en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 842
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-1430 days
Posts Archive
SENTIASA TERKINI TERUS MENERUS KAMI BAWAKAN DARI MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Selawat penuh ruhi… Ikuti siaran langsung di FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB TVsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr Pastikan anda terus bersama kami. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll

LENSA SEMASA | MAJLIS SELAWAT & MUNAJAT Malam yang penuh keberkatan kini diteruskan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam Majlis Selawat sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Ribuan hadirin bersama-sama membasahi lidah dengan pujian dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghidupkan suasana yang penuh ketenangan, penghayatan dan kerinduan kepada Baginda. Majlis turut diserikan dengan doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, memohon kesejahteraan, keberkatan dan perlindungan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, para pemimpin, seluruh rakyat serta negara yang tercinta. Semoga negara terus dikurniakan keamanan, perpaduan dan kemakmuran di bawah naungan Allah SWT. Selaras dengan tema Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, majlis ini menjadi manifestasi kesatuan hati rakyat dalam memelihara keharmonian negara, memperkukuh jati diri serta menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan dan kestabilan yang dikecapi. Semoga alunan selawat dan munajat yang bergema pada malam ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT ke atas raja, pemimpin, rakyat serta seluruh tanah air yang kita cintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Meriah sejak petang tadi! ✨ Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat sekitar dan pengunjung dari pelbagai lokasi. Ruang program dipenuhi keluarga, sahabat handai dan pengunjung yang hadir menikmati pelbagai pameran, aktiviti komuniti serta reruai yang disediakan. Moga suasana penuh muafakat ini menjadi asbab bertambahnya ukhuwwah, kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

πŸ”΄SIARAN LANGSUNG MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) bersama Masjid Bandar Saujana Putra dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung seperti berikut : πŸ—“ 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’ 3.00 Petang – 10.30 Malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti bagi memeriahkan program ini. Berselawat Menyatu Ummah. Muafakat Memperkukuh Bangsa. Menjunjung Daulat Memperkasa Negara. Tonton bersama di page berikut FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB tvsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll

Booth Cinta Al-Quds kini hampir melabuhkan tirai hari ini Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung. Dan malam ini kita teruskan pula dengan acara utama… ✨ Malam Berselawat Menjunjung Daulat Jom kita sama-sama hadir dan memeriahkan majlis! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA AKTIVITI PETANG YANG SEMPAT DIRAKAMKAN TADI Usai Sembang Santai : "Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Perdadaban Kita", ma
+9
LENSA AKTIVITI PETANG YANG SEMPAT DIRAKAMKAN TADI Usai Sembang Santai : "Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Perdadaban Kita", majlis diteruskan dengan persembahan silat yang memukau dari anak-anak Ayuh hadir bersama keluarga untuk menghayati keindahan budaya yang menjadi akar kekuatan bangsa, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan. Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Jati Diri Diperkasakan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Selamat datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra. Indahnya melihat generasi muda kita mendekatkan diri dengan ilmu dan tradisi di Masjid Bandar Putra. Dari kanak-kanak yang ceria bermain sambil belajar hingga lah semangat para pengunjung menelaah khazanah ilmu lama. Semoga semangat mencari ilmu ini terus subur di hati mereka! Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMSin #TigakotaSuci #PeradabanTimur

🌹SOROTAN SEMASA BICARA SANTAI : KENALI AKAR SEJARAH, BUDAYA DAN PERADABAN KITA Alhamdulillah, sesi Bicara Santai : Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Peradaban Kita telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra. Para hadirin berpeluang menelusuri perjalanan sejarah, memahami warisan budaya serta menghayati nilai-nilai peradaban yang menjadi asas pembentukan masyarakat kita hari ini. Perkongsian yang santai namun penuh makna ini telah membuka ruang perbincangan yang bermanfaat, di samping menyemarakkan rasa cinta terhadap identiti, tradisi dan khazanah bangsa. Terima kasih kepada para panel dan semua peserta yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai sesi ilmu yang berharga ini. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat menjadi panduan dalam memelihara serta menghargai warisan yang telah diwariskan kepada generasi masa kini dan akan datang. Jangan lupa untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik sedang dan akan berlangsung sepanjang program ini. Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’ 3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KenaliSejarahBudayaPeradaban #WarisanBangsa #JatiDiriMalaysia

Hampir 20 reruai menanti kunjungan anda! πŸ”₯ Semuanya terhimpun dalam Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama merasai suasana program Malam Berselawat Menjunjung Daulat bermula jam 3.00 petang hingga 10.30 malam ini β€’ Pameran Sejarah & Peradaban β€’ Jualan Buku & Produk Komuniti β€’ Pertandingan Kanak-Kanak β€’ Demonstrasi Masakan β€’ Pencak Silat, Dikir Barat & Kompang β€’ Majlis Selawat & Munajat Dan pelbagai lagi Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Jom hadir sekarang dan bawa keluarga bersama! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

*πŸŒ™ MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT | SESI PETANG: WARISAN, BUDAYA & JATI DIRI BANGSA πŸŒ™* Bermula jam 5.15 petang, para pengunjung akan dibawa menyelami keindahan seni warisan Melayu melalui pelbagai persembahan kebudayaan yang mencerminkan kekuatan identiti dan peradaban bangsa. Link Live https://vt.tiktok.com/ZS9jCMgUrmHxT-53v6H/ πŸ₯‹ Persembahan Silat Sendeng Menyaksikan kehalusan seni bela diri tradisional yang sarat dengan nilai disiplin, adab dan kepahlawanan. 🎢 Persembahan Dikir Barat Hiburan rakyat yang menggabungkan irama, kreativiti dan mesej bermakna dalam suasana penuh kemeriahan. πŸ₯ Persembahan Kompang Menghidupkan suasana dengan rentak warisan yang menjadi simbol kebersamaan dan perpaduan masyarakat. βš”οΈ Persembahan Silat Gayong Menampilkan kehebatan salah satu aliran persilatan Melayu yang terkenal dengan semangat perjuangan dan ketahanan diri. Ayuh hadir bersama keluarga untuk menghayati keindahan budaya yang menjadi akar kekuatan bangsa, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan. πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•” Bermula 5.15 Petang πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Jati Diri Diperkasakan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA AKTIVITI πŸ“Έ Petang yang penuh warna dan makna. Reruai demi reruai mula menerima kunjungan, anak-anak riang menyertai aktiviti, keluarga berkumpul, dan masyarakat beramah mesra dalam suasana penuh muafakat. Inilah antara wajah-wajah awal Malam Berselawat Menjunjung Daulat sebelum kita berhimpun bersama pada malam nanti. Masih sempat untuk hadir. Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac Ayuh bersama keluarga dan sahabat. Kita meriahkan majlis yang menyatukan masyarakat dalam semangat kasih, ukhuwwah dan selawat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA AKTIVITI Warna-warni MBMD petang ini Kemeriahan dikawasan perkarangan masjid dan ruang legar masjid dengan pelbagai akt
+9
LENSA AKTIVITI Warna-warni MBMD petang ini Kemeriahan dikawasan perkarangan masjid dan ruang legar masjid dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan yang dianjurkan. Jemput datang bagi yang sekitar Lembah Klang ke Masjid Bandar Saujana Putra Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌹 SOROTAN SEMASA DEMONSTRASI MASAKAN DUMPLING & NASI BRIYANI Alhamdulillah, suasana di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra semakin meriah dengan berlangsungnya Demonstrasi Masakan Dumpling dan Nasi Briyani yang mendapat perhatian para pengunjung. Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri proses penyediaan hidangan istimewa ini secara langsung, sambil menimba ilmu dan tip-tip masakan daripada mereka yang berpengalaman. Aroma masakan yang menyelerakan turut menambahkan lagi kemeriahan program pada petang ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Jangan lepaskan peluang untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik menanti sepanjang program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌹 SOROTAN SEMASA MERIAHNYA PERTANDINGAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK  Alhamdulillah, Pertandingan Mewarna yang berlangsung sempena Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 100 orang anak-anak comel yang hadir bersama ibu bapa dan keluarga. Pelbagai hasil kreativiti yang menarik dan berwarna-warni berjaya dihasilkan oleh para peserta. Suasana dewan dipenuhi gelak tawa, semangat dan keceriaan anak-anak yang begitu tekun menzahirkan bakat mereka. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak menyertai program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat memupuk kreativiti, keyakinan diri serta menjadi kenangan indah buat mereka. Malam Berselawat Menjunjung Daulat πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu) πŸ•’3.00 petang hingga 10.30 malam πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat