Komuniti Johor
الذهاب إلى القناة على Telegram
Facebook www.facebook.com/komunitijohor Instagram www.instagram.com/komunitijohor Twitter www.twitter.com/komunitijohor Telegram t.me/komunitijohor TikTok https://www.tiktok.com/@tvkomunitijohor YouTube www.youtube.com/@tvkomunitijohor
إظهار المزيد9 365
المشتركون
-424 ساعات
+67 أيام
+40930 أيام
أرشيف المشاركات
9 364
Rakaman "dashcam" kemalangan melibatkan sebuah motosikal di Lebuhraya EDL susur turun ke Bayu Puteri jam 1 petang 20/06/26.
Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini. Semoga dipermudahkan urusan hendakNya aamiin.
9 364
Johor banyak bocor kerana Kerajaan Persekutuan – TMJ
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Ismail membalas kenyataan perdana menteri yang menyifatkan Johor sebagai sebuah negeri kaya namun berdepan pelbagai ketirisan.
Pemangku Sultan Johor itu menegaskan, Kerajaan Persekutuan merupakan punca hasil yang dijana negeri ini tidak dikembalikan secara adil.
“Sahabat saya, Perdana Menteri, baru-baru ini membuat satu kenyataan mengatakan Johor ini negeri kaya tetapi banyak bocor.
“Ya, memang banyak bocor. Kerajaan Persekutuan yang bocorkan Johor,” titah baginda dalam Podcast Bual Santai Petang Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor, hari ini.
Menurut Tunku Mahkota Ismail, kenyataan tersebut bukan sekadar berasaskan teori, sebaliknya pengalaman baginda sendiri berdepan projek pembangunan Johor yang didakwa dilambatkan atau disekat oleh Putrajaya.
Baginda bertitah, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan, namun hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dikembalikan bagi memenuhi keperluan hampir lima juta rakyat negeri itu
“Apabila kita memberi hasil negeri kita lebih RM40 bilion setahun dan dipulangkan hanya RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk menjaga 4.9 juta rakyat Johor, bagaimana? Benda itu tidak logik,” titah baginda.
Baginda menegaskan, sepatutnya sekurang-kurangnya 25 hingga 30 peratus hasil yang dikutip dari Johor wajar dikembalikan kepada negeri bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan.
Baginda berkata, urusan asas seperti membaiki bumbung sekolah di Segamat, jalan rosak di Batu Pahat dan menaik taraf kemudahan hospital tidak sepatutnya mengambil masa terlalu lama hanya kerana perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Tunku Mahkota Ismail turut membangkitkan isu kelewatan projek kesihatan, termasuk Hospital Pasir Gudang, kekurangan doktor dan kakitangan serta kelulusan Hospital Sultanah Aminah II yang masih belum dimuktamadkan.
Baginda bertitah, Hospital Pasir Gudang pernah berdepan risiko pembatalan sebelum baginda secara konsisten mendesak selama empat tahun supaya kemudahan itu disiapkan dan dibuka kepada rakyat.
Bagaimanapun, hospital berkenaan kini masih beroperasi dengan kekurangan doktor dan kakitangan, sekali gus menjejaskan tahap perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
“Siapa yang susah? Rakyat yang susah atau orang atasan yang susah? Rakyat yang susah,” titah baginda.
Baginda turut menyifatkan kelewatan beberapa projek penting itu sebagai antara faktor yang mengekang pembangunan Johor, walaupun negeri berkenaan memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Tunku Mahkota Ismail menegaskan, tuntutan pemulangan hasil bukan bertujuan untuk bermusuh atau menimbulkan masalah kepada Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya titah baginda, pemulangan hasil yang lebih munasabah akan membolehkan Johor berdiri lebih kukuh, menjaga keperluan rakyatnya serta pada masa sama mengurangkan beban Kerajaan Persekutuan.
“Kita bukan mahu bermusuh, berdepan dengan sesiapa atau memberi masalah kepada kerajaan yang mentadbir negara.
“Tetapi mereka kena menjaga kita sebagai rakan. Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil serius kehidupan rakyat Johor, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Johor,” titah baginda.- MalaysiaGazette
9 364
KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR PERINTIS PROGRAM ELEKTRIK TIGA FASA BERSERTA SIJIL WIREMAN (PW2) SURUHANJAYA TENAGA
KLUANG – Kolej Kemahiran Johor (KKJ), institusi TVET milik penuh Kerajaan Negeri Johor di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), mencipta sejarah apabila menjadi kolej milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang pertama menawarkan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa Tahap 2 dan Tahap 3 yang turut melayakkan pelajar memperoleh kompetensi Wireman (PW2) Suruhanjaya Tenaga.
Penawaran program ini membuktikan komitmen KKJ dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri elektrik dan tenaga yang semakin berkembang, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Talent Development Council (JTDC) untuk memperkukuh pembangunan bakat dan modal insan berkemahiran tinggi.
Program berteraskan 70 peratus latihan amali dan 30 peratus teori ini memberi pendedahan menyeluruh dalam bidang pendawaian, penyelenggaraan sistem elektrik, kawalan motor dan teknologi automasi bangunan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor teknikal dan tenaga.
Sambutan masyarakat terhadap program ini juga amat memberangsangkan apabila kuota pengambilan bagi Program Tahap 3 yang dibuka pada 10 Jun 2026 telah dipenuhi dalam tempoh yang singkat, mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kualiti latihan serta prospek kerjaya yang ditawarkan.
Sebagai institusi TVET negeri, KKJ terus memainkan peranan penting dalam menyediakan bakat tempatan yang kompeten, profesional dan bersedia menyokong pembangunan ekonomi Johor yang semakin pesat.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Zue - 019 2247290
En. Daud - 019 7639445
9 364
Dr Zekry tak pernah lupa kampung, pulang jumpa ibu bapa setiap minggu – Ibu
PEKAN – Kesibukan sebagai seorang doktor tidak pernah menghalang Dr. Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan daripada menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Setiap minggu, beliau akan pulang ke kampung demi menjenguk ibu bapanya, menikmati masakan ibunya dan memastikan segala keperluan mereka terjaga.
Namun rutin penuh kasih sayang yang dilakukan tanpa gagal itu akhirnya terhenti buat selama-lamanya apabila doktor berusia 33 tahun tersebut maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam.
Lebih menyentuh hati, anak kedua daripada empat beradik itu sentiasa membahagikan masanya secara adil antara keluarga sendiri dan keluarga mentuanya meskipun jadual kerjanya padat.
Ibunya, Rosnah Wahid, 55, berkata, arwah akan pulang ke rumah mereka di Batu Anam, Segamat setiap Ahad manakala setiap Jumaat pula akan menziarahi keluarga mentuanya di Muadzam Shah, Rompin.
“Walaupun sibuk bekerja sebagai doktor, dia tidak pernah lupa balik kampung. Setiap minggu memang dia akan datang. Dia sangat mengambil berat tentang kedua-dua keluarga.
“Apa sahaja keperluan kami, dia akan usahakan. Memang dia anak yang sangat baik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan hari ini.
Menurut Rosnah, kali terakhir bertemu arwah pada Ahad lalu dan masih tergambar wajah anaknya itu menikmati pelbagai juadah yang dimasaknya sambil memuji keenakan masakan ibunya itu.
“Dia kata masakan emak sedap semuanya sedap. Dia juga ada beritahu mahu membawa ayahnya mendapatkan rawatan susulan di hospital.
“Arwah memang anak yang berbakti dan sangat mengambil berat tentang kami,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Atan Daud, 67, berkata, Mohamad Zekry turut membuat kejutan dengan menghantar sebiji kek ke rumah mereka pada waktu malam pada minggu lalu dan ia sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
“Ini kali pertama dia datang malam dan menghantar kek kepada saya. Tak sangka itulah pemberian pertama dan terakhir daripada dia,” katanya dalam nada sebak.
Dalam kejadian itu, mangsa bersama isteri, anak serta ibu dan bapa mentuanya dalam perjalanan ke Kuantan bagi menghadiri perjumpaan keluarga yang dijadualkan hari ini.
Difahamkan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan daripada rumahnya di Segamat menuju ke Kuantan selepas berhenti mengambil ibu mentuanya yang tinggal di Muadzam Shah di Rompin.
Abang ipar mangsa, Johan Ibrahim, 44, berkata, mereka sekeluarga sepatutnya berkumpul di Teluk Cempedak dan menyertai acara larian bersama namun perancangan Allah sudah menentukan segalanya.
Pemergian Dr. Mohamad Zekry Zuhairy bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada keluarga malah menjadi kehilangan besar buat mereka yang mengenalinya.
Terdahulu dalam nahas petang semalam, tiga nyawa termasuk seorang doktor, anak perempuannya serta seorang pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terkorban dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Chini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang maut ialah pegawai perubatan Hospital Segamat, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia, 2, dan Azaharuddin Mohd Ali, 46, Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Cyberjaya.
Dalam perkembangan sama isteri Mohamad Zekry, Dr Hana Ibrahim, 35, yang juga pegawai perubatan Hospital Segamat difahamkan sedang mengandung tiga bulan kini menerima rawatan di Hospitan Tengku Ampuan Afzan susulan nahas tersebut.
Manakala ibu dan bapa Hana yang masing-masing berusia 80 dan 72 tahun juga menerima rawatan di Hospital Pekan dan HTAA.-MalaysiaGazette
9 364
Cubaan seludup benih udang kara ke Singapura gagal
20 Jun 2026, 11:32am
KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melumpuhkan cubaan menyeludup keluar benih udang kara bernilai kira-kira RM2.6 juta ke Singapura di Jeti Tanjung Belungkor awal pagi semalam.
Pemangku Pengarah APMM Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, rampasan dilakukan kira-kira jam 6.46 pagi oleh bot ronda APMM yang mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan di kawasan jeti berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot itu membawa sebanyak 113 kotak polistirena yang mengandungi benih udang kara dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
“Siasatan awal mendapati, benih udang kara berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit bagi tujuan penghantaran ke negara jiran,” katanya.
Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM2.68 juta membabitkan benih udang kara, sebuah bot gentian kaca dan sebuah enjin sangkut berkuasa 150 kuasa kuda.
“Benih udang kara adalah sumber perikanan yang mempunyai nilai komersial tinggi dan permintaan yang besar di pasaran antarabangsa.
“Aktiviti penyeludupan seperti ini bukan sahaja merugikan negara, malah boleh menjejaskan usaha pemuliharaan serta kelestarian sumber marin negara,” katanya menerusi siaran media hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport atau mengeksport ikan hidup tanpa permit yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah di laut diminta menghubungi APMM menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Ibu Pejabat APMM Zon Tanjung Sedili di talian 07-891 6595 untuk tindakan segera,” katanya.
9 364
Rakaman "dashcam" dua buah kenderaan dipandu melawan arus di Jalam Daya, Taman Daya pada jam 6.54 petang 19/06/26.
9 364
KUYPJ DIANGKAT SEBAGAI PUSAT MUET JOHOR, LEBIH 600 CALON TELAH MENERIMA MANFAAT
KOTA TINGGI – Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ), institusi pendidikan tinggi di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ, milik Kerajaan Negeri Johor, terus mengukuhkan peranannya dalam pembangunan modal insan apabila diiktiraf secara rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai Pusat Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pada 10 Disember 2024.
Sejak menerima pengiktirafan tersebut, lebih 600 calon telah menduduki peperiksaan MUET di KUYPJ, sekali gus memperluaskan akses kepada peperiksaan Bahasa Inggeris berkualiti khususnya bagi calon di Kota Tinggi, Kulai dan kawasan sekitarnya.
Peningkatan jumlah calon dari siri ke siri membuktikan keyakinan masyarakat terhadap kemudahan peperiksaan yang selesa, kondusif dan mudah diakses di KUYPJ. Malah, pusat peperiksaan ini turut menerima pujian daripada panel MUET atas pengurusan peperiksaan yang cekap, teratur dan profesional.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Talent Development Council (JTDC) dalam melahirkan modal insan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Sebagai institusi pendidikan tinggi milik Kerajaan Negeri Johor, KUYPJ komited menyediakan akses pendidikan dan penilaian berkualiti, di samping memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak Johor sebagai persediaan melanjutkan pengajian serta menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa hadapan.
KUYPJ bukan sekadar institusi pengajian tinggi, malah menjadi pemudah cara kepada akses pendidikan dan penilaian berkualiti demi pembangunan bakat serta modal insan Johor.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
Cik Mahanim - 010 7837716
En.Adieb - 011 55004119
9 364
Rogol dan amang seksual cucu, warga emas dipenjara 33 tahun, 14 sebatan
MUAR: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan rogol dan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya berusia 12 dan sembilan tahun.
Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh, 67, yang berhadapan lima pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap cucunya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 sebagai tambahan hukuman, penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa di rumah sama antara Januari hingga Disember tahun lalu mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau sebatan bagi setiap pertuduhan.
Pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi cucunya berusia sembilan tahun dengan kejadian itu juga berlaku di lokasi sama tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tahanan selain pengawasan polis selama tiga tahun sebaik selesai hukuman selari Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK.
9 364
Ikuti Info dan berita terkini NEGERI JOHOR
Telegram
https://t.me/komunitijohor
WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VauKUm517Emv9UnSw70C
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
