en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 874
Subscribers
-124 hours
-17 days
-930 days
Posts Archive
Warisan. Seni. Peradaban. Semuanya kini menanti anda di MBMD 2.0. Persiapan pameran kini telah siap menanti kehadiran para pengunjung. Saksikan Pameran Seni Kaligrafi Cina, Pameran Tanjak dan Busana Melayu, serta Pameran Mata Wang Kesultanan Selangor yang menghimpunkan keindahan seni, sejarah dan warisan dalam satu ruang penuh makna. Datang bersama keluarga dan sahabat. Hayati khazanah yang diwariskan, suburkan kecintaan terhadap warisan, dan bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Kemeriahan sudah mula terasa. Setiap langkah yang diatur, setiap senyuman para petugas, setiap ruang yang dihiasi dan setiap tetamu yang mula hadir menjadi tanda bahawa Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 semakin menghampiri detik yang dinanti. Suasana penuh ukhuwah, alunan selawat yang bakal bergema, serta himpunan masyarakat daripada pelbagai lapisan bakal menyatukan hati dalam satu majlis yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan setiap detik yang berlangsung menjadi asbab bertambahnya kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad, mengukuhkan perpaduan ummah dan membawa rahmat kepada seluruh yang hadir. Kemeriahan ini akan lebih bermakna dengan kehadiran anda bersama keluarga dan sahabat. Jom kita hadir di sini 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan meny
Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan menyatukan hati, menyemarakkan semangat muafakat, dan menemani perjalanan anda hingga tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. 🎧 Spotify MJMD – Teman perjalanan anda ke MBMD 2.0 https://open.spotify.com/artist/3ExeMnOE2jPfrvCKgRwDGK?si=vtuG2oWxT4-3ISi3RnwIsQ&utm_source #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Tak dapat berada di lokasi? Jangan risau. Atau nak ikuti suasana dari sudut dan lokasi berbeza? 📡 Ikuti Malam Berselawat Men
Tak dapat berada di lokasi? Jangan risau. Atau nak ikuti suasana dari sudut dan lokasi berbeza? 📡 Ikuti Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 secara langsung melalui platform media rasmi dan rakan media kami. Pilih platform kegemaran anda dan saksikan dari mana sahaja anda berada. Ada yang akan mula LIVE lebih awal, ada yang akan bersiaran di reruai-reruai tertentu, dan masa siaran juga berbeza… jadi boleh pilih nak ikuti siaran yang mana 😊 Muafakat Jelata Menjunjung Daulat https://www.facebook.com/muafakatjelata Tvsufi https://www.facebook.com/tvsufidotcom Media ACF https://www.tiktok.com/@media_acf.2 Syaikh Jumadil Kubra https://www.tiktok.com/@syaikhjumadilkubra I-Madina https://www.tiktok.com/@gagasan_imadina LAMAN BUDAYA https://www.facebook.com/misran.masseh Sis Selawat https://www.tiktok.com/@sisselawat Saksikan. Sebarkan. Berselawat bersama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🚆 Naik LRT3, Mudah Sampai! 🚆 Nak ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) Klang 2.0? Pilih pengangkutan yang lebih muda
🚆 Naik LRT3, Mudah Sampai! 🚆 Nak ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) Klang 2.0? Pilih pengangkutan yang lebih mudah dan selesa! ✅ Elak jem ✅ Tak perlu pening cari parking ✅ Perjalanan lebih tenang bersama keluarga dan rakan 🚌 Perkhidmatan Shuttle PERCUMA disediakan dari stesen LRT3 ke lokasi program. 🕐 Waktu Operasi Shuttle : 1:00 Petang – 11:00 Malam Jadikan perjalanan anda lebih lancar dan nikmati pengalaman menghadiri MBMD Klang 2.0 tanpa kerisauan. Naik LRT3, Mudah Sampai! Elak Jem • Elak Cari Parking

MediaKit MBMD2.0 Klang.pdf63.00 MB

📘 Sebelum hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, pastikan anda menyemak terlebih dahulu Media Kit serta panduan yang disediakan di Linktree rasmi MJMD 🔗 https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Di dalamnya tersedia pelbagai maklumat penting termasuk tentatif program, panduan kehadiran, lokasi, peta acara, bacaan selawat, soalan lazim dan informasi lain bagi membantu melancarkan perjalanan anda sepanjang program. 📄 Anda juga boleh memuat turun fail PDF Media Kit MBMD 2.0 melalui pautan di bawah ini. Semoga bermanfaat. Jumpa anda di MBMD 2.0, insya Allah. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Hari Ini! Warisan, Selawat & Muafakat Menanti Anda di MBMD 2.0 Alhamdulillah, hari yang dinanti telah tiba. Hari ini, marilah bersama keluarga menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah serta menghayati warisan Islam dan Kesultanan Alam Melayu. Sepanjang hari menanti anda : 🎨 Pertandingan Mewarna & Seni Khat 🎶 Qasidah, Silat, Kompang, Dikir Barat & Syair 🏹 Demonstrasi Memanah Tradisional 🕌 Pameran Warisan & Aktiviti Komuniti 🌙 Pengisian ilmu, Selawat & Doa Munajat pada sebelah malam Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 🗓️ Hari Ini | Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Jangan hanya melihat di media sosial. Hadirlah dan rasai sendiri kemeriahan serta keberkatan MBMD 2.0. 📍 Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Info lanjut : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat Jumpa anda hari ini, insya Allah! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatMembawaBerkat

HARI INI Selamat Datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi kepada kaum kerabat, serta melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” — Surah an-Nahl : 90 Hari yang dinanti akhirnya tiba. Pada hari ini, kita berhimpun dengan satu niat yang sama — menghidupkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, mengeratkan ukhuwah, menyuburkan muafakat serta menghayati nilai yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah masyarakat beradab. Semoga setiap pengisian, setiap pertemuan dan setiap langkah yang diatur pada hari ini menjadi wasilah untuk memperkukuh kecintaan kepada agama, memelihara warisan bangsa dan menjunjung kedaulatan negara berteraskan nilai Islam. Selamat datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga Allah SWT menerima segala usaha, memberkati setiap amal dan menghimpunkan hati-hati kita dalam rahmat serta kasih sayangNya. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Persiapan kini memasuki fasa terakhir. Setiap sudut sedang diperhalusi. Setiap amanah sedang dilaksanakan sebaik mungkin. Di sebalik sebuah majlis yang bakal berlangsung, ada usaha, doa dan pengorbanan ramai pihak yang berganding bahu demi menjayakannya. Mudah-mudahan segala persiapan ini dipermudahkan Allah SWT dan menjadi wasilah lahirnya sebuah majlis yang menyuburkan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ serta menyatukan hati-hati umat. Kini hanya tinggal satu perkara yang melengkapkannya… kehadiran anda. Insya Allah, kita bertemu di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Repost from N/a
🎥 Pernah terbayang bagaimana rasanya berada di dalam Masjid Al-Aqsa? Kini anda boleh merasainya melalui pengalaman VR 360° M
🎥 Pernah terbayang bagaimana rasanya berada di dalam Masjid Al-Aqsa? Kini anda boleh merasainya melalui pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa, hasil kolaborasi Bangkit Al-Quds bersama Yayasan MyAQSA. Jelajahi Baitul Maqdis secara maya sambil mengenali sejarah, kedudukan dan kepentingannya sebagai salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Cara untuk sertai sangat mudah: ✅ Imbas kod QR ✅ Ikuti media sosial Bangkit Al-Quds ✅ Isi Google Form ✅ Terima nombor giliran dan slot masa ✅ Hadir ke booth mengikut waktu yang diberikan 📌 Tempat adalah terhad, jadi daftar awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang merasai pengalaman yang bermakna ini. Kami nantikan kehadiran anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MasjidAlAqsa #AlifMimSin

Dalam membina sebuah peradaban yang kukuh, wanita merupakan tiang seri sesebuah masyarakat. Daripada seorang wanita bermulanya madrasah pertama kehidupan. Di tangannyalah lahir didikan yang membentuk generasi berilmu, beradab dan berjiwa luhur. Apabila wanita diperkasa dengan iman, ilmu dan akhlak, maka kukuhlah institusi keluarga. Apabila keluarga kukuh, lahirlah masyarakat yang sejahtera. Daripada masyarakat yang sejahtera, terbinanya sebuah negara yang maju, beradab dan bertamadun. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Sharniza Mahat, wakil daripada i-Madina, atas kesudian bersama-sama mempromosikan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga usaha ini menjadi asbab semakin ramai masyarakat hadir mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Oleh : Sharniza Mahat & i-Madina Terbitan : Sekretariat MJMD

ESOK KITA BERTEMU Esok, insya Allah ribuan langkah akan menuju ke destinasi yang sama. Allah SWT berfirman : ”…dan sesiapa ya
ESOK KITA BERTEMU Esok, insya Allah ribuan langkah akan menuju ke destinasi yang sama. Allah SWT berfirman : ”…dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu lahir daripada ketakwaan hati.” — Surah al-Hajj : 32 Barangkali yang akan kita bawa pulang esok bukan sekadar gambar atau kenangan, tetapi hati yang lebih tenang, ukhuwah yang lebih erat dan rasa syukur kerana dipertemukan dalam sebuah majlis yang penuh keberkatan, bahkan mengingatkan kita kepada nilai persaudaraan sesama insan serta tanggungjawab memelihara adab, warisan dan kedaulatan yang diwariskan kepada kita. Jumpa esok, insya Allah. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

📢 SATU PAUTAN. SEMUA PLATFORM RASMI MJMD. Baru mengenali Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)? Mulakan di sini. Semua pl
+1
📢 SATU PAUTAN. SEMUA PLATFORM RASMI MJMD. Baru mengenali Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)? Mulakan di sini. Semua platform rasmi kami dihimpunkan dalam satu pautan. “Macam mana nak sertai Telegram?” “Di mana nak dapatkan info program?” “Facebook rasmi yang mana satu?” Tak perlu cari satu demi satu. Platform Rasmi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) menghimpunkan semua saluran rasmi dalam satu tempat agar anda tidak terlepas sebarang hebahan, perkongsian ilmu, pengumuman dan perkembangan terkini termasuk hebahan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 📲 Imbas kod QR atau klik pautan rasmi sekarang. 🔗 Linktree https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat 📲 Telegram https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat 📘 Facebook https://facebook.com/muafakatjelata 📧 Emel muafakatjelatamenjunjungdaulat@gmail.com Satu Imbasan. Semua Pautan. Sebarkan Kebaikan. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

Terima kasih kepada Alumni Akademi Al-Ghazali yang turut mengajak seluruh lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, untuk bersama-sama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Ayuh hadir memeriahkan majlis yang menghimpunkan selawat, ilmu, adab serta semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air dalam suasana penuh mahabbah dan keberkatan. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang 🔗 Semua info dan bahan hebahan MBMD 2.0 boleh diakses melalui Linktree : https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Majlis Selawat Yang Menyatukan Ribuan Hati Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Kampung Pendamar, Tn. Hj. Mohd Shah bin Harun, serta Timbalan Nazir Masjid Kampung Pendamar, Tn. Mohd Khairul bin Ibrahim, atas sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Klang dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis penuh keberkatan ini. Pelbagai pengisian ilmiah, kerohanian, kemasyarakatan dan aktiviti kekeluargaan menanti anda sepanjang hari. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang Ayuh bersama-sama menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menyatukan ribuan hati dalam mahabbah, memperkukuh ukhuwah serta mengangkat semangat muafakat demi agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

﴿ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴾ “Baldatun Ṭayyibatun Wa Rabbun Ghafūr…” Apakah rahsia sebuah negara yang aman, makmur dan mendapat keberkatan Allah? Ikuti perkongsian penuh oleh Ustaz Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan, Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor, yang menghuraikan makna ayat ini serta mengajak kita mensyukuri nikmat keamanan, perpaduan dan kemakmuran yang dikurniakan Allah kepada negara kita, di samping menghayati peranan institusi diraja dalam kerangka Perlembagaan dan kedudukan Islam di Malaysia. Semoga perkongsian ini menjadi asbab untuk kita bersama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan 🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat