Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
365
订阅者
无数据24 小时
+27 天
+230 天
帖子存档
⏳ 𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓
“𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢”
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓 adalah platform inklusif yang menghubungkan pendidikan, industri, komuniti dan teknologi.
Pelbagai pengisian menarik menanti anda!
🔺Pameran & Demonstrasi
🔺Kreativiti & Inovasi
🔺Pertandingan Kemahiran
🔺Teknousahawan
🔺Rakan Strategik & Kerjaya
🔺Komuniti & Servis
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi ini! 🚀
📅 10 - 12 Oktober 2025
⏰ 9.00 pagi - 6.00 petang
📍 Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Masuk adalah percuma. Jumpa di sana!
#KKDW
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#PejuangDesa
#EkspoTVET
#TVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17JB4qRSnC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_ZsqtLGHf
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975374398300561604?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPfWObSD0kW?xmt=AQF0t9eo1krtGhB9z-QBwf40xHtsjxODj06NSpe5tSJ__w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ziarah terakhir buat Allahyarham Saudara Fadzlan di Hospital Putrajaya.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSULju3Eb/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAOodLq7aC
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1Grs5DkQHe/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Inap desa adalah nadi penghubung antara pelancong dan komuniti desa. Ia bukan sahaja menjana pendapatan, bahkan melestarikan budaya, memperkukuh perpaduan, serta membuka peluang baharu untuk generasi muda.
Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa Kali Ke-3 Tahun 2025 bagi memperhalusi pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) sebagai antara tonggak utama kita dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Mesyuarat hari ini telah bersetuju untuk memperkukuh kerjasama antara KKDW, MOTAC, KUSKOP dan agensi berkaitan bagi menyelaras promosi, latihan serta pembiayaan kepada pengusaha inap desa di seluruh negara.
Antara tumpuan utama ialah peningkatan kualiti perkhidmatan, pengukuhan platform digital tempahan dan pemantapan infrastruktur desa agar setiap pengalaman pelancong benar-benar menggambarkan wajah sebenar Malaysia.
Melangkah ke #VM2026, inap desa mesti berdiri sebagai simbol hospitaliti desa Malaysia di mata dunia, tempat di mana pelancong datang bukan hanya untuk melihat, tetapi untuk merasai keindahan kehidupan di desa.
#VM2026 #VisitMalaysia2026
#InapDesa #PelanconganDesa
#INFRA #KKDW
#PejuangDesa
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17HY2F7S4m/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_dfthqRWQ
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975108841567105225?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPddYAkj9RT?xmt=AQF0Hzv72s0GsdFY5MhFTtZqQO2-_basYV-6puh5sX6OJw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐤𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Pagi tadi, saya berkesempatan menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi TYT Muhammad Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Republik Islam Pakistan ke Malaysia di Dataran Putra, Putrajaya.
Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Islamabad pada tahun lalu, sekali gus menzahirkan semangat muhibah dan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama dua hala yang telah lama terjalin.
Lawatan rasmi ini turut membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama baharu antara kedua-dua negara, termasuk dalam perdagangan, halal, pendidikan tinggi dan pertahanan.
Saya yakin hubungan akrab Malaysia–Pakistan akan terus subur dengan semangat persaudaraan sejati, membuka peluang baharu kepada rakyat kedua-dua negara dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan penting di rantau Asia Selatan.
Insya-Allah, semoga hubungan dua hala ini terus membawa manfaat bersama dan kekal utuh sepanjang zaman.
#MalaysiaPakistan
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1PUv6XJ4Ki/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BB0KvIvPUZ
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975084059752825212?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPdSNR7j76t?xmt=AQF01DFDPzS97MkScZk2pqPftqFl0-YpNi3YSSnzbBSK8w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
⏳ 𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓 bakal dianjurkan dengan konsep “𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢”.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi ini! 🚀
📅 10 - 12 Oktober 2025
⏰ 9.00 pagi - 6.00 petang
📍 Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Masuk adalah percuma. Jumpa di sana!
#KKDW
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#PejuangDesa
#EkspoTVET
#TVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GNVY4rDUb/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_r5pIZGed
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1975034354209562662?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPc7h0Rj2ZD?xmt=AQF031NPHqX3RlNiTlXHzhsXIPST3XgXV6YeQHBDMMc__A&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐤
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang menjunjung tinggi nilai moral dan kesopanan.
Kita menghormati kepelbagaian agama serta budaya, namun sebarang cadangan atau acara yang bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat tidak boleh diterima.
Sebagai Presiden UMNO, saya menolak sepenuhnya tindakan tersebut dan akan membawa perkara ini ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk dinilai secara tegas.
Pendiriannya jelas iaitu Malaysia mesti kekal berpaksikan akidah, adab dan nilai.
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSURxVu56/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAJklSK6xK
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1GRE5WgCHH/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐋𝐮𝐚𝐫
Malaysia menghargai komitmen Presiden Erdoğan dan Kerajaan Turkiye yang bersetuju membenarkan penggunaan Lapangan Terbang Istanbul bagi membawa pulang aktivis kita ke tanah air.
Saya turut menegaskan bahawa keamanan sejati di bumi Palestin hanya akan tercapai apabila hak rakyatnya dikembalikan sepenuhnya untuk mentadbir tanah air mereka sendiri dengan bebas dan bermaruah.
#MalaysiaTurkiye
#GlobalSumudFlotilla
#SumudNusantara
#KeadilanUntukPalestin
📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUR9YctC/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAJMfWUcC_
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/14KJHtL87gn/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Petang tadi kami di Pejabat Timbalan Perdana Menteri menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Saudara Fadzlan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya.
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang yang ceria, berdedikasi dan disenangi oleh semua rakan setugas. Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh warga pejabat kami yang pernah bersama beliau dalam suka dan duka.
Saya sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Putrajaya serta bertemu dengan ahli keluarganya bagi menyampaikan ucapan takziah. Saya mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BN9oxapCx/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_qlZ3mJRT
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974809615880831427?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPbVbaUjy4y?xmt=AQF0SztxLCFaE3UxVuOpRq-yOo4hIiYbvc-fWD3BNKKirg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐘𝐏𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫: 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya berasa amat teruja apabila dapat bersama ribuan anak muda Johor yang hadir di Stadium Tertutup Arena Larkin hari ini sempena Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Peringkat Negeri Johor.
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasa peranan belia melalui pendidikan, TVET dan latihan kepimpinan agar mereka bukan sekadar menjadi pemerhati, tetapi pemain utama dalam mencorak pembangunan bangsa. Johor, sebagai pintu gerbang ekonomi Malaysia, memerlukan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan berpemikiran global.
Saya menaruh keyakinan penuh bahawa Skuad YPM akan terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan generasi belia berjiwa besar, mencintai ilmu dan tanah air.
Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas sokongan yang telah diberikan bagi memastikan inisiatif ini terus berkembang demi masa depan anak bangsa.
Semoga usaha ini diberkati dan menjadi titik tolak kepada kebangkitan belia Malaysia iaitu generasi yang berani mencipta masa depan mereka sendiri. Insya-Allah.
#SkuadYPM #YPM
#MARA #KKDW
#PejuangDesa
#BeliaJohor #Johor
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1afCheVo2E/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAVADRiAo-
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974787079059153398?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPbLOiHj3M_?xmt=AQF0-4_PbiE4HzE-F58EM5WaEK9JBk37NJy94CoBQH4a6w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐢𝐥𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐔𝐏𝐌: 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Malam tadi, saya kembali ke Universiti Putra Malaysia (UPM), ke pangkuan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), tempat yang membentuk sebahagian besar perjalanan hidup dan pemikiran saya.
Pada saya, FBMK adalah wadah yang memupuk kefasihan minda dan keluhuran jiwa. Di sinilah tempat saya pernah belajar untuk bangkit semula setelah melalui saat getir dalam karier politik. Di sini saya menulis, berfikir dan belajar erti perjuangan ilmu.
Di sinilah jua saya berjaya menamatkan pengajian Masters & PhD dalam bidang Komunikasi pada tahun 2008, meskipun ketika itu saya sedang berkhidmat sebagai Menteri.
UPM pada saya bukanlah hanya tempat mendapatkan ijazah. Di universiti ini, tiada pengecualian sama ada kita seorang menteri, pegawai Kerajaan, atau pelajar lepasan SPM. Kita semua tertakluk pada prinsip yang sama - komitmen, disiplin dan kualiti akademik.
Sebagai salah seorang alumni di sini, saya telah menzahirkan komitmen untuk terus menyumbang kembali kepada institusi yang telah banyak berjasa dalam membentuk siapa saya pada hari ini.
Saya juga sentiasa mendoakan agar fakulti ini dapat terus melahirkan lebih ramai graduan berkualiti yang mampu menjadi pemimpin pemikiran dan pembina peradaban di masa hadapan. Insya-Allah.
Terima kasih UPM.. Terima kasih FBMK!
#FBMKUPM
#UniversitiPutraMalaysia
#AlumniUPM
#BerilmuBerbakti
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19rDywDTc8/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BANX7Vb_DD
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974627325854752972?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPaCokjjzbM?xmt=AQF0OnkrIDredOAgDlcVH-jh48H3OL3zNYuXsL9OInXspg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐧𝐢𝐊𝐋 𝐌𝐅𝐈 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Saya kongsikan rangkuman lawatan ke UniKL Malaysia France Institute (MFI) yang terbukti melahirkan graduan TVET berkualiti tinggi dan berdaya saing global.
Insya-Allah, agenda TVET negara akan terus diperkasa agar Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju.
#UniKL #UniKLMFI
#MARA #KKDW
#TVETMalaysia #RancakkanMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUeyjqaM/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BBGtaAMQzd
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1FirfCkWVM/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚
Dalam suasana politik yang sentiasa mencabar, Barisan Nasional mesti kekal menjadi benteng kestabilan negara dan suara yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Perbezaan pandangan tidak harus melemahkan, sebaliknya menjadi kekuatan untuk memperkukuh kesatuan dan tekad kita dalam memimpin dengan bijaksana.
Petang tadi, saya telah mempengerusikan sesi Pre-Council Barisan Nasional bersama Ahli-ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Apa jua isu yang dibahaskan, baik dari kos sara hidup, pembangunan ekonomi, hinggalah kebajikan rakyat, ianya mesti ditangani dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
Saya turut menegaskan bahawa perjuangan kita hanya tidak terhenti di Dewan atau di pentas politik semata-mata, tetapi mesti terus berakar dalam denyut nadi rakyat dalam mempertahankan hak mereka, memperjuangkan keadilan sosial dan memastikan pembangunan yang berpaksikan kesejahteraan semua.
Insya-Allah, dengan semangat dan iltizam bersama ini, kita akan terus mara ke hadapan sebagai barisan yang kuat, berprinsip dan diyakini rakyat.
#BarisanNasional
#ParlimenMalaysia
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1Ck2Y626hU/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/_fs3rNfUZ
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1974454982993666090?t=lXay74r-EYjxAulWnUB5NA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPY0c7Sj8vO?xmt=AQF0KVoR9h5FGBIyAAVky_3I9ZBvWhfi-zywXQg9DoTizg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐁𝐮𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐧𝐢
Apabila kita menyebut tentang seni, kita berbicara tentang jiwa bangsa. Lagu, muzik, filem dan drama bukan semata-mata hiburan, tetapi cerminan kehidupan, suara hati rakyat dan penyampai aspirasi negara.
Malam tadi, saya berpeluang untuk hadir menyempurnakan Konsert Budi Kasih Malaysia, sebuah acara amal anjuran Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) bagi mengiktiraf jasa insan seni yang telah sekian lama mewarnai hidup rakyat Malaysia dengan nyanyian, lakonan dan muzik mereka.
Kerajaan tetap komited memperkasa ekosistem seni dan industri kreatif negara. Melalui pelaksanaan RUU Industri GIG serta agenda TVET kreatif dan digital, kebajikan dan perlindungan para penggiat seni akan terus diperkukuh, sementara bakat baharu yang berkualiti akan dapat terus dilahirkan.
Saya turut tersentuh apabila melihat ada antara anak seni tanah air tampil berani menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla baru-baru ini. Mereka membuktikan bahawa seni bukan hanya wadah hiburan, tetapi juga mampu membawa suara perjuangan dalam menyuarakan solidariti, membela kemanusiaan dan menolak kezaliman.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah menjayakan konsert ini khususnya warga YKAT. Saya berdoa semoga YKAT terus dipermudahkan dalam perjuangan menjaga kebajikan dan memberi pembelaan kepada warga seni kita.
Insya-Allah, setiap usaha yang lahir daripada niat murni akan dibalas dengan ganjaran kebaikan yang berpanjangan.
#KonsertBudiKasih2025
#YKAT #SeniJiwaBangsa
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Csuv1u3FT/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_pqPtyeaz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974406920535773342?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPYeKRvj6R6?xmt=AQF0nxUG66kWLksh4oVztuaW8aPqAqlEQ0dY8JTXMjOKSA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧
Selagi wujudnya kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin, selagi itulah semangat dan perjuangan kita untuk membela Palestin tidak akan pernah padam!
Palestin tidak pernah sendiri. Setiap doa, setiap suara dan setiap langkah kecil daripada kita adalah tanda bahawa perjuangan mereka turut menjadi perjuangan kita bersama.
Teruskan berdoa. Teruskan bersolidariti. Bersuara, bertindak, dan gunakan segala yang termampu untuk membela bumi Gaza yang tercinta. Insya-Allah.
#GlobalSumudFlotilla
#SumudNusantara
#SolidarityForGaza
#NusantaraForGaza
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSU1Fxtx3/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BANhNzTlYg
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1CNFm6Qz4M/
📱YouTube:
https://youtu.be/SPnVZIZKa-Q?si=dNaG_fV1M6NiNlb1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 (𝐌𝐊𝐓) 𝐔𝐌𝐍𝐎
Saya kongsikan rangkuman Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menjadi medan perbincangan penting dalam memperkukuh hala tuju parti serta usaha berterusan memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Insya-Allah, segala keputusan dan muafakat yang dicapai akan memperteguh UMNO sebagai wadah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
#UMNO
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSDoT6PRp/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAO62dbI7_
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1Zebquw15H/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 3 Oktober 2025 bersamaan 11 Rabiulakhir 1447H telah mengadakan perbincangan dan menetapkan beberapa perkara berikut:
1. UMNO amat prihatin terhadap keresahan rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA), justeru satu Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar telah diadakan pada 3 Oktober 2025 yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pemaju, orang perseorangan daripada pelbagai kaum.
2. Selaras dengan resolusi konvensyen, UMNO berpendirian tegas untuk menangguhkan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang sedia ada dan tidak diteruskan untuk pembentangan di Sidang Dewan Rakyat akan datang sehingga dilakukan rombakan besar yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.
3. UMNO melantik Naib Presiden 3, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani untuk mewakili UMNO bagi melakukan perundingan dan membawa pendirian UMNO bagi merombak dan menambah baik RUU Pembaharuan Semula Bandar demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat marhaen terpelihara.
4. UMNO akan memastikan kerajaan untuk melakukan segala usaha dan upaya untuk memastikan keselamatan dan pembebasan segera tanpa syarat dan kompromi kesemua sukarelawan Malaysia dalam Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla Nusantara yang ditahan secara tidak sah oleh Regim Pengganas Zionis-Israel.
5. UMNO meminta Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim supaya terus konsisten dan tegas membawa suara Malaysia untuk dunia mengiktiraf Negara Palestin dan mendesak Regim Pengganas Zionis-Israel menghentikan kezalimannya dalam operasi penghapusan etnik yang sedang berlaku di Gaza.
Setiausaha Agung UMNO
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1A5aTnChGe/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBdQ6imNPe
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974056322409828395?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPV-42Gj5Gz?xmt=AQF0Gm_8uALU0Q7VsA4FTjdSdp5AhumLrbKCgYd8YD2GEQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐉𝐄𝐋𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya kongsikan rangkuman Program TVET JELITA GIATMARA 2025 di Sabah yang membuka ruang ilmu, keyakinan dan peluang keusahawanan untuk wanita luar biasa.
Tahniah kepada GIATMARA dan semua peserta, inilah bukti kekuatan sebenar wanita Malaysia.
#TVETJELITA #WanitaLuarBiasa
#GIATMARA #TVETMalaysia #Sabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDo9Brah/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17WrLoNR9y/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPV3k7sFSe4/?igsh=ajhyY3Bma3U5bzBh
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐔𝐑𝐀: 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧
Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang berlangsung hari ini adalah inisiatif UMNO untuk menghimpunkan suara rakyat, pakar, aktivis masyarakat dan penduduk bandar bagi meneliti implikasi URA terhadap masa depan komuniti bandar, khususnya Melayu bandar.
UMNO mendengar keresahan rakyat tentang isu harga rumah, kos sara hidup, risiko pengusiran halus serta kebimbangan terhadap masa depan kampung tradisi dan tanah rizab Melayu. Konvensyen ini membuktikan kesungguhan UMNO untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat, memastikan pembangunan bandar berlaku dengan adil dan tidak menekan golongan yang terkesan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan mengambil bahagian dalam konvensyen ini, khususnya 11 orang pembahas yang mewakili pelbagai sektor, serta semua yang mengemukakan soalan dan pandangan yang bernas juga membina.
Insya-Allah, UMNO akan terus memainkan peranan sebagai suara rakyat dan benteng perjuangan bangsa. Apa jua dasar dan undang-undang yang menyentuh kehidupan rakyat akan terus diteliti dengan penuh tanggungjawab demi memastikan pembangunan negara sentiasa berpaksikan keadilan dan kesejahteraan bersama.
#KonvensyenPembaharuanSemulaBandar
#UMNO #MelayuBandar
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Zq7e3ijv8/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BALJQEHnex
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1974010378012311782?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPVqCp9DyX2?xmt=AQF0ZcpV5TVNkOezu3FFMt5NfXLzKvSkUWpfN_NJSN97bA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
⏳ 𝟕 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓 bakal menemui anda di Ipoh! Ekspo yang membawa konsep “𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢” ini merupakan platform inklusif yang menghubungkan pendidikan, industri, komuniti dan teknologi di bawah satu bumbung.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi ini! 🚀
📅 10 - 12 Oktober 2025
⏰ 9.00 pagi - 6.00 petang
📍 Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Masuk adalah percuma. Jumpa di sana!
#KKDW
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#PejuangDesa
#EkspoTVET
#TVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/12LrY1qeBgL/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBXgW9QPYh
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1973923576719053089?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPVCdCmj7Cz?xmt=AQF0OfeuB2P0OBu-8pLxEDphaLBhHrRzH283zX0kjXioww&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐑𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥
Saya kongsikan rangkuman Program PRISMA Sabah 2025 di Kota Belud yang memperkasa pekebun kecil melalui peningkatan produktiviti, pasaran RisSMart dan peluang ekonomi baharu.
Kerajaan turut menyalurkan peruntukan serta sumbangan CSR untuk membantu pekebun kecil yang terkesan bencana. Insya-Allah, inisiatif ini akan menjadi pemangkin ekonomi desa yang lebih makmur.
#PRISMASabah #PRISMA2025
#RISDA #KKDW
#PejuangDesa #DesaMADANI #SabahMajuJaya
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSDKbg445/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAj_NLOL6F
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1Pk1Bjs3QT/
📱YouTube:
https://youtu.be/JIajMhmxcKU?si=zjwQtxNM_R8rj-ac
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
