Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
前往频道在 Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
显示更多未指定国家未指定类别
1 866
订阅者
-324 小时
-47 天
-630 天
帖子存档
KEINDAHAN BUSANA MELAYU DI TENGAH KOTA
Salah satu aktiviti yang mencuri perhatian semasa Bukit Bintang Berselawat 3.0 ialah sesi pengenalan dan pengalaman memakai Busana Melayu yang mendapat sambutan hangat daripada pelancong asing serta masyarakat pelbagai kaum dan bangsa.
Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi medium dakwah budaya yang memperlihatkan keindahan adab dan warisan Melayu kepada dunia.
Melalui pengalaman mengenakan Busana Melayu, para pengunjung dapat merasai sendiri keunikan budaya tempatan yang penuh sopan santun, nilai kesederhanaan dan kehalusan seni.
Wajah-wajah yang teruja, senyuman yang terukir dan rasa kagum yang terpancar jelas membuktikan bahawa budaya mampu menjadi bahasa penyatuan yang menyentuh hati manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 membuktikan bahawa dakwah bukan hanya melalui kata-kata, tetapi juga boleh disampaikan melalui seni, budaya dan pengalaman yang mendekatkan hati manusia kepada keindahan Islam dan nilai kemanusiaan sejagat.
Budaya itu bukan sekadar untuk dipertontonkan, tetapi untuk diraikan, dihargai dan menjadi jambatan penyatuan antara manusia walau berbeza latar dan bahasa.
Sumber : I-Madina
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
MALAM YANG MENGHIDUPKAN JIWA
Malam tadi lautan manusia yang berselawat bersama mencipta suasana yang begitu indah dan menyentuh jiwa di Bukit Bintang Berselawat 3.0. Di tengah gemerlap kota, ribuan hati bersatu mengalunkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ, menghadirkan rasa cinta, kedamaian dan ukhuwah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Selawat bukan hanya ungkapan di bibir, tetapi tanda cinta yang hidup dalam hati, yang membentuk akhlak, melembutkan jiwa, dan membawa rahmat kepada seluruh manusia.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi bukti bahawa Islam mampu menyatukan manusia dalam suasana harmoni, damai dan penuh kasih. Kerana dakwah yang lahir daripada cinta akan lebih mudah menyentuh hati, membuka jiwa dan membawa manusia mengenali keindahan Islam yang sebenar.
Semoga setiap langkah yang hadir, setiap selawat yang bergema kepada Baginda ﷺ menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan keamanan Allah buat negara serta seluruh umat manusia.
Bukit Bintang Berselawat menjadi simbol kebangkitan jiwa, penyatuan hati dan lautan cinta umat kepada Rasulullah ﷺ.
Tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
Sumber : I-Madina
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
Apa yang berlaku di Bukit Bintang Berselawat… mungkin ramai yang tak tahu. 🤍
Sebelum detik jam 9 malam tiba dan lautan manusia mula berarak serta berselawat bersama, sebenarnya pelbagai usaha dakwah dan budaya telah dihidupkan di sekitar Bukit Bintang.
Tim Street Dakwah turun menyantuni masyarakat… menghulurkan bookmark, bunga mawar dan senyuman kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang.
Turut diadakan booth busana tradisi Melayu, di mana ramai anak muda dan pengunjung mencuba sendiri pakaian tradisional lengkap bertanjak, bersongkok dan berbusana Melayu sebagai usaha mengangkat identiti budaya yang sopan dan beradab.
Selain itu, “Hijab Challenge” juga membuka ruang santai dan mesra untuk mereka yang ingin mencuba berhijab serta mengenali keindahan aurat dan kesantunan Muslimah dengan pendekatan penuh kasih sayang.
Dalam masa yang sama, ada juga sahabat-sahabat yang menyantuni golongan gelandangan dan berkongsi rezeki di tengah hiruk-pikuk kota.
Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah acara.
Ia adalah pertemuan dakwah, budaya, kasih sayang dan kemanusiaan… membawa selawat hidup di tengah masyarakat. 🤍
Daripada selawat…
lahir rasa kebersamaan.
Daripada kasih sayang…
lahirnya harapan dan peradaban untuk ummah.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Apa yang berlaku di Bukit Bintang Berselawat… mungkin ramai yang tak tahu. 🤍
Baca selanjutnya di bawah ini 👇🏻
Terima kasih atas pandangan dan refleksi yang sangat baik ini 🤍
Dalam dunia yang mudah menghukum, kami sangat menghargai suara yang memilih untuk memahami, menilai dengan hikmah dan melihat usaha dakwah dengan adil.
Setiap cadangan pasti ada ruang penambahbaikan. Namun semangat untuk melihat selawat terus hidup di tengah masyarakat, itulah yang paling utama.
Moga segala teguran yang baik menjadi asbab kita memperkemaskan lagi usaha selepas ini, dan segala selawat yang dialunkan malam itu diterima sebagai tanda cinta kepada Rasulullah ﷺ
Terima kasih Malaysia kerana bersama, bukan hanya hadir… tetapi turut membawa kefahaman dan kesejukan dalam bermuamalah 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
https://www.facebook.com/share/17nUBZ7s6c/
Terima kasih kepada Saudara Ashraf Al-Kaf atas perkongsian video dan tanda hadir beliau di Bukit Bintang Berselawat 3.0 🤍
Dalam perkongsiannya, beliau turut menghargai serta mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur sebenar iaitu Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang telah bertungkus-lumus menjayakan program penuh mahabbah ini.
Majlis ini digerakkan atas semangat kebersamaan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang hadir dengan satu rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, serta kerjasama baik bersama pihak berkuasa dan keselamatan termasuk PDRM serta pihak berkaitan demi memastikan kelancaran program.
Syabas dan tahniah kepada seluruh sekretariat, sukarelawan, agensi terlibat serta semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung 🤍
Seperti yang beliau pun maklumi… biarlah penghargaan dan kredit diberikan kepada pihak yang benar-benar mengusahakan dan menjayakan majlis ini 🌹
dan bukan kepada pihak yang tidak terlibat atau tidak layak menerima kredit tersebut.
Begitulah sebaiknya dalam apa jua program dan majlis juga.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Malam itu membuktikan bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ mampu menyatukan manusia tanpa mengira bangsa dan latar kehidupan ✨
https://www.threads.com/@akhba1212/post/DYbdtmKjr2T?xmt=AQG06fNTCB2q2VCOj356iqc0mn90HUsokG_lZVHkUEEuEUBRDeov1GNL06Iex1CjXLc05Os
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Rasulullah ﷺ diutus sebagai Rahmatan lil Alamin, rahmat untuk semua manusia, bukan untuk umat Islam sahaja.
Bila seorang bukan Islam rela hadir dalam majlis selawat, itu bukan pencemaran. Itu bukti bahawa akhlak Nabi ﷺ masih mampu menyentuh hati manusia selepas 1,400 tahun.
Hakikatnya, fitrah manusia tetap tertarik kepada akhlak yang baik, kasih sayang dan kedamaian yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ ✨
Kredit video _ snipetography
https://www.facebook.com/share/v/1CCM5fiQdd/?mibextid=wwXIfr
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Muslimah-muslimah muda teruja…
dengan penuh semangat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ , mereka memberanikan diri menemubual para pelancong yang hadir ke majlis Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Menariknya, para pelancong itu juga kelihatan begitu teruja melihat suasana selawat, kasih sayang dan kebersamaan yang dirasai malam tersebut ✨
Moga langkah kecil ini menjadi asbab tersebarnya keindahan Islam, mahabbah dan akhlak yang baik kepada masyarakat seluruh dunia 🤲🏼
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah,antara respon positif daripada pelancong luar yang kebetulan datang ke Bukit Bintang.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Melihat senyuman dan kebersamaan ini, mengajar kita makna cinta yang sebenar—cinta yang menyatukan, cinta yang membawa damai.
Ramai-ramai kita sebarkan mahabbah, selawat dan kasih sayang sesama insan 🤍
#BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Bukit Bintang Menjadi Saksi Cinta 🤍
Di tengah lautan manusia dan hiruk-pikuk kota, malam ini Bukit Bintang menjadi saksi…
bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ masih hidup dalam jiwa umat. 🕊️
Selawat bergema di jalan-jalan kota, menyatukan hati-hati yang datang dengan satu rasa yang sama rindu kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Dari 1.0, 2.0 hingga 3.0, Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah program. Ia adalah gelombang cinta yang terus membesar, menghidupkan kembali budaya selawat di tengah dunia yang semakin bising.
Ada yang hadir kerana ingin tahu.
Ada yang singgah hanya untuk melihat.
Dan ada yang pulang dengan hati yang disentuh tanpa mampu dijelaskan.
Di bawah cahaya kota, ribuan manusia berhimpun bukan kerana hiburan semata… tetapi kerana cinta 🤍
Semoga setiap langkah yang hadir dan setiap selawat yang dialunkan menjadi asbab rahmat dan keberkatan buat seluruh umat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas sokongan dan kehadiran para NGO, badan dakwah serta tokoh masyarakat yang turut memeriahkan majlis semalam 🤍
Antara yang hadir memberikan sokongan serta video ulasan :
• Pengarah Pusat Kebudayaan USIM
• Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
• Pengerusi Persatuan Cakna Sihat Malaysia
Terima kasih kerana bersama-sama membawa mesej selawat, kasih sayang dan cinta Rasulullah ﷺ kepada masyarakat. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuburkan budaya dakwah yang lembut, menyatukan dan penuh hikmah.
Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab hadirnya hidayah dan ketenangan buat ramai hati yang mencari jalan pulang kepada Allah SWT 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Kita sangkakan tren hanya tempat manusia datang dan pergi mengejar destinasi… rupanya di sepanjang perjalanan itu, Allah satukan hati-hati dengan selawat dan cinta kepada Rasulullah ﷺ 🤍
Dalam gerabak MRT Kajang menuju ke Bukit Bintang, bukan sekadar perjalanan biasa…
tetapi perjalanan yang dipenuhi semangat mahabbah, rasa kebersamaan dan jiwa-jiwa yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Ada yang baru kenal, ada yang datang daripada latar kehidupan berbeza… tetapi malam itu, selawat menyatukan semuanya dalam satu rasa cinta yang sama ✨
Selawat bergema sepanjang perjalanan, senyuman saling bertukar, dan malam itu menjadi saksi bahawa mahabbah kepada Rasulullah ﷺ mampu menyatukan manusia tanpa mengira siapa pun kita 🤍
Terima kasih Sis-Selawat atas perkongsian yang penuh mahabbah ini 🤍
Barakallahu fikum ajma’in 🌹
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Dari sekuntum mawar, lahir seribu senyuman 🌹
Sebelum melangkah,
mereka membawa cinta.
Di pertengahan jalan,
mereka menyantuni dunia ❤️
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Di celah ribuan manusia,
lensa sempat menangkap satu momen indah 🌹
Pelancong turut merakam suasana,
menyimpan memori Bukit Bintang Berselawat dalam gambar dan video mereka.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah maklumbalas hadirin semuanya sangat gembira dengan majlis ini. InsyaAllah jika ada lagi Bukit Bintang Berselawat 4.0, semuanya bersedia untuk turun bersama-sama🌹
Terima kasih kepada semua peserta dan hadirin yang bersama menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Insya Allah, akan ada lagi respon dan perkongsian yang akan kami berikan 🫰🏻
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
