fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
362
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞, 𝐒𝐡𝐚𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 Today, I attended Invest Malaysia 2026, a premier platform that brings together investors, industry leaders and capital market participants from Malaysia and across the globe. In my keynote address, I emphasised that Malaysia’s next phase of growth must be measured not only by the capital we attract, but by the value we create from it. Capital is important because it connects ambition with opportunity. It enables businesses to grow, entrepreneurs to scale, companies to innovate and investors to participate in Malaysia’s growth story. More importantly, capital must open pathways beyond large corporations. It must reach SMEs, young entrepreneurs, TVET talents, rural businesses and regional growth centres, so that more Malaysians can be part of the nation’s progress. I also announced that EPF, PNB and KWAP will allocate a portion of their capital to support companies committed to value creation and the adoption of MY Value Up principles. Insya-Allah, Malaysia will continue moving forward as a stable, competitive and investment-friendly economy. One that creates quality jobs, expands opportunities and delivers greater prosperity for our people. #InvestMalaysia2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D19W3fzPk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZXbQGEkm_V/?img_index=10&igsh=eW12ZWJrNjdrcmtj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064331788936483217?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZXbbCaD0c8?xmt=AQG03pZxGgu6sfMGCL4gW5dijctdwjKJkQWLQNrX4XafMmNKjp7Fyp5QzBnPM1gKcZfMf2uM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dah puas merayau dekat Bagan Datuk Helmy? Saya dengar dah habis pusing satu Parlimen. Orang Duyong tak rindu ke? Alhamdulilah. Terima kasih sudi menyantuni orang-orang Bagan Datuk. Maaf tak dapat bersama kali ini. Ada kelapangan masa datang la lagi. Terima kasih, Helmy. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AcRXRJXmV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZXUaRykqOZ/?img_index=9&igsh=bmNvZXBzMndxYnV0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064317169132024014?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZXUsH1j9mE?xmt=AQG0xysfwTJxCPWd8i_QF9Wt81TGCa43uywzaSr6Uhy6vlkHl2weoIQ_rwEuzOXUSfrwX_I&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚, 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢𝐧𝐲𝐚 Pagi tadi, saya sempat berkenalan dengan adik Munira, hos cilik TabiCast KEMAS yang cukup petah bercakap dan berani berhadapan dengan orang ramai. Alhamdulillah, inilah antara peranan yang dimainkan oleh TABIKA KEMAS sebagai tempat mencungkil dan menggilap potensi anak-anak sejak usia awal. Saya mendoakan semoga adik Munira terus berjaya dalam pelajaran dan membesar menjadi anak yang membanggakan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah. #TabiCastKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQkm84dP/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZXBBhzS7fU/?igsh=MTk4ZGtqbTBhaDI5Yw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18fWbJuFNE/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝟓𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 Tiga tahun lalu, kita membawa satu hasrat besar untuk melihat anak-anak KEMAS bukan sahaja mengenal huruf dan angka, tetapi turut dibimbing dengan asas al-Quran, akhlak dan jati diri yang kukuh. Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat hasilnya. Program Pra Tahfiz KEMAS yang diperkenalkan kini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan awal KEMAS di seluruh negara. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen serta dedikasi para pendidik KEMAS yang mendidik dengan sabar, membimbing dengan kasih dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Hari ini, saya bersama dengan warga pendidik KEMAS meraikan Sambutan Hari Pendidik KEMAS Tahun 2026 yang bertemakan “55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”. Selama lebih lima dekad, KEMAS telah menjadi titik permulaan kepada perjalanan pendidikan lebih 8.4 juta anak Malaysia. Saya percaya kekuatan sebenar KEMAS bukan terletak pada angka semata-mata, tetapi pada jasa para pendidiknya yang membina keyakinan, membentuk sahsiah dan menyemai cita-cita dalam diri anak-anak kecil yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin, profesional dan pewaris masa depan negara. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik KEMAS atas segala pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. Teruslah menjadi insan yang menyalakan cahaya ilmu dalam kehidupan anak-anak kita. Semoga KEMAS terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berjiwa Qurani dan mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih gemilang, insya-Allah. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18pb8YcZAt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZW1pdxkgu_/?img_index=9&igsh=aXl1N3A4b21ra3Zk 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064249204021895457?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZW1yQND0PC?xmt=AQG09epnXmI4BrHJaJ_aIGT7u_8Kg6a6JJfoSlNEqJLA9MJ64dhqQrFz6-9J-q43DnOiNLFu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dengan kepimpinan Dato’ Onn Hafiz Ghazi yang cemerlang dan sokongan padu rakyat, Insya-Allah Barisan Nasional akan terus diberi mandat untuk mentadbir Johor. #BNJohor #BangsaJohor #BarisanNasional #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMoNyTJ/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUzKKryBkc/?igsh=MWczNjd5YjVteXdqdQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1PD6xpaMzM/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Di pejabat sebentar tadi, saya menerima kiriman cenderamata berupa key chain #HTN2026 hasil kreativiti pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Terima kasih kepada adik Danial Hakim, Danial Harith dan Nabil Hadi atas ingatan ini. Kemas dan teliti hasil kerjanya. Inilah antara bukti bakat serta kemahiran yang dimiliki anak-anak TVET kita. Saya doakan semoga kalian terus berjaya dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan dan menjadi tenaga mahir yang membanggakan negara suatu hari nanti. Terima kasih yaa. Key chain ini akan saya simpan sebagai kenangan istimewa Hari TVET Negara 2026. #HTN2026 #PoliteknikUngkuOmar #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BbNtRDNbQ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUsNS3Eki1/?img_index=1&igsh=MTMxM3Fqa203dzNm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063946879294185700?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUsRWGjwkM?xmt=AQG0Y0km2KmPIA3uO7ZDEWWaur6t1ZjT_P4kLSktH9-lIZl2ClygXzSsc6-a60iF0l-5UHvd&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐢 Melihat sambutan yang diberikan sepanjang Hari TVET Negara 2026, saya semakin yakin bahawa TVET kini bukan lagi pilihan alternatif, sebaliknya telah menjadi laluan utama dalam membina masa depan generasi muda. Insya-Allah, usaha memperkukuh ekosistem TVET melalui TVET 2.0 dan kerjasama strategik bersama industri akan terus dipergiat demi melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan ekonomi masa depan negara. #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVET2.0 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMnLmPa/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUpQocS9ka/?igsh=b2N4ZmVxazRjeml0 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1E4FiyHeVh/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 telah melabuhkan tirainya semalam. Saya amat teruja apabila menerima makluman bahawa sambutan kali ini telah mencatatkan kehadiran seramai 510,151 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Dataran Putrajaya. Angka ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap TVET sebagai pilihan utama kerjaya dan masa depan negara. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan #HTN2026 ini termasuk kementerian dan agensi, institusi TVET, rakan-rakan industri, tenaga pengajar, pelajar, petugas, sukarelawan, rakan-rakan media serta seluruh pengunjung yang hadir dari seluruh pelosok negara. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Hari TVET Negara 2026. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, perjalanan ini akan terus kita perkukuhkan dan saya berharap dapat bertemu lagi dengan anda semua pada Hari TVET Negara 2027. #HTN2026 #TVET2.0 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CykRefWZ5/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUlQwRy0O3/?igsh=MWVjMGp6YzE0MDR5eA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063931759134400578?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUlY5Dj3db?xmt=AQG0Ni9PpHpk_JaSI9sxRwztvkL4AjbrvJBkTK635va7UlVagpJGKIcqp-WGGgeq8uuIMQge&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Jangan berhenti sehingga hati rakyat Johor benar-benar terpaut semula dengan Barisan Nasional. #BNJohor #BangsaJohor #BarisanNasional #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMXxoXD/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUh8LGyeAV/?igsh=bDhlNm43cThzMDAx 📱FB: https://fb.watch/HCj-fQWgA_/?mibextid=wwXIfr&fs=e 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya kongsikan beberapa intipati daripada amanat yang telah saya sampaikan sempena Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor 2026 semalam. Inilah pedoman dan haluan yang perlu kita pegang bersama dalam menghadapi medan perjuangan yang bakal ditempuhi. Insya-Allah, dengan kesepakatan dan semangat juang yang sedang membara ini, kita akan terus melangkah ke hadapan demi Bangsa Johor dan masa depan negeri bertuah ini. Hidup Barisan Nasional! Hidup Bangsa Johor! #BarisanNasional #BNJohor #BangsaJohor #MajuJohor #PRNJohor2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/18sW4BLaiW/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUbBVFEh6g/?img_index=4&igsh=MXdyZ3JiMHQ5Njlq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063909056524517664?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUbCiYj3Ze?xmt=AQG0wK12HbZr1bPZaM05T1H2u7Ug8QUA5aOBwxC4GcrHjtUeKtRyEWGnxjUUjyIdh9Sqx-xV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dari Mahkota lahir kekuatan, Ke Iskandar Puteri semarak perjuangan, Biar berliku jalan di hadapan, BN Johor menuju kemenangan. #BNJohor #BangsaJohor #Barisan Nasional #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQMkYh4p/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZUUQYySrj1/?igsh=d2k1ZG5sbzN2dnMy 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EQ4hVwu3N/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐮𝐬𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐦𝐩𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐃𝐢 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚𝐧𝐚𝐨, 𝐅𝐢𝐥𝐢𝐩𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐬𝐮𝐧𝐚𝐦𝐢 𝐃𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada rakyat Filipina susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda wilayah Mindanao pagi tadi. Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa dan keluarga yang terkesan diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi situasi yang sukar ini. Malaysia sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan sebagai sahabat dan rakan ASEAN yang akrab. Saya juga mengambil maklum mengenai gegaran yang turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah serta amaran awal tsunami yang telah dikeluarkan oleh MET Malaysia sebelum ini. Alhamdulillah, amaran tersebut kini telah ditamatkan. Walau bagaimanapun, saya menyeru seluruh rakyat, khususnya di Sabah agar terus berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Sebagai langkah kesiapsiagaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melaksanakan pemantauan di beberapa kawasan persisiran pantai sekitar Sandakan termasuk di Taman Harmoni, Kampung Forest, Sim-Sim, Pusat Bandar Sandakan dan Pasir Putih. Hasil pemantauan mendapati keadaan di lokasi terlibat berada dalam keadaan baik, selamat dan terkawal tanpa sebarang kejadian luar biasa dilaporkan setakat ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi MET Malaysia. Sama-sama kita berdoa agar seluruh rakyat yang terkesan di Filipina dan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat serta dilindungi daripada sebarang musibah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18mQ7frj3j/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZUPieTSLie/?igsh=amZrZ2plMzVpbnhl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063883856177242552?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZUPntLD7nS?xmt=AQG0WuGeA9fdG3EZAb3lLCD0OmSNesBf9ls37dDWGIZvi3CrlIQmwSvreQ-5x9cSIy5MVpN5&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐳𝐞 𝐅𝐞𝐢-𝐈𝐳𝐳𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Selepas dua minggu muncul sebagai naib juara Malaysia Masters, beregu profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bangkit menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia. Tahniah atas pencapaian membanggakan ini. Kemenangan berkenaan sekali gus menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia yang bertaraf Super 1000, selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, di Istora Senayan, hari ini. Syabas! Teruskan melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa. #Juara #TerbukaIndonesia2026 #KitaSemuaTeamMAS 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18vcJWz7pV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZTwgPDywoo/?igsh=eGZyd2Znc3kybTFv 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063816043278319738?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZTw2GfD5tN?xmt=AQG0_wPLPB5hktleDExe7NHnOEF8cXsAWFU9BGDCrv2kZqh9b_TnlFzj74QDTGlpC5YzkAtY&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐠𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 Riuh sorakan, kibaran bendera dan semangat yang ditunjukkan oleh ribuan Bangsa Johor tadi memberikan keyakinan bahawa api perjuangan terus menyala di bumi Johor Darul Ta’zim. Sekali kita telah mempersiapkan wadah, sekali kita telah mengorak langkah, membujur lalu melintang patah, Bangsa Johor tak kan mengalah. Dengan izin Allah, kita bekerja kuat dan memohon kemenangan buat BN Johor. #BarisanNasional #BNJohor #BangsaJohor #MajuJohor 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQjDPF3a/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZSg5aqy60Z/?igsh=NXQ3MXp4Znk3ZXo5 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BCNvamEez/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/atzfnELrwMg?si=oQGcMh23W2jOnBnC 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐍 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫: 𝐒𝐚𝐟 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 Terus terang saya katakan, semangat yang saya lihat di bumi Johor Darul Ta’zim hari ini sungguh luar biasa! Lautan biru memenuhi setiap ruang stadium. Ada yang hadir lebih awal, ada yang setia berdiri sehingga majlis berakhir.. semuanya datang dengan satu tekad yang sama iaitu mahu melihat Johor terus maju dan makmur. Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa kekuatan Barisan Nasional tidak terletak pada retorik semata-mata. Kekuatan kita terletak pada rekod, hasil kerja dan keupayaan untuk terus membawa pembangunan yang dapat dirasai rakyat. Justeru, saya menyeru seluruh jentera supaya turun ke lapangan, menyantuni rakyat dan menceritakan apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan demi masa depan Johor. Johor adalah bumi perjuangan yang telah banyak menyumbang kepada pembinaan negara. Atas sebab itu, saya percaya rakyat Johor akan terus membuat pilihan yang berasaskan kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Insya-Allah, dengan kesepakatan seluruh jentera, doa yang tidak putus dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita akan terus melangkah ke hadapan membawa harapan dan keyakinan buat Bangsa Johor. Hidup Barisan Nasional! Maju Johor! #BNJohor #BangsaJohor #BarisanNasional #MajuJohor 📱FB: https://www.facebook.com/share/192g2WRqdj/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZSW2b3krnJ/?igsh=MTd1cW5ubHphbDB6Zg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063618339889610800?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZSW0rcj4Ur?xmt=AQG0QDc2sBRYeumtRECyEzQUn_pPLuOYi6MTE5D00ve1XzRF4j46VykuV26MtIx2l5Pp_57K&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Saya kongsikan momen semasa melawat reruai-reruai yang berada di Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Alhamdulillah, saya gembira melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada pelajar, belia serta ibu bapa. Hari ini merupakan hari terakhir sambutan Hari TVET Negara 2026. Jemput semua hadir beramai-ramai untuk memeriahkannya. Banyak aktiviti menarik menanti anda. Kita jumpa di sana! #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET #TVETUntukSemua 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQYHUGaP/ 📱IG: https://vt.tiktok.com/ZSQYHUGaP/ 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02UbVLnonhURAVHUCMdCqKYPVTws4GR2oB8r7GFqW5Wp57JtA8b95NEbRm5omSg6nfl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐂𝐈𝐄𝐀: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 Malam tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Diplomasi TVET Malaysia-China di Hotel Tenera, Bangi. Saya menyambut baik pelancaran Malaysia-China Industry-Education Alliance (MCIEA) yang menjadi satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran serta pembangunan bakat masa hadapan. Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi dan inovasi, TVET perlu sentiasa bergerak seiring dengan keperluan industri. Kerjasama seperti ini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar untuk mendapat pendedahan kepada bidang-bidang strategik seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, semikonduktor dan teknologi masa hadapan yang lain. Saya juga menghargai komitmen institusi pendidikan serta rakan-rakan industri dari China yang terus menyokong pembangunan bakat tempatan melalui perkongsian kepakaran, latihan, biasiswa, pemindahan teknologi serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada generasi muda negara. Insya-Allah, kerjasama yang terjalin ini akan terus memperkukuh ekosistem TVET negara dan melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan. #MCIEA #MalaysiaChina #HTN2026 #HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtamaKerjaya 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ddz7yzoDw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZQ8fGGks2B/?img_index=12&igsh=MXN2d2xycmRtYXFxdg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063419838794776626?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZQ89Tfj9MC?xmt=AQG0G2rRvlS_VhDVGY5V7bd7b_D0TXPiuO-lWsPyq1ogxfwS24E_g9JJHHXNpDOIB1phzAs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 Daripada cerita embah-embah yang datang membuka penempatan, masyarakat Banjar yang memulakan kampung ini, hinggalah kepada generasi Jawa yang membesarkan dan memajukannya, Kampung Jenjarom mempunyai kisah yang cukup panjang untuk diceritakan. Alhamdulillah, petang tadi saya sempat meluangkan masa bersama warga Kampung Jenjarom sempena sambutan ulang tahun ke-100 kampung ini. Satu abad perjalanan yang dibina dengan kesungguhan dan semangat kebersamaan generasi terdahulu. Apa yang menarik, walaupun banyak perubahan telah berlaku, nilai muafakat, hormat-menghormati dan budaya masyarakatnya masih kekal menjadi kekuatan komuniti ini hingga ke hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga Kampung Jenjarom. Saya mendoakan semoga kampung yang penuh sejarah ini terus maju dan menjadi kebanggaan generasi akan datang. Bangunkanlah kampung ini sebaiknya, tetapi jangan sesekali kita melupakan tradisi dan budaya yang menjadi identiti masyarakatnya. Kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. #100TahunJenjarom #KampungJenjarom 📱FB: https://www.facebook.com/share/1ENRhXPc8J/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZPumOWEnpX/?img_index=14&igsh=MThucWJuaDNvNjh6ag== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063248411076202507?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZPuvmCD4zh?xmt=AQG0jZ2RaffVgp3SiYpr9pZUZzpDRiuto7meLfbnfh02q-GF8MfMqyj07Kuxab5AbRIl5f5C&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, saya bersyukur apabila menerima khabar mengenai Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak telah ditemui dalam keadaan selamat petang tadi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), termasuk pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan serta masyarakat Orang Asli yang bertungkus-lumus membantu sepanjang operasi ini dijalankan. Saya turut merakamkan penghargaan khusus kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu dan Kampung Orang Asli Ampang Woh yang turut memainkan peranan sehingga membawa kepada penemuan Jaslinda dalam keadaan selamat. Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut menyalurkan bantuan kepada keluarga sukarelawan Orang Asli yang terlibat dalam operasi ini. Sama-sama kita mendoakan semoga Jaslinda terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dapat segera kembali bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1H3DFLyica/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZPrL9ny4wh/?igsh=MWY5N2txdXBsYTE5aQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063241104703860862?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZPrUg4DwKB?xmt=AQG0cHzqMNaFKWWDMuJXJDI9UZ3jPWAQqniFijyytQ9OuSTMlfNHZH0wAvwZV94c6lG0yQwy&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai peruntukan sehingga RM50 juta di bawah Program Berimpak Tinggi (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0. Insya-Allah, ini merupakan pelaburan untuk masa depan Malaysia dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyokong agenda pembangunan negara. #HTN2026 #TVET20 #TVETPilihanUtamaKerjaya #JomPilihTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1bmUzqrtDE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZPmF7yyebu/?igsh=NWE5dG1tZzhzZG8= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2063230243306147910?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZPmTsCj6QS?xmt=AQG0YNS9Bb6KVMmboo13BwhWbxbm5M97djn71oaQv46JW8_XvDdtEK9qz5ePbgC5vct5QtQI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel