Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
"Sungguh kamu akan benar² dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mensyirikkin Allah" [Surah Al-Ma'idah 82]
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 12/4/2020
TRAGEDI DIR YASIN, PALESTIN
Ulangtahun ke 72
Sedang dunia diserang Coronavirus saat ini, kelmarin, pada 9 April yang lalu, tragedi Dir Yasin kembali segar memberi peringatan dan pengajaran kepada umat Islam akan bahaya musuh² Allah dan musuh² mereka sendiri.
Sebelum Zionis Sedunia mengisytiharkan pada 14/5/1948 kelahiran negara baru "i.s.r.a.e.l" di atas bumi Palestin, kira² sebulan sebelum itu mereka merancang menakut dan menghalau seramai mungkin rakyat Palestin lari meninggalkan negara itu, agar nisbah penduduk Yahudi lebih tinggi dari penduduk Arab selepas "kemderdekaan".
Cara yang dipilih oleh Yahudi adalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di kampung Dir Yasin.
Pada malam 9 April 1948, kumpulan Argon pimpinan Manachem Begin, kumpulan Steyir Lihyi pimpinan Yitzak Shamir dan mafia Hagana, masing² mengepung dari arah berlainan kampung yang berpenduduk 800 orang itu.
Pihak Yahudi mendapat tentangan dari 80 pemuda Palestin bersenjata usang yang digunakan zaman Perang Dunia I dan berjaya membunuh 4 orang dan mencederakan 40 orang. Yahudi membalas dengan mengebom dengan peledak Hound (meriam katak) setiap rumah, memaksa semua wanita, kanak² dan orang tua keluar dari perlindungan mereka di rumah.
Setelah semua bom Hound habis digunakan, selama 2 hari berturut-turut Yahudi menggunakan bom tangan dan mesin gun mensasarkan sesiapa sahaja mahkluk yang bergerak, tanpa membezakan lelaki dari wanita, kanak² dan orang tua. Seramai 350 orang syahid. Mayat² dikelar, anggota badan dipotong² dan mayat² yang hamil dibelah perut.
Sebahagian penduduk dibiarkan lari untuk memaklumkan kepada baki penduduk Palestin di luar sana akan kedahsyatan yang telah berlaku. Kesannya, ramai penduduk Palestin yang lari berhijrah ke negara-negara jiran, Lubnan, Syria dan Jordan.
Kampung Dir Yasin terletak hanya 5 km dari bandaraya Jerusalem, menuju ke arah Tel Aviv. Kesan dari tragedi ini juga, ramai penduduk Islam di Jerusalem lari dan berhijrah menyelamatkan diri dan keluarga mereka. Ini juga suatu yang memang dimahukan oleh Yahudi.
Di antara kedahsyatan pembunuhan yang diceritakan adalah :
1- Wanita yang sedang hamil, dibelah badannya hidup-hidup, dipotong buah dadanya, dikeluarkan janin, disembelih dan letakkan ke dadanya. Kedua-dua ibu dan janin syahid.
2- Seramai 27 muslimah dibunuh bersama-sama sekaligus dalam sebuah rumah.
3- Seorang lelaki tua dibunuh dengan dicampak dari bangunan tinggi.
Saat itu sebilangan pemuda Ikhwan Muslimin Palestin bangkit menentang penyembelihan tersebut dengan menyerang penempatan Yahudi di Kufar Drum. Kisah kepahlawanan pemuda² Ikhwan Muslimin diceritakan oleh penulis Ahmad Labeeb Al-Turjuman dalam bukunya.
35 hari selepas Tragedi Dir Yasin, PBB meresmikan penubuhan negara "i.s.r.a.e.l". Sebaik kelahiran negara haram tersebut, meletus perang Arab-Israel 1948 mengakibatkan penghijrahan ratusan ribu penduduk Palestin meninggalkan negara mereka.
