en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
NAFSU vs WAHYU Nafsu telah sedia tertanam dalam komposisi ciptaan manusia secara percuma. Wahyu pula, seperti ilmu, kena berusaha untuk mendapatkannya. Jika tiada usaha, maka tiada pengetahuan dan ketepatan. Hanya tinggal agak-agakkan sepanjang perjalanan. Manusia yang tidak menimba ilmu atau ditarbiyah (dididik) secukupnya, akan terdedah kepada pertimbangan nafsu. Kerana itu, pertimbangan seorang berbeza dari seorang yang lain. Dalam arena politik, dorongan Nafsu bermatlamatkan Kuasa (التسلط على السلطة). Sedang dorongan Wahyu bermatlamatkan menegakkan Syariat (اقامة الدين). Sangat berbeza. Us. Abdul Halim Abdullah 5 Mei 2017

MENABUNG HAJI "Akh amil (ahli kanan persatuan) yang telah disabitkan beliau cuai mengumpul wang untuk fardhu Haji tanpa uzur syariyy yang mendesak, hendaklah diturunkan kedudukannya dan beliau tidak lagi memiliki hak amil(in)". AGM Ikhwan Muslimin (III) Ahad 12/12/1353H (1935M)

MESIR : SEMALAM DAN HARI INI Rampasan kuasa tentera dan penindasan ke atas Ikhwan Muslimin di Mesir di zaman Kolonel Jamal Nasir tahun 1950an adalah sama kejadian di zaman General Fattah Sisi hari ini. Namun saya melihat keadaan jauh berbeza di banyak sudut. Ikhwan Muslimin zaman ini jauh lebih ramai dan berakar umbi dalam masyarakat, berbanding waktu dulu. Walaupun seramai 40,000 ahlinya di Mesir dipenjara saat ini, sedikit pun tidak menjejaskan keutuhan organisasinya. Sokongan padu 52% rakyat Mesir dalam pilihanraya Presiden lalu, menunjukkan kekuatan dokongan massa yang luar biasa. Zaman ini zaman maklumat terbuka, berbeza dari zaman Jamal Nasir dahulu. Allah swt mempunyai urusannya terhadap hamba-hambaNya ولله فى خلقه شئون . Walau mendung segelap mana sekalipun, pasti ia akan pergi dan mentari akan bersinar kembali. Sunnah Allah tidak akan berubah. Hanyasanya Allah swt menguji hamba-hambaNya untuk mengasingkan mereka yang benar dari mereka yang dusta (وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ) Us. Abdul Halim Abdullah 4 Mei 2017

KELENGKAPAN DIRI Tidak dinafikan ramai umat Islam pada hari ini memiliki perasaan keimanan yang menyala-nyala dan keinginan yang tinggi untuk bekerja demi agama Islam yang tercinta. Namun ketika mana mereka menjalan kerja-kerja Dakwah bagi membaiki kepincangan dalam masyarakat, kita harus sedar dan insafi bahawa perasaan semata-mata adalah tidak mencukupi, bahkan ... ولكن لابد ان يكون مع هذه العاطفة الايمانية علوم شرعية وثقافة شمولية ودراية ادارية وخبرة ميدانية واقعية وخلطة اجتماعية ومعاملة اخلاقية وفراسة ايمانية .... (akan tetapi bersama perasaan keimanan ini mestilah ada ilmu-ilmu syarak, pengetahuan menyeluruh, kemahiran pengurusan, pengalaman realiti di medan, percampuran dalam masyarakat, pergaulan berakhlak dan firasat keimanan ..)". Perasaan dan niat baik sahaja, tanpa bekalan dan kelengkapan sebenar belum mencukupi dan belum menjamin cara berfikir dan tindakan yang tepat dan sepatutnya. Us. Abdul Halim Abdullah 24 April 2017

SERANGAN EKONOMI Dekad-dekad yang lalu, negara-negara Islam bukan-Arab seperti Malaysia, complecent (selesa) tanpa diserang matawang, ekonomi dll seteruk negara-negara Arab. Serangan lebih kepada serangan budaya, ideologi dan politik. Gerakan Ikhwan Muslimin di negara-negara Arab bertarung disegala aspek budaya, ekonomi dll menghadapi serangan Barat dari luar negara, dan kerajaan boneka Barat dan Timur di dalam negara. Rakyat yang rosak, mereka didik. Perusahaan dan pertubuhan yang bengkrap, mereka hidup dan jayakan seperti The Institution of Engineers Egypt, dari dana negatif sebelum saya belajar di sana (1980an) kepada ratusan juta pound Egypt ketika saya belajar di sana (1990an). Selama itu, Arab menjadi benteng pertahanan Umat Islam. Barat disibukkan dgn serangan terhadap Arab, dari menyerang ekonomi kita di rantau sini. Hari ini, apabila banyak negara-negara Arab hancur diserang oleh tentera tempatan dan tentera asing, tiba giliran negara-negara Islam bukan-Arab pula diserang dengan serangan ekonomi, ideologi kufur dll yang semakin sengit dan terang-terangan. Saya melihat kemuncak serangan dan tsunami pemusnah itu semakin hampir. Tempiasnya telah pun masuk. Keadaan sosio-ekonomi masyarakat akan berubah. Tarbiyah ringan-ringan tidak akan berkesan lagi. Ia samada timbul bersungguh berjuang dengan ilmu dan mengharap Akhirat, atau tenggelam dengan segala godaan harta, kedudukan, dakwah hobi, keseronokan, populariti dan jerat kejahilan. Melihat trend di negara-negara Arab di zaman ini, serangan bersenjata selalunya didahului dengan serangan ekonomi untuk satu tempoh tertentu. Moga Allah swt selamatkan kita. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 24 April 2017 (Foto : Banyak kedai di Terminal One, Seremban tutup. Ia adalah bangunan stesen bas utama dan tempat paling ramai pengunjung. Ini mungkin petanda kuasa membeli masyarakat semakin lemah).

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 38. Berusaha menyebarkan Dakwah ke setiap tempat, tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik Islam dan pendakwahnya dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan yang diberikan demi mencapai kebaikan dan kemajuan Dakwah Islam. https://inijalanku.wordpress.com/fikrah/wajibat-38/wajibat-38-matan/

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 37. Menjauhi badan atau perkumpulan yang tidak mendatangkan faedah kepada Islam dan tidak membawa ke arah mencapai matlamat murninya.

FASA MEKAH Ketika di tingkatan 4, masa mula-mula ikut usrah tahun 1981 dulu sering disebut "tarbiyah fasa Mekah menekankan aspek iman, jiwa dan hati". 10 tahun selepas itu ketika di Al-Azhar, subjek Tafsir dan dalam usrah juga sebut Al-Quran dan Nabi saw di fasa Mekah juga tekankan aspek aqidah dan pembersihan jiwa manusia terlebih dahulu. Ketika itu di zaman sebagai pelajar, dunia belum terbuka di hadapan. Harta, pangkat dan kedudukan tidak menonjol kepada manusiabergelar pelajar. Adapun di zaman bekerja dan bermasyarakat pada hari ini, bila kita mengamati masyarakat sekeliling beriri hati, berhasad dengki, fitnah memfitnah dll sifat-sifat mazmumah, kita semakin faham dan kuat keyakinan betapa pentingnya tiap seorang duat mesti melalui fasa tarbiyah jiwa dalam tempoh yang cukup dan sempurna, sehingga dia menjadi batu batu yang baik. Jika tidak, semakin besar binaan menggunakan batu bata yang bengkok, semakin berisiko bangunan untuk runtuh. Moga Allah swt membersihkan hati dan jiwa kita dari segala karat dan kekotoran Jahiliyah. Ameen. (وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا) "Dan demi jiwa dan (Tuhan) yang menciptakannya ...Kami ilhamkan kepada jiwa (perbuatan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh telah berjaya orang yang membersihkan jiwa. Binasalah orang yang mengotorkan jiwa ..." (Surah Asy-Syams). Us. Abdul Halim Abdullah 16/4/2017

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 36. Mengenali setiap orang yang berdakwah dan bekerja untuk Islam. Kita juga memperkenalkan diri kita kepada mereka, melaksanakan hak-hak mereka seperti mengasihi, menghormati, membantu dan mengutamakan mereka dari diri kita sendiri dalam setiap pergaulan. Cuba sedaya upaya menghadiri program yang dianjurkan, jangan terlepas kecuali dengan uzur syar’iyy.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 35. Membenteras tempat-tempat berpoya-poya apatah lagi mengunjunginya. Jauhi dari segala bentuk bermewah-mewahan.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 34. Jauhi dari berkawan dengan orang-orang yang jahat lagi merosakkan serta tempat-tempat maksiat dan dosa.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 33. Jauhi arak, makanan minuman yang memabukkan dan apa sahaja yang seumpamanya.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 32. Hendaklah berjihad kuat melawan nafsu syahwat hingga kita dapat memimpinnya. Tundukkan pandangan, kawal perasaan, hadapi runtunan nafsu dalam diri dan tingkatkan ia dengan menyalurkannya kepada yang halal dan baik dan halang ia dari apa sahaja bentuk yang haram.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 31. Perbaharui taubat dan istighfar dari masa ke semasa. Jaga diri dari dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar. Peruntukkanlah satu jam sebelum tidur untuk kita menyemak diri tentang perbuatan yang telah lakukan dilakukan sepanjang hari samada baik atau buruk.

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 30. Sentiasa menanam niat Jihad, cinta mati syahid dan membuat persediaan untuknya semampu anda.

RUU355 SURAH ANNUR AYAT 2 RUU355 mengenai 100 rotan adalah bertepatan dengan Ayat 2 Surah An-Nur. Oleh itu disamping ia adalah perintah Allah swt, ia juga adalah suatu ibadat yang wajib dilaksanakan oleh orang-orang beriman, sama seperti solat, zakat, puasa dan haji. Perlembagaan Malaysia pula menjamin kebebasan setiap warganya menganut dan mengamalkan agama masing-masing seperti : Perkara 11 Fasal 3 : "Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak : (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, (b) menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat. Kalau begitu, kenapa ada parti-parti bukan-Islam cuba masukcampur urusan umat Islam di Malaysia dengan menghalang RUU355 yang bertujuan menaiktarafkan kuasa Mahkamah Syariah agar bertepatan dengan Ayat 2 Surah An-Nur ? Jika selama ini mereka setuju undang-undang sivil (contoh Akta Tabung Haji) boleh mendenda pesalah hingga RM200,000, tetapi kenapa kini mereka menentang RUU355 yang mahu mendenda lebih dari hanya sekadar RM5000 !! Jika selama ini mereka setuju peliwat dihukum sehingga 30 tahun penjara, tetapi kenapa kini mereka menentang RUU355 yang mahu menghukum penjara lebih dari sekadar 3 tahun !! Kita memberi peringatan kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia agar jangan campurtangan urusan umat Islam untuk menguruskan hal ehwal agama mereka, apatah lagi untuk menunaikan ibadat mereka. Kita juga menasihati ahli-ahli politik Islam agar tidak menyebelahi bukan-Islam dalam hal urusan agama Islam, walaupun di saat ini memang mereka mempunyai bilangan undi yang ketara dalam PRU. (الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا) "Dan orang-orang yang sentiasa mencari-cari kesempatan terhadap kamu. Jika kamu mendapat kemenangan, mereka akan berkata "Bukankah kami bersama kamu ?". Jika kemenangan berpihak kepada orang-orang kafir, mereka berkata "Tidakkah kami membantu kamu, dan mempertahankan kamu menghadapi orang-orang beriman ?". Maka Allah akan mengadili diantara kamu di Hari Kiamat. Sesekali Allah tidak akan beri jalan (redha) orang-orang kafir mengatasi orang-orang beriman" (An-Nisa' 141) Us. Abdul Halim Abdullah 6 April 2017

RUU355 DIBENTANG Saya lihat isi pembentangan RUU355 (Tahun 2016) di Parlimen sangat jelas, terang lagi bersuluh. Ia adalah usul meminda Akta 355 untuk meningkatkan maksima 3 hukuman Tahun 1984 : 1- Dari penjara 3 tahun ke 30 tahun. 2- Dari denda RM5,000 ke RM100,000. 3- Dari 6 sebatan ("ekor ikan pari" mengoyak kulit) kepada 100 rotan biasa. Dua points menarik adalah : 1- Akta ini telah diamalkan sejak puluhan tahun lalu ke atas umat Islam di Malaysia. Kini ia bertujuan hanya hendak di naikkan tahap maksimumny sahaja. Tiada yang baru pun pada subjek (orang kena hukum) yang terlibat. 2- Selama ini hukuman maksima di mahkamah sivil yang paling rendah, Mahkamah Majistret adalah lebih tinggi dari Mahkamah Syariah Tinggi. Hampir tiada yang baru pun pada tahap (severity atau berat ringan) hukuman tersebut dalam negara kita. Satu point yang menggerunkan kita di dunia dan Akhirat adalah : 1- Hukuman 100 rotan menepati Al-Quran, Surah An-Nur ayat 2. Maka parti-parti, pendokong, penyokong dan pengundi yang menolaknya, adalah bercanggah dengan perintah Allah swt. Nauzubillah. Moga perundangan (tasyrik/legislation) Islam dan Mahkamah Syariah (judiciary) terus ditingkatkan. Adapun cara perlaksanaan (execution), kita serahkan kepada pihak eksekutif dan judiciary, mengikut masa, tempat dan keadaan secara bijaksana dan bertaqwa. Us. Abdul Halim Abdullah 6 April 2017

WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna 29. Berpuasa Ramadan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Kerjakanlah ia sekarang sekiranya sudah mampu.