en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
en. I الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد Us. Abdul Halim Abdullah Ush. Fariza Ibrahim anak-anak, menantu & cucu. 1 Syawal 2019

SELAMAT HARI RAYA 1 Syawal 1440H I الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد Diucapkan Selamat Hari Raya kepada sekelian muslimin muslimat sempena cukup sebulan Ramadan kita berpuasa. تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال. Sempena itu juga kita bertakbir sebanyaknya pada hari ini kerana menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt yang telah memberi kita Hidayah sebaiknya. Firman Allah swt : (... وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ) "Dan supaya kamu cukupkan bilangan (hari puasa di bulan Ramadan) dan supaya bertakbir membesarkan Allah diatas apa yang Dia beri hidayah kepada kamu, supaya kamu bersyukur" [Surah Al-Baqarah 185]. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji adalah 2 hari perayaan Islam yang dikurniakan Allah swt kepada kita umat pembawa Risalah Akhir Zaman, kepada sekelian manusia sehingga ke Hari Kiamat. Marilah kita rasai tanggungjawab yang besar ini. Di hari ini, marilah kita tanamkan kesyukuran dan kegembiraan kepada ibu bapa, pasangan, anak-anak, adik beradik, sanak sedara dan mereka yang di sekeliling kita. Maaf bermaafan, hubungkan silaturrahim, ukhuwah Islamiyah dan ziarah menziarahi adalah budaya hari Raya kita. Jika tema ibadat Haji adalah Tauhid, maka tema Hari Raya adalah Takbir, iaitu membesar dan mengagungkan Allah swt. Hanya Dia yang layak mendapat ubudiyah (sembahan) dan hakimiah (penentu undang-undang). Dengan itu tiada sembahan dan ketundukan manusia sesama manusia. Kerana itu Allah menunaikan janjiNya apabila tentera Islam mengalahkan tentera Ahzab dalam Perang Khandaq : صدق وعده ونصر عبده واعز جنده وهزم الاحزاب وحده bermaksud, "Allah menunaikan janjiNya, Dia memenangkan hambaNya, Dia mengagungkan tenteraNya dan Dia menghancurkan tentera musuh-musuhNya sekeliannya". I الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد Muslimin dan muslimat sekelian, Demikian takbir Hari Raya menunjukkan kepada kita bahawa keagungan Islam dan keagungan kita adalah pada sejauh mana kita dapat mengalahkan pakatan musuh-musuh Allah di muka bumi ini. Maka selayaknya para Sahabat ra bertakbir selepas Perang Khandaq dan Perang Pembukaan Mekah setelah mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy dan pakatannya. Marilah kita melihat pula hal keadaan umat Islam pada hari ini di merata negara di dunia. Kita dapati pakatan tentera ahzab Amerika, Rusia, Iran, Eropah dll telah dan sedang mengganyang membunuh 1.5 juta umat Islam Sunni. Disamping itu berjuta-juta orang menjadi pelarian. Pakatan tentera ahzab Amerika, Israel dan Eropah juga sedang mengganyang umat Islam di Libya, Yaman dan Afghanistan. Ini belum termasuk umat Islam minoriti diganyang oleh golongan majoriti kafir di wilayah mereka yang dijajah seperti wilayah Sinkiang (Turkistan Timur) di China, wilayah Pattani di Thailand, wilayah Mindanao di Filipina, wilayah Kashmir di India, wilayah Arakan di Burma dll. Disamping kita bergembira di Hari Raya, marilah kita mendoakan kemenangan dan kemerdekaan untuk mereka. Muslimin dan muslimat sekelian, Di hari yang mulia dan gembira ini, jangan kita lupa doakan para pendakwah dan pejuang Islam yang sedang dipenjara dengan zalim oleh regim di negara mereka. Ini termasuk seramai 40,000 pendakwah di penjara Mesir, 150 ulama di penjara Saudi, ribuan mujahideen di penjara Syria dll. Ketika kita bergembira bersama keluarga, bersolat Raya dengan memakai baju Raya, mereka pula di dalam penjara berjauhan dari anak isteri, bersolat Raya dengan memakai pakaian banduan. Jangan kita lupa membayar Zakat Fitrah dan Zakat Fardhu yang lain. Di Malaysia tidak kurang golongan fakir miskin yang dambakan kegembiraan di Hari Raya. Moga zakat dan infaq kita untuk mereka memutikkan kegembiraan dan kasih sayang sesama kita. Bagi tuan puan saudara saudari yang beraya di Seremban pada Syawal minggu ke 2, 3 dan 4, jemput datang beraya di rumah kami. Pada minggu pertama Syawal, kami beraya di Penang dan Kedah, di kampung isteri. Akhir kata, sepuluh jari kami susun memohon maaf zahir batin kepada sekelian muslimin dan muslimat yang mengenali. Moga kita bertemu di Ramadan berikutnya. Ame

