Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
CERMIN DIRI
"Kehidupan mengajarku : Bahawa sesiapa yang sibuk mencari keaiban orang lain nescaya akan bertambahlah keaiban dirinya tanpa dia sedari" (Imam Ar-Rafie).
(Kredit : Us. Zaidi Muji dari Hadiqah Group)
KESUCIAN HATI DAN JIWA DUAT
Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali kw dan para sahabat ra. dididik hati dan jiwa mereka selama 13 tahun di fasa Mekah. Ia fasa bina aqidah, kefahaman, keikhlasan, keazaman dan pengorbanan. 13/23 tahun adalah 60% atau "majoriti" dari tempoh perjuangan Nabi saw.
Berbeza ramai Duat masakini. Mereka tidak ditekankan selama 13 tahun semata-mata hanya tarbiyah hati dan jiwa didalam usrah-usrah mereka.
Mungkin zuruf (realiti) menuntut mereka terpaksa juga terlibat dalam urusan sistem dan organisasi, berbahas, mengundi, mengadili, merancang pelan penggal dan sebagainya.
Oleh itu, lompong dan kekurangan dek kerana lemahnya murabbi dan pendeknya tempoh tarbiyah hati dan jiwa Duat hari ini, mesti dibuat seribu perhitungan.
Ini adalah kerana kalah menang perjuangan Islam berdepan musuh-musuh Allah, bermula dengan kalah menangnya Duat di pertarungan dalam gelanggang hati dan jiwa mereka.
(وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ ۚ مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ)
"(Perang Uhud) ... sebahagian kamu (tentera Islam) hendak (balasan) dunia, dan sebahagian kamu hendak (balasan) Akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka (tidak dapat lagi mengalahkan mereka) ..." [Ali Imran : 152]
Us. Abdul Halim Abdullah
26 September 2017
IRAQ BOLEH PECAH
Esok, wilayah bangsa Kurdi di utara Iraq akan mengadakan pungutan suara untuk merdeka dari negara Iraq.
Salah seorang pemimpin bangsa Kurdi di utara Iraq, Al-Barzany menyeru bangsa Kurdi agar keluar mengundi beramai-ramai demi menjayakan Pungutan Suara berkenaan.
Pemimpin Iraq, Hyder Al-Ubadi cuba memujuk bangsa Kurdi agar tidak keluar mengundi.
Ini bermakna, Iraq boleh pecah menjadi negara-negara kecil. Jika berpecah, Kuasa-kuasa Besar boleh menjual senjata kepada kesemua negara terbabit menggunakan duit petroleum masing-mading dan mereka boleh lebih rancak berperang dan berbunuhan sesama sendiri.
Ini yang berlaku kepada negara Islam Andalus (Spain) abad ke 15M. Akhirnya kesemua kerajaan-kerajaan Islam jatuh dan hari ini Kristian menguasai Sepanyol.
Yang rugi adalah Islam dan umat Islam, kesan dari pimpinan-pimpinan Islam yang bertelagah dan berwalakkan Barat dan Timur, sedang Allah menyuruh walak kepada Allah, RasulNya dan Umat Islam.
Perpecahan benar-benar merugikan Islam dan umat Islam. Tidakkah kita mengambil pengajaran ?
Us. Abdul Halim Abdullah
24 September 2017
US. MAHDI AKEF KE RAHMTULLAH
Mantan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Us Mahdi Akef, 89, kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Innalillah wa inna ilaihi rajiuun.
Beliau dipenjara oleh regim tentera Sisy di Mesir, sejak tahun 2013. Sejak itu, hak beliau untuk mendapat rawatan kesihatan sering dinafikan.
Di zaman regim tentera Gamal Nasir, beliau pernah dihukum mati.
Moga Allah swt mengampuni beliau, mengangkat derajatnya dan memasukkan nya ke dalam Syurga Firdaus bersama para Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.
Us. Abdul Halim Abdullah
Jumaat 22/9/2017
ERDOGAN BERANI
Walaupun penduduk Rohingya yang sedang dibunuh dan diusir beramai-ramai, bukan rakyat Turki yang mengundinya, namun Presiden Tayyib Erdogan kini di tempat teratas pemimpin dunia yang mengambil peranan cuba menyelamatkan mereka.
Isu penindasan umat Islam Rohingya, seperti isu Palestin, hanya boleh diselesaikan dengan kebangkitan umat Islam di dalam wilayah Arakan sendiri dan dunia Islam seluruhnya.
Ini adalah kerana pihak pembunuh sendiri adalah tentera Burma di dalam negara, dengan didokong oleh negara-negara luar. Israel melatih dan membekal senjata. Kuasa-kuasa Besar beri kekebalan politik antarabangsa. Bangladesh menutup sempadan, tidak benarkan umat Rohingya lari menyelamatkan diri melalui sempadannya.
Amat cetek sekiranya ada pihak yang berpandangan isu ini boleh atau sepatutnya diselesaikan dalam negara sahaja, antara umat lemah lagi tertindas berdepan tentera yang lengkap bersenjata.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 September 2017
51 TAHUN SYAHIDNYA SAYYID QUTB
29/8/1966 - 29/8/2017
Hari ini genap 51 tahun Sayyid Qutb (1906 - 1966) digantung syahid di Mesir oleh regim tentera dibawah Jamal Abdul Nasir.
Asy-Syahid Sayyid Qutb adalah penulis tafsir agung abad 20 berjodol "فى ظلال القرآن" (Di Bawah Naungan Al-Quran). Sehingga hari ini belum ada tafsir yang boleh menyainginya.
Jika Tafsir Al-Qurtuby adalah "tafsir ahkam" mengenai ayat-ayat hukum feqah dalam Quran, Tafsir Al-Zamakhasyary adalah "tafsir sastera" mengenai keindahan kesusasteraan dalam Quran dan Tafsir Ibnu Kathir adalah "tafsir bil makthur" mengenai hadis-hadis yang menjelaskan Quran.
Maka Tafsir Fi Zilal Quran karangan Sayyid Qutb, ia adalah "tafsir haraki" mengenai perjuangan Islam di dalam Quran. Tidak asing lagi, ia adalah aspek terpenting, paling relevan dan amat diperlukan oleh Umat di zaman ini, zaman umat Islam ditindas oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia lalu mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan mengalahkan musuh-musuhnya.
Kali pertama saya mendengar tentang Sayyid Qutb adalah ketika di tingkatan satu (1978) bila membaca terjemahan bukunya معالم فى الطريق (Petunjuk Sepanjang Jalan). Saya akui saya ketika itu terlalu muda dan kurang ilmu untuk memahami tulisan dan perjuangan beliau. Namun yang mengkagumkan saya saat itu adalah kisah perjuangannya sehingga beliau syahid di tali gantung dan sajak masyhur beliau saat sebelum syahid (video).
Syahidnya Sayyid Qutb juga antara yang membakar semangat saya untuk belajar di Mesir dan memahami ideologi dan perjuangan beliau, walaupun saya kena menggantung ijazah kejuruteraan saya di dinding buat sementara waktu ketika itu.
Perginya Sayyid Qutb adalah satu kehilangan amat besar kepada umat dan dunia Islam. Umat masih memerlukan panduan jalan dakwah dan perjuangan dari Al Quran yang beliau gali dan paparkan.
Namun syahid nya beliau juga merupakan baja yang menyuburkan perjuangan Umat dan merupakan ruh yang menghidupkan ramai jiwa-jiwa pejuang Islam selepas beliau, termasuk kita pada hari ini.
(وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ)
"Jangan kamu sangka orang-rang yang dibunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup dan diberi rezeki di sisi Tuhan mereka" [Surat Ali Imran : 169]
Moga Allah swt merahmati Asy-Syahid Sayyid Qutb ra, menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Anbiyak dan memberi taufiq kepada kita untuk mencontohi beliau. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Ogos 2017
JIHAD MEMELIHARA RUMAH
Mengutuk Regim Burma
Keindahan Islam jelas tampak dalam fekah undang-undang) Jihad di mana Allah swt melarang membinasakan rumah, tanaman dsb. kerana ia diperlukan oleh wanita, kanak-kanak, orang tua dll bagi kelansungan kehidupan insan.
Namun kita dapati di pihak selain Islam pula, apabila mereka berkuasa atau di pihak lebih kuat, mereka membinasakan harta, nyawa yang tidak berdosa, keturunan dan kehormatan.
Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan minggu ini oleh regim buddha Burma yang saban kali nya menindas umat Islam Rohingya rakyat Burma di wilayah Arakan.
Moga Allah swt memenangkan Umat Islam di serata dunia dan mengembalikan keagungan Islam di waktu terdekat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
26 Ogos 2017
TAWADHUK
Dakwah yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna tersebar luas di Mesir dan di luar Mesir. Semakin ramai yang yakin dengan Fikrah yang diperjuangkan jemaah Ikhwan Muslimin demi mengembalikan keagungan Islam, lalu mereka menganggotainya. Antaranya seorang Mesir pakar peringkat antarabangsa dan sering bertugas dengan PBB.
Tanpa disangka usrah pertamanya memberi kejutan kepada beliau. Naqib usrahnya seorang petani atau orang kebanyakan. Mungkin sebelum itu beliau menyangka tentulah naqib usrah nya seorang professor tafsir atau setaraf.
Beliau menemui Imam Hasan Al-Banna dan mengadu mengenai naqib usrah nya.
Imam Al-Banna berkata, "Aku tahu naqib usrah kamu mungkin tidak dapat mendidik kamu banyak ilmu-ilmu terkini. Tapi aku percaya beliau boleh mendidik kamu erti Tawadhuk. Dan sifat Tawadhuk itu penting bagi pendokong Dakwah ini".
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Ogos 2017
Fiqh Dakwah
SINDROM "HILANG TIANG GOL (HTG)"
Ada duat mula lemah dalam buat kerja Dakwah. Ini kita amati dari :
(1) Keluhan mereka sendiri (sendiri mengadu, postingnya dalam media sosial dll.). Bermakna mereka sendiri sedar.
(2) Mereka tidak sedar, tetapi kita amati dari prestasi amal Dakwah mereka sendiri (mesyuarat, tindakan dsb.) yang tidak berjalan, atau dari postings mereka dalam media sosial yang lama tidak menyentuh perihal Dakwah.
Ia berpunca dari salah satu dari 2 sebab berkait dengan matlamat Dakwah, iaitu :
(1) Samada mereka telah mula mempunyai matlamat-matlamat lain yang lebih menyibukkan, ATAU
(2) Mereka mula tidak nampak ke mana matlamat kerja Dakwah mereka sebenar. Buat kerja sekadar rutin. Sesekali seronok dapat selfie.
Seperti pasukan bolasepak bermain bola tanpa tiang gol. Hanya dribbling dan passing tanpa arah tujuan. Akhir nya mereka akan lemah semangat bermain. Duat seperti ini mula menghidap sindrom "Hilang Tiang Gol (HTG)".
Kerana itu Imam Hasan Al-Banna :
(1) Terus terang mengatakan الغاية اصل العمل bermakna "Matlamat adalah asal kepada Amal".
Jika matlamat kabur, dah tiada atau dah tidak mendapat keutamaan, maka amal mereka pun akan tersasar dan melemah.
(2) Bersungguh menunjukkan matlamat perjuangan Islam dan jalan-jalan nya. Ini jelas dalam tulisannya الى اى شىء ندعو الناس (Kita Ajak Manusia Ke Mana ?), دعوتنا (Dakwah Kita) dll.
Tambahan lagi apabila duat menghidap sindrom HTG ini, akan hilang keberkatan dari Allah sedikit demi sedikit. Jika ini berlaku, bateri amal dakwahnya semakin melemah.
(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ)
"Mereka yang bersungguh berjuang untuk Kami (Allah), sungguh Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka. Sungguh Allah bersama mereka yang melakukan perbaikan" [Surat Al-Ankabut 69].
Us. Abdul Halim Abdullah
17 Ogos 2017
ASY-SYEIKH MOHD AL-MUAYYID
Ke Rahmatullah
Kelmarin telah kembali ke rahmatullah, salah seorang dari ulama terkenal Ahlus Sunnah dan Ikhwan Muslimin di Yaman, Asy-Syeikh Dr Mohd Al-Muayyid.
Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Fuqara' (Ayah orang-orang faqir miskin) kerana terlalu banyaknya projek-projek kebajikan yang beliau tubuhkan, di antaranya "Kompleks Al-Ihsan" yang menggabungkan masjid, kilang roti dan rumah anak yatim di Hayyu Al-Asbahy, Yaman Selatan.
Kompleks Al-Ihsan juga berperanan menerima sumbangan di bulan Ramadan dan telah membantu 3000 keluarga miskin selain menguruskan majlis perkahwinan beramai-ramai bagi golongan para belia.
Kehidupan beliau dipenuhi dengan berbagai bentuk usaha dan sumbangan, demi memberikan kebaikan kepada masyarakat.
Kita boleh mengambil banyak teladan dan pengajaran dari sumbangan ilmu dan kebajikan yang telah beliau tunjukkan. Allah jua yang akan membalasnya.
Pada tahun 2003, atas permintaan Amerika, beliau ditangkap di Munich oleh Kerajaan German lalu dipenjarakan selama 6 tahun di penjara Amerika atas tuduhan membantu perjuangan HAMAS di Palestin.
Setelah dibebaskan dari penjara, beliau didapati menghidap berbagai penyakit dan akhirnya pada hari Sabtu 12/8/2017 lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital An-Nur, Mekah, Saudi Arabia.
Kepada ahli keluarganya serta para pencinta, murid-murid dan kenalan beliau, kita sampaikan takziah seikhlasnya kepada mereka.
Kita milik Allah. KepadaNya kita kembali.
Us. Abdul Halim Abdullah
15 Ogos 2017
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
TUJUAN AMAL DAKWAH KITA
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam di Malaysia yang bergiat di bidang dakwah, samada melalui ngo atau jamaah, agensi kerajaan atau institusi masjid, berkumpulan atau persendirian.
Agar amal kita tidak mencapah dan terpancar-pancar yang kurang membawa kepada kekuatan Umat, kita mesti fokuskan amal dakwah kita ke arah apa yang difokuskan oleh Rasulullah saw bermula di Mekah, kemudian di Madinah sehingga Islam menjadi Kuasa Besar Dunia di zaman Khalifah Umar Al-Khattab ra dan selepas beliau.
Semua kita berada di medan masing-masing yang berbagai, akan tetapi fokus akhir atau titik pertemuan di penghujung nanti hendaklah seperti berikut :
(1) mengembalikan Negara Islam yang melaksanakan hukum hakam Islam.
(2) tertegaknya Kerajaan Islam yang didokong bulat oleh Umat Islam di dalam negara.
(3) kehidupan masyarakat dalam negara dicorakkan oleh Syariat Islam.
Ketiga-tiga matlamat di atas bukan direka-reka sendiri oleh kita, akan tetapi ia adalah perintah Allah swt ke atas Rasulullah saw untuk dilaksanakan oleh Baginda saw.
Maka oleh itu ia menjadi kewajipan ke atas kita juga sebagai umat Islam dan ke atas golongan yang menjadi pewaris para Nabi di akhir zaman ini seperti FirmanNya dalam Surah Al-Maidah, ayat 49-50 :
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum hakam Jahiliyah yang mereka mahu laksanakan. Sedang siapakah yang lebih baik hukum hakam nya selain Allah, bagi kaum yang yakin (beriman) ?
(Surah Al-Ma'idah, Ayah 49-50)
Us. Abdul Halim Abdullah
14 Ogos 2017
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
ia yang tidak sihat. Dapat tolak 6-7 orang sahaja. Tapi lumayan. Cuma kerja nya sangat berat. Tawaf (di tingkat satu), saie dan hantar ke hotel memakan masa 5 jam. Sekali tolak, saya terlentang letih di bilik selama 2 hari. Hari ke 3 keluar cari pelanggan lagi. Lepas tu terlentang 2 hari tak larat berjalan.
Alhamdulillah, hasil pendapatan dari operasi-operasi di atas, saya dapat membayar baki USD600 kepada Ketua Rombongan, dan dapat memberi hutang kepada beberapa rakan yang keputusan wang perbelanjaan di Tanah Suci.
Masih terdapat wang berbaki di tangan cukup untuk kehidupan dan pengajian di Mesir selama lebih setahun.
Selepas Haji 1991 tersebut, sebaik tiba di Mesir, saya terus beli 1 buku latihan dan mula merangka pelan tindakan untuk Haji 1992 dan seterusnya. Ketika itu saya tidak menyangka, ia merupakan titik tolak kepada kejayaan saya dalam bidang Haji Umrah sehingga ke hari ini. Alhmdulillah.
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Ogos 2017
KISAH CARI NAFKAH DI HAJI 1991
Permulaan kpd Kejayaan 25 Tahun
Tahun 1991 kali pertama saya dan isteri ke Tanah Suci demi menunaikan fardhu Haji, rukun Islam ke 5 (foto saya 3 dari kanan). Zaman itu tak perlu kuota.
Peluang saya dapat ke Tanah Suci itu adalah secara kebetulan. Namun ia pemula kepada karier saya menjadi mutawif dan pemilik syarikat agensi Haji dan Umrah yang berjaya di hari ini.
Hari itu, di awal tahun 1991, saya ke rumah Us Sharipudin Kadir kerana hal rantai motorsikal saya yang rosak. Ketika beredar hendak pulang, di pintu rumahnya, Us Sharipudin bertanya saya, "Tak nak pergi Haji ke tahun ini ?". Saya menjawab, "Nak. Siapa tak nak pergi Haji ? Cuma berapa kosnya ?".
Di Mesir saat itu, saya takda banyak duit untuk nafkah isteri dan 2 anak. Cukup untuk 4 bulan ke depan.
"Seorang naik Haji kosnya USD700", kata Us Sharipudin yang dilantik menguruskan rombongan Haji tahun itu.
Saya menarik nafas panjang. Wang di rumah hanya ada USD800 dan sedikit wang Mesir. Jika pergi berdua suami isteri, kosnya USD700 x 2 orang = USD1,400.
Duit tak cukup USD1400 - USD800 = USD600. Tak cukup untuk pergi berdua. Cukup untuk naik Haji seorang sahaja.
Tak mungkin saya menunaikan fardhu Haji seorang diri di Mekah dan membiarkan isteri tersayang di Mesir tanpa dia dapat menunaikan ibadah yang menjadi impian setiap muslim. Apatah lagi Haji adalah Jihad bagi wanita, kata Nabi saw.
Di pintu, saya mohon izin Us Sharipudin untuk masuk semula ke dalam rumahnya dan berbincang lebih lanjut tentang Haji.
Saya kemukakan cadangan, "Ana ada cuma USD800 sahaja. Apa kata ana bayar hanya USD400 seorang, kurang USD300 seorang, supaya ana dan isteri kedua dua kami dapat ke Haji.
Nanti di Mekah, ana akan bekerja cari duit dan bayar baki USD300 x 2 orang = USD600".
Us Sharipudin bersetuju dengan cadangan saya. "Semua 40 orang dah bayar penuh. Jadi kalau 2 orang jer bayar sebahagian, tak ketara sangat", kata beliau memberi peluang. Beliau mendaftar 2 nama saya dan isteri. Syukur.
Di rumah, saya memaklumkan kepada isteri saya, akan keputusan saya nak ke Mekah. Harga pakej USD700 seorang. Isteri yang tahu wang suaminya hanya tinggal USD800 menduga saya akan pergi seorang diri. Saya senyap. Nak buat surprise. Nampak dari raut mukanya, dia menahan sabar.
Selang 2 minggu selepas itu, akhawat bertalu-talu mengucapkan tahniah kepada isteri saya kerana namanya tersenarai menunaikan Haji pada tahun itu. Surprise. Barulah dia tahu yang saya daftarkan 2 nama kami, dan bukannya 1 nama saya sahaja. Surprise saya berjaya.
Isteri saya terus mengatur urusan rumahtangganya sepanjang ketiadaan kami di Mesir kerana ke Tanah Suci selama 1 bulan.
Saya masih ingat baki wang yang terletak di dalam bekas atas rak di rumah kami hanyalah sekeping wang kertas Egyptian Pound LE10 (RM12 masa tu atau RM3 hari ini). Jika projek nafkah di Tanah Suci tidak berjaya, LE10 itu sahaja lah yang saya ada nanti di Mesir.
Dalam dompet yang saya bawa, jumlah wang hanya ada sejumlah wang kertas LE.
Saya bertawakkal sepenuhnya kepada Allah mengenai rezeki. Moga ada kerja yang boleh saya buat di Tanah Suci nanti.
Saya masih ingat ketika kami dalam kapal laut bernama "Qamar Saudi" membelah laut menuju ke Tanah Suci, Us Zohan kehilangan wang kerana beg nya dicuri orang.
Us Yakub Wan Harun membuat kutipan wang bagi meringankan beban Us Zohan. Bila tiba giliran beliau berjumpa saya untuk mengambil sumbangan saya, saya menyerahkan dompet saya untuk beliau ambil sebanyak mana yang beliau nak dari jumlah wang yang kecil itu. Melihat isi dompet saya, beliau hanya tergamak mengambil wang kertas LE0.25 atau 25 Piasters (RM0.06 hari ini). Alhamdulillah, dapat juga saya menyumbang.
Di Mekah, dengan panduan dari Us Basit Wahab, saya mencari upah daging Korban. Dapat 90 ekor dalam masa 2 hari operasi. Agak lumayan.
Saya tolong jualkan batu-batu permata Us Sulaiman Ibrahim, kerana beliau sering demam dan tak dapat berniaga.
Saya tolong jual stokin Sandy yang dibawa kawan-kawan dari Mesir.
Selepas hari Arafah, saya ambil upah menolak kerusi roda dalam tawaf bagi jemaah Haji Malays
Memori
KULIAH SELASA IMAM AL-BANNA
Sehingga hari ini saya dapati anak² didik Imam Hasan Al-Banna ra masih menulis atau bercakap mengenai kenangan Kuliah Selasa Mingguan oleh Imam Hasan Al-Banna ra.
Ia kuliah mingguan luar biasa kesan nya kepada para hadirin. Ia menyentuh berbagai perkara dalam Islam dan masyarakat, namun kesan akhirnya akan tertanam kukuh rasa Iman, ukhuwwah dan kasih sayang di jalan Allah.
Pidatonya yang terbit dari hati yang ikhlas mendalam serta sarat dengan ilmu, terus menusuk ke dalam jiwa para hadirin, sehingga Ibu Pejabat Ikhwan Muslimin menjadi tumpuan orang ramai setiap maghrib Selasa malam Rabu.
Saya masih ingat Al-Marhum Asy-Syeikh Sayyid Nuh menceritakan kepada kami bahawa beliau dan anggota Ikhwan Muslimin, pada setiap minggu, sentiasa menantikan tibanya hari Selasa.
Mereka akan berkumpul seawal selepas Solat Asar di Ibu Pejabat, bermesra sesama Ikhwan sehingga masuk Maghrib dan Kuliah Selasa bermula.
Selepas tamat Kuliah Selasa dan solat Isyak, mereka terus bermesra sesama mereka sehingga tengah malam, dengan kehangatan Ukhuwwah yang ditanam oleh Imam Al-Banna. Di kesempatan itu mereka bertanya khabar, bertukar pandangan dan perkembangan, dalam menyusun amal Dakwah.
"Orang menamakan program tersebut sebagai Kuliah Selasa حديث الثلاثاء, tapi kami sesama Ikhwan menamakannya sebagai عاطفة الثلاثاء (bermaksud Belaian Hati di hari Selasa)", kata Syeikh Sayyid Nuh.
Bila saya membaca memori tulisan salah seorang rakan karib Imam Al-Banna bernama Us Saleh Asymawy (1910-1983), beliau juga menamakan Kuliah Selasa tersebut sebagai عاطفة الثلاثاء .
Moga Allah swt merahmati Imam Al-Banna ra dan anak-anak didiknya yang telah banyak berkorban harta, jiwa, masa dan nyawa demi Agama dan umat Islam yang tercinta sehingga fikrah Islam yang sahih tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Us. Abdul Halim Abdullah
7 Ogos 2017
