Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Open in Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 874
Subscribers
+124 hours
+17 days
-930 days
Posts Archive
Anak Muda, Pewaris Warisan dan Kedaulatan
Sesebuah bangsa akan terus teguh apabila anak mudanya mengenali asal usul, menghargai warisan dan menjunjung kedaulatan. Kemajuan yang sebenar lahir daripada jati diri yang kukuh, akhlak yang mulia dan semangat memelihara amanah yang diwariskan.
Anak muda hari ini bukan sekadar pewaris sejarah silam, tetapi penyambung perjuangan, pembina masa hadapan dan pemegang amanah yang akan menentukan wajah bangsa pada hari esok. Apabila mereka mengenali warisan serta menghayati nilai-nilai murni, mereka sedang mengangkat maruah agama, bangsa dan negara.
Ayuh anak muda, kita hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 dan bersama menyemarakkan semangat cinta kepada Rasulullah ﷺ, menghargai warisan serta menjunjung kedaulatan demi masa depan yang lebih bermaruah.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Selangor
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Anak Muda, Pewaris Warisan dan Kedaulatan
Sesebuah bangsa akan terus teguh apabila anak mudanya mengenali asal usul, menghargai warisan dan menjunjung kedaulatan. Kemajuan yang sebenar lahir daripada jati diri yang kukuh, akhlak yang mulia dan semangat memelihara amanah yang diwariskan.
Anak muda hari ini bukan sekadar pewaris sejarah silam, tetapi penyambung perjuangan, pembina masa hadapan dan pemegang amanah yang akan menentukan wajah bangsa pada hari esok. Apabila mereka mengenali warisan serta menghayati nilai-nilai murni, mereka sedang mengangkat maruah agama, bangsa dan negara.
Ayuh anak muda, kita hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 dan bersama menyemarakkan semangat cinta kepada Rasulullah ﷺ, menghargai warisan serta menjunjung kedaulatan demi masa depan yang lebih bermaruah.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Selangor
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
10 HARI LAGI
Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
ANAK MUDA, PEWARIS WARISAN & KEDAULATAN
“Sesungguhnya mereka itu ialah para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”
— Surah Al-Kahfi : 13
Warisan bukan sekadar untuk dikenang.
Kedaulatan bukan sekadar untuk dipertahankan.
Kedua-duanya perlu dihidupkan oleh generasi yang mengenal adab, menghargai sejarah dan menjadikan selawat sebagai penyatu hati.
Generasi yang mengenal warisan akan menghargai kedaulatan.
Generasi berilmu akan mampu memimpin masa hadapan.
Generasi berakhlak pula menjadi cahaya kepada masyarakat.
Anak muda bukan sekadar pewaris nama, tetapi pewaris amanah dan penjaga nilai.
Ayuh bersama menghidupkan semangat itu di MBMD 2.0.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕢 1 petang hingga 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps : https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
+1
#TanyaJawabMBMD
ADAKAH MBMD 2.0 TERBUKA UNTUK LIPUTAN MEDIA?
Jawapannya, ya.
MBMD 2.0 mengalu-alukan penyertaan rakan media, pengamal media, pencipta kandungan, jurugambar, videografer, NGO serta orang ramai untuk bersama-sama menjayakan hebahan program ini.
Anda boleh membantu membuat liputan sebelum, semasa dan selepas program, berkongsi bahan rasmi di media sosial, menghasilkan kandungan kreatif serta mengajak lebih ramai masyarakat hadir bersama.
Bagi memastikan liputan berjalan lancar dan beretika, panduan liputan media, maklumat program serta bahan rasmi disediakan dalam Media Kit MBMD 2.0.
Mari sebarkan mesej yang membawa manfaat kepada masyarakat dengan menggunakan hashtag
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat dan #MuafakatJelataMenjunjungDaulat.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
APAKAH PENGISIAN UTAMA MBMD 2.0?
Jawapannya, terlalu banyak untuk dinikmati dalam satu hari.
MBMD 2.0 menghimpunkan pelbagai pengisian untuk seisi keluarga, antaranya Majlis Selawat, Tazkirah Khas, Pameran Sejarah dan Warisan, Eksplorasi Kenegaraan, Demonstrasi Seni Khat, Persembahan Silat dan Kompang, aktiviti keluarga, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kanak-kanak serta reruai komuniti dan usahawan.
Jadi, hadirlah seawal 1.00 petang dan rancang masa anda sebaiknya agar setiap ahli keluarga dapat menikmati pelbagai aktiviti sebelum kemuncak majlis pada waktu malam.
MBMD 2.0 bukan sekadar hadir untuk berselawat, tetapi satu pengalaman bermakna untuk seisi keluarga.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
PERLU DAFTAR ATAU BOLEH TERUS HADIR?
Jawapannya, anda boleh terus hadir. Tiada pendaftaran dan tiada bayaran dikenakan.
MBMD 2.0 terbuka kepada semua. Hadirlah bersama keluarga seawal 1.00 petang untuk menikmati pelbagai pengisian seperti pameran sejarah dan warisan, aktiviti komuniti, seni budaya, gerai serta pelbagai program menarik sebelum kemuncaknya pada Majlis Selawat, Tazkirah Khas dan Doa Munajat.
Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan bagi membantu menjayakan usaha dakwah ini.
Untuk jadual penuh, atur cara dan maklumat terkini, sentiasa semak Media Kit MBMD 2.0 serta Linktree MJMD kerana kedua-duanya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
🔗 https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Segala maklumat rasmi, semuanya di satu tempat.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
ADAKAH MBMD 2.0 HANYA UNTUK PENDUDUK KLANG?
Jawapannya, tidak.
MBMD 2.0 terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira negeri atau daerah. Sesiapa sahaja yang ingin bersama-sama berselawat, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dialu-alukan hadir.
Kerana perpaduan tidak mengenal sempadan.
Apabila hati disatukan dengan selawat, kita semua adalah sebahagian daripada keluarga yang sama.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
MENGAPA MBMD 2.0 DIADAKAN DI KLANG?
Kerana MBMD bukan sekadar sebuah program, tetapi sebuah gerakan yang dibawa lebih dekat kepada masyarakat.
Selepas kejayaan MBMD 1.0, kini semangat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat diteruskan di Bandaraya Diraja Klang—sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, warisan Kesultanan Selangor dan budaya masyarakat berbilang kaum.
Melalui MBMD 2.0, kita bersama-sama sebagai rakyat berhimpun dalam satu majlis yang menyatukan hati melalui selawat, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan kecintaan kepada Raja, Negara dan Rakyat.
Setiap lokasi membawa cerita.
Dan Klang dipilih untuk meneruskan kisah perpaduan itu.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕖 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Klang Harmoni, Kita Bersama
Keharmonian tidak lahir kerana semua manusia itu sama. Keharmonian lahir apabila setiap hati memilih untuk saling menghormati, saling memahami dan bermuafakat.
Itulah kekuatan Bandaraya Diraja Klang. Sebuah bandar yang sejak sekian lama menjadi lambang kehidupan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang hidup bersama dalam semangat saling menghargai. Di sinilah kepelbagaian bukan menjadi jurang, tetapi jambatan yang mengeratkan hubungan sesama insan.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 lahir untuk menyuburkan semangat itu.
Apabila ribuan insan berhimpun mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, yang disatukan bukan sekadar suara, tetapi juga hati. Selawat menghidupkan kasih sayang, menyuburkan adab dan mengeratkan ukhuwah, asas kepada sebuah masyarakat yang aman dan bersatu.
Dalam tradisi Kesultanan Alam Melayu, Institusi Kesultanan menjadi payung agama, pelindung rakyat dan lambang kedaulatan negara. Menjunjung daulat bukan sekadar menghormati sebuah warisan, tetapi memelihara asas perpaduan yang menjadi kekuatan negara hingga hari ini.
Kerana itulah, keharmonian tidak diwarisi begitu sahaja. Ia terus hidup apabila kita memilih untuk hadir, berselawat, bermuafakat dan bersama-sama memelihara nilai yang menyatukan kita.
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor
Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Marilah kita hidupkan malam yang penuh keberkatan ini dengan selawat, doa dan muafakat demi sebuah Bandaraya Diraja Klang yang terus harmoni, diberkati dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Oleh : Norfazillah Miskun
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Perpaduan : Senjata Hebat Orang Melayu
Masih teringat kata-kata Toga kepada pihak British yang digambarkan dalam filem Mat Kilau :
“Jika mereka bersatu, sejuta senjata kamu pun tidak berguna lagi kerana perpaduan mereka ialah senjata paling hebat orang Melayu.”
Lalu dijawab :
“Mereka tidak akan bersatu sampai bila-bila. Orang Melayu lebih mementingkan diri dan dipenuhi hasad dengki sesama sendiri. Sebab itulah mereka mudah dijajah dan dipijak.”
Dialog ini mengingatkan kita bahawa kelemahan umat lahir daripada kesilapan sendiri, lalu diperkuatkan dengan tipu daya musuh yang memecah-belahkan kesatuan. Justeru, kita perlu kembali membangkitkan kekuatan yang diwariskan oleh para leluhur.
Hari ini, semangat itu perlu diterjemahkan melalui Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dengan membina masyarakat yang bersatu, menjunjung Institusi Raja, serta hidup harmoni dalam sebuah negara majmuk. Keindahan Melayu yang berteraskan ajaran Islam melalui akhlak, kasih sayang dan perpaduan merupakan dakwah terbaik kepada masyarakat bukan Islam.
Inilah ajaran Islam, akhlak Rasulullah SAW dan warisan peradaban para leluhur yang perlu kita hidupkan kembali demi membina umat dan negara yang kuat, berdaulat serta bersatu.
Oleh : Ilham Fahmi
Terbitan : Sekretariat MJMD
______
Catatan Editor : Leluhur yang dimaksudkan ialah para pendahulu, nenek moyang dan tokoh terdahulu yang mewariskan nilai, adab, ilmu serta peradaban kepada generasi selepas mereka. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada warisan peradaban Melayu-Islam yang selari dengan ajaran Islam, bukan kepada amalan pemujaan atau kepercayaan yang bercanggah dengan akidah.
#JejakPeradaban
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
TAZKIRAH KHAS MBMD 2.0
Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
Ilmu Memperkukuh Daulat, Hikmah Memakmurkan Negara
Sesebuah negara tidak akan teguh hanya dengan kekuatan pentadbiran. Ia berdiri kukuh apabila Raja dihormati, Ulama dirujuki dan Rakyat dipimpin dengan ilmu serta adab.
Berlandaskan semangat tersebut, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 bukan sekadar sebuah majlis selawat, bahkan sebuah himpunan ilmu, sejarah, warisan dan perpaduan yang berlangsung sepanjang hari bermula jam 1.00 petang dengan pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.
Menjelang malam, MBMD 2.0 memasuki acara kemuncaknya yang dimulakan dengan Tazkirah Khas selepas solat Maghrib, diikuti Majlis Selawat Menjunjung Daulat selepas solat Isyak, diteruskan dengan Tazkirah Khas kedua, sebelum seluruh hadirin bersama-sama menutup malam penuh keberkatan ini dengan doa dan munajat demi agama, Raja, negara dan rakyat.
Dua pengisian tazkirah ini bakal mengupas sejarah, kenegaraan dan peradaban Islam berteraskan acuan Kesultanan Alam Melayu, sekaligus mengajak masyarakat menghayati hubungan erat antara Raja, Ulama dan Rakyat sebagai asas kepada perpaduan, kestabilan serta kedaulatan negara.
Pengisian Tazkirah Khas
• Selepas Solat Maghrib
Ustaz Angah Sunan
Peranan Kesultanan Alam Melayu dalam Penyebaran Islam di Nusantara
• Selepas Solat Isyak
Majlis Selawat Menjunjung Daulat
• Selesai Majlis Selawat
YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan
Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕐 Program bermula : 1.00 petang
🌙 Acara Kemuncak : 7.00 malam – 11.00 malam
📍Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor
Semoga setiap langkah yang diatur ke MBMD 2.0 menjadi asbab lahirnya kefahaman, kasih sayang dan keberkatan buat agama, Raja, negara serta seluruh rakyat.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
11 HARI LAGI
Menuju Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.”
— Surah Ali ’Imran : 103
Selawat Menyatukan Hati
Klang Harmoni, Kita Bersama
Keharmonian tidak lahir kerana kita semua sama, tetapi kerana hati memilih untuk saling menghormati, memahami dan hidup dalam muafakat.
Bandaraya Diraja Klang sejak sekian lama menjadi lambang masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian kaum, budaya dan latar belakang. Perbezaan bukan penghalang, bahkan menjadi kekuatan yang membentuk sebuah komuniti yang aman dan bersatu.
Semangat inilah yang ingin disuburkan melalui Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0. Apabila ribuan insan berhimpun berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, yang disatukan bukan sekadar suara, tetapi hati. Daripada hati yang bersatu lahirlah ukhuwah, kasih sayang dan muafakat.
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2026
🕐 1 petang – 11 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan
🗺️ Google Maps: https://maps.google.com/?q=Masjid+Jamek+Ar-Rahimiah+Klang
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
KENAPA KITA PERLU HADIR KE MBMD 2.0?
Kerana ia bukan sekadar sebuah program.
Ia adalah tentang rasa.
Rasa bangga sebagai rakyat.
Rasa cinta sebagai umat.
Dan rasa tenang apabila ribuan manusia bersatu dalam satu saf, berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Imbas kembali perjalanan kita bersama…
Daripada BBB 1.0, BBB 2.0 dan BBB 3.0, sehingga lahirnya Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 1.0.
Setiap langkah membawa kita lebih jauh.
Setiap himpunan mengukuhkan muafakat.
Setiap pertemuan menyatukan hati.
Kini, perjalanan itu diteruskan.
MBMD 2.0 bakal menghimpunkan kita sekali lagi di Bandaraya Diraja Klang.
Persoalannya…
Adakah anda akan hadir untuk melengkapkan saf perpaduan ini?
🗓️ Sabtu, 25 Julai 2025
🕐 1.00 Petang – 11.00 Malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandar Raya Diraja Klang
Perjalanan ini bermula dengan selawat. Hari ini, ia menjadi sebuah gerakan.
Ayuh, kita bawa semangat “Satu Keluarga” ke tahap yang lebih tinggi.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
