en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 858
Subscribers
No data24 hours
+467 days
+5730 days
Posts Archive
Repost from Media ACF
DAULAT TUANKU 🙏🏻
DAULAT TUANKU 🙏🏻

Saudara Muhammad Fatah, walaupun kurang upaya penglihatan, tidak mahu ketinggalan dalam menyertai Bukit Bintang Berselawat 3.0 dan bersama sehingga majlis selesai. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Di Bukit Bintang Berselawat 3.0… Di hari guru, dan dari kanta seorang guru, mendambakan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ , tersebar dengan penuh peradaban dan kasih sayang. #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0. Ke
+2
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0. Kenyataan daripada Bro Azim, wakil daripada Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang turut bersama menjayakan Street Dakwah BBB. 🤍 https://www.facebook.com/share/p/18YQfdEXwD/?mibextid=wwXIfr #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Suasana dan persiapan sebelum majlis bermula Di sebalik kemeriahan sebuah majlis, ada tangan-tangan yang diam bekerja… agar setiap yang datang pulang membawa rasa dihargai. 🤍 Goodies disusun satu persatu, ruang disemak berkali-kali demi menyambut setiap tetamu yang hadir malam itu. Mudah-mudahan setiap langkah yang hadir menjadi asbab hati kembali lembut dengan selawat, kembali dekat dengan Nabi Muhammad ﷺ. Sumber : Sis-Selawat untuk Sekretariat Bukit Bintang #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Tahu tak… dalam tempoh 1 jam, berapa kali video 15 saat itu dimainkan di billboard? 👀 Sekitar 25 hingga 26 kali setiap jam. Mungkin bagi sesetengah orang, itu hanya sebuah video pendek. Tetapi bagi kami, ada simbol yang lebih besar di sebaliknya. Dengan dana yang sangat terhad dan tanpa kemewahan produksi, Allah tetap izinkan video klip simbolik nama Nabi Muhammad ﷺ terpampang di layar kota. 15 saat itu mungkin singkat di mata manusia. Tetapi apabila ia bersiaran berkali-kali setiap jam, ia menjadi tanda bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ masih hidup dalam jiwa masyarakat. Bukan tentang besar bajetnya. Tetapi tentang besar maknanya. Dan kami bersyukur, dengan segala keterbatasan yang ada, Allah tetap izinkan ia terhasil dan sampai kepada ramai hati. Kredit video : Laman Budaya #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

+1
Ramai dalam kalangan tetamu Allah di Malaysia termasuk saudara-saudara kita dari Palestin, Syria dan Lebanon yang sudah lama menumpang kasih di bumi ini, turut merindukan suasana di mana nama Nabi Muhammad ﷺ disebut secara terang, dimuliakan dengan penuh cinta dan semangat di tengah masyarakat. Sumber : ehsanbrothers #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #HiburanBeradatBudayaDiangkat #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Wira di sebalik tabir BBB 3.0! Satu malam, seribu budiman. Di sebalik gema selawat yang menyatukan ribuan ummah di Bukit Bintang baru-baru ini, ada sekumpulan jiwa daripada pelbagai agensi penguatkuasa, pasukan keselamatan, dan puluhan NGO dan individu-individu yang bekerja tanpa lelah. Kerjasama ini membuktikan apabila masyarakat bersatu hati demi satu cinta yang sama, tiada apa yang mustahil. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sebagai tulang belakang menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Nota : Senarai penuh organisasi ada di video. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bukankah indah apabila seluruh Bukit Bintang digemakan dengan pujian ke atas Baginda Nabi SAW pada waktu yang sama? Mungkin ada yang menyangka perarakan BBB 3.0 ini hanya bermula di satu titik dan berakhir di satu titik yang lain. Hakikatnya, malam tersebut menyaksikan satu gerakan cinta yang luar biasa apabila gema berselawat bergerak secara SERENTAK dari 8 Checkpoint utama! Dari Checkpoint 1 di CIMB sehinggalah ke Checkpoint 8 di Pavilion, setiap pelosok laluan dihidupkan dengan alunan qasidah dan selawat oleh kumpulan-kumpulan yang telah ditugaskan. Kerana keluasan kawasan dan ramainya lautan manusia yang hadir, mungkin ada sudut yang kita terlepas pandang. Namun, saksikan sendiri video ini untuk melihat bagaimana kesemua 8 checkpoint ini sebenarnya berdenyut serentak demi cinta kepada Rasulullah SAW. Di checkpoint mana anda berada malam itu? #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Ayah kami buat lagu untuk BBB 3.0” 🤩🌹🥰 Teruja dan bangga bila lagu hasil karya ayah mereka menjadi antara lagu yang sering didengarkan sempena Bukit Bintang Berselawat 3.0 kali ini. Alhamdulillah, memang ramai yang suka dan turut menyanyikannya bersama. Suara anak-anak ini sebenarnya mewakili doa dan harapan kita semua. Walaupun kecil, semangat mereka untuk terus menyokong Palestin dan menyebarkan selawat sangat besar. Bila ditanya kenapa pilih poster “Save Gaza”, jawapan mereka cukup menyentuh hati… sebab berita tentang Gaza semakin kurang muncul di media sosial, jadi kita semua ada tanggungjawab untuk terus menghidupkan kesedaran ini. Seperti pesan adik-adik ini, marilah kita lazimi selawat, jaga solat dan paling kurang sentiasa berzikir setiap hari. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada kebaikan yang lebih besar. 🌹🇵🇸 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SaveGaza

