en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 842
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-1430 days
Posts Archive
MENGAPA MALAYSIA MASIH STABIL? Pernahkah kita terfikir? Dalam dunia yang semakin mencabar, banyak negara berdepan ketidaktentuan politik, konflik sosial dan perpecahan masyarakat. Namun Malaysia masih mampu mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Apakah rahsianya? Kestabilan sesebuah negara tidak berlaku secara kebetulan. Ia lahir apabila wujud sistem yang dihormati, undang-undang yang dipatuhi, institusi yang kukuh serta rakyat yang memilih jalan muafakat berbanding perpecahan Dalam konteks Malaysia, antara tonggak penting kestabilan ialah Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Raja Berperlembagaan yang berfungsi sebagai payung negara serta simbol penyatuan rakyat. Institusi Raja memainkan peranan sebagai unsur kesinambungan negara yang berada di atas kepentingan politik kepartian, sekaligus membantu memastikan perjalanan negara kekal stabil walaupun berlaku perubahan tampuk kepimpinan. Di samping itu, Malaysia dibina atas semangat hidup bersama dalam kepelbagaian serta nilai-nilai peradaban seperti keadilan, hormat-menghormati, adab dan kasih sayang. Nilai-nilai ini juga selari dengan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan yang membawa mesej rahmatan lil 'alamin iaitu rahmat, kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh manusia. Apabila nilai, institusi dan sistem ini bergerak seiring, ia membentuk asas kestabilan yang kuat untuk negara. Sebuah nikmat yang sering dilupakan Keamanan membolehkan rakyat bekerja, anak-anak mendapat pendidikan dan masyarakat membina masa depan dengan yakin. Namun ia tidak datang dengan sendirinya. Ia perlu dipelihara oleh institusi yang dihormati, sistem yang stabil dan rakyat yang memahami tanggungjawab terhadap negara. Renungan bersama Apabila kita menikmati kestabilan hari ini, apakah kita benar-benar memahami asas yang membantu mempertahankannya? #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur Ikuti Facebook kami : https://www.facebook.com/share/p/1GmcHfKAC9/?mibextid=wwXIfr

Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD
Oleh : Ilham Fahmi Terbitan : Sekretariat MJMD

APA YANG PALING BERNILAI UNTUK SEBUAH NEGARA? Ramai akan berkata kekayaan. Ada yang menjawab pembangunan. Tidak kurang juga yang memilih kemajuan dan teknologi. Semuanya penting. Namun sebelum sesebuah negara mampu membina kekayaan, mencapai pembangunan atau menikmati kemajuan, ada satu perkara yang mesti wujud terlebih dahulu. Iaitu keamanan dan kestabilan. Tanpa keamanan, kehidupan rakyat akan terganggu. Tanpa kestabilan, ekonomi sukar berkembang. Tanpa keharmonian, masyarakat akan berpecah dan hilang arah. Sebab itulah keamanan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia perlu dihargai. Ia perlu dipelihara. Dan ia perlu diwariskan kepada generasi yang akan datang. Persoalannya… Bagaimanakah sesebuah negara mengekalkan keamanan dan kestabilan tersebut? Apakah tiang-tiang yang membantu memastikan negara terus berdiri teguh ketika berdepan pelbagai cabaran? Dalam siri seterusnya, kita akan menelusuri salah satu daripadanya iaitu kedaulatan Institusi Raja sebagai antara unsur penting dalam sistem kenegaraan Malaysia. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur Ikuti Facebook kami : https://www.facebook.com/share/r/1BDP7QR1uP/?mibextid=wwXIfr

Video oleh : Akmal Hakim Terbitan : Sekretariat MJMD

KITA TERLALU BIASA DENGAN KEAMANAN Ramai antara kita lahir dalam suasana aman. Tidak pernah mendengar dentuman bom, tidak pernah kehilangan negara dan tidak pernah hidup dalam ketakutan. Kerana itu, kadangkala kita terlupa bahawa keamanan bukan sesuatu yang datang dengan sendiri. Ia dipelihara, diwarisi dan dipertahankan oleh generasi sebelum kita. Dan menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mensyukurinya serta menjaganya. Setiap hari kita menikmati pelbagai nikmat yang sering dianggap biasa. Anak-anak pergi ke sekolah. Rakyat keluar bekerja dan mencari rezeki. Masjid dan surau terus hidup dengan ibadah dan majlis ilmu. Masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang terus hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni. Namun pernahkah kita berhenti sejenak untuk bertanya… Apakah yang sebenarnya memastikan negara ini terus stabil? Apakah yang memelihara keamanan yang kita nikmati hari ini? Apakah yang menjadi payung kepada perpaduan, keharmonian dan kelangsungan negara? Keamanan bukan sesuatu yang boleh diwarisi tanpa usaha. Kestabilan bukan sesuatu yang akan kekal tanpa dipelihara. Dan perpaduan bukan sesuatu yang akan bertahan tanpa muafakat serta adab. Dalam sejarah negara ini, terdapat institusi, tradisi dan nilai yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada asas kestabilan negara. Antaranya ialah kedaulatan Institusi Raja yang menjadi lambang perpaduan, kesinambungan sejarah dan payung kepada Perlembagaan serta identiti negara. Dalam beberapa hari akan datang, kita akan menelusuri satu siri refleksi mengenai keamanan, kestabilan negara, kedaulatan Institusi Raja, muafakat jelata dan peradaban bangsa. Kerana sesuatu yang bernilai hanya akan terus kekal apabila difahami, dihargai dan dipelihara bersama. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #PeradabanTimur Ikuti Facebook kami : https://www.facebook.com/share/r/18jeo4SNiR/?mibextid=wwXIfr

Video oleh : Fifi Noor Hafiza Terbitan : Sekretariat MJMD

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT serta menjunjung kasih atas segala sokongan dan kebersamaan yang telah diberikan, dengan ini dimaklumkan bahawa Sekretariat Selawat Malaysia (SSM) sedang melalui proses penambahbaikan dan penyelarasan identiti selaras dengan perkembangan gerakan serta hala tuju yang lebih luas. Sehubungan itu, SSM akan menggunakan nama baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) Perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat termasuk melibatkan nama platform, logo, reka bentuk serta identiti media rasmi. Sepanjang tempoh peralihan ini, para sahabat mungkin akan melihat beberapa perubahan pada platform komunikasi kami. Walau apa pun nama dan identitinya, semangat yang dibawa tetap sama… memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, memupuk perpaduan, mengangkat adab, menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu serta membina masyarakat berjiwa peradaban. Terima kasih atas doa, sokongan dan kebersamaan semua. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

Repost from Media ACF
PENCARIAN SUKARELAWAN STREET DAKWAH 'Negara Dakwah Penuh Mahabbah' Dakwah bukan sekadar menyampaikan. Dakwah adalah tentang m
PENCARIAN SUKARELAWAN STREET DAKWAH 'Negara Dakwah Penuh Mahabbah' Dakwah bukan sekadar menyampaikan. Dakwah adalah tentang membina jambatan persaudaraan, menyatukan hati, menyebarkan mahabbah dan menghadirkan akhlak Islam kepada masyarakat🤍 Jom jadi sebahagian daripada usaha menyebarkan keindahan Islam dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia. Satu Senyuman • Satu Kata • Satu Hati • Satu Perubahan Join Group : https://chat.whatsapp.com/K7LAHGu3fnjBUztwakWvGO?s=cl&p=i&ilr=4&amv=2 📲 Sekretariat Street Dakwah : Uda Ilham : +60 19-712 7653 Puan Fika : +60 11-7019 2672 Cik Asmah : +60 12-286 2543

SALAM AIDILADHA 1447H 🕋✨ Sekretariat Selawat Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semog
SALAM AIDILADHA 1447H 🕋✨ Sekretariat Selawat Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga segala pengorbanan diterima, hati dipenuhi keikhlasan, dan langkah kita terus dipimpin dengan iman, adab dan kasih sayang. “Muhammad For All” Rahmat buat seluruh alam. Ikhlas daripada, Sekretariat Selawat Malaysia

