Komuniti Johor
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Komuniti Johor 的分析概览
频道 Komuniti Johor (@komunitijohor) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 10 538 名订阅者,在 新闻与媒体 类别中位列第 17 717,并在 马来西亚 地区排名第 3 374 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 10 538 名订阅者。
根据 24 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 340,过去 24 小时变化为 20,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.17%。内容发布后 24 小时内通常能获得 5.37% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 861 次浏览,首日通常累积 566 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 2。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Info dan berita negeri Johor”
凭借高频更新(最新数据采集于 25 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 新闻与媒体 类别中的关键影响点。
10 538
订阅者
+2024 小时
+2217 天
+34030 天
帖子存档
10 538
Kes al-Quran dibuang tepi jalan: JAINJ, polis buru pelaku
Oleh
Zulhisham Isahak
-
25 November 2026
JOHOR BAHRU – Ketenangan pagi di Ulu Tiram di sini semalam dikejutkan dengan penemuan yang meruntun jiwa umat Islam apabila bungkusan plastik hitam berisi 22 naskhah al-Quran dan pelbagai kitab agama dibiarkan di tepi jalan.
Tidak mahu kesucian ayat-ayat suci terus tercemar, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) segera tampil membuat laporan polis dan melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Pengarah JAINJ, Datuk Mohd Radzi Mohd Amin menegaskan, perbuatan membuang bahan keagamaan sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan serius yang melukakan sensitiviti masyarakat.
“Kesemua bahan tersebut telah pun kami selamatkan dan ditempatkan di Pusat Pemurnian Al-Quran Negeri Johor bagi memastikan ia diuruskan dengan penuh tertib mengikut syariat dan undang-undang.
“Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti fakta, punca kejadian serta pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Radzi, langkah itu diambil bagi memastikan bahan berkenaan berada dalam keadaan terkawal serta diuruskan mengikut kaedah dan tatacara yang ditetapkan.
“JAINJ memandang serius isu pembuangan teks al-Quran, bahan bercetak yang mengandungi ayat suci al-Quran serta buku agama yang tidak diuruskan dengan sewajarnya sehingga menimbulkan kebimbangan dan sensitiviti dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.
Beliau berkata, pengurusan dan pelupusan teks al-Quran, bahan mengandungi ayat suci serta bahan keagamaan perlu dilakukan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada bagi menghormati kesucian serta kedudukan al-Quran.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkannya terus kepada JAINJ menerusi talian hotline 07-207 6429.
Terdahulu, portal ini melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung penemuan bungkusan plastik mengandungi kitab suci berkenaan selepas menerima laporan orang awam pukul 7 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason dilaporkan berkata, siasatan di lokasi kejadian menemukan 22 naskhah al-Quran, tiga naskah terjemahan al-Quran, 18 naskhah surah Yasin dan pelbagai buku agama, buku teks sekolah dan buku tulis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.- MalaysiaGazette
25 11月, 07:49
10 538
Kutip tambang tanpa kebenaran, bas ekspres dirampas
JOHOR BAHRU: Tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyamar sebagai penumpang membongkar kegiatan pengendali bas ekspres mengutip tambang yang menyalahi syarat lesen dalam operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Chagar, awal pagi hari ini.
Operasi itu dijalankan Pasukan Perisikan Operasi JPJ Johor di lorong masuk bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada jam 3 pagi.
Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin berkata, pegawai terbabit menyamar sebagai penumpang dalam perjalanan dari BSI ke Woodlands, Singapura bagi mengesan kegiatan kutipan tambang tanpa kebenaran.
Beliau berkata, siasatan mendapati pengendali bas ekspres itu melanggar Seksyen 22(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan mengutip tambang secara berasingan, sekali gus menyalahi syarat lesen pengendali.
“Mereka juga menjumpai kotak kutipan yang digunakan untuk mengutip wang daripada penumpang,” katanya di sini, hari ini.
Zulkarnain berkata, bas berkenaan dirampas mengikut Seksyen 80(1) akta sama sementara menunggu tindakan lanjut.
Katanya, jika sabit kesalahan, pengendali berdepan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, manakala kenderaan terbabit juga boleh disita.
Zulkarnain berkata, penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan di kompleks CIQ Bukit Chagar bagi membendung kegiatan pengendali pengangkutan awam yang melanggar peraturan serta mengeksploitasi penumpang untuk meraih keuntungan secara tidak sah.
Jelasnya, pengendali bas hanya dibenarkan mengutip tambang tambahan sekiranya ia dibenarkan mengikut jadual tambang yang diluluskan serta syarat lesen ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Katanya, penumpang mesti diberikan bukti pembayaran yang sah, manakala pemandu tidak dibenarkan mengenakan surcaj sewenang-wenangnya atau mengutip bayaran tunai tanpa kebenaran.
25 11月, 05:57
10 538
Rakyat Malaysia ditahan seludup lebih 300 karton rokok di Singapura
JOHOR BAHRU: Seorang rakyat Malaysia ditahan selepas lebih 300 karton dan 200 paket rokok tidak bercukai ditemui disembunyikan di beberapa bahagian keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, baru-baru ini.
Individu berusia 29 tahun itu ditahan pada 16 November lalu selepas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) memeriksa kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia dipandunya untuk pemeriksaan lebih teliti.
ICA dalam kenyataannya berkata, pegawainya menemui rokok seludup berkenaan yang disembunyikan di beberapa ruang dalam kenderaan itu.
Pemandu dan rokok yang dirampas kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Singapura untuk tindakan lanjut.
Kes itu adalah antara beberapa cubaan penyeludupan rokok membabitkan kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia yang dipintas di pusat pemeriksaan darat Singapura sepanjang tahun ini, dengan penyeludup menggunakan pelbagai kaedah sorok barang bagi mengelak dikesan.
Dalam beberapa kes terdahulu, rokok ditemui disembunyikan di bahagian lantai kenderaan yang diubah suai, tempat duduk, pintu, ruang enjin, tayar malah casis sebuah bas bernombor pendaftaran Malaysia.
Singapura kawal ketat kemasukan rokok
Singapura menguatkuasakan kawalan ketat terhadap produk tembakau, dengan rokok yang dibawa masuk ke negara itu tertakluk kepada duti kastam dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tanpa mengira sama ada untuk kegunaan peribadi atau tujuan komersial.
24 11月, 22:26
10 538
Penduduk Pontian resah, tidak lena tidur
Oleh MUHAMMAD ZIKRI
25 November 2026, 8:10 am
PONTIAN – Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku hari ini di beberapa kawasan di daerah ini meresahkan penduduk dan mereka tidak nyenyak tidur apabila mendengar bunyi ombak dan desiran hujan.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pontian mengenal pasti lokasi terbabit di Kampung Permata berhampiran bandar Pontian dan Lorong Sulaiman di Kampung Rimba Terjun.
Seorang penduduk di Kampung Permata, Siti Zaharah Jusoh, 57, berkata, rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu itu semakin hampir dengan pantai disebabkan berlakunya hakisan setiap tahun disebabkan ombak besar.
“Sebelum ini jarak antara rumah saya dengan kawasan pantai dianggarkan 100 meter, namun kini bahagian dapur dipisahkan tanah selebar lima meter sahaja, sudah semakin dekat.
“Sebelum ini, saya dan keluarga pernah mengalami kejadian ombak besar berserta ribut yang menyebabkan air memasuki ke dalam rumah sehingga paras buku lali selain zink rumah diterbangkan angin.
Saya tiada tempat lain untuk didiami, tanah pun tiada, terpaksa pasrah dengan kejadian fenomena air pasang dan berharap tiada kejadian buruk berlaku tahun ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Dia yang tinggal empat beranak di rumah tersebut berkata, dia ada membuat persiapan dengan meletakkan barangan penting di tempat tinggi seperti kad pengenalan, buku akaun bank dan sebagainya.
Seorang lagi penduduk, Mohammad Haiqal Mohd. Hanafi, 35, berkata, ayahnya telah meninggikan bahagian dapur untuk mengelakkan air memasuki rumah ketika air pasang besar berlaku nanti.
Katanya, bahagian dapur rumah itu juga terletak hampir dengan pantai dan dia sekeluarga telah bersedia dengan segala kemungkinan sekiranya berlaku fenomena air pasang besar seperti dimaklumkan.
Menurutnya, pernah berlaku kejadian air pasang besar di mana air laut melimpah sehingga ke bahagian halaman, namun air tidak masuk ke dalam rumah kerana bahagian dapur telah ditinggikan.
“Semalam (kelmarin) keadaan masih elok, walaupun berlaku fenomena air pasang besar tetapi tidak tinggi. Kami tetap berwaspada dengan segala kemungkinan,” ujarnya.
Mengikut hebahan pihak JPS Pontian, fenomena air pasang dijangka bermula hari ini hingga Jumaat di beberapa lokasi seperti Pekan Kukup Laut, Taman Negara Tanjung Piai, Jalan Taib di Bandar Pontian dan Pekan Benut.
Lokasi yang turut berisiko jika cuaca hujan lebat dengan fenomena air pasang besar berlaku adalah Pusat Perdagangan Pontian, Kampung Permata, Taman Sri Pantai dan Lorong Sulaiman, di Kampung Rimba Terjun.
Ketinggian air pasang besar pula boleh mencecah setinggi 3.5 hingga 3.6 meter sepanjang tempoh tersebut.
24 11月, 19:52
10 538
Bulan ni beli untuk anak no 1,bulan depan untuk anak no 2. Beli sikit-sikit tak lah rasa terbeban.. Beli online lagi murah.
Beli sini
https://vt.tiktok.com/ZS9P9JLpqbbTp-50rba/
24 11月, 19:22
10 538
Baru perasan sekarang kolah mandi pun ada yang siap penutup macam ni! 😍👉
https://s.shopee.com.my/5LDjyG7dYf
Selalu nampak kolah plastik biasa je, yang ni design dia lebih kemas, siap corak marble. Bila tak guna, boleh tutup terus.
Ada pilihan 30 & 50 gallon, boleh pilih ikut keperluan. Yang tengah cari kolah air untuk bilik mandi tu, cuba usha jenis ni. Tengok pilihan design dia, ada yang nampak cantik betul!
24 11月, 19:15
10 538
CCTV ni tak perlukan Plug sebab dia guna 100% tenaga solar.. nak pasang mana2 sudut yang tak sampai bekalan eletrik memang ngam💯
Video full HD siap boleh sambung Live dengan phone korang tau..boleh buat bunyi alarm sekali..
Order dekat sini 👉🏻
https://s.shopee.com.my/114knpmyjW
#ShopeeMY #shopeelagimurah
24 11月, 19:09
10 538
Iklankan Perniagaan anda di media sosial kami!! http://www.wasap.my/+60138550178/iklan
24 11月, 16:29
10 538
Ikut perkembangan Negeri Johor di WhatsApp dan Telegram
WhatsApp Channel
https://whatsapp.com/channel/0029VauKUm517Emv9UnSw70C
Telegram
https://t.me/komunitijohor
24 11月, 16:28
10 538
🎆 NAK BUKA GERAI BUNGA API?
🐻 BearBoom | BM Fireworks
🏭 Bekalan terus dari kilang dengan harga borong murah & kualiti terjamin!
📋 Bantuan surat sokongan untuk permohonan Lesen Bunga Api.
🏅 Syarikat bunga api pertama di Malaysia dengan pensijilan ISO.
🤝 Ejen & pemborong dialu-alukan!
🚚 Penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia.
📲 Nak mohon lesen atau dapatkan harga borong terbaik? Hubungi kami sekarang!
📞 WhatsApp: 011-5365 9978
🔗 https://wa.me/601153659978
24 11月, 08:23
10 538
Wanita maut akibat kemalangan, dermakan jantung, paru-paru dan hati
Jassmine Shadiqe
November 24, 2026 @ 11:51am
JOHOR BAHRU: Wanita yang meninggal dunia selepas koma akibat kemalangan jalan raya di Kluang, menghadiahkan peluang hidup baharu kepada pesakit lain apabila keluarganya bersetuju mendermakan jantung, paru-paru dan hatinya.
Allahyarham Nurul Natasya Ahmad Jaafar yang berada dalam keadaan koma selama beberapa hari susulan kemalangan pada Khamis minggu lalu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Ahad.
Keputusan murni keluarga Allahyarham untuk mendermakan organ berkenaan sekali gus menjadi sinar harapan dan mampu menyelamatkan nyawa pesakit yang sedang menunggu pemindahan organ.
Pihak HSA turut memberikan penghormatan terakhir yang menyentuh hati kepada Allahyarham menerusi acara 'Walk of Honour'.
Penghormatan itu menyaksikan barisan doktor dan kakitangan perubatan berdiri di sepanjang koridor ketika jenazah penderma organ berkenaan dibawa keluar dari hospital, diiringi limpahan cahaya lampu hijau pada bangunan sebagai simbol penghargaan dan penghormatan atas sumbangan terakhirnya.
Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelaras misi penghantaran organ berkenaan menggunakan helikopter dari HSA ke Subang sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Misi penerbangan itu diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sofian Ahmed, dibantu Zulkhaire Zabidi bersama dua kru serta empat petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menerusi hantaran di Facebook, JBPM memaklumkan helikopter yang berpangkalan di Pangkalan Udara Wilayah Utara di Bertam, Pulau Pinang itu tiba di HSA pada jam 9.22 pagi.
HSA dalam kenyataannya, menyifatkan Allahyarham Nurul Natasya melakukan kebaikan sebagai seorang insan untuk memberi peluang kedua untuk pesakit lain meneruskan kehidupan.
Pemergian Allahyarham turut mengundang ucapan takziah dan penghargaan daripada netizen di media sosial yang menyifatkan keputusan keluarganya sebagai amal jariah yang berpanjangan.
Jenazah Nurul Natasya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cahaya Baru, Masai, semalam.
24 11月, 01:55
