es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 843
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1430 días
Archivo de publicaciones
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangk
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangkit Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Bawa bersama keluarga dan sahabat. Singgah ke booth kami dan alami sendiri pengalaman yang membawa anda lebih dekat mengenali salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Jumpa anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlQuds #AlifMimSin

🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangk
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa? Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangkit Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Bawa bersama keluarga dan sahabat. Singgah ke booth kami dan alami sendiri pengalaman yang membawa anda lebih dekat mengenali salah satu daripada tiga kota suci umat Islam. Jumpa anda di Booth Bangkit Al-Quds! #BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlQuds #AlifMimSin

🌙 BANGKIT AL-QUDS DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Al-Quds bukan sekadar menjadi saksi sejarah umat Islam, bahkan merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dimuliakan Allah SWT. Bumi yang diberkati ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam akidah, sejarah dan jati diri umat Islam. Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, Sekretariat Bangkit Al-Quds akan membawakan Booth Pameran Bangkit Al-Quds, sebuah ruang yang menghimpunkan pengalaman, ilmu dan penghayatan agar masyarakat dapat mengenali Al-Quds dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, interaktif dan bermakna. Antara pengisian yang disediakan : • Pengalaman VR Masjid Al-Aqsa • Pameran infografik berkaitan sejarah dan keistimewaan Al-Quds • Perkongsian mengenai kedudukan Al-Quds dalam Islam • Ruang mengenali gerakan Bangkit Al-Quds Sesungguhnya, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya rasa cinta, kefahaman dan tanggungjawab terhadap Al-Quds dalam hati setiap pengunjung. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Ayuh singgah bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita pulang bukan sekadar membawa pengalaman baharu, tetapi juga membawa pulang rasa cinta yang lebih mendalam terhadap bumi Al-Quds serta kesedaran bahawa ia adalah amanah seluruh umat Islam. Bangkitkan kesedaran. Suburkan kecintaan. Bersama memartabatkan Al-Quds. Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlifMimSin #PeradabanTimur

Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD

🌙 BANGKIT AL-QUDS DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Al-Quds bukan sekadar menjadi saksi sejarah umat Islam, bahkan merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dimuliakan Allah SWT. Bumi yang diberkati ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam akidah, sejarah dan jati diri umat Islam. Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, Sekretariat Bangkit Al-Quds akan membawakan Booth Pameran Bangkit Al-Quds, sebuah ruang yang menghimpunkan pengalaman, ilmu dan penghayatan agar masyarakat dapat mengenali Al-Quds dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, interaktif dan bermakna. Antara pengisian yang disediakan : • Pengalaman VR Masjid Al-Aqsa • Pameran infografik berkaitan sejarah dan keistimewaan Al-Quds • Perkongsian mengenai kedudukan Al-Quds dalam Islam • Ruang mengenali gerakan Bangkit Al-Quds Sesungguhnya, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya rasa cinta, kefahaman dan tanggungjawab terhadap Al-Quds dalam hati setiap pengunjung. 📍 Booth Bangkit Al-Quds 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang Ayuh singgah bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita pulang bukan sekadar membawa pengalaman baharu, tetapi juga membawa pulang rasa cinta yang lebih mendalam terhadap bumi Al-Quds serta kesedaran bahawa ia adalah amanah seluruh umat Islam. Bangkitkan kesedaran. Suburkan kecintaan. Bersama memartabatkan Al-Quds. Oleh : Akmal Hakim & Sekretariat Bangkit Al-Quds Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlifMimSin #PeradabanTimur

🌙 SELAWAT & DOA MUNAJAT Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Bermula daripada Bukit Bintang Berselawat, kemudian diteruskan menerusi Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra, gelombang mahabbah ini kini kembali menyinari Bandaraya Diraja Klang. Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 ialah saat ribuan hati berhimpun mengalunkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ dan bersama-sama menadah tangan dalam Doa Munajat, memohon rahmat, keamanan, perpaduan serta keberkatan buat agama, bangsa dan negara. Apabila selawat bergema, hati disatukan. Apabila doa dipanjatkan, pengharapan diperteguhkan. Apabila rakyat bermuafakat, daulat terus dijunjung. Marilah bersama keluarga dan sahabat menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini. Semoga setiap lafaz selawat menjadi bukti kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, dan setiap doa menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT ke atas tanah air yang kita cintai. 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Berselawat bersama. Bermunajat bersama. Menjunjung daulat bersama. صلى الله على محمد ﷺ Oleh : Anis Shazwani & HaRUM Malaysia Terbitan : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Oleh : Anis Shazwani & HaRUM Malaysia Terbitan : Sekretariat MJMD

✨ Selawat terus bergema… dari mana sahaja. Ada yang merakam dari rumah. Ada yang dari madrasah. Ada yang di tempat kerja, di dalam kenderaan, bersama keluarga, bersama sahabat dan teman-teman. Walau berbeza tempat, kita dipertemukan oleh satu cinta yang sama — cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan video selawat sebagai tanda sokongan dan mahabbah. Setiap lafaz selawat yang dikirimkan menjadi penyambung semangat, menghidupkan lagi gelombang Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga semakin ramai yang turut menyahut seruan ini. Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menjadi sebahagian daripada gelombang mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Kini, giliran kita pula menjadi sebahagian daripada gelombang mahabbah ini. Ayuh berselawat bersama. Kita bertemu pada 25 Julai 2026 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. Oleh : Dr Noor & Sis-Selawat Terbitan : Sekretariat MJMD صلى الله على محمد ﷺ #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Oleh : Dr Noor & Sis-Selawat Terbitan : Sekretariat MJMD

✨ MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan
✨ MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan para pencinta Rasulullah ﷺ dalam sebuah majlis yang dipenuhi selawat, munajat dan doa, mengajak hati kembali mengingati Allah SWT serta menzahirkan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. 🤲 Basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ 🤍 Satukan hati dalam munajat dan doa buat agama, bangsa serta negara 🌙 Mengharap rahmat, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah SWT Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk hadir mengimarahkan majlis yang penuh mahabbah ini. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕘 Masa : Selepas solat Isyak 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang ✨ Mari bersama menghidupkan malam dengan selawat, munajat dan doa. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🎤 PENAMPILAN KHAS ZACK KACA MATA! Lebih istimewa, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 turut menampilkan Zack Kaca Mata un
🎤 PENAMPILAN KHAS ZACK KACA MATA! Lebih istimewa, Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 turut menampilkan Zack Kaca Mata untuk bersama-sama memeriahkan himpunan penuh mahabbah ini. 🎶 Nikmati persembahan istimewa secara langsung ✨ Rasai kemeriahan dalam suasana yang penuh harmoni dan kekeluargaan 🤝 Luangkan masa bersama keluarga serta sahabat di samping menghayati pelbagai pengisian menarik sepanjang program 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕔 Masa : 5.15 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🎤 Hadir • Saksikan • Meriahkan! Ajak keluarga dan sahabat untuk bersama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Jumpa anda di sana! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #ZackKacaMata #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🍵 JOM BEREHAT DENGAN SECANGKIR TEH BA BAO CHA Setiap hidangan tradisional membawa cerita, setiap budaya menyimpan nilai yang
🍵 JOM BEREHAT DENGAN SECANGKIR TEH BA BAO CHA Setiap hidangan tradisional membawa cerita, setiap budaya menyimpan nilai yang wajar dihargai. Nikmati keunikan Teh Ba Bao Cha, minuman warisan masyarakat Cina yang kaya dengan rasa dan falsafah. Sambil menikmati secangkir teh yang menyegarkan, kenali juga pelbagai sajian tradisional masyarakat Cina dan India serta nilai budaya yang diwarisi turun-temurun. 🍵 Nikmati secangkir Teh Ba Bao Cha yang menyegarkan 🥢 Kenali sajian warisan masyarakat Cina dan India 🤝 Hayati kepelbagaian budaya yang menyemarakkan keharmonian masyarakat Malaysia 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🍵 Nikmati • Kenali • Hayati Singgah bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan warisan, budaya dan keharmonian di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #TehBaBaoCha #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

📖 PAMERAN SENI JAWI & AL-QURAN Tulisan Jawi dan Al-Quran bukan sekadar warisan ilmu, bahkan lambang tamadun, budaya dan pera
📖 PAMERAN SENI JAWI & AL-QURAN Tulisan Jawi dan Al-Quran bukan sekadar warisan ilmu, bahkan lambang tamadun, budaya dan peradaban Islam yang terus dipelihara sepanjang zaman. Hayati keindahan Pameran Seni Jawi & Al-Quran yang menampilkan kehalusan seni khat, keunikan tulisan Jawi serta kemuliaan mushaf Al-Quran hasil kerjasama Yayasan Restu. 🖋️ Kenali keindahan seni tulisan Jawi dan khat Islam 📖 Saksikan koleksi kaligrafi Islam serta karya berinspirasikan ayat-ayat suci Al-Quran ✨ Hayati keunikan seni mushaf Al-Quran yang dihasilkan dengan penuh ketelitian 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 Masa : 1 petang – 11 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 📖 Lihat • Hayati • Warisi Hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menyaksikan keindahan seni Jawi dan Al-Quran serta menghayati khazanah warisan Islam di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PameranSeniJawiDanAlQuran #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🎶 DIKIR BARAT & SYAIR – WARISAN YANG MENYATUKAN HATI Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh hayati keindahan P
🎶 DIKIR BARAT & SYAIR – WARISAN YANG MENYATUKAN HATI Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh hayati keindahan Persembahan Dikir Barat dan Syair yang mengangkat seni warisan Melayu sarat dengan adab, nilai dan makna. 🎼 Nikmati persembahan Dikir Barat yang penuh semangat 📝 Hayati alunan syair yang indah dan menyentuh jiwa 🤝 Rasai semangat muafakat melalui seni budaya yang menyatukan masyarakat Persembahan ini membawakan keindahan warisan Melayu yang terus dipelihara sebagai lambang identiti, perpaduan dan kecintaan terhadap budaya bangsa. 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕔 Masa : 5.15 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🎶 Hayati • Hargai • Warisi! Bawalah keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk menghayati keindahan warisan Melayu dalam sebuah program yang menyatukan budaya, ukhuwah dan kecintaan kepada agama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #DikirBaratDanSyair #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🥁 PERSEMBAHAN SILAT DAN KOMPANG Apabila paluan kompang bergema dan langkah silat dipersembahkan, di situlah warisan Melayu t
🥁 PERSEMBAHAN SILAT DAN KOMPANG Apabila paluan kompang bergema dan langkah silat dipersembahkan, di situlah warisan Melayu terus hidup merentas zaman. Hayati Persembahan Silat dan Kompang yang mengangkat keindahan seni warisan Melayu melalui gerak yang penuh tertib, rentak yang membangkitkan semangat serta nilai adab dan muafakat yang diwariskan turun-temurun. 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕔 Masa : 5.15 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🥁 Hayati • Hargai • Warisi Hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 serta menyaksikan keindahan seni warisan yang menyatukan generasi. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PersembahanSilatDanKompang #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🏹 DEMONSTRASI MEMANAH SUNNAH Jangan lepaskan peluang menyaksikan demonstrasi yang menampilkan keindahan warisan Islam melalu
🏹 DEMONSTRASI MEMANAH SUNNAH Jangan lepaskan peluang menyaksikan demonstrasi yang menampilkan keindahan warisan Islam melalui disiplin, fokus, menggabungkan tradisi, ketepatan dan ketangkasan dalam satu pengalaman yang penuh inspirasi. 🏹 Saksikan demonstrasi teknik memanah sunnah 🎯 Hayati aksi ketepatan sasaran secara langsung 🤝 Kenali nilai disiplin, ukhwah dan semangat kesukanan yang menjadi sebahagian daripada warisan Islam Demonstrasi ini bukan sekadar mempamerkan kemahiran memanah, malah mengangkat nilai adab, kesabaran dan ketekunan yang menjadi inspirasi kepada masyarakat. 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕒 Masa : 3.00 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🏹 Saksi • Hayati • Inspirasi! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #DemonstrasiMemanahSunnah #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌙 PERSEMBAHAN QASIDAH 🎶 Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh hayati keindahan Persembahan Qasidah yang meng
