Melayu (Official)
Ir al canal en Telegram
“New Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Mostrar más6 335
Suscriptores
+324 horas
+137 días
+3430 días
Archivo de publicaciones
6 333
Repost from Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya terlalu selesa dan bertolak ansur dengan kelemahan boleh menyebabkan sesebuah agensi, syarikat mahupun negara gagal mencapai kemajuan.
Beliau berkata, sikap menganggap kerugian berbilion ringgit sebagai perkara biasa tidak boleh diterima kerana ia mencerminkan kegagalan untuk bertindak terhadap kerosakan yang berlaku.
“Ada agensi dan syarikat rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tetapi kita masih kata, ‘Okey, tidak ada apa-apa, biasa. Biasa apa? Biasa lingkup? Tidak boleh begitu. Ini budaya yang akan menyebabkan kita terus selesa dan rugi,” katanya.
Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rugi-berbilion-masih-kata-tiada-apa-apa-tak-boleh--pm-anwar
#AWANInews
6 333
Repost from Sinar Harian Official
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM.
https://www.sinarharian.com.my/article/793611/berita/semasa/rci-tabung-haji-bekas-pengerusi-th-bekas-ketua-setiausaha-perbendaharaan-ditahan
6 333
Repost from Sinar Harian Official
Sumbangan itu selepas syarikat berkenaan dianugerahkan projek membina jalan secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa bernilai RM62 juta.
https://www.sinarharian.com.my/article/793587/berita/semasa/kes-jana-wibawa-pengarah-syarikat-kcj-engineering-sumbang-rm4-8-juta-kepada-bersatu
6 333
+1
Bil Elektrik akan meningkat mendadak akibat dari kenaikan bahan api. Kerajaan sekali lagi gagal memastikan rakyat terus mendapat pembelaan. Dalam keadaan ekonomi yang di dumping oleh Syarikat luar dan Kapatalis menyebabkan semua dalam keadaan terkejut. Sesiapa yang mendekati kerajaan hari ini sudah pasti akan kalah dalam PRU.
6 333
Malaysia memerlukan seorang PM dan Kabinet yang diterima oleh semua pihak. Bukan yang penuh dengan kisah lampau!
Shahijan Rahmat
Rakyat Malaysia
6 333
Repost from Sinar Harian Official
"Apa yang berlaku sebelum ini adalah satu manipulasi untuk menunjukkan kononnya berlaku kebobrokan dalam institusi yang berkaitan umat Islam dan orang Melayu secara berlebih-lebihan." - Takiyuddin
https://www.sinarharian.com.my/article/793434/berita/politik/pn-gesa-penubuhan-rci-baharu-siasat-pentadbiran-tabung-haji
6 333
Jangan percaya tentang pelbagai grant atau bantuan yang dikeluarkan kerajaan. Ia penuh dengan muslihat dan kerenah bureaucracy. Kerajaan hari ini tidak di sokong dan penuh sabotaj oleh penjawat awam. Mereka sedang menafikan dan mengeluarkan pelbagai poster konon menunjukkan mereka sedang dalam keadaan baik. Sebenarnya mereka sedang menyedut simpanan rakyat perlahan-lahan.
Amir Harun
Rakyat T20 kini B40
6 333
Kerajaan yang pening lalat apabila menghina kemudian ajak bersama. Apabila jumpa kerajaan yang gila baik tolak cepat2!
Mandat Presiden PKR kepada Amiruddin. Bincang. Ia termasuk agihan kerusi pada pilihan raya berkenan.
https://www.sinarharian.com.my/article/793417/berita/politik/prn-melaka-amirudin-diberi-amanah-teliti-kerjasama-ph-bn---anwar
6 333
Repost from Sinar Harian Official
Madinah berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
6 333
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata beliau tidak menemui sebarang bukti kecurian dalam Lembaga Tabung Haji (TH) ketika mengetuai Jabatan Audit Negara.
Beliau yang berkhidmat dari 2017 hingga 2019 menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 yang dijalankan bersama pasukannya ketika itu adalah berdasarkan piawaian serta bukti audit.
Jika wujud sebarang penemuan berkaitan kecurian, Madinah menegaskan, beliau akan menjadi orang pertama yang melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rci-th-saya-tak-faham-apa-erti-sakau-bekas-ketua-audit-negara
6 333
Rakyat Malaysia selalu keliru dengan apa yang dipamerkan oleh Media PMX dan Realiti apa yang diperkatakan oleh PMX. Kadang-kadang ia nampak tidak seperti digambarkan dan diperkatakan.
Media PMX diuruskan oleh bahagian Komunikasi. Kerja mereka adalah mewujudkan naratif baik untuk PMX. Jadi mereka juga boleh memainkan naratif menyokong sesiapa yang mereka mahu. Selalunya apabila sesebuah kerajaan tumbang, mereka yang menerajui Komunikasi ini akan lari dahulu. Sebab itu anda perlu mendengar dari mulut semua pemimpin politik ini sendiri dan anda akan sedar bagaimana mereka menipu dan mengelirukan anda.
Semoga mereka ini dikurniakan hidayah dan tidak lagi menjadi golongan yang munafik demi kepentingan kuasa.
Ustaz Jambu
6 333
Hari ini saya mengenang sirah dan perit jerih baginda Nabi SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun yang lalu. Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.
Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan. Bukankah firman Allah SWT menjadi suatu pedoman yang jelas:
“Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.” (Surah Quraysh, ayat 4)
Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah. Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang. Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil.
Hari ini, strategi Baginda SAW kekal menjadi rujukan. Tentunya tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya. Namun kita akan terus berusaha, selagi kudrat dan masa masih tersisa, bagi melakukan perubahan dan islah menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT.
Tiap pemimpin pastinya mendambakan yang terbaik buat seluruh rakyatnya, dan saya juga begitu. Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air kita, dan rakyatnya dirahmati dengan kasih sayang dan rezeki yang berkat.
Malaysia Madani, Ummah Diberkati.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
6 333
Pemimpin pada hari ini, gagal bukan kerana anda tidak bagus. Anda gagal kerana anda gagal memahami DNA bangsa anda. Anda gagal kerana anda merasakan anda boleh memberikan lagi yang terbaik, dan anda disibukkan dengan peperangan yang tidak bermanfaat sehingga kegagalan anda memahami itu menyebabkan ramai umat menderita dan mati. Anda menjadikan permusuhan dikalangan anda sebagai senjata untuk mempertahankan kuasa dan juga sebagai tiket untuk anda menjadi no 1.
Anda semua akan dipertanggungjawabkan kelak kerana anda merasakan anda sentiasa betul. Anak muda pula terus dijadikan tunggangan dan senjata mereka. Jika anda bukan ahlinya, berundurlah. Kubur kata mari. Jangan bawa semua berjuang dengan kalian jika kalian boleh berjuang seorang. Tidak semua mereka di pilih untuk jalan anda. Tiada paksaan dalam agama!
Akhirnya semua aib di buka dan kebanyakkan perniagaan bangsa Melayu yang dijadikan tempat berpaut hancur. Kita tidak dapat fokus kepada isu sebenar dunia kerana rakyat sekarang menjadi kucar kacir kerana pemimpin yang kalian taksub ini berpecah. Kalian telah dirosakkan oleh tangan-tangan ghaib yang melarikan fokus kalian kepada isu utama!
Ahmad bin Abdullah
