Himwellness Official
Open in Telegram
Saya Dr Samhan, doktor kesihatan lelaki. Jemput follow channel ini, saya banyak share ilmu dan tips kesihatan lelaki.
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 961
Subscribers
+824 hours
+557 days
+35930 days
Posts Archive
1 963
Jangan berhenti mengorat isteri sendiriā¦
Selepas kahwin, ramai lelaki terlalu sibuk memikul tanggungjawabā¦
sampai terlupa, isteri juga perlukan rasa dicintai.
Apa lelaki boleh buat?
⢠Tegur & puji isteri selalu
āCantik awak hari ni.ā
⢠Hantar mesej manis tanpa sebab
āRindu awak.ā
⢠Peluk, pegang tangan, usik manja
⢠Dengar bila isteri bercerita
Bukan sekadar jawab, tapi betul-betul beri perhatian
⢠Bantu perkara kecil di rumah
Kadang bantuan kecil pun besar maknanya
⢠Luangkan masa berdua
Walau sekejap, tanpa gangguan
Wanita jarang perlukan benda mewah setiap masa.
Tapi mereka sangat hargai usaha kecil yang konsisten.
Sebab isteri yang rasa disayangiā¦
selalunya akan lebih tenang, lebih lembut, dan lebih bahagia dalam rumah tangga.
Dan untuk isteri jugaā¦
jangan lupa, suami pun perlukan dihargai.
Kadang lelaki tak minta banyak.
Cukup dihormati, difahami, dan disokong.
Bila suami isteri saling menjaga hatiā¦
rumah tangga jadi lebih kuat, tenang, dan penuh kasih sayang.
1 963
5 Makanan Untuk Bantu Sokong Testosteron & Kuatkan Badan
(Amalkan Setiap Hari)
1. Telur Penuh (Whole Eggs)
Jangan takut kuning telur.
Ia kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin D dan kolesterol baik yang penting untuk penghasilan hormon lelaki.
Badan perlukan ābahan asasā untuk hasilkan testosteron.
Dan telur adalah antara pilihan paling mudah dan berkesan.
2. Daging Merah Tanpa Lemak
Kaya dengan zinc, zat besi dan protein tinggi.
Zinc sangat penting untuk testosteron, tenaga dan kekuatan fizikal lelaki.
3. Ikan Berlemak (Salmon / Sardin)
Mengandungi omega-3 dan vitamin D yang bantu sokong hormon, jantung dan aliran darah lebih baik.
4. Avokado
Lemak sihat bantu kestabilan hormon dan tenaga.
Bukan semua lemak itu buruk, badan lelaki perlukan lemak baik.
5. Kacang & Biji (Badam, Pumpkin Seed)
Sumber magnesium dan zinc yang penting untuk hormon, tidur dan pemulihan badan.
1 963
Rumah tangga makin renggangā¦
bila 3 benda ni perlahan-lahan mula hilang.
Pertama, komunikasi.
Bila makin kurang berbual,
makin banyak benda dipendam.
Kedua, penghargaan.
Bila pasangan rasa usaha dia tak lagi dihargai,
hati mula penat.
Ketiga, masa bersama.
Walaupun duduk serumah,
belum tentu benar-benar bersama.
Ramai ingat hubungan rosak sebab masalah besar.
Tapi realitinya,
jarak sering bermula dari perkara kecil
yang dibiarkan terlalu lama.
Dari sudut emosi,
hubungan perlukan connection yang konsisten.
Bila komunikasi, penghargaan dan masa bersama makin kurangā¦
ikatan juga boleh makin lemah.
Sebab itu,
jangan tunggu hubungan terlalu jauh baru nak perbaiki.
Kadang,
kembali berbual, saling menghargai
dan hadir sepenuh hatiā¦
boleh rapatkan semula apa yang hampir renggang.
Dr Samhan
- Doktor Kesihatan Lelaki, HIMWellness
1 963
5 Senaman Tingkatkan Hormon Testosteron Suami!
1ļøā£ Berlari
2ļøā£ Squat
3ļøā£ Push-up
4ļøā£ Angkat Berat
5ļøā£ Senaman kaki
Jom suami kita start gaya hidup sihat sekaran!
#menshealth #kesihatanlelaki #sexualhealth #prematureejaculation #erectiledysfunction #matipucuk #pancutawal #himwellness #viral #menclinic #kliniklelaki #sexualhealthmatters #sampaimenang #suamisihat
1 963
Ramai pasangan berkahwin kerana cinta.
Tapi untuk kekal bahagiaā¦
rumah tangga perlukan lebih daripada sekadar rasa sayang.
Ia perlukan kefahaman.
Suami perlu faham,
isteri kadang penat bukan sebab kerja rumah semataā¦
tapi kerana emosi yang terlalu banyak dipendam.
Isteri juga perlu faham,
suami kadang diam bukan kerana tak peduliā¦
tapi sebab dia sedang berperang dengan tekanan sendiri.
Bila masing-masing hanya mahu difahami,
tapi tidak cuba memahamiā¦
Di situlah jarak mula terbina.
Rumah tangga bukan tentang siapa paling betul.
Tapi siapa yang lebih sanggup mengalah,
mendengar,
dan belajar memahami hati pasangan.
Sebab kadang,
bukan masalah besar yang merosakkan hubunganā¦
Tetapi salah faham kecil,
yang dibiarkan terlalu lama.
Dr Samhan
- Doktor Kesihatan Lelaki
1 963
Masalah bukan tak cukup kuatā¦
tapi tak cukup faham pasangan sendiri.
Ramai lelaki datang jumpa saya,
risau pasal āperformanceā.
Nak tahan lama.
Nak lebih kuat.
Nak bagi puas.
Tapi bila saya tanyaā¦
āawak tahu tak apa pasangan awak sebenarnya suka?ā
Ramai diam.
Dalam hubungan,
bukan semua tentang fizikal.
Wanita ni berbeza.
Dia perlukan:
ā rasa selamat
ā rasa dihargai
ā rasa difahami
Kalau semua tu tak ada,
walaupun ālamaāā¦
dia tetap tak rasa apa-apa.
Sebab kepuasan wanita bukan bermula dari badanā¦
tapi dari emosi.
Dan bila emosi tak disentuh,
badan pun susah nak respon.
Sebab tu ada kes,
suami rasa dia dah buat yang terbaikā¦
tapi isteri masih rasa kosong.
Bukan sebab tak kuat.
Tapi sebab tak connect.
Kadang solution dia bukan ubah performanceā¦
Tapi mula dengan satu benda simple
dengar.
Tanya pasangan.
Faham apa dia rasa.
Sebab dalam perkahwinan,
yang buat hubungan tu hidupā¦
bukan sekadar apa yang kita buat,
tapi sejauh mana kita faham.
Dr Samhan
- Doktor Kesihatan Lelaki
1 963
Ramai lelaki ingat,
hubungan suami isteri bermula dengan sentuhan fizikal.
Tapi untuk ramai wanitaā¦
ia selalunya bermula dengan emosi.
Cara suami bercakap.
Cara layan isteri.
Cara dengar bila dia bercerita.
Cara hargai dia setiap hari.
Dari sudut biologi,
wanita lebih berkait dengan kestabilan emosi, rasa selamat, dan hormon seperti oxytocin.
Sebab tu bila wanita rasa dihargai,
lebih tenang,
lebih rapatā¦
Keinginan juga selalunya lebih mudah hadir.
Tapi kalau hati penat,
emosi terbeban,
atau rasa diabaikanā¦
Badan juga lebih sukar untuk benar-benar terbuka.
Bukan dia tak mahu.
Kadang dia cuma perlukan connection dulu.
Sebab itu,
pelukan,
perhatian,
dan komunikasi kecilā¦
Boleh beri kesan besar dalam hubungan suami isteri.
Kadang lelaki fokus pada fizikal.
Tapi terlupa,
untuk ramai wanitaā¦
hati perlu disentuh dulu.
Dr Samhan
- Doktor Kesihatan Lelaki, HIMWellness.
