Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
BUANG BAYI : JAHILIYYAH ABAD Ke-21
Saya tersentak lagi di pagi hening di Tanah Suci ini apabila membaca kisah bayi dibuang oleh ibu yang baru melahirkannya. Hati menjadi lebih sayu apabila melihat fotonya, mengetahui dia dibuang didalam tandas awam dan menghisap jari kerana lapar ketika ditemui. Alangkah dahsyatnya fenomena Jahiliyah hari ini, zaman dimana saya hidup di dalamnya dan berjuang untuk merubahnya.
(Arkib Desember 2008)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/12/15/buang-bayi-jahiliyah-abad-21/#more-1024
UKHUWWAH DALAM PENJARA
Pengajaran kisah Ikhwan Muslimin
Iman, fikrah dan ukhuwwah adalah ruh kepada Amal Islami dan organisasi.
Istilah "ruh" memberi kita faham bahawa tanpa ruh, sesuatu jasad itu adalah mati dan tidak bernyawa. Jasad atau fizikal yang tidak bernyawa akan mengalami proses pereputan, pembusukan dan kehancuran.
Kerana itu, demi menjaga kelansungan Amal Islami, Imam Hasan Al-Banna ra sangat mengutamakan Tarbiyah sebagai satu-satunya cara menyuburkan Iman, Fikrah dan Ukhuwwah.
Syeikh Ali menceritakan sewaktu beliau dan para Ikhwan disumbat ke dalam penjara oleh regim Gamal Abdul Nasir pada tahun-tahun 1960an, sel penjara yang kecil yang hanya sesuai dimuat untuk beberapa orang telah dipaksa isi seramai 12 orang, termasuk beliau. Dihujung sel kecil itu terdapat lubang jamban untuk sesiapa buang air besar dan air kecil di khalayak teman sebilik.
Bila tiba malam hari untuk tidur, ruang sempit sel tidak cukup untuk semua mereka tidur dengan susunan biasa. Ada teman yang terpaksa tidur dengan cara duduk.
Akhirnya mereka mendapat susunan terbaik yang membolehkan semua 12 orang mereka tidur di atas lantai, iaitu susunan kepala bersilang kaki. Dengan kata lain, susunan kepala-kaki-kepala-kaki-kepala-kaki bersebelahan sesama mereka.
Kepala teman yang terakhir adalah di lubang jamban bilik sel tersebut.
Hasil didikan Imam Al-Banna ra, setiap hari sejak petang lagi kesemua ahli sel telah berebut booking untuk tidur di lubang jamban tersebut. Itu tahap ukhuwwah tertinggi, iaitu Al-Ithar (melebihkan mukmin lain, lebih dari diri sendiri) yang disebut Allah swt dalam firmanNya :
"Mereka mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri, walaupun mereka dalam keadaan susah ...".
Kerana itu dakwah Ikhwan berkembang ke merata dunia. Jasad organisasinya hidup, bahkan sihat dan teguh, kerana ruh organisasinya segar dan kuat.
Ini mengingatkan kisah Ithar di zaman Rasulullah saw, bila seorang sahabat mengajak seorang sahabatnya yang lain untuk makan di rumahnya yang mempunyai makanan cukup untuk seorang.
Bila tiba saat menjamah makanan, isterinya memadamkan pelita, lalu tetamu itu makan di dalam gelap tanpa menyedari tuan rumah suami isteri tidak makan dengan harapan tetamu dapat makan sepuasnya.
Sejarah sejak sebelum dan sesudah Merdeka menunjukkan banyak parti, ngo, kelab, persatuan dan badan di Malaysia yang telah mengalami pereputan dan lenyap di telan zaman.
Moga Allah swt memelihara Amal Dakwah yang sedang kita perjuangkan di zaman penuh cabaran ini. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Feb 2017
(Foto : Perkuburan 10,000 sahabat Rasulullah saw di Madinah)
PENGARUH
Kini ramai Yahudi menduduki jawatan-jawatan strategik dalam pentadbiran Presiden Trump.
Di banyak aspek, pengaruh lebih berkesan dari bekerja. Pengaruh membentuk polisi-polisi dan sikap. Sedang bekerja sepenuh atau separuh masa, hanya melaksanakan polisi-polisi yang telah digariskan.
Menguasai polisi dan membentuk pengaruh mensyaratkan seseorang atau mereka yang memiliki ideologi, idealisma atau fikrah perjuangan. Ini hanya boleh dibentuk dengan tarbiyah yang secukupnya.
Tarbiyah mensyaratkan mesti ada ilmu yang digali, ditatapi atau diambil dari murabbi, kitab dan ulamak yang muktabar. Ia tidak datang menggolek tanpa usaha-usaha di atas. Sejauh mana seseorang menatapi ilmu, sebanyak itu dia dapat.
Pertarungan Islam vs Dunia adalah pertarungan tarbiyah, sebelum dan disamping pertarungan bentuk-bentuk lain yang dimaklumi.
Tidak kurang para Duat menduduki kerusi penting dalam parlimen, kementerian dsb di seluruh dunia, namun banyak juga peluang dan kesempatan tersebut tidak dimenfaatkan seoptimanya. Kes Ooi dan Siow harus menjadi pengajaran. Setelah 50 tahun merdeka, ahli-ahli Parlimen kita tidak menggubal akta kesalahan bercumbuan di khalayak ramai.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Berjuang menduduki posisi berpengaruh adalah satu perkara. Nafsu manusia memudahkan lagi tabiat sedemikian untuk diusahakan.
Namun berperanan menggunakan posisi adalah satu perkara yang lain. Ia memerlukan seseorang mempunyai Risalah yang ingin dia perjuangkan. Tanpa risalah dan fikrah, kesempatan banyak terbuang, bahkan boleh memudharatkan. Nauzubillah.
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Feb 2017
KEHIDUPAN HUTAN
Berkata pengasas dan pemimpin Ikhwan Muslimin Syria, Us Mustafa as-Sibaie ra :
من أروع ما كتبه الشيخ مصطفى السباعي رحمه الله :
(( *عندما يمسك بالقلم جاهل ، وبالبندقية مجرم ، وبالسلطة خائن : يتحول الوطن إلى غابة لا تصلح لحياة البشر* ))
"Apabila yang memegang pena (menulis) itu orang jahil, yang memegang senjata adalah penjenayah dan memegang kuasa itu pengkhianat, maka negara akan bertukar menjadi hutan dan tidak sesuai lagi untuk kehidupan manusia".
ISLAM DI ITALY
Mimpi Hari Ini Hakikat Esok
Rabu 1/2/2017 lalu pertubuhan-pertubuhan besar Islam yang mewakili 70% dari 1.7 juta masyarakat Islam di Italy telah menandatangani memorandum kesefahaman dengan Menteri Dalam Negeri Italy. Ini membuka jalan ke arah mengiktiraf Islam sebagai salah satu agama yang ketara dan diiktiraf dalam negara Italy.
Seerah menunjukkan Negara Islam tegak di Madinah melalui jihad dominasi, manakala di Mekah melalui jihad perang. Kesemua jalan ke arah penegakkan negara Islam hanya di dalam ilmu Allah swt, dan tidak diketahui oleh manusia termasuk Rasulullah saw.
Bagaimana negara Islam nanti tertegak di Italy, samada melalui dominasi atau selainnya, hanya Allah swt yang tahu dan masa akan membuktikannya.
Ketika saya melawat bandaraya Milan di utara Italy, saya lihat ada orang Islam yang bersolat di tengah orang ramai di kawasan awam. Di bandar-bandar lain, terdapat kedai runcit dan restoran Islam. Ia fenomena yang memberansangkan.
Kadar kelahiran di Eropah adalah sekitar 1.3, bermakna purata setiap pasangan di sana menghasilkan hanya 1.3 anak. Berbanding umat Islam di Eropah yang mencapai angka 4.5. Jika fenomena ini berterusan, kajian mendakwa umat Islam boleh menjadi majoriti di Eropah pada tahun 2050.
Moga umat Islam terus maju dan bangkit di Eropah dan di seluruh dunia. Zaman kelam yang sedang dihadapi umat Islam masakini pasti akan berlalu. Di saat Umat ini menang, ia akan memimpin dan membimbing umat-umat lain ke Syurga insyaAllah.
( ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ) (بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ)
"Milik Allah segala urusan (memenangkan AgamaNya) sebelum dan selepas (bila-bila masa). Pada hari (kemenangan) itu, orang-orang beriman akan bergembira dengan Kemenangan (anugerah dari) Allah. Dia memenangkan siapa yang dikehendakkiNya. Dia Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang". [Surat Ar-Rum 4-5].
Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Feb 2017
CAMPURTANGAN ASING
Pakistan
Semalam 5 warga Pakistan syahid akibat serangan udara tentera Amerika.
Hari ini Amerika boleh menyerang dari udara di mana mana negara Islam tanpa segan silu, macam negara itu kepunyaan nya. Bahkan di Amerika sendiri, mereka tak boleh berbuat sedemikian.
Serangan-serangan udaranya di Yaman sekarang ini telah mengakibatkan banyak korban juga.
Yang terbaik adalah umat Islam mesti menyelesaikan urusan negara mereka dengan sendiri dan bukan memanggil pihak asing untuk masuk campur.
Pihak asing akan masuk campur dengan membawa agenda mereka sendiri dan bukan agenda umat Islam dan negara Islam.
Firman Allah swt :
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)
[Surat Al-Ma'idah 51]
"Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mengambil Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman kepercayaan dan rujukan). Mereka berwali sesama mereka. Siapa yang berwalikan mereka, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim".
Moga Allah selamatkan kita dari bahaya mereka. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
3 Feb 2017
UKHUWWAH IMAN
Pengajaran Bosnia
Sebelum Perang Bosnia 1992-1995, umat Islam Bosnia hidup berjiran dengan bangsa Serb Bosnia (Kristian Ortodoks) dan bangsa Croat Bosnia (Kristian Katholik). Hidup kebanyakan mereka hampir tiada beza di segi minum arak, berpakaian bahkan kahwin campur.
Pemerintahan komunis Presiden Tito berdekad-dekad telah 95% menjauhkan mereka dari Islam. Yang tinggal hanya nama dan perkataan "Islam" pada kad pengenalan sahaja.
Perang 1992-1995 meletus, bangsa Serb Bosnia dengan bantuan negara jiran Serbia membunuh 300,000 orang Islam Bosnia dan jutaan menjadi pelarian. Saat itu baru mereka sedar bahawa mereka dibunuh hanya kerana "Islam" yang mereka anuti, yang tertulis dalam kad pengenalan itu sahaja.
Baru mereka tahu nilai "agama" yang mereka pusakai turun temurun sejak zaman Khilafah Uthmaniah membawa masuk Islam ke benua Eropah.
Benar firman Allah swt :
(وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ)
"Dan tidaklah mereka (orang kafir) berdendam terhadap mereka (umat Islam) melainkan kerana mereka beriman kepada Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Terpuji". [Surat Al-Buruj 8].
Hanya sekadar kerana "agama" dan kepercayaan, dan belum lagi ke tahap penghayatan dan iltizam, 300000 muslim dan muslimah dibunuh kejam di tengah-tengah benua Eropah.
Apabila tentera Islam dari berbagai negara Islam datang membantu mengalahkan tentera musuh, lalu perang tamat pada tahun 1995, rasa ukhuwwah Islam dan cintakan agama semakin subur di dalam jiwa mereka.
Perasaan kasih dan sayang harus dipupuk kepada agama Islam dan kepada sesama umat Islam walau di mana mereka berada di ceruk-ceruk dunia.
Us. Abdul Halim Abdullah
3 Feb 2017
KERAJAAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT ATAU KEPADA BARAT
Saban hari saya melihat masyarakat Islam di akar umbi tak kira dari parti dan pertubuhan mana mereka berdaftar, boleh berjumpa, bermesyuarat dan berpakat di surau, masjid, sekolah dan sebagainya dalam banyak kenduri kendara, keselamatan dan pengurusan kampung dan perumahan serta banyak isu masyarakat setempat, sedang para pemimpin mereka pula langsung tidak boleh bermesyuarat dan berpakat bersama walau dalam satu dua perkara demi kepentingan Agama dan bangsa. Para cendikiawan dan cerdik pandai, bila melihat fenomena ini akan mengamati untuk siapa pemimpin ini berkhidmat, kepada Rakyat atau kepada Barat ??!!
(Arkib Oktober 2010)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/
DEIR ZUUR
Saat ini pertempuran sengit di antara ISIS melawan Regim Syiah Syria Bassyar Asad di Lapanganterbang Deir Zuur, antara bandar paling strategik di sempadan Syria dan Iraq.
Tentera Bersekutu meningkatkan serangan udara ke atas ISIS di wilayah bersempadan Syria-Iraq.
DIANTARA JEMAAH ISLAM DAN PARTI ISLAM
Jemaah adalah alat untuk mengislamkan penghayatan masyarakat, melaksana dan menjayakan projek dan gagasan Islam yang besar.Oleh itu sesebuah Jemaah Islam mestilah merupakan sebuah jemaah yang syumul (menyeluruh) dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Rasulullah saw menggunakan jemaahnya untuk membina dan menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dengan membina individu (fard) muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam sehingga memerintah dunia.
(Arkib April 2011)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2011/04/25/di-antara-jemaah-islam-dan-parti-islam/
TAHFIZ SEJAK KECIL
Pemandangan kanak-kanak sedang hadir tahfiz Quran di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Setiap kumpulan/kelas mempunyai 10-20 orang kanak-kanak. Setiap selepas Asar terdapat lebih 100 kumpulan. Bermakna lebih 1000 kanak-kanak menghafaz Quran di situ setiap petang.
Kelihatan setiap guru dalam setiap kumpulan mempunyai daftar kemajuan murid-murid. Di tiang masjid terpampang nama kelas dan nama guru tahfiz (muhaffiz).
Jika kanak-kanak ini hafaz Quran sepenuhnya, memahami Bahasa Arab dengan baik lalu selepas itu ditarbiyah oleh murabbi yang mursyid (layak membimbing) dalam gerakan Islam yang hebat, maka kesannya kepada mereka, masyarakat dan negara adalah sangat ketara dan membanggakan.
Moga fenomena seperti di atas berlaku kepada anak-anak dan masyarakat kita. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2017
Madinah
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Usaha perbaikan hubungan antara Mesir dan Gaza semakin positif menggembirakan kita. Ini kerana sebarang hubungan positif antara kedua-dua negara berjiran, bakal memberi menfaat kepada kedua-dua penduduknya. Ia juga boleh membuka mata kedua-dua pihak untuk sedar ancaman-ancaman sebenar ke atas mereka.
Usaha-usaha kesepakatan sedemikian dalam aspek aspek yang boleh disepakati, walau tidak dalam semua perkara, boleh dicontohi oleh kita.
Moga usaha-usaha saudara-saudara seIslam kita di sana sini terus mencatat kejayaan demi kejayaan. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Jan 2017
SINAR ISLAM DI UFUK DI BARAT
Tiga orang menembak mati 3 jemaah sedang solat Isyak dalam masjid di Quebec, Kanada. Kini Barat dan Timur lebih maklum kepada siapakah istilah "terrorist" lebih sesuai dipakai.
Sekali lagi tragedi di atas berlaku dalam masjid orang Islam di Amerika Utara, setelah sebuah masjid dibakar kelmarin di Texas, Amerika.
Moga umat Islam di Barat terus tsabat (teguh) menghayati agama mereka walau cubaan demi cubaan dikenakan ke atas nyawa dan masjid mereka.
Ia juga memberi mesej kepada umat Islam di Barat, terutama mereka yang dilalaikan dengan kehidupan ala Barat, bahawa Agama yang sedang mereka anuti sebenarnya adalah suatu yang amat tinggi nilainya, dicemburui oleh ramai manusia, kerana kebenarannya dan kasihnya penganutnya kepada agama mereka.
(وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)
[Surat Al-Baqarah 109]
"Ramai di kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani ingin agar mereka dapat memurtadkan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki dari dalam diri mereka, setelah jelas kepada mereka akan kebenaran. Biarkan dan maafkan sajalah, hingga Allah datangkan keputusannya. Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu".
Yang penting, umat Islam di Barat terus mendidik dan membina generasi muda mudi mereka agar menjadi pendakwah ulung di Barat di dekad dekad mendatang. Masa depan untuk Islam di Barat dan Timur, insyaAllah.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Jan 2017
Satu "gofundme" site telah dilancarkan. Dalam masa 24jam, orangramai telah menderma hampir setengah juta USD.
Di sebalik tragedi ini, satu fakta yang memberangsangkan bahawa kebanyakan dari kalangan 10,000+ penderma adalah dari golongon non-Muslim. Subhanallah walhamdulillah..
https://www.gofundme.com/victoria-islamic-center-rebuilding
MUSUH PENGIKLAN UTAMA
Masjid di Victoria, Houston, Texas, Amerika dibakar hari ini. Dalam suasana biasa, mendapat sesuatu liputan dalam akhbar dan media-media perdana memerlukan kos yang besar. Tetapi apabila seluruh media Amerika mengumandangkan nama "Islam", "mosque", "prayers" dan seumpamanya walau apa sempena sekalipun, di satu aspek lain, ia boleh jadi pemangkin bagi ramai dari 300 juta penduduk Amerika, bahkan Dunia Barat, kepada lebih tertanya untuk mengenali "Islam" dengan lebih mendalam, samada melalui google, pusat-pusat Islam berdekatan atau para muslimah bersyiar tudung kepala yang lalu lalang di lorong-lorong seluruh Amerika. Mereka merancang, Allah merancang. Allah perancang paling baik.
Us. Abdul.Halim Abdullah
29 Jan 2017
SYARAT UNTUK AMAL MAJU KE DEPAN
Dari petunjuk Al-Quran serta panduan As-Sunnah dan seerah Rasulullah saw, syarat bagi mana-mana jemaah untuk maju dari tahun ke setahun ada 3 iaitu :
1- Sebanyak mana jemaah itu telah berusaha.
2- Sebanyak mana jemaah itu telah menggunakan teknik-teknik yang sesuai dengan zamannya dan sesuai dengan tuntutan-tuntutan keadaan.
3- Sejauh mana jemaah itu sendiri mencerminkan hakikat Manhaj, dengan menterjemahnya secara amali dalam realiti dan dalam perlakuannya sendiri.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Jan 2017
KEAGUNGAN YANG HILANG
Saat ini masih terdapat lebih dari 13,000 wanita Syria di dalam penjara regim Bassyar Asad. Nasib ramai di kalangan mereka tidak diketahui.
Di zaman pemerintahan Khalifah Al-Muktasim, seorang muslimah ditahan golongan kuffar di sempadan Eropah, lalu Khalifah Al-Muktasim mengutus surat amaran meminta muslimah tersebut dibebaskan segera. Jika tidak beliau akan menghantar tentera Islam yang akan mara dengan beratur panjang, tentera pertama di wanita tersebut, dan tentera terakhir di barisan di ibu negara Khalifah, walau jaraknya beribu kilometer.
Hari ini bukan seorang muslimah yang ditahan, bahkan ribuan dibunuh, diazab atau diperkosa. Namun tiada Al-Muktasim di abad ini yang boleh mengulangi keagungan lampau.
Hari ini lelaki yang ramai adalah peminat Maradona, Ronaldo atau artis-artis. Semangat jihad jarang berkumandang dari dada-dada mereka. Tidak lagi seperti keagungan Generasi Islam Pertama dulu.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Jan 2017
ABSTRACT WARS
In Mosul, Iraq, the last big city of defense for the Iraqis Sunni, the Syiah Goverment of Iraq with the help of American forces are strongly fighting the ISIS to conquer the strategic stronghold.
At Dier Zur, east of Syria, at the Syria-Iraqi boundries, the Russia and Turkish forces are fiercily attacking the ISIS, thus giving advantage and milage to the Bassyar Asad Syiah Government of Syria at that specific disrupted region.
Why the Turkish forces have to indulge themselves in such campaign and taking side with the Russian? Would it be better if they focus all their manpower and artileries at their disposal in helping the Mujahideen fighting the Assad Regime at Halab (Aleppo) and its surroundings at the west of Syria.
(فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ)
[Surat Al-Ma'idah 52]
"And you see those who having desease in their hearts hastily approching the People of the Book (Ahlul Kitab), (asking for help) by saying "we are worried something bad will happen to us". (They shouldn't rely on themselves but instead believe that) Allah will grant them Victory (against their enemies) or anything from Him, and they will regret with what they have been indulging themselves into".
A Germany Counsellor once said, "The muslims are fighting and killing among themselves. Both sides are shouting "God Is Great" (Allahu Akbar)".
May Allah swt protect us and the muslims all across the globe, and give us the wisdom to understand these abstract wars. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Jan 1017
