Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Open in Telegram
2 123
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-830 days
Posts Archive
TERRORIST ?
Kita mengutuk tindakan akhbar Ar-Riyadh, terbitan di Saudi Arabia, yang menuduh gerakan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas atau terrorist.
Ini menunjukkan akhbar Ar-Riyadh telah masuk ke kem dibawah telunjuk Yahudi yang melobi masyarakat dunia agar bersikap sedemikian terhadap HAMAS.
HAMAS adalah gerakan penentang Penjajahan Israel terkuat di Palestin. Kini ia satu-satunya harapan umat Palestin untuk berjuang menuntut Kemerdekaan.
Us. Abdul Halim Abdullah
6 Ogos 2017
PANDUAN MENILAI FATWA
Beza Ulama Dari Pendeta
Kesimpulan penting dan panduan bagi penuntut-penuntut ilmu agama dan untuk masyarakat dari posting "Beza Ulama dari Pendeta Kafir" yang lalu adalah :
(1) Kita menilai sesuatu fatwa berdasarkan dalil-dalil nas Al-Quran, Al-Hadis dan Al-Ijmak yang mereka kemukakan dan cara mereka menghubungkan nas-nas tersebut (istidlal استدلال) dengan isu yang sedang dibahaskan.
Oleh itu kita menilai seeorang alim berdasarkan kemampuan dia mengaplikasikan nas-nas. Bukan menilai nya dengan kedudukan nya distruktur pentadbiran semata-mata.
Contoh : kita cenderung memilih fatwa yang datang bersama dengan nas, berbanding fatwa yang kosong dari nas atau kaedah syarak walau apa jua kedudukannya.
(2) Kita cuba mengenalpasti keikhlasan dan kemampuan mereka berijtihad (mengeluarkan fatwa) dengan menilai prestasi atau kualiti fatwa-fatwa mereka yang terdahulu.
Contoh : kita cenderung memilih fatwa ulama yang terbukti sering mempertahankan kebenaran, berbanding fatwa oleh ulama yang menyokong LGBT (Lesbian + Gay + Bisexual + Transgender) contohnya.
(3) Kita memilih fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah majlis terdiri dari sejumlah pakar syarak yang bebas dan specialise dalam isu tersebut, berbanding fatwa yang dikeluarkan individu atau majlis yang didominasi oleh individu atau kecenderungan parti politik.
(4) Kita cenderung kepada fatwa tempatan yang berpijak di bumi nyata di mana isu itu timbul, kerana kaedah العادة محكمة (realiti kebiasaan sesuatu tempat itu diambilkira dalam mengeluarkan fatwa), berbanding fatwa yang diimport 100% dari luar, sedang isunya bersifat tempatan.
Contoh : Kalimat "allah" telah dominan di Tanah Arab, lalu semua istilah-istilah lama "tuhan" mereka telah bertukar menjadi "allah". Kristian Arab hari ini sebut "insyaallah". Hujah lemah sesetengah orang adalah "jika di negara Arab boleh, maka di Malaysia pun boleh".
Kalimat "Allah" di dunia Timur tiada dalam kamus tuhan-tuhan ajaran selain Islam. Maka membenarkan kalimat "Allah" di Malaysia dengan hujah di negara Arab takda masalah, adalah fatwa yang lebih lemah, kerana masyarakat akan terkeliru, terpengaruh, tersilap dsb jika semua agama menjenamakan tuhan mereka berupa gajah, kuda, Gautama Buddha, Jesus dll sebagai Allah.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Julai 2016
BEZA ULAMA DARI PENDITA
Tiap agama mempunyai ahli-ahli agama masing-masing. Namun kita mesti memahami bahawa ciri ulama Islam berbeza besar dari ahli-ahli agama atau pendita agama-agama lain.
Perbezaan ini berdasarkan hakikat bahawa hanya Islam sahaja mempunyai sandaran atau rujukan Wahyu berwibawa berupa Al-Quran dan Al-Hadis, sedang agama-agama lain tidak ada sandaran Wahyu yang sahih. Lawan kepada Wahyu, adalah Nafsu.
Dalam agama-agama lain, apabila seseorang telah mencapai tahap atas tertentu sebagai ahli agama, pendita atau rijaluddin, tanpa rujukan berwibawa, mereka lah satu-satunya sumber hukum. Maka mereka boleh berfatwa tanpa rujukan. Kerana itu apabila berlalu zaman, akidah agama-agama lain lari jauh dari aqidah asal. Sebagai contoh, aqidah Trinity (Tuhan adalah 3 dalam 1) diwartakan dalam Nicene Creed pada tahun 325M oleh First Council of Nicaea sesuka hati mereka tanpa rujukan berwibawa.
Itu ajaran Kristian yang sekurang-kurang nya ada Al-Kitab, walaupun diselewengkan. Cubalah kita bayangkan agama-agama selain Islam yang tidak memiliki kitab rujukan berwibawa. Sudah tentu akan lari jauh dari aqidah asal dengan berlalunya masa.
Adapun dalam Islam, pandangan dan fatwa para ulama nya adalah terikat dan mesti berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
Para ulama hanya berperanan menggunakan kebolehan mereka memahami Al-Quran dan Al-Hadis untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Menjadi "ulama" dalam Islam, bukan tiket untuk mengeluarkan sebarang hukum tanpa mempunyai sandaran nas dari Al-Quran, Al-Hadis, Al-Ijmak atau Al-Qias mengikut tertib.
Oleh itu, dalam Islam, apabila membaca fatwa atau pandangan ulama, budaya kita adalah melihat dalil-dalil yang dibawa oleh setiap orang dari ulamak tersebut dan menilai sedekat mana tiap seorang mereka mampu berhujah dengan dalil-dalil tersebut (istidlal) untuk mengeluarkan hukum.
Kesimpulan nya, dalam memahami dan merasa tenang atau yakin terhadap sesuatu hukum yang baru dikeluarkan :
(1) Pendita bukan-Islam lebih melihat kepada taraf sesiapa sahaja pendita yang mengeluarkan hukum tersebut. Kesimpulannya, lihat kepada orang yang mengeluarkan hukum.
(2) Ulama Islam lebih melihat dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis yang dibawa dan menilai cara penghujahan dalil-dalil itu (istidlal) oleh sesiapa sahaja ulama yang mengeluarkan hukum. Kesimpulannya, lihat kepada dalil dan cara penghujahan orang yang mengeluarkan hukum.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Julai 2017
KEKALAHAN
Kita sekali-kali tidak akan kalah kerana disebabkan sedikitnya bilangan atau lemahnya aktiviti, atau kerana ramainya bilangan musuh.
Kalau seluruh penduduk bumi bersatu sekalipun, mereka tetap tidak akan dapat melakukan terhadap kita, kecuali dengan apa yang Allah swt telah tentukan ke atas kita (Hadis 40).
Sebenarnya, kita mula menempah kekalahan demi kekalahan, dan akan hilang satu demi satu faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan, adalah jika sekiranya jiwa-jiwa dan hati-hati kita telah rosak dan Allah tidak lagi memberkati amal-amal kita.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Julai 2017
ANAK LUAR NIKAH DEPRESSED
Katakan kita hidup di negara tertegaknya Syariat Islam, jika Azman menzina seorang wanita lalu lahir anak luar nikah :
Azman dihukum rejam lalu meninggal dunia atau disebat dengan 100 sebatan, dan ".... dan hendaklah hukuman itu disaksikan oleh sebilangan orang-orang beriman" (Al-Quran), seperti yang diminta oleh Allah swt dalam firmanNya :
(الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ)
[Surat An-Nur 2]
Lebih-lebih lagi di zaman IT sekarang, di mana foto Azman direjam atau disebat tersebar dalam masyarakat dari hadirin yang menyaksikan.
Dalam hal ini, lebih besar kemungkinannya nama "Sulaiman bin Azman" lebih mendepressed-kan beliau, berbanding jika namanya "Sulaiman bin Abdullah".
Oleh itu saya berpandangan, tidak semudah itu untuk mengkaitkan perasaan "depressed" dengan nama "bin Abdullah" secara mutlak.
Komentar dari tuan puan dialu-alukan.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Julai 2017
ANAK LUAR NIKAH "BIN ABDULLAH"
Saya bukan nak berfatwa hari ini. Belum juga hendak menilai mana-mana fatwa atau keputusan mahkamah.
Sebagai permulaan, saya cuma hendak melontarkan pandangan tambahan kepada berbagai pandangan masyarakat yang telah sedia ada.
Dalam Syarak, atau dalam hakim menentukan hukum, kaedah العادة محكمة diambil kira, iaitu "adat kebiasaan diambil kira atau sebagai penentu".
(1) Apabila dalam perhimpunan, guru panggil nama "Mansor bin Abdullah", lalu seorang yang bermuka Melayu mengangkat tangan, adatnya di Malaysia, orang akan menganggap ayah beliau memang nama Abdullah, dan bukan Mansor seorang anak luar nikah.
Ini adalah kerana ramai orang Melayu bernama Abdullah.