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) Assalamualaikum warahmatullahi
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan bahawa program MBMD yang sebelum ini dijadualkan pada 6 Jun 2026 kini dipinda kepada Rabu, 17 Jun 2026 bersamaan 1 Muharram 1448H di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Nantikan pelbagai pengisian istimewa sempena permulaan tahun baharu Hijrah. Poster rasmi dan tentatif penuh bakal diumumkan tidak lama lagi. Terima kasih atas doa, sokongan dan perhatian semua. Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan terus menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Syukur ke hadrat ALLAH SWT. Semoga kewujudan masjid ini menjadi asbab tersebarnya cahaya hidayah, menghidupkan bumi dengan zi
Syukur ke hadrat ALLAH SWT. Semoga kewujudan masjid ini menjadi asbab tersebarnya cahaya hidayah, menghidupkan bumi dengan zikrullah, selawat serta mengimarahkan syiar Islam di tempat yang suatu ketika dahulu dipenuhi kelalaian. Dengan terbinanya rumah ALLAH SWT ini, maka hadirnya satu sinar baharu yang lebih menenangkan, tersusun dan penuh adab. Semoga pasak tauhid, cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan terus menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni. #BukitBintangBerselawat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #SekretariatSelawatMalaysia #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : FB Mohd Nizam Yahya https://www.facebook.com/share/p/1CsdW74FiZ/?mibextid=wwXIfr

Di saat dunia semakin mudah dipisahkan oleh kebencian, sentimen dan permusuhan, kita diingatkan kembali kepada akhlak junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ datang membawa rahmat, menenangkan jiwa manusia, merawat perpecahan dan mengangkat nilai kasih sayang sesama insan. Bahkan penderitaan manusia menjadi sesuatu yang berat di hati Baginda ﷺ. Maka apabila wujud budaya yang gemar melihat kehancuran, kebencian dan kemudaratan terhadap orang lain, kita perlu bertanya kembali… adakah itu jalan yang mendekatkan manusia kepada rahmat Tuhan, atau jalan yang menumbuhkan sifat-sifat yang disukai syaitan? Kerana syaitan tidak pernah membina. Syaitan hanya memecahkan. Memutuskan kasih sayang, merosakkan adab dan menyalakan api permusuhan sesama manusia. Atas kesedaran itulah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat diangkat bukan sekadar sebuah himpunan selawat, tetapi sebuah usaha menyuburkan kembali nilai rahmah, perpaduan, adab dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ sebagai asas membina masyarakat yang harmoni dan berperadaban. Kita percaya bahawa kekuatan umat tidak lahir daripada kebencian, tetapi daripada hati-hati yang terikat dengan tauhid, dipandu oleh akhlak Nabi ﷺ dan disatukan dengan kasih kepada agama dan watan. Kerana akhirnya, peradaban tidak dibina hanya dengan pembangunan material, tetapi dengan manusia yang masih memiliki hati, adab dan cinta kepada Rasulullah ﷺ. Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan, menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #SekretariatSelawatMalaysia #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Kita sama-sama umat Baginda Nabi Muhammad ﷺ... Baginda sangat perihatin akan derita jiwa umatnya, sangat menginginkan keseja
“Kita sama-sama umat Baginda Nabi Muhammad ﷺ... Baginda sangat perihatin akan derita jiwa umatnya, sangat menginginkan kesejahteraan utk umatnya dan sangat kasih pada yang beriman. Jika Baginda Nabi pun inginkan kesejahteraan untuk semua walau beza agama dan bangsa, mengapa pula kita suka kemudaratan pada orang lain. Bukankah yang suka kemudaratan pada anak cucu Adam itu adalah iblis dan syaitan?”

NEGARA INI LAHIR DENGAN HIKMAH Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 bukan dicapai melalui perang saudara yang panjang, tetapi melalui hikmah, rundingan dan kebijaksanaan pelbagai pihak. Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting dalam pembentukan negara, manakala proses pembinaan Perlembagaan melibatkan pelbagai sesi perundingan dan pandangan rakyat. Lebih 118 perjumpaan telah diadakan oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956, di samping menerima lebih 130 memorandum daripada pelbagai pihak demi membentuk asas sebuah negara merdeka. Inilah antara sejarah yang perlu dikenang oleh generasi hari ini. Bahawa negara ini dibina atas adab, muafakat dan jiwa bangsa. Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan, menyatukan masyarakat…. menuju peradaban yang lebih harmoni. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #SekretariatSelawatMalaysia #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #SejarahMalaysia

Menarik perkongsian daripada Public Health Malaysia bahawa kesihatan awam bukan sekadar soal hospital dan ubat, tetapi juga t
Menarik perkongsian daripada Public Health Malaysia bahawa kesihatan awam bukan sekadar soal hospital dan ubat, tetapi juga tentang adab, disiplin, hormat dan tanggungjawab dalam masyarakat. Apabila manusia hidup dengan adab, masyarakat akan lebih aman. Apabila masyarakat saling menghormati, kesejahteraan akan lebih mudah dipelihara. Sebab itu majlis-majlis yang menyatukan hati melalui Al-Quran, selawat dan nilai kasih sayang juga penting dalam membina masyarakat yang sihat dari sudut jiwa dan akhlak. Daripada gelombang Bukit Bintang Berselawat 3.0, kini kita terus menyuburkan semangat perpaduan, keharmonian dan cinta kepada tanah air melalui “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat”. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur —Terinspirasi daripada perkongsian Public Health Malaysia dan semangat Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Sumber : https://www.facebook.com/share/p/1GrtVvJVvC/?mibextid=wwXIfr

“…Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan.” — Surah Al-Hujurat : 13 Daripada gelombang Bukit Bintang Berselawat, kini kita bersama meneruskan langkah mahabbah melalui “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat” demi menyuburkan perpaduan, adab, kasih sayang dan cinta kepada tanahair dalam masyarakat. Anda sudah bersedia? #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih kepada Madrasah Syeikhul Ariffien atas perkongsian video bacaan Al-Quran sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0. Melihat penyertaan anak-anak muda yang hadir dengan penuh semangat dan mahabbah menjadi satu harapan besar buat masa depan ummah dan negara. Semangat ini perlu terus disuburkan dan diteruskan dalam gelombang seterusnya melalui “Malam Berselawat Menjunjung Daulat”. Kerana jiwa yang cinta kepada Allah dan Rasulullah ﷺ juga akan belajar mencintai keamanan, menghargai tanah air serta memelihara keharmonian masyarakat dengan adab dan tanggungjawab. Moga Allah pelihara generasi muda kita dengan iman, adab dan kasih sayang serta semangat cintakan tanahair bumi berdaulat ini. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : Madrasah Syeikhul Ariffien https://vt.tiktok.com/ZSxP4cCLY/

Terima kasih kepada MG Merc Tune atas perkongsian yang sangat baik, penuh adab dan semangat perpaduan ini. Semoga usaha seper
Terima kasih kepada MG Merc Tune atas perkongsian yang sangat baik, penuh adab dan semangat perpaduan ini. Semoga usaha seperti ini menjadi asbab penyatuan hati masyarakat melalui mahabbah kepada Rasulullah ﷺ, penghormatan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta kecintaan kepada keamanan dan tanah air. Moga terus lahir generasi yang berjiwa besar, beradab dan memahami pentingnya menjaga keharmonian negara bersama. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : MG Merc Tune https://www.facebook.com/share/p/1CdGoKMLni/?mibextid=wwXIfr

Bukit Bintang Berselawat dah bawa gelombang penyatuan rakyat yang telah meletakkan kecintaan kepada Rasulullah saw sebagai simbol perpaduan, keamanan dan penyatuan jiwa. Daripada semangat tersebut, sekarang kita move kepada “Malam Berselawat, Menjunjung Daulat”. Ia adalah tanda sokongan yang tak berbelah bagi kepada kedaulatan negara dan Institusi Raja-Raja Melayu. Dalam konteks tanah air kita, institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan yang sangat besar sebagai payung agama, simbol perpaduan dan kedaulatan negara. Kita memuliakan Institusi Diraja bukan soal taksub, tetapi sebahagian daripada menjaga kestabilan, adab dan keharmonian yang menjadi tunjang negara ini sejak sekian lama. Apabila rakyat hilang adab terhadap agama dan kepimpinan, maka runtuhlah kekuatan dalaman sebuah bangsa. Kita sama-sama berkumpul dan berselawat untuk menghidupkan kembali akar diri bangsa kita iaitu ruh yang hidup dengan Allah dan jiwa yang sentiasa berhubung dengan Rasulullah saw. Barakah selawat itu sebagai suatu jalan membentuk jiwa yang cinta kepada keamanan dan cinta kepada tanah air yang dipayungi Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu. Sollu Alan Nabiy! Jom kita! 6.6.2026 | Masjid Bandar Saujana Putra. Oh ya. Cantik tarikh majlis. ❤️💪🏻 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : Nurul Syahida Arifin https://www.facebook.com/share/p/1D9wMAv929/?mibextid=wwXIfr