepada kehancuran bersama, maka adalah diharapkan PAU kali ini dipenuhi penyesalan dan rawatan.
Saya menasihati tiap organisasi lain, besar atau kecil, parti atau ngo, agar segera mengambil iktibar dari apa yang menimpa UMNO, sebelum nasi menjadi bubur. Sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian tiada guna nya.
Us Abdul Halim Abdullah
30 September 2018
ZAUJAH SOLEHAH
Hari ini kita mengimbau kembali kisah pemadanan Imam Hasan Al-Banna dengan isteri beliau, Latifah Hussein As-Suly. Moga jadi pengajaran untuk rumahtangga yang baru dibina, insyaAllah.
Apabila ibu Imam Al-Banna datang ziarah anaknya yang bekerja di Ismailiah, beliau tidak akan melepaskan peluang berdakwah dari rumah ke rumah di sana, termasuk menziarahi akhawat Ikhwan untuk berkongsi hal umat Islam dan penyelesaiannya.
Suatu hari ibu Imam Al-Banna menziarahi rumah Haji Hussein As-Suly. Ketika berbual, dia terdengar tilawah merdu lagi khusyuk bacaan Quran dari dalam bilik, lalu bertanya, "Suara siapa tu ?". Isteri Haji Hussein menjawab, "Suara anak perempuannya, Latifah, yang sedang solat".
Usai solat, Latifah datang melayani tetamu tersebut. Ibu Imam Al-Banna memerhati dan berbual dengan gadis dan mendapati padanya wajah yang khusyuk, terpancar darinya cahaya iman dan hati yang penuh taqwa kepada Allah swt. serta perasaan peka dan prihatin terhadap apa yang sedang berlaku terhadap umat Islam.
Ibu Imam Hasan Al-Banna pulang ke rumah lalu berkata kepada anak lelakinya, "Gadis beriman seperti ini patut menjadi pasanganmu".
Kata Imam Hasan Al-Banna, "Lalu Allah swt mengurniakan kepada aku peluang berkahwin dengannya. Urusan peminangan selesai dengan mudah dan ringkas yang menakjubkan dalam bulan Ramadan. Aqad nikah di masjid pada malam 27 Ramadan. Majlis perkahwinan pada 10 hb Zulqaedah. Alhamdulillah".
Pengajaran :
1- Peranan ibu dalam mencari pasangan untuk anak lelakinya. Ini adalah kerana hanya wanita yang mengenal wanita.
2- Nilai bakal menantu terletak pada iman, taqwa, perihatin terhadap nasib umat Islam, kekhusyukan, keperibadian dalam berinteraksi dengan tetamu atau orang lain dan tilawah Al-Quran.
3- Pendirian Imam Al-Banna yang menerima pandangan ibunya dalam hal jodoh. Ini adalah kerana wafak beliau kepada ibunya, dan yang lebih penting adalah ibunya mengetahui apakah perjuangan anaknya, dan tahu ciri dan sifat pasangan mana yang paling sesuai dan layak bersama anak lelakinya dalam perjuangan tersebut.
4- Aqad dan perkahwinan disempurnakan dengan mudah dan ringkas, selari dengan Sunnah Rasulullah saw. Oleh itu ia lebih berkat dan punya masadepan yang baik.
Kira-kira 10 tahun lalu, menantu saya membawa saya sekeluarga ke bandar Ismailiah, 130 km dari Kaherah, menziarahi sekolah tempat Hasan Al Banna bekerja mengajar, rumah beliau dan rumah Haji Hussein As-Suly yang terletak di tengah-tengah antara kedua sekolah dan rumah Imam Al Banna. Walaupun kisah tahun 1932 itu telah berlalu kira kira 90 tahun, namun nilai dan kualiti iman dan akhlak manusia tidak berubah sehingga ke Hari Kiamat. Yang berubah hanya teknologi dan strategi.
Firman Allah swt (... ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ)
bermaksud, "Ceritakan kisah-kisah, supaya mereka mengambil peringatan ... ".
Us Abdul Halim Abdullah
11 September 2018
KUALITI MUSLIM & DUAT
Malam ini beri penyampaian hadis hak dan kewajipan muslim. Nampak banyak yang perlu diperbaiki kualiti ini dalam masyarakat. Begitu juga dalam diri pada duat termasuk pemimpin dan para murabbi mereka, tak terkecuali. Ramai dah lupa hadis ni, dan lupa menghayatinya.
وعن أبي هريرة قَالَ: قَالَ رسولُ اللَّه ﷺ: لا تَحاسدُوا، وَلا تناجشُوا، وَلا تَباغَضُوا، وَلا تَدابرُوا، وَلا يبِعْ بعْضُكُمْ عَلَى بيْعِ بعْضٍ، وكُونُوا عِبادَ اللَّه إِخْوانًا، المُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِم: لا يَظلِمُه، وَلا يَحْقِرُهُ، وَلا يَخْذُلُهُ، التَّقْوَى هَاهُنا ويُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاثَ مرَّاتٍ بِحسْبِ امرئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِر أَخاهُ المُسْلِمَ، كُلّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حرامٌ: دمُهُ، ومالُهُ، وعِرْضُهُ رواه مسلم.
Dari Abi Hurairah ra, sabda Rasulullah saw :
1- Jangan dengki mendengki
2- Jangan tanajash (pura-pura minat barang depan orang ramai, tanpa niat beli, agar harganya jadi melambung)
3- Jangan benci membenci
4- Jangan belakang membelakangi, atau jauh menjauhi
5- Jangan sebahagian kamu menjual di atas jualan saudaranya seIslam (kacau jualan kawan dengan kemuka jualan sendiri kepada pelanggan yang sama)
6- Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berukhuwah
7- Muslim adalah adik muslim yang lain
8- Dia tidak menzaliminya
9- Dia tidak menghinanya
10- Dia tidak membiarkannya tanpa peduli
11- Taqwa itu di sini, sambil Nabi saw menunjukkan ke dadanya 3 kali
12- Cukuplah kejahatan seseorang itu, bila dia menghina saudara seIslamnya yang lain
13- Setiap muslim haram darah, harta dan nama baiknya, ke atas muslim yang lain
(Hadis Sahih riwayat Muslim).
Hadis sahih di atas sangat terang lagi bersuluh. Qat'iyyah tsubut, qat'iyyah dalalah. Malangnya dunia cantas mencantas tidak mengenal petunjuk Ilahi. Ia lebih berpandukan hawa nafsu kepentingan diri dan bisikan syaitan, penasihat peribadi.
Moga Allah swt jauhi dan selamatkan kita dari sifat dan perbuatan yang berlawanan dengan isi kandung hadis hak muslim di atas.
Jika kita tergelincir dan menyeleweng, maka segera mohon ampun kepada muslim berkenaan, sebelum tiba Hari Pembalasan, di mana pahala kita diambilnya. Jika masih tidak terbayar, maka dosa beliau pula diserah kepada tanggungan kita. Nauzubillah min zalik.
Us Abdul Halim Abdullah
6 September 2018
SEBAT LESBIAN
Terengganu
Mahkamah Syariah Dungun menghukum 6 sebatan dan denda Rm3300 ke atas tiap seorang dari pasangan lesbian dibawah Seksyen 30 dan Seksyen 59(1) kerana Musahaqah (Lesbian).
Perlaksanaan sebatan disaksikan kira kira 100 orang di kamar mahkamah, setelah tempoh rayuan 14 berlalu tanpa sebarang rayuan direkodkan dan pasangan tersebut mengaku salah.
Ini adalah tanda bersejarah, dimana kesan positifnya adalah :
1- Malaysia menonjolkan kepada warganegaranya dan masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan Lesbian adalah suatu jenayah, dan pelakunya adalah penjenayah.
2- Si pelakunya pula redha terhadap hukuman yang dijatuhkan, tanpa membawa ke pihak pengadilan yang lebih tinggi, termasuk mahkamah sivil, yang akan lebih merumit dan mencabar kerana Perlembagaan Malaysia tidak sepenuhnya Islamik, seperti dalam kes hak penjagaan anak oleh pasangan murtad.
3- Masyarakat sekeliling redha dan mengambil pengajaran dari hukuman yang dijalankan. Ini sekaligus menepis dakwaan dan tanggapan serong yang mengatakan undang-undang sebat di khalayak ramai adalah kolot, tidak diterima masyarakat moden, menindas dan lain-lain istilah yang diimpot dari Barat dan Timur.
4- Tamparan hebat ke atas golongan dan pejuang kebebasan LGBT, di mana belum sempat harapan mereka diberi kebebasan dan meluaskan pengaruh mereka di Malaysia, datang hukuman dari Mahkamah Syariah Dungun, menegaskan jenayahnya perbuatan Lesbian.
Kita sedia maklum, selagi RUU355 belum diluluskan Parlimen, Hakim Kamarul Azmi Ismail terikat kepada hukuman maksima Seksyen 30 dan Seksyen 59(1). Namun ما لا يُدرَكُ كُلُّه ، لا يُترَكُ جُلُّه (Apa yang tak boleh dapat semua, jangan ditinggalkan semua).
Masih banyak dakwah dan tugas yang mesti diperjuangkan ke arah mendaulatkan Syariah Islam dan meninggikan Kalimah Allah. Moga kita tsabat menjadi hamba-hambaNya yang berjuang meninggikan kalimahNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Sept 2018
JAHILIYAH
Telah menjadi kaedah pertembungan di dunia, di mana "tidak mungkin seseorang atau kumpulan itu menang tanpa mengetahui titik kelemahan dan kekuatan musuh".
Begitulah pertembungan antara Islam dan Jahiliyah di serata dunia, termasuk di Malaysia. Jika pendokong Islam tidak kenal titik-titik kelemahan dan kekuatan Jahiliyah, mereka sukar berhadapan dengan nya.
Jahiliyah adalah :
1- keadaan jiwa seseorang yang menolak petunjuk dari Allah, dan
2- keadaan organisasi yang menolak hukum hakam yang diturunkan Allah.
Mereka yang menyelewengan dengan mengikut Jahiliah di atas, pasti ditimpa musibah, segera atau lambat laun. Walaupun dalam bentuk bentuk berbeza, tapi kesan nya sama iaitu kesengsaraan di dunia dan Akhirat.
(قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Islam)." [Surat Al-An'am 11]
Us. Abdul Halim Abdullah
24 Ogos 2018
KHUTBAH JUMAAT
Al-Aziziah, Mekah
1- Jauhi syirik. Allah ampuni semua kesalahan kecuali Syirik. Jika Allah haramkan Riba, maka kita kena haramkan. Jangan anggap sedekah itu mengurangkan harta. Kena beriman penuh dengan Al Quran :
(يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ)
LAllah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa". [Surat Al-Baqarah 276]
2- Fenomena Iman di Bukit Safa dan Bukit Marwa. Nabi Ibrahim tinggalkan anak isterinya di wadi tanpa sebarang tanaman. Demikian Iman beliau yang bulat kepada Allah swt.
3- Pendirian Iman bila Nabi Ibrahim diarah sembelih anaknya, Nabi Ismail. Patuh dan kasih Allah melebihi kasihnya kepada anaknya.
4- Sembelihan semata mata kerana Allah. Demikian segala ibadat kita mesti kerana Allah swt. Bukan kerana manusia, pangkat, kedudukan dan harta.
Us Abdul Halim Abdullah
24 Ogos 2018
TARBIYAH SEBELUM DAULAH
Ideologi sebelum Kerajaan
Bai'ah Aqabah 1 (620M) berlaku dulu sebelum Bai'ah Aqabah 2 (621M). Demikian Allah swt dan NabiNya mengatur gerak dakwah dan politik Islam, untuk dicontohi oleh kita di akhir zaman, demi mendapat redhaNya dan mencapai matlamat Islam.
Ia bukan politik biasa. Ia petunjuk rabbani demi mendapat balasan rabbani di Akhirat, iaitu Syurga.
Bai'ah Aqabah 1 adalah bai'ah tarbiyah. Sahabat berjanji tidak mensyirikkan Allah, tidak melakukan maksiat, tidak bersaksi palsu dll. Usai bai'ah dimeteri di Mina ketika Musim Haji itu, Nabi saw menghantar Mus'ab bin Umair bersama mereka pulang ke Madinah. Tugas beliau adalah mendidik dan berdakwah.
Tahun berikutnya, sebaik Bai'ah Aqabah 2 dimeteri, Nabi saw mengarahkan semua Sahabat di Mekah berhijrah ke Madinah, membentuk Kerajaan dan Negara.
Terbentuk kerajaan Islam selepas Tarbiyah yang panjang, bersungguh dan menjadi. Bersungguh dalam mendidik. Bersungguh pula dalam menghukum. Tiada kasih belas, apatah lagi "enggangement" terhadap golongan LGB,
(... ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ ...)
"...janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat..." [Surah An-Nur 2]. Riba diperangi, konsert ditutup, ikhtilat dikekang, filem dan drama mendidik agama dll.
Tanpa slogan "Tarbiyah Sebelum Daulah", tidak kira parti mana sekalipun, risalah Islam syumul (menyeluruh) dan hakiki (sebenar) bakal gagal didaulatkan di dewan parlimen dan dun, gagal dilaksanakan di kementerian dan jabatan, gagal dipusakakan kepada generasi akan datang dalam bentuk yang diredhai Allah dan RasulNya.
(وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ)
(أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ)
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada daripada Allah". [Surah Al-Ma'idah 49-50]
Us. Abdul Halim Abdullah
17 Ogos 2018
TUJUAN AMAL DAKWAH KITA
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam di Malaysia yang bergiat di bidang dakwah, samada melalui ngo atau jamaah, agensi kerajaan atau institusi masjid, berkumpulan atau persendirian.
Agar amal kita tidak mencapah dan terpancar-pancar yang kurang membawa kepada kekuatan Umat, kita mesti fokuskan amal dakwah kita ke arah apa yang difokuskan oleh Rasulullah saw bermula di Mekah, kemudian di Madinah sehingga Islam menjadi Kuasa Besar Dunia di zaman Khalifah Umar Al-Khattab ra dan selepas beliau.
Semua kita berada di medan masing-masing yang berbagai, akan tetapi fokus akhir atau titik pertemuan di penghujung nanti hendaklah seperti berikut :
(1) mengembalikan Negara Islam yang melaksanakan hukum hakam Islam.
(2) tertegaknya Kerajaan Islam yang didokong bulat oleh Umat Islam di dalam negara.
(3) kehidupan masyarakat dalam negara dicorakkan oleh Syariat Islam.
Ketiga-tiga matlamat di atas bukan direka-reka sendiri oleh kita, akan tetapi ia adalah perintah Allah swt ke atas Rasulullah saw untuk dilaksanakan oleh Baginda saw.
Maka oleh itu ia menjadi kewajipan ke atas kita juga sebagai umat Islam dan ke atas golongan yang menjadi pewaris para Nabi di akhir zaman ini seperti FirmanNya dalam Surah Al-Maidah, ayat 49-50 :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum hakam Jahiliyah yang mereka mahu (laksanakan). Sedang, bagi orang-orang yang yakin, siapakah yang lebih baik dari Allah hukum hakamnya ?
(Surah Al-Ma'idah, Ayah 49-50)
Us. Abdul Halim Abdullah
14 Ogos 2017 (Arkib)
TARBIYAH
Semakin usia, ilmu dan pengalaman bertambah dalam jalan Dakwah ini, semakin terserlah kepentingan Tarbiyah yang panjang, berterusan dan sempurna kepada golongan para Duat, dari awal anak tangga pertama hingga ke hujung usia.
Kepincangan Tarbiyah pada diri seseorang Daie akan mengakibatkan 2 penyakit bahaya :
1- Sifat-sifat jahiliyah yang sedia ada dalam dirinya di alam remaja tidak berjaya diubah, dan terus bersarang dalam dirinya di alam dewasa. Dengan itu, Tarbiyah ke atas dirinya kurang berjaya, kerana Imam Al Banna mentakrifkan hasil Tarbiyah sebagai الخروج عن المألوفات (Bebas diri dari sifat kebiasaan lama).
Contohnya sifat hasad, iri hati, materialistik, mata duitan (dedak) dan sempit dada melihat kejayaan orang lain. Sebahagiannya adalah sifat sifat menonjol rumpun Melayu berbanding umat lain.
2- Tidak mampu menghadapi situasi-situasi baru dari masa ke semasa, yang menuntut ijtihad Dakwah yang terkini, yang sahih, tanpa menyeleweng.
Contohnya hanyut dalam pertarungan ideologi pihak asing, tertinggal dalam mengambil hikmah dari pihak asing, gagal mengaplikasi prinsip Wala' Bara', Hakimiyah Allah, tahu prinsip dan berani memperjuangkannya.
Moga Allah swt memelihara kita disepanjang jalan Dakwah ini.
Us. Abdul Halim Abdullah
12 Ogos 2018
ANTARA FATWA DAN UNDANG UNDANG
Akhirnya Mahkamah memutuskan anak luar nikah boleh di-bin-kan kepada ayah zina, bertentangan dengan fatwa Ulamak. Di sini, agama di satu lembah, negara di satu lembah yang lain. Dalam kamus, ini diistilahkan sebagai "secular".
Penyelesaian nya tidak begitu sukar, asalkan pengundi dan wakil rakyat tahu peranan dan hak mereka, serta takut dengan tanggungjawab mereka di hadapan Allah swt.
Cara nya adalah, mendekatkan jurang sivil dengan Syariah. Setiap yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, dibawa oleh penggubal undang undang (ahli parlimen) ke dewan perundangan (Parlimen) dan diundi untuk menjadikan nya akta.
Di sini kita akan lihat keikhlasan dan kesungguhan wakil-wakil Rakyat dalam mendaulatkan Islam dalam negara, berbanding ahli-ahli politik yang berpura-pura Islam di depan masyarakat.
Hakim dan peguam beraksi di mahkamah hanya perpandukan apa yang mereka rujuk kepada undang-undang yang digubal dalam Parlimen dan DUN. Jika tiada akta, mereka akan menafsirkan nya samada dari makna nas Quran, Hadis, akal atau hawa.
Us Abdul Halim Abdullah
30 Julai 2018
🔴 TARBIYAH RUHIYAH
Orang yang hati dan jiwanya telah rosak, tidak akan dapat membuat keputusan dengan betul, walaupun akalnya cerdik dan maklumat yang diperolehinya telah memadai.
Begitu juga keadaan umat dalam skala yang lebih besar. Ia sama seperti individu.
Kerana itu usaha membaiki hati dan jiwa individu dan masyarakat mendapat tempat pertama dan paling utama dalam perjuangan Rasulullah saw, di mana fasa Mekah membersih hati, jiwa dan aqidah mendahului fasa Madinah iaitu pembentukan negara dan undang-undang.
Agama dan Dakwah ini tidak dapat didokong perjuangan dan perlaksanaannya melainkan oleh rijal yang bersih hati dan jiwanya.
Us. Abdul Halim Abdullah
17 Jun 2016 (Arkib)