🌙 PERSEMBAHAN QASIDAH 🎶 Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, ayuh hayati keindahan Persembahan Qasidah yang mengalunkan puji-pujian serta selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. 🎶 Nikmati alunan qasidah yang mendamaikan jiwa 🤍 Hayati bait-bait pujian yang menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ 🌿 Rasai keindahan warisan Islam yang dipersembahkan dalam suasana penuh mahabbah dan keberkatan Persembahan ini mengangkat tradisi qasidah sebagai khazanah seni Islam yang terus menyatukan hati, mengeratkan ukhuwah serta menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕒 Masa : 3.00 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🌙 Hayati • Berselawat • Bermahabbah Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 serta bersama-sama menghidupkan suasana dengan alunan qasidah yang indah dan penuh makna. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PersembahanQasidah #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🍲 DEMONSTRASI MASAKAN TRADISIONAL Melayu • Cina • India Di sebalik setiap hidangan tradisional, tersimpan kisah, budaya dan
🍲 DEMONSTRASI MASAKAN TRADISIONAL Melayu • Cina • India Di sebalik setiap hidangan tradisional, tersimpan kisah, budaya dan warisan yang menyatukan masyarakat. Hayati Demonstrasi Masakan Tradisional yang menampilkan keunikan sajian masyarakat Melayu, Cina dan India. Saksikan penyediaan hidangan autentik, kenali teknik masakan tradisi serta hayati nilai perpaduan yang terus dipelihara melalui warisan kulinari Malaysia yang menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat melalui tradisi, budaya dan nilai kebersamaan yang diwarisi sejak turun-temurun. 🥘 Saksikan penyediaan hidangan tradisional secara langsung 🥢 Kenali keunikan resipi dan teknik masakan warisan 🤝 Hayati semangat perpaduan melalui kepelbagaian budaya dan makanan 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕒 Masa : 3.00 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🍲 Lihat • Pelajari • Hayati #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #DemonstrasiMasakanTradisional #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🍽️ GERAI JUALAN @MBMD 2.0 Setiap pertemuan membawa ukhwah. Setiap rezeki yang dikongsi menyemarakkan keberkatan. Lengkapkan
🍽️ GERAI JUALAN @MBMD 2.0 Setiap pertemuan membawa ukhwah. Setiap rezeki yang dikongsi menyemarakkan keberkatan. Lengkapkan pengalaman anda di Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 dengan mengunjungi pelbagai gerai jualan yang menawarkan aneka juadah, minuman, produk tempatan dan barangan menarik dalam suasana yang meriah serta mesra keluarga. 🍛 Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman 🛍️ Terokai produk tempatan serta pelbagai barangan menarik 🤝 Sokong peniaga dan usahawan tempatan 👨‍👩‍👧‍👦 Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan sahabat 🗓️ Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2026 🕐 Masa : 1.00 petang – 11.00 malam 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang 🍽️ Singgah • Sokong • Meriahkan Hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati pelbagai juadah, menyokong usahawan tempatan dan bersama-sama mengimarahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #GeraiJualanMBMD #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🏆 PERTANDINGAN BOOTH TERBAIK Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, serlahkan kreativiti anda dengan menghasilkan b
🏆 PERTANDINGAN BOOTH TERBAIK Sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, serlahkan kreativiti anda dengan menghasilkan booth yang menarik, kemas dan sarat dengan nilai Kebudayaan, Kenegaraan dan Kedaulatan. 🎨 Hias booth dengan konsep yang kreatif dan beridentiti 🏛️ Tonjolkan keunikan budaya serta warisan bangsa ✨ Rebut peluang menjadi antara 5 Booth Terbaik Pertandingan ini menghargai kreativiti dan usaha dalam menghidupkan suasana pameran yang bukan sahaja menarik perhatian, malah mampu menyampaikan mesej serta nilai warisan kepada para pengunjung. 🗓️ Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu) 🕑 Penilaian bermula : 2.00 petang 📍 Lokasi : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor 🏆 Serlahkan kreativiti • Angkat warisan • Jadi yang terbaik! Turut berlangsung pelbagai aktiviti menarik sepanjang program dari 1.00 petang hingga 11.00 malam. Jumpa anda di sana! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PertandinganBoothTerbaik #MuafakatJelataMenjunjungDaulat