en
Feedback
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)

Open in Telegram

Us. Abdul Halim Abdullah

Show more
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
Akhbar Harets Israel hari ini menyatakan Israel belum tentu mampu memenangi peperangan di hadapan. Juga sebarang peperangan hendaklah tidak melebihi 6 hari sahaja. Lebih dari itu, jiwa tentera mereka serta bekalan persenjataan tidak berpihak kepada Israel. Saya amati perang Israel-Gaza yang terakhir memang menjelaskan hakikat ini. Apabila selepas 20 hari Israel masih tak mencapai kemenangan, seluruh jenteranya melumpuh sedikit demi sedikit. Tenteranya mula diresapi kegerunan. Israel terpaksa meminta Mesir segera menaja genjatan senjata. Us. Abdul Halim Abdullah 20 Feb 2017

KHADIJAH RA LAMBANG CINTA SEJATI Khadijah ra seorang koporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda saw disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi saw sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib. (Arkib Disember 2007) Sambung bacaan di : https://inijalanku.wordpress.com/2007/12/27/khadijah-ra-lambang-cinta-sejati/

"PENDAULATAN" vs "PERLAKSANAAN" "... Apa yang diputuskan di dalam Dewan-dewan Perundangan adalah merangkumi kesemua Rakyat, samada yang mencuri itu seorang miskin atau kaya, samada yang membunuh itu seorang yang sengaja atau tidak, samada seorang yang berzina atau penuduh itu dalam keadaan sedar atau keliru dan seumpamanya. Adapun difasa perlaksanaan Syariat Islam, iaitu proses mahkamah dan keterangan, maka hadis ادرء الحدود بالشبهات itu diambilkira. Di mahkamah, hasil penyiasatan terperinci, hujjah keterangan didengari dan sebarang kekeliruan dikenalpasti. Dari proses itu, hakim memutuskan hukuman yang adil, dengan mengambilkira kekeliruan jika ada terhadap tertuduh. Bukan tugas Wakil-wakil Rakyat untuk mengenalpasti kekeliruan pada tiap seorang yang tertuduh seorang demi seorang. Proses terperinci tersebut hanya dilakukan, bahkan hanya boleh dilakukan di kamar Mahkamah, bukan di Dewan Perundangan (Parlimen dan DUN)..." Us. Abdul Halim Abdullah 7 Jun 2015 Sambung bacaan di : https://inijalanku.wordpress.com/2015/06/10/seruan-tangguh-hudud-yang-keliru/amp/

RU355 Kami menyokong PENDAULATAN qanun Syariat Islam serta memertabatkan kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah oleh pihak Legaslatif (Wakil-wakil Rakyat) di Parlimen. Adapun cara PERLAKSANAANnya, kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Eksekutif serta pihak Judiciary (para pendakwa, peguambela muslim dan hakim muslim) untuk memperhalusi berasaskan prinsip-prinsip Syarak dan realiti masyarakat semasa dan setempat. Us. Abdul Halim Abdullah Padang Merbok, KL 18 Feb 2017

LARANGAN AZAN Kelmarin isu larangan Azan kembali hangat. Usul rang undang-undang sedang disediakan untuk dibentang di parlimen Israel bagi melarang azan dikumandangkan 11pm-7am. Di negara jiran, larangan azan telah lama berkuatkuasa. Di Malaysia, ada bunyi bunyi yang sama suatu masa dahulu. Tapi dengan kebangkitan orang-orang Islam, bunyi tersebut tidak kedengaran lagi. Di taman perumahan saya pernah juga berlaku, tapi kini sudah tiada. Azan tetap dikumandangkan. Moga urusan umat Islam dipermudahkan Allah swt. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 16 Feb 2017

Sudut Tasauf : IMAN YANG SEMPURNA Al-Faidh bin Ishaq berkata bahwa beliau mendengar Al-Fudhail berkata, لا يبلغ العبد حقيقة الايمان حتى يعدُّ البلاء نعمة , والرخاء مصيبة , وحتى لا يحب أن يحمد على عبادة الله. “Seorang hamba tidak akan menggapai hakikat Iman kecuali setelah mencapai ke tahap : 1- menganggap musibah itu nikmat, 2- menganggap bersenang itu musibah, 3- tidak suka dipuji kerana ibadahnya kepada Allah”. Selepas musibah Perang Uhud, para Sabahat ra tidak kalah-kalah lagi dalam perang-perang selepasnya seperti Khandak, Mekah, Muktah, Tabuk dll. Di atas asas teguh ini, bertahannya Khilafah Islam selama 1300 tahun sehingga tahun 1928. Kerana kemewahan dan banyak faktor lain, sistem Khilafah mula merudum dan hancur samasekali ditangan Tamaddun Barat pada tahun 1928. Berlaku pada ramai Duat, di zaman belajarnya yang sibuk, gagal peperiksaan atau sedikit wang saku, namun jadualnya penuh sarat dengan Dakwah. Pada Al-Fudhail ini adalah nikmat. Tapi kesenangan mereka di alam bekerja dan kumpul harta menyebabkan biro amal Dakwahnya tiada aktiviti berbulan-bulan. Pada Al-Fudhail ini adalah musibah. Apabila Duat hidup sebegini, dan berterusan, timbul penyakit lain dalam hati mereka iaitu sukakan pujian orang dari sedikit amal Dakwahnya yang dikerjakan. Moga Allah swt terus memelihara kita dan memberkari amal kita sehingga kita bertemuNya nanti. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 15 Feb 2017

BERDIKARI (KISAH AYAM DAGING) Bergantung duit banyak berkait dengan keterikatan jiwa penerima duit kepada pemberi duit. Kesannya juga nanti, ia boleh mempengaruhi perasaan, sikap, pendirian, keputusan dan tindakan. Kerana itu Imam Hasan Al-Banna melarang para Ikhwan menerima dana dari luar dan sebaliknya berpada dengan sumber duit dari poket ahli-ahli sahaja, samada yang berstatus biasa berupa yuran keahlian, atau dari ahli yang hartawan berupa yuran wajib dan sumbangan ikhlas. Kisah beliau menolak tawaran sumbangan besar dari wakil Kedutaan British menjadi teladan. Di peringkat organisasi dan negara, ia juga jelas. Kerana itu Kuasa-kuasa Besar Dunia atau kerajaan-kerajaan mengumpan negara-negara kecil, parti-parti dan ngo-ngo dengan wang, projek, pinjaman dan anugerah. Istilah popular hari ini dipanggil "dedak". Kerana itu berbeza sifat ayam daging berbanding ayam kampung. Ayam kampung mencari makanannya sendiri, juga untuk makanan anak-anak kecilnya. Ia peka terhadap musuh, samada manusia atau ular sawa. Kerana itu ia berkokok dan cuba menakutkan manusia yang menghampiri anak-anaknya. Sebaliknya ayam daging sepanjang hidupnya di dalam sangkar berharap dedak yang dihidangkan oleh tuannya. Kerana telah biasa dan lama, ia lupa bahawa pemberinya makanan adalah musuhnya yang sebenar. Tiba hari dan ketika, apabila pelanggan tiba, ia keluar dari sangkar tanpa melawan tanpa sedar untuk disembelih oleh tuannya. Bukan sahaja ayam daging, malah burung yang boleh terbang luas di angkasa pun boleh lupa musuhnya jika diberi dedak sekian lama bahkan sampai ke tahap, ia tidak perlu dikurung lagi di dalam sangkar (foto) !!! Saya memerhati burung daging di pasar Hadiqah, Mesir tersebut (foto) sejak lebih 25 tahun yang lalu, di pasar yang sama, hingga ke masakini, bila berkunjung ke sana. Setelah kembali ke Tanahair, masuk ke alam bekerja selama 25 tahun dan memerhati gelagat manusia dan ramai orang Melayu, teladan penting dari burung daging dan ayam daging di atas masih belum berubah, bahkan semakin menyakinkan. Us. Abdul Halim Abdullah 13 Feb 2017 (Foto : Pasar ayam daging dan burung daging di Hadiqah Dauliah, Madinat Nasr, Kaherah, 300-400 meter dari rumah lama kami sekeluarga).

PERASAAN DALAM JIWA Jika kita memiliki 3 perasaan di bawah, insyaAllah kita dapat merasa sebahagian perasaan para Sahabat ra yang mendorong mereka mereka berjuang ke seluruh pelusuk dunia sehingga mengalahkan Kuasa-kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi : 1- Islam yang kita perjuangkan adalah Hak. Selain Islam adalah batil. Syariat Islam adalam sistem paling sempurna. Firman Allah swt : فتوكل على الله انك على الحق المبين (Maka bertawakkallah kepada Allah. Engkau di atas kebenaran yang nyata). 2- Jika kita Benar, kita mesti menjadi pemimpin dan pembimbing Dunia, membawa umat ke Jalan Lurus. Firman Allah : كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (Kamu umat terbaik dikeluarkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran. Kamu beriman kepada Allah). 3- Jika kita yakin kita Benar, rasa agung dengan Islam, maka Allah swt akan bersama kita, menunjukkan jalan dan menolong kita, walau seluruh manusia membiarkannya. Firman Allah swt : والعاقبة للمتقين (Kesudahan yang baik (kemenangan) adalah untuk orang-orang bertaqwa). Moga setiap detik kita di warnai dengan perasaan mulia dan tinggi ini. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 14 Feb 2017

PERANCIS LEDAK ATOM DI ALGERIA Ulangtahun ke 57 Mangsa Atom Umat Islam https://www.youtube.com/attribution_link?a=9iccRDud87I&u=%2Fwatch%3Fv%3DdwU7qwPdMi8%26feature%3Dshare Dunia hampir tidak maklum apa yang Perancis buat kepada Algeria. Ujian nuklearnya pada hari ini 13 Feb 57 tahun yang lalu telah membunuh puluhan ribu umat Islam Algeria, tidak termasuk ribuan yang cacat kerana pancaran radioaktifnya. Dunia hanya maklum letupan Amerika terhadap bandar Hiroshima dan Nagasaki kerana ia memberi berita kepada dunia kemenangan Amerika melawan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Tapi ledakan atom di Algeria tahun 1960 tersebut, 4 kali lebih kuat dari ledakan di Hiroshima, adalah dengan Perancis menggunakan bumi Algeria sebagai tempat ujian senjata pemusnah besar, jauh dari negaranya sendiri yang menikmati aman damai. Kesan mati dan penyakit ditanggung umat lain. Apa peduli. Hari ini negara-negara Islam harus bangkit mengutuk tragedi tersebut dan menggesa pampasan diberikan Perancis kepada setiap keluarga yang mati atau cacat setelah permohonan maaf dicatat. Zaman penjajahan dan penghinaan telah berlalu. Negara-negara Islam harus bangkit dan beralih fasa dari penindasan kepada kebangkitan, keagungan dan rahmat. Us. Abdul Halim Abdullah 13 Feb 2017

BUANG BAYI Hari ini keluar lagi berita buang bayi. Saya sudah hidup lama di beberapa negara dan telah pergi di banyak negara di dunia. Tapi belum pernah dengar setelah dilahirkan, bayi-bayi di buang di tandas, di tong sampah dan seumpamanya. http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-dibuang-dalam-tandas-1.443330 Quraisy Mekah hanya membunuh bayi perempuan dan membiarkan hidup bayi lelaki. Ketika membunuh, mereka menanam bayi berkenaan, seperti memuliakan jenazah dewasa. Tapi di Malaysia, bayi dibunuh tanpa mengira lelaki atau perempuan, dan diletak di dalam tandas atau tong sampah. Allah swt memuliakan anak-anak Adam. Sebab itu jenazah sesiapa pun diperlakukan hampir seperti orang hidup seperti tidak disiksa, diangkat dengan baik dan dimandikan. Bahkan banyak binatang sesama mereka atau anak mereka, memiliki perasaan kasih dan sayang. Foto 3 harimau siap membaham seekor ibu rusa yang tegak berdiri tidak lari, asalkan 2 ekor anaknya selamat lari menyelamatkan diri, menjadi viral di media sosial menunjuk erti kasih sayang sesama makhluk Allah swt. Tapi bila tamaddun kemanusiaan telah rosak dan jatuh, manusia akan jadi lebih sesat dari haiwan, seperti yang disebut dalam Al-Quran. Di satu aspek kita perlu membantu golongan pendakwah untuk mendidik masyarakat di masjid, surau, perkumpulan, perjumpaan, majlis dll. Di satu aspek kita perlu gubal undang-undang Islam yang mencegah dan menghukum mereka yang masih keras tak termakan oleh segala usaha didikan yang telah disampaikan. Moga Allah swt selamatkan umat kita dari azab yabg melata dan pedih di dunia dan Akhirat. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 13 Feb 2017

POTENSI MUJADDID KURUN Ulangtahun 68 Syahid Imam Al-Banna Tarbiyah mana-mana manusia adalah dengan mendidik 2 aspek iaitu : 1- Thaqafah (ilmu pengetahuan). 2- Syakhsiyah (keperibadian). Jika dididik dan diasah 2 potensi di atas, dengan petunjuk dan taufiq dari Allah swt, Islam bakal memiliki ramai mujaddid zamannya di merata dunia. (1) ASPEK THAQAFAH Diaspek Thaqafah, Imam Hasan Al-Banna ra memiliki kebolehan Bahasa Arab yang sangat tinggi. Sejak di sekolah rendah, beliau duduk di sisi dan membacakan kitab-kitab pelbagai ilmu untuk guru tahfiznya yang buta, Syeikh Zahran. Apabila datang ulamak ke rumah Syeikh Zahran, beliau mendengar perbahasan ilmiah antara mereka dalam semua bidang Tafsir, Hadis, Fiqh, Aqidah, Tasauf dll. Ini semasa Hasan al Banna di sekolah rendah !!! Kemudian beliau menghafaz AlQuran, mendapat tempat pertama ketika di tahun akhir di universiti. Pembacaannya meluas, meliputi hampir semua bidang pengetahuan. Sejarah turun naik umat dunia dan umat Islam, perilaku Penjajah Barat di setiap negara Islam saat itu dan lain-lain. Setelah berbincang dengan Imam Al-Banna seketika sahaja, Perdana Menteri Mesir ketika itu berkata, "Kalaulah aku berkuasa melantik, aku lantik Hasan al-Banna sebagai Menteri Luar. Aku lihat dia boleh mengangkat Mesir menjadi pemimpin dunia". Ketika itu perlantikan terikat dengan pilihan Raja yang terikat dengan Penjajah British. (2) ASPEK SYAKHSIYAH Peribadi bapanya, seorang ulamak AlAzhar, bekerja sendiri membaiki jam, penyusun semula kitab hadis Imam Ahmad bin Hanbal (Imam azhab Hanbali) membentuk dirinya. Ibunya yang penyayang membekas dalam keperibadiannya. Sejak di sekolah rendah, beliau dididik berorganisasi oleh guru-guru. Di sekolah dalam Persatuan Akhlak yang mempunyai perlembagaannya sendiri. Di sekolah menengah dalam Persatuan Cegah Munkar. Semasa di universiti, beliau terlibat dalam penubuhan pertubuhan Syubban Muslimin. Akhirnya semasa mula bekerja di Ismailiyah, pada tahun 1928, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin. Posting sependek ini sudah tentu tidak dapat meringkas kisah dan prestasi Imam Al-Banna yang terlalu panjang dan banyak. Memahami Sunnatullah, mengamati Seerah dan melihat waqie (realiti), saya amat yakin kita tidak boleh menghasilkan mujaddid Kurun melainkan dengan tarbiyah (didikan) thaqafah dan syakhsiyah yang amat intensif, panjang masa, banyak dugaan dan kejadian serta keikhlasan dan cinta Akhirat yang tinggi. Ia tidak boleh dicapai tanpa cita-cita yang amat tinggi, apatah lagi jika sekadar mengikut arus perdana masyarakat. Moga Allah swt merahmati Imam Al-Banna dan menempatkannya dikalangan para Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solehin di Syurga Firdaus tertinggi. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 12 Feb 2017

DR. LENA LARSEN Dua tahun lalu, saya bertemu seorang alim wanita dalam Muktamar Ulama Ahlus Sunnah Sedunia di Istanbul (foto). Beliau bukan seorang arab, tapi bahasa Arabnya baik. Beliau berasal dari Norway. Namanya Dr Lena Larsen http://www.jus.uio.no/smr/english/people/aca/lenala/ Pengajian Masters dan PhD nya adalah mengenai perbandingan agama, wanita Islam di Eropah dll. Beliau banyak menghasilkan artikel dan penerbitan Islam serta menghadiri forum-forum. Semasa Muktamar Ulamak Ahlus Sunnah berlangsung, pandangan beliau kritis dan berani, walaupun jika berbeza dengan pandangan para ulamak lelaki Arab lain dari negara-negara Arab yang hebat dan terkenal peringkat antarabangsa. Di satu aspek Islam mengalu-alukan wanita berilmu tinggi pada zaman ini seperti beliau, sepertimana isteri Nabi saw, Aisyah bt Abu Bakar ra, yang merupakan alim wanita di zamannya dan antara periwayat hadis terbanyak dari kalangan wanita. Di aspek yang lain pula, saya suka wanita yang berani mengemukakan pandangan ikhlas, berisi, membina serta berhujjah nas dan realiti, tidak kalah, tidak taasub kepada pandangan orang dan bermenfaat kepada masyarakat dengan capaian seluas mungkin. Sudah tentu semua di atas adalah tanpa mengabaikan peranannya yang asasi di rumah. Bagi sesiapa yang melancung ke Norway, boleh mencari beliau dan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai Islam dan wanita Islam di Eropah. Moga beliau diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berkhidmat dan berdakwah di bumi Eropah yang mencabar. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah Ikatan Ulama Ahlus Sunnah Sedunia 12 Jan 2017

INSAN TAQWA YANG LOW PROFILE Sabda Rasulullah saw : إن الله يحب من عباده الأتقياء الأخفياء الذين إذا حضروا لم يعرفوا، وإذا غابوا لم يفتقدوا، أولئك مصابيح الهدى يخرجون من كل غبراء مظلمة". "Sungguh Allah menyukai insan dari kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa lagi low profile yang jika mereka hadir tidak dikenali orang, apabila mereka tiada tidak dirasai tidak dirasai orang. Mereka adalah pelita-pelita Petunjuk dan keluar dari segenap kabus kegelapan". Kerana itu para syuyukh Dakwah berkata, "Dakwah ini juga dimenangkan oleh insan-insan yang nampak macam tidak menonjol, namun dari doa, solat dan keberkatan amal mereka". Prestasi mereka tinggi. Mereka mengesani persekitaran, bukan mereka yang dikesani, memberi, bukan menerima, berkorban, bukan mengambil kesempatan, bekerja, bukan bercakap. Kita sangat berhajat kepada Duat seperti ini. Moga Allah memilih kita dari kalangan mereka. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 9 Feb 2017

UNIVERSITI ISLAM MADINAH Sejak kali pertama saya ke Tanah Suci tahun 1991, setiap kali saya singgah di depan Universiti Islam Madinah, harapan saya yang tidak berubah hingga ke saat ini adalah keluar dari universiti ini seramai mungkin duat pejuang Islam yang akan merubah masyarakat dan negara kita di Tanahair ke arah Islam dan penegakan Syariat Islam. Potensi universiti ini sangat besar di aspek pembinaan ilmu dan jiwa para mahasiswanya. Banyak kesempatan saya dapat bersama penuntut-penuntut Melayu di sana meninggalkan kenangan dan pengalaman berguna. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh mereka agar tidak terlalai diantaranya : 1- Disibukkan mencari wang tambahan dengan cara menjadi mutawif di Madinah. Membaca dan berbincang buku-buku haraki juga memerlukan masa. 2- Sering bercuti di Tanahair, apatah lagi mereka mendapat tiket percuma setiap tahun dari pihak universiti. Sedangkan peluang fokus tarbiyah diri di musim cuti panjang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 3- Complacent dengan suasana Saudi yang tenang, jauh dari pertarungan ideologi dan gerakan, berbeza dengan suasana pelajar Melayu di Mesir dan negara-negara yang bergolak. Suasana pertarungan lebih mematangkan harakah dan memahamkan Risalah. Semoga kalian berjaya dalam pengajian dan majujaya dalam perjuangan Islam. Ameen. Us. Abdul Halim Abdullah 9 Feb 2017

DUA KUASA TERBESAR DI SYRIA Amerika juga melancarkan serangan udara di Syria, iaitu di baratnya. Samada yang terbunuh itu "pejuang Al-Qaeda" seperti yang disiarkan, atau orang-orang awam, seperti yang biasanya berlaku, belum ada pihak tempatan yang mengesahkan. Manakala Rusia melancarkan serangan di wilayah-wilayah timur Syria. Dengan ini Syria menjadi sasaran bagi kedua-dua Kuasa Terbesar di dunia, tanpa kita mendengar apa apa ketetapan Majlis Keselamatan PBB mengizinkan tindakan tersebut. Jarang kita mendengar kedua-dua pihak Amerika dan Rusia yang kononnya sedang "berperang dingin" sesama mereka, pada masa yang sama saling bekerjasama pula berjuang di negara mangsa yang sama. Ini memberi gambaran kerjasama sebenar pihak-pihak utama di dunia dalam berhadapan dengan pihak-pihak Islam. (وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ) "Orang-orang kafir saling tolong menolong antara sesama mereka. Jika kami kamu tak buat (seperti itu), akan jadi huru hara di muka bumi dan kerosakan yang besar" [Surat Al-Anfal 73]. Us. Abdul Halim Abdullah 9 Feb 2017

MUSLIM PERANGI MUSLIM Sebentar tadi lihat tv aksi tentera muslim sesama muslim berperang di Timur Tengah. Timbul rasa sedih kerana saya tahu peluru yang ditabur itu adalah ke arah tentera Islam juga. Mungkin masing masing baru selesai solat masing masing, kemudian sambung perang semula. Di rumah masing-masing, ada anak isteri yang berhijab menunggu kepulangan ayah masing masing dari medan perang. Jika salah satu pihak terkena peluru di kepala dan terbunuh, dia akan pulang ke pangkuan anak isteri sebagai jenazah yang kaku, bukan ayah yang merangkul anak isteri dengan penuh kasih sayang. Bacaan Yaasin untuknya. Yang menembak pula akan baca Yasin nanti mencari pahala. Jika perang antara Islam dan kafir, mudah difahami. Tetapi jika perang sesama Islam, ia suatu yang menyayat hati. حديث صحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا التقى المسلمان بسيفيهما، فالقاتل والمقتول في النار. فقيل: يا رسول الله هذا القاتل، فما بال المقتول؟! قال: إنه كان حريصاً على قتل صاحبه. رواه البخاري ومسلم. Hadis sahih dari Rasulullah saw bersabda : "Apabila 2 orang muslim bertarung dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk Neraka". Lalu seorang bertanya, "Ya Rasulullah, yang terbunuh tu ialah masuk Neraka. Camana pulak yang terbunuh pun sama masuk Neraka ?". Jawab Nabi saw, "Kerana dia pun bersungguh-sungguh hendak membunuh saudaranya". Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim. Alangkah beratnya juga dosa yang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam membuat keputusan sedemikian rupa hingga umat Islam terpaksa berperang dengan umat Islam yang lain. Us. Abdul Halim Abdullah 8 Feb 2017

FOREIGN INTERFERE Yesterday, six people were killed by the Russian air attacks on Idlib, Syria. One wonders who the hell in the world gave the Russian the right to attack Syrian people on their very own Syrian soil. As if the so-called "United Nation" never exist and no resolutions have ever been passed condeming aggression on any soverign nation. Russia escalating campaign in Syria amid discussion on Syria future constitution is expected. By doing so, the West, the East, Shite Iran, Shite Iraq, Bassyar Asad etc, through Rusia are trying to secure their role in the making of Syria new constitution. Syrians definitely reject any attempt by atheist Russia in shaping their Islamic future. So do us and all sincere muslims all over the world. Us. Abdul Halim Abdullah 7 Feb 2017