(2) Apabila guru panggil nama "Sulaiman bin Abdullah", lalu seorang yang bermuka Cina atau India mengangkat tangan, adatnya di Malaysia, orang akan menganggap beliau mungkin seorang muallaf yang masuk Islam, dan bukan Sulaiman seorang anak luar nikah.
Betul ke ?
Kita tidak perlu berkelulusan apa-apa untuk menjawab soalan di atas. Ia berkait kebiasaan masyarakat. Tuan puan lebih arif realiti di daerah tuan puan.
Dalam Syarak realiti diambil kira. Saya percaya tuan puan yang telah lama hidup di Malaysia seperti saya, menerima pernyataan saya di atas.
Jika benar sedemikian, maka :
(1) Adatnya di Malaysia, "bin Abdullah" tidak menunjukkan seseorang itu anak luar nikah.
(2) Adatnya, di Malaysia, seseorang itu diketahui sebagai anak luar nikah adalah bukan dari "bin"nya, akan tetapi dari maklumat yang tersebar mengenai status beliau.
Oleh itu, seseorang anak luar nikah menjadi depressed bukan kerana bin nya, akan tetapi sebenarnya dia depressed kerana statusnya sebagai anak luar nikah.
Jika seseorang anak luar nikah diberi nama "Mansor bin Azman" pun, dia tetap depressed dan masyarakat melihat serong kepada dia dan ibu nya.
Jika seorang anak halal atau sah taraf diberi nama "Harun bin Abdullah", dia tidak depressed sedikit pun.
Kritikan tuan puan saya alu-alukan.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Julai 2017
UJIAN AL-AQSA 2017
Pokok² di Syurga indah dan nikmat belaka. Namun Allah menjadikan sebatang pokok sebagai ujian sebentar kepada Adam dan Hawa.
Demikian Allah swt menjadikan berbagai perkara dan kejadian kepada manusia sebagai ujian, termasuk "Ujian Al-Aqsa 2017" baru-baru ini, walau sebentar cuma (14 hari), untuk menilai kualiti-kualiti manusia. Firman Allah swt :
(وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ)
"Sungguh Kami (Allah) menguji kamu sehingga Kami tahu siapa para pejuang dan siapa penyabar dari kalangan kamu. Kami uji (benar atau tidak) maklumat-maklumat mengenai kamu". [Surat Muhammad 31]
من لم يهتم بامر المسلمين فليس منهم
"Siapa yang tak peduli urusan orang-orang Islam, dia bukan dari kalangan mereka" (Hadis).
Ujian Al-Aqsa 2017 meninggalkan beberapa syuhadak, ramai tercedera, puluhan ribu bertahan siap siaga (murabitun) di medan Al-Aqsa dan puluhan ribu serata dunia bangkit bersolidariti memberi tekanan antarabangsa.
(1) Bagi mereka yang terkorban, moga Allah swt menerima mereka sebagai Syuhadak ke Syurga tanpa hisab.
(2) Bagi mereka yang tercedera dan bersiap siaga bertahan di luar tembok Masjid Al-Aqsa, moga mereka tergolong dalam golongan Zohirin Alal Haq. Sabda Nabi saw :
لا تزال طائفة من امتى ظاهرين على الحق لا يضرهم من خدلهم حتى ياتى امر الله وهم كذلك قيل اين هم يا رسول الله قال ببيت المقدس واكناف بيت المقدس
bermaksud, "Akan terus ada golongan dari umatku yang terang²an di atas Kebenaran. Orang yang tidak memperdulikan mereka tidak memudaratkan mereka sehingga datang ketentuan Allah, sedang mereka masih seperti itu (terang²an atas Kebenaran). Di manakah mereka ya Rasulullah ? "Di Baitul Maqdis dan disekeliling Baitul Maqdis" (Hadis).
(3) Bagi mereka yang bersolidariti di seluruh dunia, moga mereka tergolong ke dalam golongan muslimin dan mukminin sebenar, di hari ramainya golongan munafikin pada zaman ini. Firman Allah swt :
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم اولياء بعض ...
bermaksud, "Orang-orang beriman, mereka berwalakkan sesama mereka ...".
Kini "Ujian Al-Aqsa 2017" telah berlalu. Solidariti umat Islam, khususnya penduduk Baitul Maqdis telah menang dan moral Israel kalah walaupun mereka dilengkapi persenjataan canggih dan negara yang didokong seluruh Barat dan Timur.
Ayuh kita membuat persiapan untuk menghadapi ujian-ujian Allah swt seterusnya. Moga Allah kurniakan kita kejayaan di dunia dan Akhirat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Julai 2017
Setelah 2 minggu ditutup, akhirnya Asar tadi ribuan umat Palestin masuk ke dlm Masjid Al-Aqsa dengan laungan Takbir ALLAHU AKBAR !
MASJID AL-AQSA AKAN DIBUKA
Jiwa Israel kalah !! Kedua² pintu pintar & laluan pengimbas akan dicabut ! Solidariti tunggu masa masuk Masjid Al-Aqsa & menang !!
Us. Abdul Halim Abdullah
27/7/2017
Sabar bina Dakwah ini. "Seperti tanaman keluarkan tunas, subur, jadi kuat, tegak atas batangnya, kagum melihatnya" (Fath:29)
KEPUNGAN HINA LAGI MEMALUKAN
Hingga ke saat ini, kepungan hasad dengki adik beradik Arab ke atas negara Qatar belum menampakkan hasil. Qatar masih teguh.
Teguh ekonomi dan sosialnya. Rakyat masih makan dan aktiviti harian berjalan seperti biasa.
Teguh politik dan kedaulatan. Beberapa ucapan Raja Qatar menolak campurtangan asing dalam menentukan pendirian negaranya. 4-Negara-Pengepung (Saudi, Emirates, Mesir dan Bahrain) mengatakan Ikhwan Muslimin dan Dr Yusof Qardhawy adalah pengganas. Raja Qatar kata tidak dan Qardhawy akan terus tinggal di Qatar.
Pada Raja Qatar, Ikhwan Muslimin bukan pengganas, malah "ia membentuk kerajaan di sebahagian Dunia Arab", katanya.
4-Negara-Pengepung yang tergamak menuduh Qatar menaja Keganasan kini mula dilihat oleh Masyarakat Antarabangsa sebagai pihak di kandang pesalah, diktator, bahkan penaja Keganasan sebenar.
Dunia melihat siaran Al-Jazeera milik Qatar sebagai rahmat kebebasan kepada Dunia Arab, sarang kediktatoran nombor satu dunia. Tuntutan agar Al-Jazeera ditutup tidak diendah Qatar.
Moga Qatar terus teguh memayungi Palestin, gerakan-gerakan dan negara-negara Islam. Kita doakan agar kiambang segera kembali bertaut setelah biduk berlalu. Semua mereka, iaitu kelima lima negara terbabit, adalah dibawah kitab suci dan aqidah yang satu, serta mempunyai bahasa dan budaya yang sama.
Us. Abdul Halim Abdullah
25 Julai 2017
MOGA DINAUNGI DI HARI KIAMAT
Selang 2 minggu berjumpa kembali tanpa dirancang :
(1) Sekali dalam walimah anak saudara saya di Changlun, Kedah bersempadan Thailand (Sabtu 8/7/2017), dan
(2) Sekali dalam solidariti Al-Aqsa di ibu negara, Kuala Lumpur (Jumaat 21/7/2017) baru-baru ini.
Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, Al-Akh Zainuddin Jaal, 61 (foto) adalah diantara pemimpin dan pelopor dakwah di kalangan pelajar Malaysia di sana. Ketika itu saya berumur 19 dan beliau 28.
Masa, tenaga, harta dan jiwa beliau dan isterinya, Ukhti Rashidah korbankan sepenuhnya demi memajukan tarbiyah kami.
Sebagai abang post-grad yang berpengalaman dalam Dakwah, beliau antara yang memperkenalkan program Islamic Summer Camp di Australia bermula awal tahun 1984 (Marion Mosque, Adelaide), ketika saya di tahun satu under-grad. Saya mendengar semasa peserta akhawat sessi fruit-picking, demi menyuburkan Ukhuwwah dengan adik-adik, isterinya turut memanjat pokok-pokok buah, walaupun ketika itu sedang sarat mengandung.
Moga pertemuan-pertemuan kerana Allah swt di atas dan seumpamanya melayakkan kita semua mendapat naungan Allah swt di Hari Kiamat.
Sabda Nabi saw :
سبعة يظلهم الله يوم القيامة يوم لا ظل الا ظله .... رجلان تحابان فى الله اجتمع عليه وتفرق عليه
"Tujuh golongan yang dinaungi Allah di hari tiada naungan selain naunganNya ... (diantara nya adalah) ... Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya ...".
Us. Abdul Halim Abdullah
24 Julai 2017
AL-AQSA DIJAJAH SEPENUHNYA
Sebentar tadi Jabatan Waqaf Al-Quds mengumumkan bahawa ia telah hilang kawalan sepenuhnya ke atas Masjid Al-Aqsa. Kini tiada kedengaran azan, tiada imam solat dan tiada makmum.
اللهم بحق لا إله إلا الله، وثقلها في الميزان، وبكل أسمائك الحسنى وعظمتها، يا من يقول للشيء كن فيكون، أسألك أن تنزل على الأقصى من جنودك وملائكتك من يدافعون عنه، كما أرسلت من قبل الطير الأبابيل، التي قضت على أبرهة، برحمتك يا أرحم الراحمين...
"Ya Allah, dengan kebenaran La Ilaha Illallah, dan beratnya ia di timbangan Akhirat nanti, dengan semua namaMu yang baik dan agung. Wahai Tuhan yang jika Dia berkata untuk sesuatu "Jadilah" maka ia terus terjadi. Kami memohon agar Engkau menurunkan tentera² dan para malaikat Mu untuk mempertahankan Al-Aqsa, sepertimana Engkau pernah mengutuskan burung² Ababil yang memusnahkan Abrahah. Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Merahmati ..."
Us. Abdul Halim Abdullah
24 Julai 2017
TARBIYAH MENDALAM
Kisah lama 25 tahun lalu. Di kampung isteri saya di Kepala Batas, ada bekas pembantu perubatan berpengalaman lama, membuka klinik sendiri. Demam cepat kebah, mungkin dosagenya tinggi. Sambutan hebat di kliniknya mengalahkan klinik-klinik doktor perubatan di sana. Pelanggan berpusu-pusu.
Mungkin ramai beranggapan tidak perlu seorang doktor melalui alam pengajian di fakulti perubatan selama 6-7 tahun, ditambah lagi 4 tahun untuk jadi pakar dan seterusnya. Kerana dresser atau pembantu perubatan contoh di atas tidak melalui pun kursus sebegitu panjang, sedang kliniknya padat dengan pelanggan.
Namun dunia perubatan maklum bahawa kemampuan nya terhad. Sunnah Allah di alam perubatan tidak berubah. Boleh nanti berlaku, hari di mana pesakit pneumonia disangkanya demam biasa. Ubatnya tidak mujarrab. Rawatannya tidak menjurus kepada penyakit sebenar.
Jika pneumonia pesakit telah kronik, atau kanser nya telah mencapai terminal, atau appendiks telah pecah disangkanya perut dimasukki angin, masa berlarutan, pesakit telah tidak dapat lagi diselamatkan, baru dia dan masyarakat tahu bahawa pembantu perubatan sebenarnya mempunyai keterbatasan.
Bahkan dalam banyak kes, pegawai perubatan tahap biasa yang bukan pakar juga mempunyai keterbatasan.
Begitulah juga hakikat Dakwah ini.
Cuaca terang, kerja girang, dunia terbentang, angan-angan melayang, boleh menyebabkan ramai duat rasa complacent dan Tarbiyah terabai dalam masa yang panjang. Mungkin mereka yang jahil mengatakan apa perlu Tarbiyah yang hebat, panjang, mendalam, klasik dsb. Tidakkah sedikit tazkirah dalam sekali dua pertemuan ringan dan sentuh-sentuh isu semasa telah mencukupi ?
Ramai boleh survive ujian tahap satu dan tahap dua dalam Dakwah.
Namun sunnatullah dalam Dakwah sekali-kali tidak berubah. Bila tiba ujian tahap tiga, tahap empat dan seterusnya, Seerah, sejarah dan pengamatan saya sendiri menunjukkan bahawa cuai di aspek Tarbiyah menjanjikan malapetaka dakwah di fasa dunia lagi, sebelum kesengsaraan di Akhirat.
Jalan Dakwah ini tidak akan mampu dilalui kecuali rijal yang telah ditarbiyah akal dan ruh nya dengan mendalam dan berpanjangan.
Tarbiyah yang cuai, jika berlarutan dan berpanjangan sehingga kronik boleh menyebabkan jasad dakwah lumpuh, lumpuh kekal atau lebih menyayat dari itu.
Us. Abdul Halim Abdullah
22 Julai 2017
SOLIDARITI AL-AQSA, MALAYSIA
Syukur الحمد لله, serta jzkk dan tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana mengadakan solidariti perhimpunan Al-Aqsa di depan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Ia sempena tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat 14/7/2017 seminggu lalu.
Selepas ini, rakyat Malaysia dijemput hadir ke perhimpunan² solidariti Al-Aqsa seterusnya, termasuk pada 5/8/2017 jam 4.30 pm di Putrajaya.
Ini mesej jelas dan kuat kepada musuh-musuh Islam dan juga kepada Masyarakat Antarabangsa, bahawa rakyat Malaysia masih peka, sedar dan hidup bersama isu-isu umat Islam sejagat dan bersedia berkorban jiwa dan raga demi aqidah yang mereka cintai.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Julai 2017