CUCU KE 14 Hari ini cucu terbaru dinamakan "Abbas bin Mohd Iqwan". Dilahirkan minggu lepas di Kaherah. Anak ke 3 dalam adik beradiknya. Ayahnya, Mohd Iqwan b Zaidi, 28, lepasan BA Syariah (Al-Azhar) sedang menyiapkan ijazah masters dalam Syariah di Kaherah. Ibunya Husna Abdul Halim, 26 baru tamat BA Syariah (Al-Azhar, Kaherah) dan sedang di tahun akhir Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, MBBS (Ain Shams, Kaherah). Moga Abbas b Iqwan menjadi anak saleh, pejuang di jalan Allah, tergolong di kalangan para Syuhada' yang mendapat Syurga Firdaus dan boleh beri syafaat kepada ramai termasuk atok dan uwan nya di Akhirat nanti. Ameen. Atok (Geddo جد), Us. Abdul Halim Abdullah 30 Mei 2019 - - - - - - - - - - - ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB Credit : Us M Iqwan Zaidi بسم الله الرحمن الرحيم Abbas Bin Muhammad Iqwan 👶 (Jumaat, 24/5/2019 bersamaan 20 Ramadhan 1440 H) Mengambil inspirasi tokoh Islam yang bernama Abbas Bin Abdul Mutallib R.A. Beliau adalah seorang Sahabat Nabi SAW yang hebat juga merupakan pakcik kepada Baginda SAW. Dilahirkan pada tahun 56 Hijrah, 3 tahun sebelum Tahun Gajah (Kisah Ashabul Fiil). Usia beliau hanya 3 tahun lebih tua daripada Nabi SAW. Berkenaan Keislaman Abbas RA ada yg berpendapat Islamnya Abbas sebelum Pembukaan Khaibar kemudian beliau merahsiakan keislamannya dan hanya mengiklankannya selepas Pembukaan Kota Mekah. Pendapat kedua pula berpandangan Abbas RA sudahpun memeluk Islam sebelum Perang Badar lagi. Keislaman Abbas RA juga merupakan faktor yang menguatkan lagi dakwah Nabi SAW selain keislaman Umar Al-Khattab RA. Abbas RA juga memiliki kedudukan yang sangat mulia disisi Rasul Saw. Pernah diriwayatkan dalam sebuah hadis : إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اتَّخَذَنِي خَلِيلا ، كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا ، وَمَنْزِلِي وَمَنْزِلُ إِبْرَاهِيمَ فِي الْجَنَّةِ تُجَاهَيْنِ ، وَالْعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ مُؤْمِنٌ بَيْنَ خَلِيلَيْنِ "Sesungguhnya Allah telah memilihku (Muhammad Saw) sebagai kekasihnya seperti mana terpilihnya Nabi Ibrahim. Rumahku dan Rumah Ibrahim di syurga kelak bersebelahan, dan Abbas Bin Abdul Mutallib ialah mukmin diantara kedua Kekasih Allah" Diriwayatkan juga dalam suatu hadis yang panjang : والذي نفسي بيده لا يدخل قلب رجل الإيمان حتى يحبكم لله ولرسوله ثم قال يا أيها الناس من آذى عمي فقد آذاني فإنما عم الرجل صنو أبيه "Demi diriku ditanganNya, Tidak masuk iman ke dalam hati seseorang sehinggalah dia mencintai kamu (muslimin) kerana Allah dan RasulNya. Wahai manusia sekalian barangsiapa menyakiti pakcikku (Abbas) maka dia telah menyakitiku. Sesungguhnya pakcik kepada lelaki itu seperti ayahnya" Begitulah dekatnya kedudukan Abbas Bin Abdul Mutallib disisi Rasul Saw. Abbas Ra juga merupakan seorang pejuang Islam yang hebat. Beliau menyertai Rasulullah dalam Pembukaan Kota Mekah, Perang Hunain, Perang Tabuk. Beliau kekal setia disamping Rasulullah bagi mempertahankan Baginda ketika Umat Islam kalah dalam peperangan Hunain. Pernah menemani Rasulullah dalam Baiatul Aqabah Kedua sebelum keislamannya. Semoga anak yang lahir ini meneladani sahabat nabi yang bernama Abbas Bin Abdul Mutallib dalam ketinggian imannya, keteguhannya mempertahankan nabi dan agama Islam serta sifat kepahlawanan yang ada pd Abbas Ra. Amin..

