en
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
370
Subscribers
+224 hours
+57 days
+830 days
Posts Archive
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 Saya berbangga dapat bersama para pemimpin muda dunia dalam International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025), sebuah platform yang menghimpunkan belia dari pelbagai negara untuk membentuk generasi pemimpin berjiwa kemanusiaan dalam era digital. Program ini memperkasakan generasi muda melalui kepimpinan digital beretika, berpandangan jauh, dan menekankan karakter, daya tahan, serta semangat kesukarelawanan sebagai asas kepimpinan masa depan. #iFUTURE2025 #FutureLeaders #MalaysiaMADANI #YouthLeadership #GlobalLeadership 📱TIKTOK: https://vt.tiktok.com/ZSUHXf3pH/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CqCtduQHS/?mibextid=WC7FNe 📱IG:https://www.instagram.com/reel/DP3jOzzEr8h/?igsh=MTJpdHc4c2Y4eWZvcQ== 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐌𝐄 𝐕𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 @𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Sekembalinya saya dari Kemboja, saya terus menyambung tugas di tanah air dengan menghadiri dan menyempurnakan Majlis Pelancaran SME Venture @ASEAN 2025 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur. Majlis ini menghimpunkan pemain industri, pelabur dan usahawan daripada 18 negara termasuk semua negara ASEAN. Melihat rakan-rakan usahawan yang hadir dengan semangat dan tekad untuk membawa perusahaan mereka ke tahap lebih tinggi memberi keyakinan kepada saya bahawa masa depan ekonomi rantau ini sedang dibina oleh tangan-tangan yang gigih dan berani mengambil peluang. Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah nadi utama ekonomi negara di mana ianya telah menyumbang hampir 40% kepada KDNK nasional dan menyediakan hampir separuh daripada peluang pekerjaan negara. Namun, sumbangan usahawan ASEAN kepada eksport rantau ini masih sekitar 18%, satu ruang besar yang boleh diterokai melalui kerjasama serantau dan usaha menembusi pasaran global yang lebih agresif. Atas semangat itulah, dalam ucapan tadi saya mengusulkan satu gerakan bersama 𝑂𝑛𝑒 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝑆𝑀𝐸 𝑀𝑜𝑣𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 sebagai satu gerakan serantau yang menghubungkan usahawan, pelabur dan inovator dalam satu ekosistem perdagangan baharu. Insya-Allah, dengan kekuatan ekosistem keusahawanan serantau, semangat kolaborasi yang kukuh dan keberanian untuk keluar dari zon selesa, kita akan melihat lebih banyak syarikat tempatan menjadi peneraju di pasaran serantau dan global. #SMEVentureASEAN2025 #OneASEANSME #PMKS #UsahawanMalaysia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17YKKbbzue/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP3KDgIEvov/?igsh=cXJmczRycngyaHZh 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978725965292614030?t=UGPfNa-ZpiiFZmA462WxBw&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP3Ki-zjy7y?xmt=AQF0JbgBKMJYnwFGW8d4bTGvw5CLiVSMIptyM3mBVhSdnA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐧𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Saksikan Ruang Bicara pada jam 9.00 malam ini, eksklusif di BERNAMA TV, di mana saya akan berkongsi pandangan dan mengupas tentang Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu. RUANG BICARA 🗓️ 16 Oktober 2025 (Khamis) ⏰ 9.00 malam 📺 Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121 Anda juga boleh strim secara atas talian di laman Facebook dan YouTube BERNAMA TV. #RuangBicara #BERNAMATV #Belanjawan2026 #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ZdCzJvZWP/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP2x6Pykr9I/?igsh=MTZuYjIyZ3VvN3BkYw== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978672646264078711?t=9OpBKxb4PxmG6HX2VJ-Pmg&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP2yWwjD1Zk?xmt=AQF0vuzXBYpSYUafzmFE39hAMUd5t-05T6Kcx7FTzSNcaA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 Alhamdulillah selesai sudah lawatan rasmi tiga hari saya di Kemboja. Saya membuka hari terakhir saya dengan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan COP-AADMER ke-14 di Kemboja, sempena ulang tahun ke-20 Perjanjian AADMER, tonggak utama dalam memperkukuh daya tahan dan tindakan kemanusiaan serantau. Lawatan rasmi saya diakhiri dengan Majlis Gala AMMDM ke-13, simbol semangat kekeluargaan ASEAN yang bersatu menghadapi cabaran bersama. Insya-Allah, semangat solidariti ini akan terus memperkukuh kerjasama ke arah rantau yang berdaya tahan dan sejahtera. #AMMDM13 #MalaysiaCambodia #ASEANSolidarity #UkhuwahDuaNegara 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP2o_orkvIf/?igsh=MXA3aHIwN243OTRsNg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Vw2yR2vkL/ ?YouTube: https://youtu.be/uUUO-rm7aHw?si=QpiQU1r_z5o6pGdF 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐆𝐚𝐥𝐚 𝐀𝐌𝐌𝐃𝐌: 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 Saya mengakhiri rangka lawatan rasmi saya ke Kemboja dengan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 yang dianjurkan oleh TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim selaku Pengerusi AMMDM ke-13. Alhamdulillah, seluruh rangkaian AMMDM ke-13 berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkukuh kerjasama serantau, menyelaras strategi kesiapsiagaan bencana, serta memperkukuh solidariti ASEAN dalam menghadapi cabaran kemanusiaan masa hadapan. Majlis malam tadi menjadi lambang semangat kekeluargaan ASEAN di mana kita berdiri bersama sebagai satu rantau yang bersedia, berdaya tahan dan saling menyokong antara satu sama lain. Insya-Allah, semangat yang terjalin sepanjang persidangan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh rantau ASEAN. #AMMDM13 #PhnomPenh #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19bkQrmmBX/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP2Waw8knr8/?igsh=MWg0MXBodHRseWhiOA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1978611948460937375?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP2WknXEow4?xmt=AQF0yeCFs4xAxeWmbZLJKXeY-Nn_TDv-cLnc_Yos_7rqfA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 (𝐀𝐌𝐌𝐃𝐌) 𝐤𝐞-𝟏𝟑 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤-𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐀𝐃𝐌𝐄𝐑 (𝐂𝐎𝐏-𝐀𝐀𝐃𝐌𝐄𝐑) 𝐤𝐞-𝟏𝟒 Hari ini, saya telah mewakili Malaysia bagi menyampaikan Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan Pihak-Pihak kepada AADMER (COP-AADMER) ke-14. Malaysia bersama Negara-Negara Anggota ASEAN memperingati ulang tahun ke-20 Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindakan Kecemasan (AADMER) - satu kerangka penting yang telah membimbing usaha kolektif ASEAN dalam memperkukuh daya tahan bencana dan bantuan kemanusiaan sepanjang dua dekad yang lalu. AADMER mencerminkan komitmen bersama ASEAN bahawa tiada Negara Anggota akan berhadapan dengan bencana secara bersendirian. Sepanjang tempoh ini, ASEAN telah berkembang daripada sekadar menyelaras tindak balas kepada menjadi rakan global yang diyakini dalam pengurusan bencana, melalui mekanisme seperti Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre), DELSA, dan Rangkaian ASEAN-ERAT. Malaysia berbangga kerana telah memainkan peranan aktif dalam perjalanan bersama ini. Antaranya, Malaysia menjadi tuan rumah kepada gudang serantau DELSA di Subang, menyokong latihan dan penugasan ASEAN-ERAT, serta terus memperjuangkan penubuhan Pasukan Sedia Siaga Ketenteraan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dan Tindakan Bencana (AMRG on HADR). Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, Malaysia kekal komited memperkukuh keupayaan kolektif serantau dalam pengurusan bencana dan tindak balas kemanusiaan berpandukan prinsip “One ASEAN, One Response.” Tindakan pantas dan penyelarasan di kalangan negaranegara ASEAN dalam menangani bencana gempa bumi di Myanmar awal tahun ini membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama di bawah kerangka AADMER. Bagi memperkukuh lagi komitmen ini, Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan sumbangan one-off USD100,000 kepada Tabung Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN (ADMER Fund). Sumbangan ini menzahirkan semangat solidarity Malaysia bersama semua Negara Anggota ASEAN serta tanggungjawab bersama untuk memastikan mekanisme ASEAN khususnya AHA Centre terus diperkasa bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang cepat, berkesan dan berasaskan keperluan. Sumbangan Malaysia ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap agenda ketahanan kolektif ASEAN. Malaysia yakin semangat kerjasama ini akan menggalakkan Negara-Negara Anggota dan rakanrakan serantau untuk terus memperkukuh Tabung ADMER sebagai tonggak kesiapsiagaan dan tindak balas bencana ASEAN. Saya juga telah menegaskan visi Malaysia untuk melihat ASEAN menerajui kepimpinan global dalam bidang ketahanan bencana dengan pendekatan yang inovatif, inklusif dan berteraskan rakyat. Insya-Allah, ASEAN akan terus membina sistem yang mampu menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan, dan melindungi sumber kehidupan buat generasi akan datang. #ASEAN #MyASEAN2025 #AMMDM #AADMER #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/15MTqRHgDi4/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP0we3YEot2/?igsh=ZzE1OG83ZHhkYnQ4 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978386807957196979?t=8Zx6QKAJSXqX_li-FOXTPA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP0wX0JD8St?xmt=AQF0lX24DkoaWjK7BOZbE8Kb4zZ4D32s-T7zqmvA0rhMsw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Dalam kesempatan yang ada, saya berpeluang memenuhi undangan sahabat saya, TYT Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja, ke kediaman beliau di Phnom Penh. Sebelum berangkat ke Kemboja, saya telah menghubungi Datuk Othsman untuk satu ruang bertemu, dan Alhamdulillah, kami disambut dengan mesra serta dijamu dengan hidangan istimewa hasil air tangan keluarga beliau yang sungguh sedap. Terima kasih Datuk Othsman. Insya-Allah kita berjumpa lagi, dan sampaikan salam saya juga kepada masyarakat Islam di Kemboja. #MalaysiaCambodia #UkhuwahDuaNegara 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GbuWE1a17/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DP0bnJGkiUF/?igsh=MWN0bXhrbXZ6MzBtbQ== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978342178469654572?t=crCOygMhQJCxl-jSXx1MzQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP0b4AEj0Ho?xmt=AQF0-0ksNFfuv4qs1dHfGD7sco_t_L1Jjky1p9FYBnLIFA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 Lawatan rasmi ke Kemboja membuka ruang memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin atas dasar saling menghormati dan mempercayai. Saya berpeluang bertemu TYT Samdech Techo Hun Sen, Presiden Senat, serta TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja, bagi membincangkan pengukuhan kerjasama dalam perdagangan, industri halal, TVET, ekonomi digital, dan pelancongan, dengan sasaran melonjakkan nilai perdagangan dua hala melebihi USD 1 bilion menjelang 2026. Saya juga mengadakan pertemuan dengan TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana melalui latihan bersama dan pertukaran kepakaran teknikal, serta TYT Chhay Rithisen untuk memperluas kerjasama pembangunan luar bandar dalam bidang keusahawanan, digitalisasi, dan pelancongan desa. Lawatan ini turut mempererat hubungan keselamatan dan sosial melalui pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, TYT Neth Savoeun, serta sesi bersama komuniti Malaysia di Phnom Penh. Insya-Allah, persahabatan yang terjalin ini akan terus menjadi jambatan ke arah rantau ASEAN yang lebih makmur, tangkas dan berdaya tahan. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17BTiJEitS/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP0H7_7krm1/?igsh=bGJjNGQ3eDliOWM= 📱YouTube: https://youtu.be/d4qbE7RNPGM?si=d1vBLCJDmCzo-zyT 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 Jauh berjalan merentas desa, Singgah sebentar di tanah jiran. Walau berpisah laut dan masa, Kasih Malaysia teguh bertahan. Setiap kali saya mengadakan lawatan ke luar negara, inilah antara detik yang paling saya nantikan. Keterujaan dapat bertemu komuniti Malaysia di perantauan, khususnya di bumi Kemboja yang penuh sejarah dan budaya ini. Alhamdulillah, walaupun kita datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang, kita semua berkongsi semangat yang sama iaitu cinta yang mendalam kepada tanah air dan rasa bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada hubungan erat Malaysia-Kemboja yang telah lama terjalin. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang meluangkan masa hadir malam tadi untuk kita berjumpa, beramah mesra dan mengeratkan silaturahim. Penghargaan juga saya berikan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh atas layanan mesra serta komitmen berterusan menyantuni komuniti kita di sini. Insya-Allah, semoga kita bertemu lagi di masa akan datang. #DutaKecilMalaysia #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Bde7pa8kw/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPz6XR5EuTp/?igsh=Z3d5ZHIzeTQ0cG5q 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978269085755740208?t=Cs45LTPnllSbiNgstLc_YA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPz6wP7j8UP?xmt=AQF0mP3Q63g3lO0-BsoM7LGtUI8bCfx0qJj3zCbLHbEvnQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐦𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚–𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 Jika sebelum ini saya bertemu rakan sejawat yang memegang portfolio pembangunan luar bandar, kali ini saya berpeluang mengadakan pertemuan bersama seorang lagi rakan sejawat saya, Timbalan Perdana Menteri Kemboja, TYT Neth Savoeun, di Office of the Council of Ministers, Phnom Penh. Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk kami menilai semula pencapaian kerjasama sedia ada serta merangka langkah baharu ke arah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang strategik khususnya dalam penguatkuasaan undang-undang, pencegahan dadah rentas sempadan, rehabilitasi, perlindungan golongan belia serta kerjasama dalam aspek keselamatan serantau. Saya turut berkongsi pendekatan Malaysia dalam memerangi dadah yang kini memberi tumpuan kepada usaha pemulihan, termasuk pengoperasian pusat pemulihan yang aktif, pelaksanaan latihan teknikal melalui TVET serta pelbagai inisiatif komuniti bagi membanteras stigma sosial. Kemboja juga telah menyatakan hasrat untuk melakukan kerjasama ke arah ini khususnya melalui latihan, exchange of expertise, dan melihat lokasi-lokasi pusat pemulihan seperti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Insya-Allah, kesepakatan yang terjalin ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih dinamik dalam menangani cabaran bersama sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia dan Kemboja serta memperkukuh keselamatan, kestabilan dan masa depan serantau yang lebih makmur. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17iCQsxzJt/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPymJE3koeF/?img_index=3&igsh=NHM1OHp0Njhjd2Vl 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978083814321897967?t=kse7iNpOcJxrclkrbOPF8A&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPymaQqD7o2?xmt=AQF0Qr6F_2zo6LWtnAP10Q_voPtil4cGR4UuSRhDX8ADGA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚, 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚 Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 dan ulang tahun ke-10 NADMA di Jerantut menjadi simbol keteguhan usaha bersama membudayakan kesiapsiagaan sebagai tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia. 10 tahun selepas penubuhan NADMA, banyak kemajuan telah dicapai termasuk pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Jerantut serta pengukuhan keupayaan agensi tindak balas untuk mempertingkat kesiapsiagaan dan kecekapan pengurusan di lapangan. Diharap setiap inisiatif yang digerakkan Kerajaan melalui NADMA terus memperkukuh semangat nasional dan menjadikan Malaysia sentiasa teguh, tangkas dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. #BKN2025 #NADMA10Tahun #SentiasaSiagaBencanaTerjaga #MalaysiaMADANI #KesiapsiagaanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17EchrUEVY/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPyaJN0Eqwq/?igsh=MWJ0M3lzeWF6M3V4eg== 📱 YouTube: https://youtu.be/ipGwi28V92s?si=POp_04p71gG_WeJz 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 Saya meneruskan agenda lawatan rasmi saya di Kemboja ini dengan mengadakan pertemuan bersama TYT Chhay Rithisen, Menteri Pembangunan Luar Bandar Kemboja. Sebagai rakan sejawat yang memegang portfolio kementerian yang sama, pertemuan ini membuka ruang luas untuk perbincangan yang lebih mendalam mengenai pembangunan luar bandar, pemerkasaan komuniti desa, pendidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat di kedua-dua negara. Dalam sesi tersebut, saya telah berkongsi pengalaman Malaysia yang telah memacu pembangunan 8.1 juta penduduk desa melalui pendekatan menyeluruh merangkumi pembinaan infrastruktur, penyediaan kemudahan asas, pendidikan awal, serta transformasi minda dan ekonomi melalui keusahawanan dan pendigitalan. Kami turut membincangkan kerjasama dalam pembangunan ekosistem TVET, di mana Malaysia kini mempunyai 1,398 institusi latihan teknikal yang melahirkan tenaga mahir bagi menyokong keperluan industri, selain kejayaan model FELDA dan MRSM dalam melonjakkan mobiliti sosial masyarakat luar bandar. Saya juga menyampaikan jemputan kepada TYT Chhay Rithisen untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bagi meneroka peluang kolaborasi dengan lebih mendalam termasuk dalam bidang industri halal, pelancongan desa, pertanian dan tenaga boleh diperbaharui. Insya-Allah, melalui kesepakatan dan hubungan erat antara dua kementerian ini, Malaysia dan Kemboja akan terus melangkah ke hadapan dalam membina masa depan desa yang lebih makmur, inklusif dan mampan untuk generasi akan datang. #PembangunanDesa #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FqLxAKA6Y/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPyU80dkhXA/?igsh=MXM3dXhhbmo5MGg3bw== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978046031565623525?t=neWbQNW3ZpjtkLFPWAtJoA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyVPGwjyK9?xmt=AQF0Bc13k5wc8fv14wdX1V6TWkk_ZkHYIZnwKqRyIeaMzA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 Saya bersama delegasi berkesempatan menghadiri sesi makan tengah hari yang dianjurkan oleh TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim, Menteri Kanan yang Bertanggungjawab ke atas Misi Khas dan Naib Presiden Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana (NCDM). Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan pelbagai aspek kerjasama dalam bidang pengurusan bencana, kesiapsiagaan serantau, serta adaptasi terhadap perubahan iklim di mana ianya merupakan satu isu yang semakin penting kepada seluruh negara ASEAN pada masa kini. Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa bersedia untuk memperkukuhkan kolaborasi bersama Kemboja, termasuk melalui latihan bersama, pertukaran kepakaran teknikal, penggunaan teknologi pemantauan bencana, serta pelaksanaan misi kemanusiaan serantau. Saya yakin, hubungan erat dan kesepakatan strategik ini akan terus menjadi asas kepada usaha membina komuniti ASEAN yang lebih tangkas, berdaya tahan dan bersatu menghadapi cabaran masa depan. Insya-Allah. #ASEAN #NADMA #PengurusanBencana #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Yme8em7NJ/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPyOIh5kplN/?igsh=NWkwMzZjMDl1aHYx 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978031020789338536?t=q9Rhx6ugOHEFKE0-6tT3-g&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyOaMiDzJm?xmt=AQF0yrE11C38mIBVDFRBCl-OWZZxS4QyYqLAu86vAu7tkQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐚𝐜𝐞 𝐏𝐚𝐥𝐚𝐜𝐞 Hari ini bersempena dengan 13th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management and the 14th Conference of the Parties to AADMER, saya telah mengadakan perbincangan yang amat bermakna bersama TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja. Lawatan ini mencerminkan persahabatan yang utuh, saling percaya dan hormat-menghormati yang sekian lama menjadi asas hubungan Malaysia–Kemboja. Perbincangan kami berlangsung dengan produktif dan berpandangan jauh. Kami menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat - termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pertanian, ekonomi digital dan pelancongan. Perdagangan antara Malaysia dan Kemboja terus berkembang pesat, mencecah hampir USD 750 juta dari Januari hingga Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kedua-dua pihak yakin nilai perdagangan dua hala akan melebihi USD 1 bilion menjelang 2026. Malaysia kekal sebagai antara pelabur utama di Kemboja, dan kami berhasrat memperluas kerjasama dalam ketersambungan digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri agro-makanan. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kemboja atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada para pelabur Malaysia di negara ini. Syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara signifikan dalam sektor utama seperti telekomunikasi, perbankan dan pembuatan, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada perdagangan dua hala tetapi juga kepada pertumbuhan dan kesejahteraan ekonomi domestik Kemboja. Malaysia dan Kemboja turut menegaskan aspirasi bersama untuk memupuk keamanan dan kestabilan serantau. Kedua-dua pihak menyambut baik kemajuan dalam memuktamadkan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN (ASEAN Observer Team – AOT), iaitu satu mekanisme serantau bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur akan datang. ASEAN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam memudah cara pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Penubuhan AOT akan menjadi mekanisme utama bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksanakan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara. Kami turut meneroka bidang baharu kerjasama, khususnya dalam industri Halal, di mana Malaysia boleh berkongsi pengalaman, kepakaran pensijilan, pembangunan Taman Industri Halal dan amalan terbaik untuk membantu Kemboja membangunkan ekosistem halal yang kukuh dan diyakini dalam kerangka pengwujudan Majlis Halal ASEAN. Dalam aspek tenaga kerja dan pendidikan, Malaysia akan terus memastikan kebajikan pekerja Kemboja terpelihara di samping memperluas peluang tenaga pengajar dan pensyarah Kemboja di Malaysia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET). Pendidikan dan latihan akan terus menjadi jambatan penting kepada persefahaman dan kemajuan bersama. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperkukuh perdagangan pertanian, khususnya dalam minyak sawit dan beras, bagi mempertingkat sektor keselamatan makanan serantau. Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan dan pelancongan perubatan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Kemboja dan negara anggota lain bagi memperkukuh perpaduan, kredibiliti dan peranan utama ASEAN dalam mempromosikan keamanan serta kerjasama kemanusiaan. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16W1LqEM6V/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPyGLoZEuj2/?igsh=emJzbmYyeDMydHo1 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978013107395199246?t=NZYVez4MgdKJiDrCS0PtlQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyGjzRj_C0?xmt=AQF0YIxuwkEAeouDt5YzZmeIS4Skq5XS0HH5eAvhKVGuBg&slof=1

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐚𝐜𝐞 𝐏𝐚𝐥𝐚𝐜𝐞 Hari ini bersempena dengan 13th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management and the 14th Conference of the Parties to AADMER, saya telah mengadakan perbincangan yang amat bermakna bersama TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja. Lawatan ini mencerminkan persahabatan yang utuh, saling percaya dan hormat-menghormati yang sekian lama menjadi asas hubungan Malaysia–Kemboja. Perbincangan kami berlangsung dengan produktif dan berpandangan jauh. Kami menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat - termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pertanian, ekonomi digital dan pelancongan. Perdagangan antara Malaysia dan Kemboja terus berkembang pesat, mencecah hampir USD 750 juta dari Januari hingga Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kedua-dua pihak yakin nilai perdagangan dua hala akan melebihi USD 1 bilion menjelang 2026. Malaysia kekal sebagai antara pelabur utama di Kemboja, dan kami berhasrat memperluas kerjasama dalam ketersambungan digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri agro-makanan. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kemboja atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada para pelabur Malaysia di negara ini. Syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara signifikan dalam sektor utama seperti telekomunikasi, perbankan dan pembuatan, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada perdagangan dua hala tetapi juga kepada pertumbuhan dan kesejahteraan ekonomi domestik Kemboja. Malaysia dan Kemboja turut menegaskan aspirasi bersama untuk memupuk keamanan dan kestabilan serantau. Kedua-dua pihak menyambut baik kemajuan dalam memuktamadkan penubuhan Pasukan Operasi ASEAN (ASEAN Operations Team – AOT), iaitu satu mekanisme serantau bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur akan datang. ASEAN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam memudah cara pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Penubuhan AOT akan menjadi mekanisme utama bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksanakan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara. Kami turut meneroka bidang baharu kerjasama, khususnya dalam industri Halal, di mana Malaysia boleh berkongsi pengalaman, kepakaran pensijilan, pembangunan Taman Industri Halal dan amalan terbaik untuk membantu Kemboja membangunkan ekosistem halal yang kukuh dan diyakini dalam kerangka pengwujudan Majlis Halal ASEAN. Dalam aspek tenaga kerja dan pendidikan, Malaysia akan terus memastikan kebajikan pekerja Kemboja terpelihara di samping memperluas peluang tenaga pengajar dan pensyarah Kemboja di Malaysia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET). Pendidikan dan latihan akan terus menjadi jambatan penting kepada persefahaman dan kemajuan bersama. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperkukuh perdagangan pertanian, khususnya dalam minyak sawit dan beras, bagi mempertingkat sektor keselamatan makanan serantau. Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan dan pelancongan perubatan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Kemboja dan negara anggota lain bagi memperkukuh perpaduan, kredibiliti dan peranan utama ASEAN dalam mempromosikan keamanan serta kerjasama kemanusiaan. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16W1LqEM6V/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPyGLoZEuj2/?igsh=emJzbmYyeDMydHo1 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978013107395199246?t=NZYVez4MgdKJiDrCS0PtlQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.

𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚: 𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐈𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 Segalanya bermula dengan lawatan ke Madrasah An-Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah, institusi yang melahirkan generasi Al-Quran berilmu, berakhlak dan berjiwa perjuangan. Di Masjid Tengku Ahmad, Rehlah Perdana MADANI Siaga dan Qiamullail bersama jemaah, memperlihatkan kekuatan rohani sebagai teras kesiapsiagaan ummah. Semoga ukhuwah, ilmu dan semangat kebersamaan yang terjalin di Jerantut menjadi inspirasi untuk kita terus memperteguh kesiapsiagaan nasional berasaskan nilai ihsan dan keimanan. #RehlahMADANISiaga #MadrasahAnNabawiyyah #BKN2025 #NADMA #KesiapsiagaanUmmah #MalaysiaMADANI 📱FB:https://www.facebook.com/share/v/179EyXnc7v/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPyBcGWknny/?igsh=c2dkMmVhZjBqbHMw 📱Youtube:https://youtu.be/6OBYq8Mpgc8?si=MpB2VLeVcDeA50OU 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Rangka lawatan rasmi saya hari ini dimulakan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen, Presiden Senat Kemboja, di Senate Palace, Phnom Penh. Pertemuan ini bukanlah pertemuan pertama tetapi kali ini, kami telah menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Kemboja. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha menggandakan nilai perdagangan dua hala, memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri halal termasuk penyertaan Kemboja dalam Majlis Halal ASEAN, serta memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan dan TVET sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pertumbuhan industri masa depan. Kami juga berbincang tentang potensi memperkukuh kerjasama dalam pelancongan kesihatan, mempelbagaikan rantaian bekalan serantau, memperluas kerjasama digital serta meningkatkan kolaborasi dalam sektor tenaga. Dalam konteks serantau, kami turut menegaskan pentingnya perpaduan ASEAN dalam segala aspek khususnya cabaran keselamatan serantau menerusi dialog dan diplomasi. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi asas kepada hubungan erat antara kedua-dua negara demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Kemboja. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17eDvsDPYG/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPx32P_klH-/?igsh=dDJpa2ZsOWRmZzNh 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977982031842980177?t=DqFVpeTkyAXCteloQVjI8Q&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPx4P8Jj1o-?xmt=AQF0rjaTIqxkO4uOPOBjjj6WBESxDd3_MEML9fz9L1pP4Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐡𝐧𝐨𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐡 Saya memulakan hari kedua lawatan rasmi di Kemboja dengan mempengerusikan sesi pre-council bersama delegasi Malaysia di Phnom Penh serta mendengar taklimat terperinci berhubung keseluruhan perjalanan misi serta rangka pertemuan yang akan berlangsung sepanjang hari ini dan esok. Jadual lawatan hari ini cukup padat dan melibatkan pelbagai sesi penting bersama kepimpinan tertinggi Kemboja. Justeru, penyelarasan yang teliti amat diperlukan agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Moga segala urusan hari ini dipermudahkan dan membawa hasil yang bermakna kepada hubungan dua hala Malaysia-Kemboja. Teruskan mengikuti perjalanan lawatan rasmi saya di sini dari semasa ke semasa. #PhnomPenh #Cambodia #MalaysiaCambodia #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FHZvU3E1V/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DPxltx5kgov/?img_index=1&igsh=MWtzNmV3MXBxb3hpNQ== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977951980346864057?t=oL86ahSrBUupUJmrc2YSqQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPxqcutD_eG?xmt=AQF0Um27nI-PYbSbiKYSigsDIGRzLMYifyHStUeQSO4p3Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐲𝐋𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐁𝟐: 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Perak 2025 di Bagan Datuk membuktikan komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pengangkutan dan JPJ dalam memperluas akses mobiliti rakyat, khususnya golongan B40. Tahniah kepada semua penerima lesen baharu. Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan keutamaan pada keselamatan dan tanggungjawab di jalan raya. Bersama kita jayakan usaha MADANI untuk peluang yang adil kepada semua. #MyLesenB2 #JPJ #MOT #BaganDatuk #Perak #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1FBsJ7XQe1/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPxhuZlEilB/?igsh=MWNkbWUyYnlmYzcyMA== 📱YouTube: https://youtu.be/6_n7vNZTlwc?si=qe0IbsrP83BcF4LK 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 berbanding RM7.5 bilion pada belanjawan 2025 mencerminkan keyakinan Kerajaan MADANI bahawa masa depan pekerjaan berasaskan kemahiran. Penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2025 menjadi bukti komitmen yang jelas, menghimpunkan institusi, industri dan agensi bagi memperkukuh ekosistem tenaga mahir negara. #TVETMalaysia #EkspoTVET2025 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CpnfQBvff/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPxaxL3kgeM/?igsh=MTMzMW9kbW5laXU3bA== 📱YouTube: https://youtu.be/C_MkWxDwjCY?si=ZyN3Um7NKkfeNpmF 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel