Melayu (Official)
Open in Telegram
βNew Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Show more6 329
Subscribers
-724 hours
-47 days
+2730 days
Posts Archive
6 329
Tekanan ke atas BN dan UMNO diteruskan. Ia menunjukkan keretakan hubungan dan tikam menikam dikalangan pemimpin dari kerajaan semasa. Persepsi terus dimainkan.
Selagi belum didapati bersalah selagi itu kita tidak boleh menjatuhkan hukum. Cuma mereka yang di dakwa perlu berehat sebentar kemudian diberikan jawatan semula jika dapat membersihkan nama.
6 329
Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan kesal dengan tuduhan tidak berasas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaitkan dirinya dengan isu proses pengambilan pekerja asing.
Bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, beliau tidak pernah terlibat secara peribadi dalam pengambilan pekerja asing mahupun melibatkan mana-mana ahli keluarganya sepanjang memegang jawatan terbabit.
Beliau memaklumkan, nota Jemaah Menteri pada 13 April 2022 turut menjelaskan bahawa Menteri Sumber Manusia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pengambilan pekerja asing, selain pusat sehenti khas (OSC) membabitkan pelbagai kementerian akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing
Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saravanan-utus-surat-kepada-pmx-kesal-tuduhan-tidak-berasas-sprm
#AWANInews
6 329
Repost from Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya terlalu selesa dan bertolak ansur dengan kelemahan boleh menyebabkan sesebuah agensi, syarikat mahupun negara gagal mencapai kemajuan.
Beliau berkata, sikap menganggap kerugian berbilion ringgit sebagai perkara biasa tidak boleh diterima kerana ia mencerminkan kegagalan untuk bertindak terhadap kerosakan yang berlaku.
βAda agensi dan syarikat rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tetapi kita masih kata, βOkey, tidak ada apa-apa, biasa. Biasa apa? Biasa lingkup? Tidak boleh begitu. Ini budaya yang akan menyebabkan kita terus selesa dan rugi,β katanya.
Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rugi-berbilion-masih-kata-tiada-apa-apa-tak-boleh--pm-anwar
#AWANInews
6 329
Repost from Sinar Harian Official
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM.
https://www.sinarharian.com.my/article/793611/berita/semasa/rci-tabung-haji-bekas-pengerusi-th-bekas-ketua-setiausaha-perbendaharaan-ditahan
6 329
Repost from Sinar Harian Official
Sumbangan itu selepas syarikat berkenaan dianugerahkan projek membina jalan secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa bernilai RM62 juta.
https://www.sinarharian.com.my/article/793587/berita/semasa/kes-jana-wibawa-pengarah-syarikat-kcj-engineering-sumbang-rm4-8-juta-kepada-bersatu
6 329
+1
Bil Elektrik akan meningkat mendadak akibat dari kenaikan bahan api. Kerajaan sekali lagi gagal memastikan rakyat terus mendapat pembelaan. Dalam keadaan ekonomi yang di dumping oleh Syarikat luar dan Kapatalis menyebabkan semua dalam keadaan terkejut. Sesiapa yang mendekati kerajaan hari ini sudah pasti akan kalah dalam PRU.
6 329
Malaysia memerlukan seorang PM dan Kabinet yang diterima oleh semua pihak. Bukan yang penuh dengan kisah lampau!
Shahijan Rahmat
Rakyat Malaysia
6 329
Repost from Sinar Harian Official
"Apa yang berlaku sebelum ini adalah satu manipulasi untuk menunjukkan kononnya berlaku kebobrokan dalam institusi yang berkaitan umat Islam dan orang Melayu secara berlebih-lebihan." - Takiyuddin
https://www.sinarharian.com.my/article/793434/berita/politik/pn-gesa-penubuhan-rci-baharu-siasat-pentadbiran-tabung-haji
6 329
Jangan percaya tentang pelbagai grant atau bantuan yang dikeluarkan kerajaan. Ia penuh dengan muslihat dan kerenah bureaucracy. Kerajaan hari ini tidak di sokong dan penuh sabotaj oleh penjawat awam. Mereka sedang menafikan dan mengeluarkan pelbagai poster konon menunjukkan mereka sedang dalam keadaan baik. Sebenarnya mereka sedang menyedut simpanan rakyat perlahan-lahan.
Amir Harun
Rakyat T20 kini B40
6 329
Kerajaan yang pening lalat apabila menghina kemudian ajak bersama. Apabila jumpa kerajaan yang gila baik tolak cepat2!
Mandat Presiden PKR kepada Amiruddin. Bincang. Ia termasuk agihan kerusi pada pilihan raya berkenan.
https://www.sinarharian.com.my/article/793417/berita/politik/prn-melaka-amirudin-diberi-amanah-teliti-kerjasama-ph-bn---anwar
6 329
Repost from Sinar Harian Official
Madinah berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
6 329
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata beliau tidak menemui sebarang bukti kecurian dalam Lembaga Tabung Haji (TH) ketika mengetuai Jabatan Audit Negara.
Beliau yang berkhidmat dari 2017 hingga 2019 menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 yang dijalankan bersama pasukannya ketika itu adalah berdasarkan piawaian serta bukti audit.
Jika wujud sebarang penemuan berkaitan kecurian, Madinah menegaskan, beliau akan menjadi orang pertama yang melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rci-th-saya-tak-faham-apa-erti-sakau-bekas-ketua-audit-negara
6 329
Rakyat Malaysia selalu keliru dengan apa yang dipamerkan oleh Media PMX dan Realiti apa yang diperkatakan oleh PMX. Kadang-kadang ia nampak tidak seperti digambarkan dan diperkatakan.
Media PMX diuruskan oleh bahagian Komunikasi. Kerja mereka adalah mewujudkan naratif baik untuk PMX. Jadi mereka juga boleh memainkan naratif menyokong sesiapa yang mereka mahu. Selalunya apabila sesebuah kerajaan tumbang, mereka yang menerajui Komunikasi ini akan lari dahulu. Sebab itu anda perlu mendengar dari mulut semua pemimpin politik ini sendiri dan anda akan sedar bagaimana mereka menipu dan mengelirukan anda.
Semoga mereka ini dikurniakan hidayah dan tidak lagi menjadi golongan yang munafik demi kepentingan kuasa.
Ustaz Jambu
6 329
Hari ini saya mengenang sirah dan perit jerih baginda Nabi SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun yang lalu. Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.
Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan. Bukankah firman Allah SWT menjadi suatu pedoman yang jelas:
βDia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.β (Surah Quraysh, ayat 4)
Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah. Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang. Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil.
Hari ini, strategi Baginda SAW kekal menjadi rujukan. Tentunya tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya. Namun kita akan terus berusaha, selagi kudrat dan masa masih tersisa, bagi melakukan perubahan dan islah menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT.
Tiap pemimpin pastinya mendambakan yang terbaik buat seluruh rakyatnya, dan saya juga begitu. Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air kita, dan rakyatnya dirahmati dengan kasih sayang dan rezeki yang berkat.
Malaysia Madani, Ummah Diberkati.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