IR. MOHD AL-ASSAR KE RAHMATULLAH SYAHID Semalam, telah kembali ke rahmatullah, Ir Muhammad Al-Assar, 67 sebagai syahid di dalam penjara. Beliau adalah anggota Majlis Syura Ikhwan Muslimin di Mesir, ditangkap selepas rampasan kuasa tentera Mesir dan dibiarkan sakit di dalam penjara tanpa rawatan. Beliau pernah menjawat jawatan ketua cawangan Ikhwan Muslimin di Buhairah. Apabila disoalsiasat dengan soalan, "Adakah anda mengaku tuduhan mengatakan anda terlibat bergabung dalam jemaah Ikhwan Muslimin ?", beliau menjawab, "Bukan sahaja bergabung, bahkan saya adalah ketua Ikhwan Muslimin negeri Buhairah !! Ia bukan satu tuduhan. Akan tetapi ia adalah satu kemuliaan !!". Di zaman pelajarnya, beliau merupakan pelajar matrukulasi terbaik tempat pertama seluruh Mesir, dan tempat pertama graduan kejuruteraan elektrik di universiti. Antara kata-katanya yang masyhur adalah كن جريئا ... ومؤدبا bermaksud," Jadilah anda pejuang yang bersungguh melaksanakan sesuatu dan pejuang yang beradab mulia". Moga Allah swt menerima beliau sebagai kalangan para Syuhada', membebaskan 60,000 banduan politik di penjara-penjara Mesir dan memberikan kemenangan yang dekat kepada pejuang-pejuang Islam. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 21 Ramadan 2019

KELAS TAHFIZ DI SEK MEN BIASA Malam ini pelancaran Kelas Tahfiz di sekolah anak. Walaupun ia bukan sekolah agama sepenuhnya namun kesedaran Tahfiz Quran kini tersebar ke sekolah-sekolah harian biasa. Syukur. Positifnya, akan lahir para Huffaz di kalangan pelajar-pelajar arus perdana (aliran sains, sastera, akaun dsb.) dalam negara. Alangkah baiknya jika diperkasakan sama Bahasa Arab di semua sekolah di Malaysia sehingga ia seiring English sebagai bahasa kedua di Malaysia. Jika boleh, yang terbaik adalah Malaysia jadi seperti Andalus (Sepanyol) dimana bahasa resmi negaranya pernah berubah kepada Bahasa Arab selama 800 tahun. Ini adalah kerana gabungan Hafaz Quran dan Bahasa Arab memberi kesan besar kepada seseorang. Imam Al-Banna berkata dalam Usul 20, "يفهم القران طبقا لقواعد اللغة العربية من غير تكلف ولا تعسف" bermaksud, "Al-Quran difahami melalui kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat atau meringankan (penggunaan kaedah-kaedah tersebut)". Namun, di tengah-tengah arus Tahfiz Quran mula melanda Malaysia seperti MRSM Ulil Albab, Sek Sains Integrasi (Tahfiz) dll, masih ramai ibu bapa termasuk duat sendiri yang masih enggan menghantar anak anak mereka ke kelas Tahfiz 30 Juzuk. Elok mereka ubah fikiran segera sebelum terlambat. Moga anak-anak kita dapat menghafaz Quran dengan baik, disamping belajar subjek-subjek lain yang mencabar. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 31 Jan 2019

PERTARUNGAN MANHAJ Perjuangan antara manusia adalah pertarungan manhaj lawan manhaj, bukan sekadar parti lawan parti, atau slogan lawan slogan. Jika manhaj kita terkeluar dari Islam, kita tak akan menang dan tak ke mana. Bagaimana Allah nak memenangkan mereka yang tidak memperjuangkan manhajNya. Dalam kisah Perang Uhud banyak pengajaran. Hanya segelintir Sahabat cinta kepada dunia menyebabkan semua Sahabat kalah perang. Kerana itu kezaliman ظلم, ketidakadilan جور, pembohongan افتراء, fitnah بهتان , dedak رشوة, keangkuhan كبر, asabiyah jahiliyah dan sewaktu dengan nya adalah resepi lengkap yang menjanjikan kekalahan dan kemusnahan di dunia, sebelum tiba giliran azab pedih di Akhirat. Nauzubillah. Us Abdul Halim Abdullah 21 Jan 2019

GERABAK vs KERETAPI Kelmarin melayani syabab yang datang berkunjung ukhuwah. Di wajah-wajah mereka terpancar keghairahan berjuang untuk Agama ini. Antara noktah yang boleh dikongsikan bersama adalah : Memang suatu yang tabie, setiap kumpulan manusia seronok dapat bersama sesama mereka dari masa ke semasa. Firman Allah swt ( ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ) bermaksud, "Setiap kumpulan bergembira dengan apa yang ada pada mereka". Ia ibarat kita bergembira berada dalam salah satu gerabak keretapi, di dalamnya ada makanan lazat, kerusi empuk lagi selesa, serta kemesraan para penumpang dan kenalan untuk bersembang. Cuma isunya adalah jauh lebih besar. Ia bukan sekadar isu gerabak, dan seronok berada di dalamnya semata-mata. Ia adalah isu keretapi. Ke arah mana keretapi itu menghala. Adakah ke arah destinasi yang Islam mahu, atau ke destinasi-destinasi lain ? Contoh : Ramai ahli Umno di kampung dan pendalaman hidup gembira sesama mereka (seperti dalam gerabak) dengan berbagai aktiviti Kemas, Jkkk, kuliah ibu, yasin & tahlil dsb selama puluhan tahun. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kekalahan. Kalaulah mereka prihatin terhadap halatuju keretapi sejak awal lagi, nescaya keretapi selamat dan mereka juga selamat. Namun, nasi dah jadi bubur. (وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) "Ini jalanKu yang lurus, kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan lain, lalu kamu berpecah dari jalanNya ...". Us Abdul Halim Abdullah 18 Jan 2019

BANGLADESH MENDUNG Semalam, sekali lagi Sheikh Hasina mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Bangladesh bagi penggal ke 4 setelah "menang 288 dari 300" kerusi Parlimen. Lakonan pilihanraya di Bangladesh masih tidak berubah. Ini bermakna tiada perubahan ketara pada nasib umat Islam di Bangladesh bagi beberapa tahun ke depan di aspek politik. Bangladesh akan terus berada di bawah cengkaman Kuasa Besar British yang mendokong Hasina, dan pengaruh Kuasa Besar India, negara jiran yang mengikat beliau. Gerakan-gerakan Islam terus ditindas. Pemimpin-pimimpinnya dihukum gantung sampai mati dan ada yang masih "dalam perbicaraan". Rakyat terus dibelenggu kemiskinan dan jutaan yang bertebaran mencari rezeki di luar negara. Di Vatican City, Rome, Italy, ramai penganut Kristian beratur panjang hingga ke luar gereja menunggu giliran masuk untuk bertemu Pope. Bila hari hujan, saya dapati yang menjual payung £5 sekaki, kepada orang-orang yang sedang beratur di luar itu, adalah penjual-penjual muslim Bangladesh. Muslim menjual payung kepada orang-orang Kristian yang sedang beratur panjang dalam hujan di luar gereja, untuk menziarahi Pope. Menyedihkan ! Di akhir zaman fitnah ini, Hadis menyatakan umat Islam dipimpin oleh مكوك جبابرة (pemimpin-pemimpin diktator). Mereka menipu, menindas, berpura, berkepentingan diri, memberi dan menerima dedak. Moga Allah selamatkan kita dari mereka, dan dari menjadi seperti mereka. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 8 Jan 2019