Selepas 30 tahun peristiwa Dir Yasin berlalu, Ketua operasi penyembelihan tersebut, Manahem Begin terpilih menjadi Perdana Menteri Israel (1977-1983). Tangan yang berlumuran darah umat Palestin itu disalam oleh Presiden Anwar Sadat (Mesir) dalam Persidangan "Damai" Camp David 1979.
Susulan dari Camp David, Dunia menganugerahkan Manahem Begin anugerah nobel "keamanan" pada tahun 1979.
Anugerah "Nobel for Peace 1979" ini disusuli dengan operasi penyembelihan yang lebih dahsyat di kem pelarian Palestin di Syabra Syatila tahun 1982 dimana 3000 orang Palestin syahid, 10 kali ganda bilangan syahid di Dir Yasin 1948. Ketika itu Manahem Begin masih menjawat jawatan Perdana Menteri Israel.
Demikian keperibadian PBB atau istilah "International Community" (Masyarakat Antarabangsa) yang dikagumi dan selalu dirujuk oleh sebilangan tokoh-tokoh melayu.
Firman Allah swt
( فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ یَتَفَكَّرُونَ)
"Ceritakan kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir" [Surah Al-A'raf 176]
(۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰوَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ )
ULANGTAHUN KE 71 IHAB SYAHID
Hari ini 12 Feb, genap 71 tahun (2020 - 1949) syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.
Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1906 dan ditembak syahid di Jalan Ramses, Kaherah pada 12/2/1949 oleh pemerintah Mesir yang disekongkol dengan Penjajah British yang menjajah Mesir ketika itu.
Diantara kelebihan atau keistimewaan gerakan Ikhwan Muslimin yang beliau asaskan adalah :
1- Risalah dakwah nya menyamai dakwah para Rasul as, iaitu mengajak kepada Tauhid dalam semua aspek kehidupan diri dan negara.
2- Kesyumulan dakwahnya dan keaslian fikrah yang bersumberkan hanya Al-Quran dan Al-Hadis, tanpa diwarnai oleh hawa nafsu tokoh, kejahilan manusia, ideologi asing dan pengaruh kuasa politik.
3- Matlamat dan jalan Perjuangan yang jelas, persis yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, terutamanya bertunjangkan Tarbiyah dan Aqidah yang sahih, berkesan dan asasi.
4- Menghasilkan rijal yang hebat lagi mengukir sejarah tajdid Umat serta penentangan terhadap musuh-musuh Islam di seluruh dunia. Paling ketara adalah dalam jihad-jihad menentang Yahudi Zionis di Palestin, Komunis di Afghanistan dan Kristian Salibi di banyak dunia Islam.
Sabda Rasulullah saw :
قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم " إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها "
bermaksud, "Allah akan membangkitkan untuk Umat ini pada tiap permulaan seratus tahun seseorang yang akan memberi nafas baru untuk agama mereka".
Moga Allah swt menerima beliau sebagai syuhadak di jalanNya, memasukkannya ke dalam SyurgaNya tertinggi dan menjadikan kita tergolong ke dalam mereka yang memperjuangkan agamaNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Kaherah, Mesir.
12/2/2020
QANTARAH
Hasad dengki dan berlaku zalim adalah pembakar pahala seperti api dalam sekam. Apatah lagi zalim amat dibenci Allah. Dia swt mengharamkan kezaliman ke atas diriNya sendiri (Hadis Qudsi) :
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
bermaksud, "Wahai hamba-hambaKu ! Sungguh Aku telah haramkan ke atas diriKu (sendiri) dari berlaku zalim dan Aku jadikan Zalim sebagai haram sesama kamu, maka jangan kamu saling menzalimi sesama kamu ...".
Di Akhirat nanti, selepas mukmin disiksa di Neraka kerana dosa-dosanya di dunia yang tercatat dalam buku amalannya, sebelum dimasukkan ke dalam Syurga, masih ada satu lagi urusan yang mesti diselesaikan station yang dipanggil Qantarah .
Di Qantarah, setiap mukmin akan diqisas sesama mukmin lain, terhadap kezaliman, penganiayaan, ketidakadilan, hasad dengki dan seumpamanya yang berlaku sesama mereka.
Penganiaya akan minta maaf kepada yang dianiaya. Jika yang dianiaya tidak memaafkan, maka dibayar dengan pahala penganiaya.
Jika pahala penganiaya masih tak cukup, maka dia terpaksa mengambil dosa orang yang dianiayanya sehingga selesai keadilan ditegakkan dan hati dibersihkan.
Bila hati bersih, tiada lagi hasad dengki maka layaklah menjadi ahli Syurga, lalu mereka memasukki Syurga.
فقد روى البخاري في صحيحه مِن حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رضي اللهُ عنه: أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم قَالَ: "يَخْلُصُ الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ فَيُحْبَسُونَ عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، فَيُقَصُّ لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَأَحَدُهُمْ أَهْدَى بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ كَانَ فِي الدُّنْيَا"[1].
البخاري في صحيحه مِن حَدِيثِ أَبِي هُرَيرَةَ رضي اللهُ عنه: أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم قَالَ: "مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ، قَبْلَ أَنْ لَا يَكُونَ دِينَارٌ، وَلَا دِرْهَمٌ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ"[11].
Moga kita dijauhkan Allah swt dari pernah atau masih berlaku zalim terhadap sesiapa dan tidak dihisab di Qantarah di Hari Kiamat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
2 Feb 2020
DEDAK & SIKAP SAHABAT NABI saw
Seringkali selepas solat Subuh, seorang sahabat bernama Abu Dujanah ra sering dilihat oleh Nabi saw dengan gopoh segera pulang ke rumahnya.
"Wahai Abu Dujanah! Bukankan engkau ada keperluan dari apa yang Allah boleh berikan ? Kenapa tak tunggu sebentar untuk berdoa kepadaNya ?".
Abu Dujanah ra berkata, "Ya Rasulullah. Harap ku dari Allah tidak terputus walau seketika. Namun aku ada seorang jiran yahudi. Musim buah-buahan sekarang sering buahnya masuk ke kawasan rumahku.
Aku segera pulang ke rumah untuk aku kutip buah-buah itu dan letak kembali di rumah jiranku, sebelum anak-anak kecilku bangun dari tidur lalu memakan buah-buah tersebut".
"Demi Allah, pernah suatu hari anakku mengunyah buah milik jiranku, lalu aku memasukkan jari ku ke dalam mulutnya supaya dia memuntahkan buah tersebut. Aku berkata kepadanya أما تستحى من وقوفى أمام الله سارقا ؟ (engkau tak malu ke nanti aku berdiri di hadapan Allah sebagai seorang pencuri ?)".
Apabila mendengar hal itu, lantas Abu Bakar As-Siddiq ra pergi membeli pohon itu dari orang yahudi tersebut lalu dihadiahkannya kepada Abu Dujanah".
Apabila yahudi itu mengetahui apa yang berlaku, dia terus membawa semua ahli keluarganya bertemu Rasulullah saw dan masuk Islam.
Abu Dujanah ra takut memakan sebiji tamar milik seorang kafir lagi yahudi. Namun kita melihat hari ini terdapat di kalangan kita yang sanggup makan jutaan bahkan billion Ringgit milik umat Islam. Tidak hairan nasib yang menimpa umat kita zaman ini.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2020.
ULANG TAHUN KE 201 KEJATUHAN SINGAPURA
Semalam, 30 Januari adalah hari Ulangtahun ke 201 Kejatuhan Negara Islam Singapura.
Skrip kejatuhan adalah sama dengan skrip kejatuhan negara-negara Islam lain sezaman dengan nya. Ia bermula dengan :
1- kejahilan Aqidah pemimpin Umat Islam terhadap prinsip Wala' dan Bara' (siapa tempat kepercayaan dan siapa tempat permusuhan), dan
2- tidak menghiraukan peringatan Allah akan bahayanya berwalakkan Yahudi dan Kristian.
3- Cinta dunia dan takut mati syahid atau disebut Nabi saw sebagai penyakit "Wahan الوهن". Menerima tawaran wang dari British.
Sultan Hussein dari negara Singapura dan Sultan Hussein dari negara Al-Hijaz (Mekah & Madinah) kedua-duanya jatuh dalam perangkap British yang sama.
Firman Allah swt :
(۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ)
bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai tempat berwalak. Mereka berwalak sesama mereka. Siapa yang berwalak mereka, maka dia tergolong dari kalangan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk hidayah kepada kaum yang zalim".
[Surah Al-Ma'idah : 51]
Rupanya, kejahilan tapi angkuh atau cerdik tapi khianat oleh ramai pemimpin umat Islam tidak terhenti di zaman dulu. Malah ia berlaku di hari ini dan akan datang.
Seolah mereka tidak peduli ayat-ayat Allah, serta tidak langsung belajar dari sejarah. Atau ada orang yang tergolong dari kalangan mereka ?
Moga Allah swt pelihara kita dari jatuh ke dalam perangkap musuh-musuhNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2020
WUHAN & AMAL ISLAMI
Wabak coronavirus di Wuhan, seperti malapetaka-malapetaka alam lain, memberi pengajaran dan ingatan kepada kita dalam gerakan Islam bahawa :
1- Sehebat mana negara China dan Kuasa-kuasa Besar Dunia mempunyai kekuatan berbilion penduduk dan jutaan tentera lengkap, namun kalut dan lemah dalam berdepan dengan tentera Allah swt yang amat kecil seperti virus.
2- Kemenangan atau pertolongan dari Allah boleh datang dalam apa jua bentuk dan sokongan. Allah menghantar burung Ababil mengalahkan tentera Abrahah. Untuk Perang Khandak, Allah datangkan angin kencang memaksa Quraisy berundur dan balik Ke Mekah.
3- Apa yang dituntut dari gerakan Islam adalah beraqidah bahawa Kemenangan adalah dari Allah وما النصر الا من عند الله, dan bukan dari mereka atau dari apa sahaja makhluk ciptaanNya.
4- Hanyasanya yang dituntut dari gerakan Islam dan ahli-ahlinya adalah berada di atas kebenaran, bertaqwa dan berjuang berpandukan Al-Quran dan sunnah perjuangan Rasulullah saw. ke arah menegakkan SyariatNya, lalu bertawakkal mengharapkan Kemenangan dari Allah swt.
5- Kemenangan hakiki adalah beroleh Keredhaan Allah dan SyurgaNya di Akhirat yang kekal abadi. Ia diperolehi melalui taqwa dan berjuang di jalanNya seperti di atas, dan bukan meraih sorakan dan kekaguman kosong di dunia sementara. Ashabul Ukhdud menang besar dengan mendapat Syurga walaupun dibunuh beramai-ramai tanpa mendapat apa-apa jawatan di dunia. Amati surah Al-Buruj erti "kemenangan besar".
Moga isu Wuhan menguatkan kefahaman dan aqidah kita terhadap erti dan bentuk-bentuk kemenangan hakiki dalam Islam.
Us Abdul Halim Abdullah
27 Jan 2020
LIBERAL PENETRATE PENDIDIKAN
Dari Pertandingan Debat Piala Tun Razak, saya berpandangan ada pihak Liberal telah berjaya penetrate Kementerian Pendidikan, samada melalui individu atau melalui pengaruhnya.
Disebabkan perkara telah berlaku, maka permohonan maaf sahaja adalah tidak memadai.
Sebaliknya, JAKIM, Kementerian Agama, SPRM dan berbagai agensi agama dan keselamatan mesti membuat siasatan sehingga ke akar umbi siapakah mereka dan pihak-pihak mana yang terlibat mempengaruhi atau membuat keputusan songsang tersebut.
Al-Quran adalah kalam dan kitab Allah. Ia juga kitab yang telah sempurna. Beriktikad bahawa Al-Quran perlu ditulis semula adalah kufur. Begitu juga liwat adalah haram dan diketahui umum oleh masyarakat Islam. Mengingkarinya menjadi kufur juga.
Moga Allah swt selamatkan masyarakat kita, khususnya golongan pelajar dari racun golongan dan diayah Liberal seperti di atas.
Us. Abdul Halim Abdullah
15 Okt 2019
TEGAKKAN PERUBAHAN TOTAL
I التغيير الجذرى (Negara Islam)
Dari ceramah atau pembacaan Seerah, ramai kita tahu bahawa Rasulullah saw menolak tawaran dari pembesar² Quraisy untuk Baginda saw menjadi ketua negara Mekah.
Tapi sepak terajang politik hari ini menyaksikan jarang jawatan-jawatan politik terutama Jawatan No.1 dalam Negara ditolak, malah menjadi impian dan buruan, bahkan membawa kepada cantas mencantas.
Di mana silap nya ?
Silapnya adalah kerana ramai tidak tahu :
# kenapa Nabi saw menolak tawaran tersebut ?
# apakah kekangan pada jawatan itu ?
# kenapa Nabi saw menjadi ketua negara di Madinah, dan menolak tawaran Quraisy untuk jadi ketua negara di Mekah ?
# apakah applikasi semua di atas kepada politik hari ini ?
# apakah perbezaan asas Amal yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, berbanding amal politik hari ini ?
# bolehkah kita mencapai produk Negara Islam di Madinah yang dicapai Rasulullah saw, jika asas Amal kita berbeza dari asas amal Baginda saw.
# sejauhmana prinsip Nabi saw adalah أسوة حسنة (contoh teladan) bagi orang-orang beriman ? Adakah dalam ibadah dan akhlak sahaja, atau kita kena juga ikuti usaha dan fasa-fasa amal Nabi saw dalam menegakkan sebuah Negara Islam ?
# soalan lebih asas, apakah dia "Negara Islam" yang hendak ditegakkan ? Apakah ciri dan rukunnya ?
Perjuangan menegakkan agama Allah ada jalannya. Firman Allah swt :
(وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَ ٰطِی مُسۡتَقِیمࣰا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِیلِهِۦۚ ذَ ٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ)
"Dan sungguh ini jalanKu yang lurus. Hendaklah kamu ikut jalan itu. Jangan kamu ikut jalan-jalan lain lalu kamu berpecah belah dari jalanNya. Allah pesan hal itu kepada kamu supaya kamu bertaqwa" [Surat Al-An'am 153].
Jalan perjuangan itu ditunjukkan oleh NabiNya saw :
(لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا)
"Pada Rasulullah ada contoh teladan yang baik untuk kamu. Iaitu untuk orang yang mengharap redha Allah dan balasan baik di Hari Akhirat. Iaitu untuk orang yang banyak mengingati Allah" [Surat Al-Ahzab 21].
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Oktober 2019
CUCU BARU
Alhamdulillah, kelmarin selamat dilahirkan cucu baru di Hospital Wanita Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.
Kelihatan dalam foto, cucu baru didukung oleh ayahnya, Ustaz Jihad Halim, pelajar perubatan tahun akhir di hadapan hospital universiti tempat beliau belajar. Cucu ini anak beliau ke 3.
بورك لك فى الموهوب ، وشكرت الواهب ، ورزقت بره ، وبلغ أشده ، اللهم أمين
Us Abdul Halim Abdullah
2/10/2019
PERANG SAUDARA SAUDI-YAMAN
Sebelum wujudnya negara "Saudi", Yaman dan Hijaz adalah sebuah negara Arab bersatu sejak zaman Nabi saw. Mereka berkongsi bahasa dan dailek yang sama, kabilah-kabilah yang sama dan budaya yang sama.
Hari ini, kerana kerakusan politik para pemimpin, dan berwalakkan Amerika, Barat dan Israel, rakyat yang bersaudara terpaksa berperang, dengan kedua-dua pihak melaungkan "Allahu Akbar" ketika membuat serangan.
Minggu ini tentera Yaman berjaya menawan lebih 2000 tentera Saudi dan merampas berbagai senjata dan peralatan perang.
Moga Allah hancurkan kekuasaan pencetus perang sesama Islam, mengazab mereka sekerasnya di Neraka kelak bersama pemimpin Barat yang mereka kiblatkan. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
1/10/2019
JIHAD PUNCAK KEMULIAAN
India akhirnya merampas wilayah Kashmir sepenuhnya, setelah sekian lama mereka di atas perjanjian berkongsi dengan Pakistan dalam membuat sebarang keputusan mengenai wilayah tersebut.
Jelas, negara kafir ini tidak memahami selain bahasa kekuatan dan jihad.
Mujahideen Kashmir bersiap sedia untuk melancarkan Jihad ke atas India di sempadan LOC.
Namun Perdana Menteri masih meletakkan harapan kepada PBB untuk datang membantu.
Adakah beliau masih dibuai mimpi ? Adakah beliau menyangka India merampas Kashmir tanpa kesepakatan dengan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan PBB sendiri ?
Masalah ramai pemimpin umat Islam hari ini adalah mereka tidak mengambil panduan dari Kitab Allah dalam membentuk kefahaman mereka dan membuat keputusan. Kerana itu Islam kehilangan wilayah-wilayah nya satu demi satu.
Us. Abdul Halim Abdullah
26/9/2019
AQIDAH ISLAM TULEN
"Islam الإسلام" bererti "penyerahan" iaitu tunduk dan ikut sepenuhnya apa yang turun dari Allah swt, berupa Al-Quran dan Al-Hadis.
Oleh itu setiap insan dan negara mesti tunduk dan ikut Al-Quran dan Al-Hadis dalam ketiga-tiga :
(1) Aqidah (kepercayaan & pegangan).
(2) Syiar Ibadah (sembahan, perbuatan)
(3) Sistem kenegaraan (perlembagaan, undang-undang).
Allah swt mewajibkan kita menyerah diri kepadaNya sepenuhny dalam kesemua 3 juzuk aqidah di atas.
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) hukum-hukumnya seluruhnya ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" [Surat Al-Baqarah 208].
Allah swt murka dan beri amaran dengan balasan azab di Neraka bagi mereka yang mengambil atau rela orang lain mengambil Islam sebahagian sebahagian dan tidak dengan sepenuhnya. FirmanNya :
(إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَیُرِیدُونَ أَن یُفَرِّقُوا۟ بَیۡنَ ٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَیَقُولُونَ نُؤۡمِنُ بِبَعۡضࣲ وَنَكۡفُرُ بِبَعۡضࣲ وَیُرِیدُونَ أَن یَتَّخِذُوا۟ بَیۡنَ ذَ ٰلِكَ سَبِیلًا)
(أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ حَقࣰّاۚ وَأَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا)
“Sesungguhnya orang-orang :
(1) yang kafir kepada Allah dan Rasul-rasulNya,
(2) yang hendak memisahkan Allah dari Rasul-rasulNya, yang berkata "Kami beriman dengan sebahagian (dari Kitab dan hadis Rasul-rasul),
(3) yang hendak mengambil jalan tengah,
Mereka adalah orang-orang kafir tulen, dan Kami (Allah) sediakan bagi orang-orang kafir (seperti itu) azab (Neraka) yang menghinakan".
[Surat An-Nisa' 150-151]
Dari ayat-ayat Quran di atas "beriman dengan sebahagian Islam dan menolak sebahagian Islam yang lain" dipanggil oleh Allah sebagai orang-orang kafir tulen الكافرون حقا.
Moga Allah swt jauhkan kita dari mengambil Al-Quran cuma sebahagian dan menolak sebahagian ayat Al-Quran yang lain.
Us. Abdul Halim Abdullah
25 Sep 2019
JEREBU PETANDA KORUP
Kebakaran hutan-hutan di negara jiran Indonesia, khususnya wilayah Sumatera dan Kalimantan biasanya adalah usaha menanam atau menanam semula kelapa sawit, getah atau tanaman lain.
Membakar jalan paling mudah, paling murah dan paling bahaya untuk menerangkan hutan, tanpa ambil peduli asap dan jerebu yang terhasil adalah racun yang akan dihidu ke dalam paru-paru oleh jutaan manusia di kawasan sekitar termasuk di Malaysia.
Sepatutnya menerangkan hutan adalah dengan menggunakan jentolak yang menolak pokok, dan lori pengangkut yang membuang pokok ke tempat pembuangan. Kosnya tinggi.
Jalan mudah dan murah, ialah guna mancis, bukan berpuluh jentolak, membakar pokok-pokok, dan hasil pembakaran itu terbang sendiri ke udara secara percuma, dalam bentuk asap dan jerebu, meliputi udara berbagai wilayah dan negara.
Jerebu menandakan korupsi meluas di kawasan tersebut.
Korupsi Jiwa - kerana yang membakar mementingkan keuntungan diri sendiri, tanpa menghiraukan keracunan paru-paru jutaan manusia lain.
Korupsi Pentadbiran - kerana syarikat dan pihak berkuasa tempatan di sana sejak bertahun dulu tidak mengambil langkah-langkah serius membasmi jerebu.
Korupsi Keadilan - kerana tiada ada dan tidak berjalan hukuman berat ke atas pelakunya. Ini menjadikan individu dan syarikat terbabit dan bakal terbabit masih liar membakar hutan.
Korupsi Pemimpin - kerana mengambil ringan terhadap krisis jerebu dengan tidak mengisytiharkan darurat, mengambil langkah drastik dan aggresif memadam kebakaran dan memburu mereka yang korup jiwa dan korup pentadbiran.
Kesihatan fizikal, penglihatan dan perasaan jutaan manusia diganggu, sedang kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia adalah bersaudara seIslam.
Us. Abdul Halim Abdullah
14/9/2019
PENJUAL IC PENGKIANAT NEGARA
Pilihanraya adalah kuasa Rakyat memilih pemimpin, penggubal undang-undang dan penentu masa depan negara.
Disebabkan orang asing yang memiliki Kad Pengenalan boleh dan berhak mengundi dalam pilihanraya, maka menjual IC secara haram kepada mereka memberikan kuasa-kuasa di atas kepada mereka.
Pelakunya bukan sahaja dilaknat kerana terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa, malah ia adalah suatu pengkhianatan kepada Negara dan Umat.
Pihak berkuasa mesti membongkar sindiket ini sehingga ke akar umbi dengan cara :
1- Upstream - mengkorek seramai mungkin pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung, dan secara tak langsung (tahu tapi tak lapor), menghukum denda, penjara dan sebatan, serta menamatkan jawatan kerajaan yang disandang.
2- Downstream - membatalkan IC dan mencari "warganegara haram" ini seramai boleh dan menghantar mereka pulang ke negara-negara asal mereka.
3- Menumpaskan broker, orang tengah, agen yang terlibat dan menarik status warganegara mereka menjadi status penduduk tetap, atau sebolehnya dihantar ke negara asal usul nenek moyang mereka, setelah mereka dihukum penjara dengan sebatan.
Perang demografi (taburan penduduk) adalah salah satu perang Umat Islam dengan golongan kafir zaman ini.
Dengan purata kesuburan Umat Islam sekitar 5.5 dan umat kafir di negara-negara umat Islam adalah 1.3 zaman ini, kita memang tahu, usaha mendapat kerakyatan secara haram, rasuah dan khianat memang menjadi perancangan mereka. Malang jika ada dikalangan orang-orang bersolat yang turut terlibat.
Us. Abdul Halim Abdullah
11/9/2019
