Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
364
Subscribers
No data24 hours
+37 days
+230 days
Posts Archive
๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข
Pagi tadi saya bersama isteri sempat meluangkan masa hadir ke Majlis Perasmian Megaklinik Dr. Suffian di Conezion, Putrajaya.
Saya berkongsi pandangan bahawa kesihatan merupakan antara aset paling berharga dalam kehidupan. Ramai yang berusaha mencari kejayaan dan kekayaan, namun tanpa kesihatan yang baik, segala yang dimiliki sukar untuk dinikmati dengan sempurna.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), saya percaya bahawa pendekatan kesihatan perlu bergerak daripada โsick careโ kepada โhealth careโ dengan memberi penekanan kepada pencegahan dan amalan gaya hidup yang sihat.
Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Suffian dan seluruh pasukan atas pembukaan fasiliti ini. Mudah-mudahan lebih banyak usaha seperti ini dapat digerakkan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
#MalaysiaSihat
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BrSXSwuXs/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZzVUBCknwa/?img_index=8&igsh=OGRzcXhmMjFtdjR6
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2068259494396821861?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZzVbqFD9Lx?xmt=AQG0rqE-lARnHGxTbSiLwudRZaE3J_d13zJjL6EOXFv6wxMRORofH-Ga6NhPuIzqLQPrPG2i&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐๐๐๐ณ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐๐
Sejujurnya, saya amat teruja melihat semangat anak-anak huffaz yang hadir dalam Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 malam tadi. Dari awal hingga ke penghujung majlis, semangat yang mereka tunjukkan cukup luar biasa.
Alhamdulillah, melihat ribuan anak muda berhimpun dengan kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran merupakan satu pemandangan yang cukup menyentuh hati dan memberi harapan besar kepada masa depan ummah.
Semasa berucap, saya telah berkongsi keyakinan bahawa pendidikan tahfiz merupakan antara kekuatan besar umat yang perlu terus diperkasa. Negara memerlukan generasi yang memiliki ilmu, akhlak dan amanah. Sebab itu saya mahu melihat lebih ramai huffaz melangkah jauh dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada sebagai doktor, jurutera, teknokrat, pendidik, usahawan, pegawai tadbir mahupun pemimpin negara.
Saya juga turut menyentuh mengenai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz negara termasuk penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang merupakan antara resolusi utama Kongres Pendidikan Bumiputera 2026. Insya-Allah, langkah ini akan membantu memperkemas hala tuju dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak tahfiz untuk terus melangkah ke hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, institusi tahfiz serta semua pihak yang menjayakan himpunan ini. Seperti yang saya sebutkan malam tadi, Pahang telah menunjukkan contoh yang baik dalam membangunkan ekosistem pendidikan tahfiz yang tersusun dan berterusan. Alhamdulillah.. Tahniah saya ucapkan.
Mudah-mudahan daripada bumi Pahang ini akan terus lahir generasi huffaz yang menghafaz al-Quran, berakhlak mulia, berilmu tinggi serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.
#HimpunanHuffazPahang2026
#PahangFirst
#PendidikanTahfiz
#MajlisTahfizNegara
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/1D1ndyuZvQ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DZw1dVwEqBz/?igsh=MXRybXVnajJkczFrbg==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2067907994676064283?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZw101wjyJF?xmt=AQG0aRMMFeCHH6dHYoaRz_Zqio4LLYFe_0a4qAB7HzsBjc6IrUR3AC-YHdYXZLhQMlWIpDo4&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ค๐ฆ๐๐ก
Setiap perkataan yang diucapkan membawa kesan dan tanggungjawab. Dalam dunia yang pantas hari ini, marilah kita membiasakan diri untuk berkata benar, menjaga adab dan menyebarkan perkara yang membawa manfaat.
Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa menggunakan nikmat lisan ke arah kebaikan serta menjauhkan diri daripada perkataan yang boleh memecah-belahkan atau menyakiti orang lain.
#RisalahJumaat
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSQ7SBb36/
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1C2P46fQ1Z/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DZwe1fbyYas/?igsh=MTB4aWRoNXZybXZ3bw==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2067858341821640747?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwfCC0Dxeq?xmt=AQG0MzF9Y9Ma55PBNRAUy88GA7UWAoAQL12oqcSIy7i2qDD7nqiR7kgqwi6ZLIenH0MPlOSv&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Allahuakbar.
Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.
Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya.
Kepada semua yang sedang bertugas, jagalah diri sebaiknya. Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.
Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1CkxXxk37M/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZwHaldErK1/?img_index=1&igsh=MXM2NXZvMmo2cXU4eA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067806626539835772?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwHegqj_tA?xmt=AQG0IEDgpfnmtIACW5wVWa2Ho9Lwqg1C4fqyHK1bAni4uYMqd7mBIDOIitImpp3AY_ZsiAHP&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Allahuakbar.
Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.
Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya.
Kepada semua yang sedang bertugas, jagalah diri sebaiknya. Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.
Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1CkxXxk37M/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZwHaldErK1/?img_index=1&igsh=MXM2NXZvMmo2cXU4eA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067806626539835772?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZwHegqj_tA?xmt=AQG0IEDgpfnmtIACW5wVWa2Ho9Lwqg1C4fqyHK1bAni4uYMqd7mBIDOIitImpp3AY_ZsiAHP&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค, ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 yang menerima keputusan semalam.
Walau apa jua keputusan yang diperoleh, saya percaya setiap usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan. Teruskanlah melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan jadikan pencapaian hari ini sebagai titik permulaan untuk mencapai cita-cita yang lebih besar pada masa hadapan.
Saya turut berbangga apabila Bagan Datuk muncul sebagai daerah terbaik di Negeri Perak dalam STPM 2025 dengan PNGK 3.25 serta mencatatkan 100% pelajar lulus penuh.
Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri mahupun negara.
Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga pendidikan Bagan Datuk yang telah memainkan peranan besar dalam melakar kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga kecemerlangan ini dapat terus dipertahankan dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
#STPM2025
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1C2P7NeYkF/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DZv5Ra1klHW/?igsh=MWE0aWJ0NmlzdDAxbA==
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2067775616402006282?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZv5jWljytX?xmt=AQG0PyBsIv4ChjES6mHo6yeoTmHvlaNk-nbHWgTguAOSwh7XefQtlD9iOSnjqPsyvAqmEJ9c&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Subhanallah. Indah sungguh pemandangan malam ini.
Ribuan huffaz berhimpun dalam Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026, membawa kalam Allah di dada, doa ibu bapa di belakang mereka dan harapan besar umat di hadapan mereka.
Semoga dari bumi Pahang ini lahir generasi huffaz yang bukan sahaja teguh hafazannya dan tinggi akhlaknya, tetapi turut mampu menyumbang kepada pembangunan negara serta menyinari masa depan ummah di serata dunia.
Insya-Allah.
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQnUnXqP/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DZuqODgywld/?igsh=azVvc2FiYXZwOHg=
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1BHZQNxMXZ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZurPyTj8Wr?xmt=AQG0FK1eqPXEdsXT3PvX-4sKyLYnKcl1hhGdJcfudaTngb8l1rAu8TRUlCdkYoTs-nL7RaQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐จ๐ค๐จ๐ก ๐๐โ๐๐ฅ ๐๐ข๐ฃ๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Maโal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M.
Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan besar yang telah dicurahkan dalam memperkasa umat, mengangkat martabat ilmu serta menyebarkan nilai-nilai Islam yang membawa rahmat, hikmah dan manfaat kepada masyarakat.
Tahniah kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar yang menerima Anugerah Tokoh Kebangsaan serta Prof. Sheikh Dr. Ahmad Al-Raysuni yang menerima Anugerah Tokoh Antarabangsa.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menimba ilmu, berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah, negara serta peradaban Islam.
Selamat menyambut Maโal Hijrah 1448H.
#MaalHijrah1448H
#AwalMuharram1448H
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/199JeBn8r8/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZrGeJzyH4p/?igsh=MWN3Z25sMHhxMzd6cg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2067102550751592869?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZrHR7kj-7u?xmt=AQG0dAO0WeK5b5t3kpidqf6ywLUMpWbFb-ky7ixTzCr8bhDtlpfiN33Adouc20-gmAfLMF3j&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐ฐ๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ก๐๐ซ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐
Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan tidak berlaku dengan kata-kata semata-mata, tetapi melalui usaha, disiplin dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Hijrah juga mengajar kita erti pengorbanan dan kecekalan dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam kita memimpin, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat.
Dalam dunia yang sentiasa berubah, semangat hijrah menuntut kita untuk berani melakukan pembaharuan, memperbaiki kelemahan serta terus berusaha memberikan yang terbaik demi kemajuan bersama.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menguatkan tekad kita untuk terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
#AwalMuharram1448H
#MaalHijrah
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSQbJqYmx/
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/1DLSisJ8Tt/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DZpSrVDSZNY/?igsh=NzlvMDRjNnpwbTB4
๐ฑX:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2066846415507103792?s=46
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpS0ctj5_S?xmt=AQG0uPKQXD7goQ4RkRE0whHVzP_zMMK1Qra-2tNp4wvyLiYOY5vBUK-cbVXF4wIeAuNV2zc&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐ณ๐๐ฆ, ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐จ๐
Menjelang berakhirnya tahun 1447H dan bermulanya 1448H, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi medan muhasabah, memohon keampunan atas segala kekhilafan serta mengharapkan keberkatan, rahmat dan petunjuk-Nya untuk menempuh tahun baharu dengan hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih kuat.
Selamat menyambut Awal Muharram 1448H.
#AwalMuharram1448H
#SalamMaalHijrah
#DoaAkhirTahun
#DoaAwalTahun
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1EKzyrxAqv/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZpBVn1kruu/?igsh=MXBvcjI0ODN6NHpyZQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066809509985783883?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpBYspj0u9?xmt=AQG0SkrVDaJWMqEUcFGapTCtXqxa1WtPM675LHrJD5QjesIgg6qhH6XSBxfo8d_IL5JX4Vo&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ญ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ค๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก
Ada ketenangan yang sukar digambarkan apabila ribuan jemaah berhimpun bersama-sama melafazkan zikir dan memuji kebesaran Allah SWT.
Alhamdulillah, saya kongsikan sedikit momen ketika menghadiri Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Johor Bahru.
Moga setiap zikir yang dilafazkan, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap langkah yang diatur menuju majlis ilmu seperti ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta kesejahteraan buat kita semua.
#AsmaulHusna
#MajlisZikir
#IslamMenyatukanUmmah
#RahmahHikmahUkhuwah
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ4MCp6D/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DZm4FztyVlE/?igsh=MTdxaGk1d2ZzNjBxbw==
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1JAv8udkzJ/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYouTube: https://youtu.be/mCbkATN1Oak?si=JOLUUY9ADq553sJ2
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini bagi meneliti perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta beberapa agenda lain berkaitan pembangunan Bumiputera.
Alhamdulillah, sehingga kini pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 64.6% dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Mesyuarat turut meneliti beberapa resolusi yang dikemukakan melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, termasuk cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara.
Saya percaya agenda pembangunan ekonomi Bumiputera perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan agar lebih ramai generasi muda mempunyai ilmu, kemahiran, nilai serta daya saing untuk mendepani cabaran masa hadapan.
Insya-Allah, usaha memperkasa pendidikan, TVET, pembangunan bakat dan huffaz profesional akan terus diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada ikhtiar melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi, masyarakat dan negara.
#MajlisEkonomiBumiputera
#EkonomiBumiputera #PuTERA35
#KongresPendidikanBumiputera2026
๐ฑFB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid02zFLNz1Pdg4LvQHJDfKrGzaSxhPpSK9CkcFQPrw5jvSqbwJGKYtxx5NJcuPyhbuEel/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZmchr-SJJm/?igsh=djNnZXd5Z3A3OTZl
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066445708236849299?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZmcn0HDxe0?xmt=AQG0ZydnUijtM9bJ5oRsu9yRDc35rd6sFByI8-mxW-psFXs0N130fxnipJle_6fQorFfpZ4&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Saya percaya desa yang memiliki sumber, bakat, usahawan dan komuniti yang kuat mampu menjadi pusat pertumbuhan baharu jika seluruh kekuatannya digerakkan secara tersusun dan berimpak tinggi.
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga KKDW atas komitmen serta usaha berterusan dalam memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat di seluruh negara.
#HariPendidikKEMAS
#KEMAS #KKDW
#DiSiniBermula
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQXuy4Ac/
๐ฑFB: https://fb.watch/HLsLkJAJx0/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DZmVrS6Sxz-/?igsh=MTFudXZsdjN6OXQzbQ==
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฉ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐ฎ๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐
Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niรฑo yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027.
Fenomena ini dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya ingin menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa. Gunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas.
Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#KesiapsiagaanBencana
#METMalaysia #myCuaca
๐ฑFB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0G7ygxwc4h5GaFt1aKv8ehs4kaCDJBg6nTzF2TrLaL8GqhjXY35RxLHPiatf1j6uvl/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZl5_4Ny-Jf/?igsh=b25nejRxeWU1czU3
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066370179211420041?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZl6N9ZD5Hy?xmt=AQG0_jHEnRAF70UqCBhqJgAjVTbzjqtc-q49A1lG3vaJlmEXIa_ldNNxfL-ybXEOmUmUSAF1&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ ๐๐ง๐จ๐ฐ๐ฅ๐๐๐ ๐, ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐๐ง๐ ๐๐๐๐
As the world navigates increasingly complex challenges, we must not overlook the growing crisis of values around us.
I believe the future belongs to a generation with the Al-Quran in their hearts, knowledge in their minds, skills in their hands and adab in their actions.
Through stronger collaboration between scholars and leaders, we can build a more knowledgeable, compassionate and resilient ummah.
#SoutheastAsiaScholarsConference2026
#JAKIM #MWL
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSQCxS9MD/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DZkTR8oSR_Q/?igsh=YzZybzluMDF0MThq
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/16uHuJugpK/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ข ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ข๐ซ๐ข๐ง๐
Saya kongsikan rangkuman semasa menghadiri dan merasmikan 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang menghimpunkan ulama, mufti, ahli akademik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN.
Semoga persidangan ini menjadi medan yang memperkukuh kesatuan ummah serta melahirkan lebih banyak pandangan dan penyelesaian yang bermanfaat untuk masa depan masyarakat.
#SoutheastAsiaScholarsConference2026
#JAKIM
#MalaysiaMADANI
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSQxTgtYr/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DZkCWthy-P8/?igsh=MWphMjlkODBsN2VtMA==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/17nnygseDu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑYoutube:
https://youtu.be/ixwEQTSlVUo?si=u1g4lVQ_nyzTq1sP
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฆ๐๐๐ฌ๐๐ก๐ข ๐๐ข๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐-๐๐๐ฆ๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐ง๐๐๐ก
Alhamdulillah, pagi tadi saya hadir ke Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Datoโ Onn, Johor Bahru, diiringi YAB Menteri Besar Johor, Datoโ Onn Hafiz Ghazi.
Suasana pagi hari ini cukup menyentuh hati. Ribuan jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menghidupkan jiwa dengan zikir, mendengar tausiah dan mengingati kebesaran Allah SWT.
Saya melihat sendiri bagaimana alunan zikir Asmaul Husna mampu menenangkan jiwa, menundukkan hati dan menyatukan ummah. Setiap nama Allah yang dilafazkan membawa makna, pengajaran dan peringatan bahawa hidup ini perlu sentiasa kembali kepada-Nya.
Majlis seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan umat bukan hanya terletak pada angka, kedudukan atau organisasi, tetapi bermula daripada hati yang hidup dengan zikrullah, ilmu yang dipandu adab, serta masyarakat yang sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan.
Moga zikir yang dilafazkan, tausiah yang didengar dan doa yang diaminkan pagi tadi menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada kita semua, keluarga kita, masyarakat kita, negeri Johor, negara Malaysia dan seluruh ummah.
Semoga hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah, langkah kita dipandu dengan hikmah dan kehidupan kita diberkati dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.
ุงูููู
ุงุฌุนููุง ู
ู ุงูุฐุงูุฑูู ุงูุดุงูุฑูู
#AsmaulHusna #MajlisZikir
#UswatunHasanahJohor
#JohorBahru
#IslamMenyatukanUmmah
#RahmahHikmahUkhuwah
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DAH4x4Dh9/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZjrc_fkjYv/?img_index=9&igsh=NWUwNzBhNWI5bGVw
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066056257694507506?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjreSfDxHH?xmt=AQG0cmHHTBEhzAddRqLCP8W8vjjHovF9jTstxABJb62vjZBf3J6O4SwVjD6GW7r3ssotvGRW&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Indahnya alunan Asma ul Husna berkumandang di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Datoโ Onn pagi ini.
Allahu Akbar.
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ9whp1n/
๐ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DZjRjWLy9ss/?igsh=MTU4d2dmamZ1bmQ3MA==
๐ฑFB: https://fb.watch/HJSo5Jb0aq/?mibextid=wwXIfr
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama.
Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua.
#BarisanNasional
#BNJohor
#BNNegeriSembilan
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19DHAkxmZV/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZi_-oUyq6H/?igsh=NHVmZDFsbXhiODQz
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065962777022468493?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjA1xXj7uJ?xmt=AQG0Ff9BOY0J7t1kqphOcWMiG8XbenPhPD102qCpHjDN-0Sr679LxkfDRPnH9hYBwnNSS20&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ง ๐๐
Alhamdulillah, hari ini saya diberi penghormatan untuk merasmikan the 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 600 ulama, mufti, ahli akademik, penyelidik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN.
Cabaran yang kita hadapi hari ini tidak hanya tertumpu kepada ekonomi atau geopolitik. Apa yang lebih membimbangkan ialah krisis nilai, adab dan kebijaksanaan yang semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat.
Semasa berucap, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti dipandu oleh nilai dan etika. AI, data dan inovasi perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, manakala Maqasid Syariah perlu terus menjadi kompas yang membimbing arah pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Saya turut menyentuh kepentingan diplomasi intelektual dalam memperkukuh kerjasama sarjana Islam serantau, membina kesepakatan dalam isu-isu utama ummah serta melahirkan lebih banyak cadangan dan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Muslim World League (MWL) dan JAKIM atas komitmen berterusan menjayakan persidangan ini.
Semoga segala perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kesatuan ummah, mengangkat peranan ilmu dalam pembangunan masyarakat serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada rantau ini, insya-Allah.
#SoutheastAsiaScholarsConference2026 #MWL #JAKIM #MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1ELJtkuihp/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DZhMH4_kvYG/?img_index=10&igsh=NGlmc2x5a3Fyamd1
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065705807002681571?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZhMFinD2nE?xmt=AQG0mo0lqg7Hv4iVluk7szWjeA0ys6KZiLmm9zg3CzNxPRuWhFABRp8ZrmO5lwgNTCwIijg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Available now! Telegram Research 2025 โ the year's key insights 