TABIAT JALAN Ramai tidak benar-benar memahami tabiat jalan Dakwah yang mereka lalui. Diantara kesannya, mereka pelik kerana terasa jalan itu panjang, lambat menang, bosan menunggu lama. Akhirnya mereka memilih untuk hidup seperti kehidupan orang awam biasa. Tidak kurang ada yang menyangka ia jalan yang mudah, dihiasi bunga, tiada ranjau dan duri. Tiba-tiba mereka disergah oleh realiti yang berlawanan dari apa yang disangkanya, lalu dia rebah. Oleh itu kita memerlukan persiapan Islam dari awal dan kenal apa itu "Jahiliyah" yang kita hadapi disepanjang jalan ini. Kita harus bangga memikul amanah para Anbiyak ini, dan yakin Islam yang diperjuangkan akhirnya akan menang. (ۚ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ..." Us. Abdul Halim Abdullah 6 Jan 2019

KAYA DUNIA, MISKIN DUNIA AKHIRAT Bandar Hims حمص terkenal kerana kemiskinan dan banyak masalah. Ribuan orang miskin menjadi cabaran utama. Khalifah Umar Al Khattab ra memilih seorang sahabat bernama, Said bin Amir menjadi Governor (Menteri Besar) yang baru di sana. Said menolak tawaran jawatan itu, tetapi Umar tetap memaksanya. Umat mengenal rijal (orang yang layak). Setelah berlalu masa, Khalifah Umar Al-Khattab ra menghantar penyiasat ke sana untuk mendapat lapuran terkini. Penyiasat kembali bertemu Umar Al-Khattab ra di Madinah dan berkata, "Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang miskin", sambil menghulurkan senarai mereka. Umar bersyukur tetapi terkejut dan terharu bila didapatinya nama "Said bin Amir", seorang menteri besar, ada dalam senarai rakyat termiskin, sedang rakyatnya telah menjadi senang. Kisah itu berlaku di Zaman Kegemilangan Islam. Zaman di mana 2 kuasa besar dunia, Rom dan Parsi, kalah, tunduk dan terpaksa membayar Jizyah kepada Islam. Adapun di zaman fitnah hari ini, ramai Umat Islam dan pemimpin mereka jauh dari ajaran Islam sebenar, sambil tunduk hina kepada Kapitalis Barat dan Komunis Timur. Wang petroleum umat Islam dirompak oleh Kuasa-kuasa Besar by hook or by crook. Itu miskin Dunia namanya. Ramai pemimpin besar umat Islam membolot kekayaan negara dan gagal mentadbir, dengan pemimpin-pemimpin kecil rela hina disumbat dedak. Maka berlaku jurang amat besar antara yang kaya dan yang miskin, hingga ada keluarga yang tinggal di reban ayam (lampiran). Saya masih ingat satu berita dalam akhbar suami isteri dan anak-anak yang menumpang tinggal di bangsal jirannya. Anak-anak mereka keluar mencari kangkong di longkang-longkang untuk dibuat makanan. Kita kena kembali kepada ajaran Islam sebenar, samada ketika solat di tikar sejadah, maupun ketika berpolitik di pilihanraya dan di Parlimen. Jawatan "pemimpin" dalam Islam adalah kesengsaraan dan penyesalan di Hari Kiamat (Hadis). Anehnya itu menjadi rebutan. Itu miskin Akhirat namanya. Us Abdul Halim Abdullah 4 Jan 2019

TAHFIZ 2019 Mengidamkan anak dan generasi hafiz Quran bukan sekadar kerana nak anak jadi baik, atau nak ikut orang lain hantar anak mereka ke Tahfiz. Ia lebih jauh dari itu. Kemuncaknya kita mahukan insan yang hidup dan berjuang dengan pedoman Quran dalam dirinya, dan menyuluh jalan untuk manusia lain ikuti. Bukan sekadar ikut-ikut orang lain. Ini dicapai melalui 1-menghafaz Quran, 2-menguasai Bahasa Arab peringkat tertinggi, 3-menghafaz Hadis dan Seerah yang memang menjelaskan Quran, 4-menyuci jiwa dan hati agar berlaku amanah dan tidak mempergunakan Agama dan Quran, 5-memahami kaedah tafsir serta method mengeluarkan hukum dan pengajaran dari Quran, 6-berjuang dan menghadapi fitnah dan bala bencana sehingga memahami suasana dan kenapa Quran diturunkan, serta menggilap hati dari karat keduniaan. Hari ini kita tidak kurang bilangan para hafiz dan ustaz, tetapi kita kekurangan Duat yang layak dan ikhlas, berkualiti tinggi pada ruh, hati dan jiwanya, serta mampu ambil pedoman Quran untuk memandu diri dan masyarakat sekelilingnya, tanpa menjual Agama. Selamat masuk tingkatan 1 Maahad Tahfiz As-Solihin kepada anak saya, Maryam Halim. Syukur dan tahniah kerana berjaya dalam saringan dari berpuluh calon lain. Jika boleh cuba khatam dalam masa 2 tahun, insyaAllah. Jzkk kepada para guru dan kakitangan sekolah lamanya, Maahad Tahfiz Imtiyaz, Perak, atas sumbangan besar kalian. Sekolah terbaik. Cuma jarak terasa jauh bila usia meningkat. Harapan dan doa kami, moga lahir seorang lagi hafiz Quran dan Dai'yah berkualiti tinggi dalam rumahtangga kami. Itulah sebaik-baik aset dan warisan. Ameen. Us Abdul Halim Abdullah 2 Jan 2019

PERJUANGAN ISLAM Perjuangkan Islam dengan kata-kata, tidak sesukar memperjuangkannya dengan hidup dan menghayati ajaran dan manhaj Islam itu sendiri. Sayyid Qutb dalam tulisannya هذا الدين berkata tidak akan menang, kecuali gerakan Islam yang bertepatan di antara (1) perjuangannya, dengan (2) penghayatan Islam oleh gerakan tersebut. Dengan kata lain, sejauh mana perjuangan gerakan Islam itu bertepatan dengan manhaj Islam itu sendiri. Kisah tentera Islam kalah di Uhud dan firman Allah mengenainya ada petunjuk. Sedikit sahaja kita lari dari Manhaj Ilahi, pada hakikatnya kita kalah, seperti kalahnya para Sahabat ra di Uhud. Bezanya, kekalahan mereka cepat nampak - 70 syuhadak termasuk Hamzah Abdul Mutalib, Mus'ab bin Umair dan Abdullah bin Jahsy ra, Nabi saw berlumuran darah, tentera Islam terpaksa lari dan naik ke Bukit Uhud menyelamatkan keadaan. Sedang kekalahan kita di zaman ini boleh tampak hanya bila kita amati seperti tidak menang, berantakan, dipimpin golongan fasik, atau tidak kesampaian ke mana-mana. Kalau pun nampak "menang", ia bukan jenis kemenangan dunia Akhirat yang Islam telah tunjukkan di Madinah yang Allah swt telah gariskan dalam Quran. Allah beri kekuatan, bantuan dan kemenangan sebenar hanya kepada tentera-tenteraNya sahaja. (... ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ) bermaksud, "... Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja ... ". Us Abdul Halim Abdullah 31 Dis 2019

5- Menjelaskan ayat-ayat Quran menggunakan kisah-kisah dahulu kala atau kisah-kisah semasa adalah dituntut, selagi kita jaga keterbatasan dan kekurangan diri dan ilmu kita sebagai hambaNya. 6- Quran adalah dalil. Apa yang berlaku di London, New York dll bukan dalil. Hujah bencana alam tak berlaku di London, tidak menafikan 2 firman Allah di atas, kerana : (i) bencana yang tidak berlaku di London hari ini, tidak mustahil boleh berlaku esok. (ii) bencana datang dalam berbagai bentuk, bukan terhad kepada tsunami atau bencana alam tertentu sahaja. Kita menyeru kepada para agamawan agar berhati-hati dalam berbicara dan sentiasa mendekatkan masyarakat kepada Al Quran dan pengajarannya. Elakkan menggunakan logika akal semata-mata tanpa asas wahyu. Quran adalah Kitab yang tiada keraguan padanya dan petunjuk kepada orang-orang bertaqwa. Us Abdul Halim Abdullah 26 Dis 2018