Yang paling indah tentang Bukit Bintang Berselawat 3.0… ia bukan digerakkan oleh satu organisasi besar atau kelompok tertentu. Tetapi ia terhasil daripada kebersamaan masyarakat pelbagai latar belakang yang datang membawa tenaga, bakat, masa dan rasa cinta masing-masing… lalu semuanya bergabung menjadi satu malam yang sangat organik dan hidup. Persembahannya bukan digerakkan oleh nama-nama besar. Tetapi oleh manusia-manusia yang membawa jiwa. Ada guru yang datang berkongsi ilmu dan kesedaran. Ada anak muda yang siangnya bekerja di Speedmart… malamnya mempersembahkan lion dance dengan penuh disiplin budaya dan hormat. Ada rider, pemandu Grab, pekerja biasa… yang datang sebagai pencinta selawat perindu Rasulullah ﷺ Ada usahawan dan CEO syarikat… yang dalam masa sama boleh pegang bunga, angkat barang dan kutip sampah selepas program selesai, dan ramai lagi yang berkhidmat tanpa melihat darjat. Inilah wajah sebenar masyarakat. Majmuk. Berbeza. Pelbagai latar. Pelbagai budaya. Tetapi boleh duduk bersama dalam satu ruang yang dipenuhi adab, kasih sayang dan penghormatan. Ada Melayu, Cina, India. Ada Muslim dan non-Muslim yang hadir melihat sendiri bagaimana selawat mampu menyatukan manusia tanpa paksaan dan tanpa kebencian. Masing-masing datang dengan cara tersendiri. Tetapi pulang dengan rasa yang sama bahawa manusia sebenarnya masih boleh hidup dalam harmoni apabila cinta dan adab dijadikan titik pertemuan. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah acara. Ia seperti cerminan kecil sebuah masyarakat yang sedang mencari jalan untuk kembali menjadi hamba-Nya. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

BBB 3.0 Tentang KITA 🇲🇾

KEHADIRAN TERBUKA UNTUK SEMUA BBB 3.0 terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelbagai kaum dan agama, anak muda, keluarga, warga asing dan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Semua hadir sebagai rakyat biasa atas semangat keamanan, budaya dan cinta. ⸻ PROGRAM INI ORGANIK BBB 3.0 digerakkan majoritinya oleh anak muda, NGO, sukarelawan, komuniti kreatif dan rakyat biasa secara organik. Ramai yang hadir atas inisiatif sendiri selepas melihat hebahan media sosial, ajakan sahabat dan rasa ingin bersama dalam suasana selawat dan budaya masyarakat. ⸻ TENTANG JUMLAH KEHADIRAN Pihak penganjur sendiri tidak menjangka kehadiran yang begitu besar sehingga beberapa laluan dan checkpoint menjadi terlalu padat. Namun Alhamdulillah, pihak Polis dan kawalan trafik telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Mereka turut berpuas hati dengan perjalanan program serta pematuhan masa yang ditetapkan kerana melibatkan penutupan dua jalan utama di ibu negara, iaitu Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail (Lintasan Pejalan Kaki Shibuya Bukit Bintang). ⸻ KEBERSIHAN & DISIPLIN Walaupun jumlah kehadiran sangat ramai, para peserta turut membantu menjaga kebersihan kawasan dan memberi kerjasama kepada petugas. Pasukan kebersihan, sukarelawan dan peserta sendiri turut bersama-sama memastikan kawasan dikemaskan selepas program tamat. “Kita bukan sekadar mahu hidupkan budaya berselawat, tetapi juga budaya bertanggungjawab terhadap ruang awam.” ⸻ DAKWAH DENGAN BAHASA KASIH SAYANG BBB 3.0 memilih pendekatan dakwah yang lebih mesra masyarakat melalui senyuman, hadiah bunga, selawat, seni budaya dan interaksi santai bersama masyarakat kota. Kerana tidak semua orang akan datang ke masjid dahulu kadang-kadang kita yang perlu mendekati mereka dengan akhlak dan kasih sayang. ⸻ BUKIT BINTANG SEBAGAI SIMBOL Pemilihan Bukit Bintang bukan untuk mencari kontroversi, tetapi sebagai simbol bahawa dakwah, budaya baik dan cinta Nabi ﷺ juga boleh hadir di tengah kota dan ruang awam masyarakat. ⸻ TENTANG PELBAGAI KOMENTAR Kami memahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendekatan masing-masing dalam berdakwah dan berkesenian. BBB 3.0 tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju, namun kami berharap masyarakat dapat menilai keseluruhan usaha ini secara adil dan menyeluruh. Segala teguran yang membina kami terima dengan hati terbuka sebagai ruang penambahbaikan. ⸻ PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PDRM, DBKL, NGO, sukarelawan, pasukan media & kebersihan, pengamal seni budaya, semua petugas serta seluruh rakyat Malaysia yang hadir dan berhimpun dalam suasana aman, harmoni dan penuh adab. ⸻ APA SETERUSNYA? BBB 3.0 bukan penamat. Ia mungkin hanya permulaan kepada cita-cita yang lebih besar : “MENUJU KOTA BERSELAWAT” Semoga tanah air kita terus dihidupkan dengan nilai kasih sayang, seni budaya yang mendidik, dan semangat perpaduan rakyat Malaysia. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KENYATAAN RINGKAS SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT (BBB 3.0) Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Bukit Bintang Berselawat 3.0 (BBB 3.0), kami melihat pelbagai reaksi, video, komentar dan pandangan daripada masyarakat. Ada yang hadir sendiri, ada yang mengikuti melalui live dan media sosial. Untuk makluman bersama, sebahagian perkara yang dijelaskan dalam kenyataan ini sebenarnya telah pun diwar-warkan lebih awal melalui hebahan rasmi di Telegram Channel rasmi, Facebook rasmi serta dipanjangkan oleh pelbagai pihak melalui live media sosial di TikTok, Facebook, WhatsApp dan lain-lain sebelum dan semasa program berlangsung. Namun kami memahami bahawa tidak semua masyarakat mengikuti keseluruhan perjalanan program secara penuh dan ada yang hanya melihat potongan video atau beberapa sudut tertentu di media sosial. Maka kami dari pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat ingin berkongsi sedikit penjelasan secara ringkas supaya mesej sebenar program ini dapat difahami dengan lebih adil dan menyeluruh. ⸻ TEMA BBB 3.0 “Muhammad For All” “Hiburan Beradat, Budaya Diangkat” BBB 3.0 membawa mesej bahawa Rasulullah ﷺ diutuskan untuk seluruh manusia merentas bangsa, agama dan budaya. Dalam masa yang sama, kami ingin mengetengahkan bahawa hiburan juga boleh dibawa dalam bentuk yang beradat, berbudaya setempat dan mempunyai nilai kemanusiaan. ⸻ PENGANJURAN BBB 3.0 dianjurkan oleh Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang terdiri daripada gabungan NGO, komuniti, aktivis seni budaya dan sukarelawan masyarakat. Program ini bukan program parti politik dan tidak mewakili mana-mana agenda politik tertentu. Mana-mana individu yang hadir termasuk tokoh masyarakat, selebriti, agamawan, pempengaruh, menteri atau rakyat biasa, hadir atas kapasiti individu dan solidariti rakyat. ⸻ MOTIF & TUJUAN • Menghidupkan selawat dan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ • Mengangkat budaya Malaysia yang beradat dan harmoni • Membawa dakwah dengan pendekatan rahmah dan kasih sayang • Meraikan sambutan Hari Guru dengan Rasulullah ﷺ sebagai guru agung umat • Membuktikan perpaduan masyarakat majmuk masih wujud walaupun berbeza latar belakang ⸻ TENTANG PERSEMBAHAN BUDAYA Antara pengisian BBB3.0 : • Perarakan Selawat (8 checkpoint) • Keretapi Berselawat • Silat Tari Melayu • Dendang Budaya Beradat bertajuk “Hiburan Beradat, Pahlawan Bangsa” • Gendang Tabla India • Tarian Singa (Lion Dance) • Street Dakwah • Agihan bunga, hadiah & aktiviti • “Hijab Challenge” • “Busana Challenge” Konsep ini selari dengan tema “Budaya Diangkat”, meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam suasana harmoni dan beradab. Ia bukan ritual agama lain, tetapi persembahan budaya masyarakat majmuk Malaysia dalam konteks keharmonian rakyat. ⸻ TENTANG “SELAWAT SEKEJAP” Mungkin ada yang melihat video di lokasi utama dan menyangka program berlangsung singkat. Namun sebenarnya, aktiviti BBB 3.0 telah bermula lebih awal sekitar jam 6.30 petang melalui checkpoint sekitar Bukit Bintang, termasuk sesi selawat, gathering dan perarakan menuju lokasi utama. Disebabkan kehadiran yang sangat ramai, beberapa pengisian juga perlu dipendekkan serta disesuaikan mengikut arahan keselamatan dan kawalan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

Antara momen yang menyentuh hati pada malam Bukit Bintang Berselawat 3.0 adalah simbolik pemberian bunga ros merah kepada para pengunjung yang hadir. Kuntuman ros merah diagihkan kepada penumpang semasa program Keretapi Berselawat dan juga kepada orang ramai di sekitar kawasan program. Ada yang menerimanya dengan senyuman terkejut, ada yang memegangnya dengan erat sambil mengucapkan terima kasih, dan tidak kurang juga yang mengambil gambar sebagai kenangan indah malam tersebut. Ros merah membawa lambang cinta kepada Rasulullah SAW, menggambarkan Islam itu penuh dengan kelembutan, kasih sayang dan kedamaian. Dalam kesibukan kota moden, pemberian bunga itu menjadi satu dakwah cinta yang lembut, mengajak manusia mengenal Islam melalui akhlak, senyuman dan kasih sayang. Bukit Bintang malam itu bukan sekadar destinasi pelancongan. Ia berubah menjadi taman cinta, tempat hati-hati disirami selawat, ukhuwah dan kasih sayang. Suasana malam itu juga menjadi semakin ceria dengan kuntuman bunga yang berada di tangan para pengunjung. Semuanya tersenyum gembira, malah pelancong asing juga turut teruja menerima bunga ros sambil menyaksikan keindahan budaya berselawat di Malaysia. Kehadiran bunga-bunga tersebut seakan menghidupkan lagi suasana harmoni dan penuh ketenangan di tengah kota raya. Sekuntum ros di tangan, selawat di bibir, dan air mata syukur di hati, itulah gambaran indah yang terpancar sepanjang program berlangsung. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi medan menyatukan hati manusia melalui selawat, akhlak dan kasih sayang. Simbolik bunga ros merah itu akhirnya menjadi lambang bahawa dakwah tidak semestinya keras, kadangkala sekuntum bunga, sebuah senyuman dan alunan selawat sudah cukup untuk menyentuh hati manusia. Sumber : I-Madina #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

POV : Simbolik Sebalik Ros Merah

Repost from tvsufi.com
Portrait shot Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ulama dan Masyarakat berpisah tiada #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaD
+6
Portrait shot Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ulama dan Masyarakat berpisah tiada #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih TV Sufi atas sokongan dan kerjasama yang sangat hebat sepanjang menjayakan momen-momen indah ini. Dari liputan,
Terima kasih TV Sufi atas sokongan dan kerjasama yang sangat hebat sepanjang menjayakan momen-momen indah ini. Dari liputan, dokumentasi hingga menyampaikan rasa kepada masyarakat… segala usaha dan kebersamaan ini amat dihargai. Semoga setiap langkah, tenaga dan khidmat yang dicurahkan menjadi asbab tersebarnya mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dan menyatukan lebih ramai jiwa dalam selawat serta kasih sayang sesama manusia 🌹🤍 https://www.facebook.com/share/v/1HNYue3XQe/?mibextid=wwXIfr #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 https://www.facebook.com/share/p/18UDzapL2H/?mibextid=wwXIfr Ada
LENSA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 https://www.facebook.com/share/p/18UDzapL2H/?mibextid=wwXIfr Ada persembahan silat,ada dikir Barat,ada persembahan kompang,ada tarian naga oleh kaum Cina ada persembahan gendang oleh kaum India. Kesatuan pelbagai pihak dan bangsa,hiburan Beradat pelbagai budaya,dakwah cinta kepada para pengunjung Muslim dan non muslim. Ini ada mesej jelas tentang tanah air ini ada adat dan budaya tersendiri,bukan mengharap pada budaya luar yang patut kita curigai. Terima kasih atas sokongan, kehadiran dan kebersamaan dalam menyatukan hati-hati umat di tengah kota Kuala Lumpur. 🤍 Di tengah Bukit Bintang, semua berhimpun demi satu. Demi Baginda ﷺ ❤️🌹 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur