Komuniti Johor
Iklankan perniagaan di media sosial kami!! Pakej A RM50 (Sekali Posting) Facebook Instagram Telegram WhatsApp Tiktok Pakej B RM100 (3 Posting) Facebook Instagram Telegram WhatsApp Tiktok BAHAN-BAHAN SEPERTI GAMBAR/VIDEO/KETERANGAN AYAT MENGENAI PRODU
显示更多📈 Telegram 频道 Komuniti Johor 的分析概览
频道 Komuniti Johor (@komunitijohor) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 10 232 名订阅者,在 新闻与媒体 类别中位列第 17 844,并在 马来西亚 地区排名第 3 396 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 10 232 名订阅者。
根据 07 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 111,过去 24 小时变化为 8,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.62%。内容发布后 24 小时内通常能获得 5.92% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 882 次浏览,首日通常累积 606 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 2。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Iklankan perniagaan di media sosial kami!!
Pakej A RM50 (Sekali Posting)
Facebook
Instagram
Telegram
WhatsApp
Tiktok
Pakej B RM100 (3 Posting)
Facebook
Instagram
Telegram
WhatsApp
Tiktok
BAHAN-BAHAN SEPERTI GAMBAR/VIDEO/KETERANGAN AYAT MENGENAI ...”
凭借高频更新(最新数据采集于 08 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 新闻与媒体 类别中的关键影响点。
数据加载中...
| 日期 | 订阅者增长 | 提及 | 频道 | |
| 08 十月 | 0 | |||
| 07 十月 | +9 | |||
| 06 十月 | +1 | |||
| 05 十月 | +7 | |||
| 04 十月 | +20 | |||
| 03 十月 | 0 | |||
| 02 十月 | +1 | |||
| 01 十月 | 0 |
| 2 | 没有文字... | 290 |
| 3 | 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗼 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮
Oleh Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kejadian tembakan dikesan berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor di sini, tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan bakal mengadakan sidang media, esok.
Beliau berkata, insiden tembakan itu membabitkan anggota polis dan orang awam.
"Saya sahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis dan mangsa orang awam yang cedera.
"Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan," katanya.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati kereta yang dipercayai dipandu mangsa dalam insiden itu masih berada di kawasan berkenaan.
Terdapat pita larangan dipasang di lokasi itu.
Sumber sebelum ini memaklumkan seorang pemandu kereta dipercayai terkena tembakan dilepaskan sekitar jam 2 petang tadi.
Pengunjung yang enggan dikenali memaklumkan orang ramai dapat mendengar dengan jelas bunyi seakan tembakan sebanyak dua kali.
"Saya sempat bertanya orang lain, itu bunyi tembakan ke? Macam itukah bunyi pistol? Selepas bunyi itu, saya dengar bunyi dentuman, memang betul kereta itu kemudian dilihat berlanggar dengan sebuah kereta lain yang diparkir di lokasi itu," katanya.
Difahamkan, individu yang dipercayai terkena tembakan itu sudah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi tindakan lanjut.
𝗗𝗶𝘀𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮: 𝗢𝗰𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟴, 𝟮𝟬𝟮𝟲 @ 𝟳:𝟰𝟬𝗽𝗺 | 377 |
| 4 | 没有文字... | 343 |
| 5 | Pt Hj Sapran Pontian Johor berduka 3 anak bangsa terkorban kerana penglihatan terhad sebab jerebu , sedih betul dengar berita ni 🥺 Anak³ ni datang dari keluarga susah mungkin tak update yg Johor dah PDPR. Ya Allah pulih kan jerebu ni , turun kan la hujan untuk kami | 744 |
| 6 | 没有文字... | 741 |
| 7 | KENYATAAN MEDIA
7 OKTOBER 2026 (RABU)
PENUTUPAN SEKOLAH DI SELURUH NEGERI JOHOR SUSULAN JEREBU
YB Dr. Naqib Ghazali
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor
ADUN Panti
#DrNaqibGhazali #MajuJohor #BangsaJohor #PendidikanJohor2030 #InformasiBangsaJohor | 1 398 |
| 8 | 没有文字... | 2 947 |
| 9 | 🚨 ORANG HILANG / MISSING PERSON — SANGLANG,BENUT PONTIAN JOHOR🚨 4/10/2026 AHAD.
Kami sedang mencari NUR AZIELA BINTI HASAN, 18 tahun,PEKERJA KILANG FLEXTRONICS JOHOR BAHARU.
📍 KALI TERAKHIR TRANSAKSI KAD ATM DI CHANGKAT JONG,TELUK INTAN.
📅 Tiada di rumah pada Ahad, 4 Oktober 2026 sekitar waktu pagi.
Sehingga sekarang, beliau masih belum pulang dan keluarga tidak dapat menghubunginya.
Sekiranya anda ternampak NUR AZIELA BINTI HASAN atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaannya, sila hubungi:
📞 BAPA: +6011-15141832
📞 BAPA SAUDARA: +60 11-1010 4315
,📞IBU SAUDARA : +6011 1030 4315
,
👮 Atau hubungi pihak POLIS
kami sangat menghargai bantuan anda.
Walaupun maklumat yang anda ada kelihatan kecil, ia mungkin sangat membantu pencarian.
🙏 MOHON SHARE SELUAS-LUASNYA | 1 205 |
| 10 | 没有文字... | 995 |
| 11 | PENUNGGANG YAMAHA R25 MAUT BERTEMBUNG HONDA CR-V DI JALAN KOTA TINGGI-KLUANG
KOTA TINGGI, 5 Oktober 2026 – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Yamaha R25 dan Honda CR-V di Kilometer 0.4, Jalan Kota Tinggi-Kluang, malam tadi.
Polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam kira-kira jam 8.06 malam.
Kemalangan membabitkan motosikal Yamaha R25 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan sebuah Honda CR-V dipandu lelaki tempatan berusia 61 tahun.
Akibat kemalangan, penunggang Yamaha R25 mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes kini dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis IPD Kota Tinggi turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi keselamatan bersama.
Sumber: IPD Kota Tinggi
Artikel infosemasaofficial
#infosemasa
@infosemasaoficial | 1 045 |
| 12 | 没有文字... | 820 |
| 13 | KEBAKARAN BILIK DI TAMAN SRI IMPIAN, API DIPADAMKAN ORANG AWAM
KLUANG, 6 Oktober 2026 – Sebuah bilik dilaporkan terbakar dalam kejadian di Taman Sri Impian, Kluang, hari ini.
Balai Bomba dan Penyelamat Kluang menerima maklumat berhubung kejadian sebelum pasukan operasi menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di lokasi.
Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam.
Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Artikel infosemasa
#infosemasa
@infosemasaofficial | 839 |
| 14 | 没有文字... | 734 |
| 15 | Tengah mencari rak untuk kegunaan di dapur atau stor? Ini ada rak besi dijamin kukuh..
Beli sini
https://vt.tiktok.com/ZS9Dx6dd5dEBH-dPovi/ | 859 |
| 16 | 10 kenderaan di parkir bawah tanah di pusat beli belah terbakar
Johor Bahru: Sepuluh kenderaan di tempat letak kenderaan tingkat bawah tanah pusat beli-belah di Jalan Wong Ah Fook, di sini, dilaporkan terbakar petang tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Suffian Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.40 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.
Katanya, operasi turut membabitkan anggota dan jentera dari BBP Tebrau, BBP Kempas serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mount Austin dengan kekuatan keseluruhan 40 anggota.
"Kebakaran membabitkan kenderaan di tingkat dua bawah tanah pusat beli belah berkenaan.
"Lapan kenderaan didapati terbakar antara 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi terbakar kira-kira 20 hingga 30 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suffian berkata, pihaknya menjalankan operasi memadam menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki daripada sistem pencegah kebakaran bangunan dan pam jentera.
Katanya, pemeriksaan mendapati sistem pencegah kebakaran dan kipas ekzos di lokasi tidak berfungsi.
Beliau berkata, tiga wanita dilaporkan mengalami sesak nafas dalam kejadian itu, manakala seorang lelaki dewasa dilaporkan selamat.
"Tiga mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum seorang wanita berusia 48 tahun dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Larkin.
"Tiga mangsa wanita terbabit masing-masing berusia 48 dan 35 tahun serta seorang warga Singapura berusia 57 tahun," katanya.
Beliau berkata, pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.
Katanya, operasi memadam dan pemeriksaan masih dijalankan ketika ini.
Terdahulu, video menunjukkan asap hitam tebal keluar dari aras bawah tanah premis berkenaan tular di laman sosial.
Kejadian turut menyebabkan pengunjung keluar dan berhimpun di luar pusat beli-belah berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Disiarkan pada: Oktober 6, 2026 @ 9:43pm | 780 |
| 17 | 没有文字... | 653 |
| 18 | Jerebu: Semua sekolah di daerah Batu Pahat ditutup esok
BATU PAHAT: Semua sekolah dalam daerah ini akan ditutup esok, berikutan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan bacaan sangat tidak sihat jam 8 malam ini.
Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Farid Kassim berkata, keputusan itu diambil selepas bacaan IPU mencecah 203.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah berkata, selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM), tindakan berkaitan pengurusan jerebu di sekolah hendaklah dilaksanakan berdasarkan bacaan IPU dan arahan pihak berkuasa pendidikan.
“Selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM), tindakan berkaitan pengurusan jerebu di sekolah hendaklah dilaksanakan berdasarkan bacaan IPU dan arahan pihak berkuasa pendidikan.
“Berdasarkan maklumat dilaporkan pada 6 Oktober 2026, bacaan IPU di Batu Pahat mencatatkan 203 pada jam 8 malam, iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
“Memandangkan bacaan IPU melebihi 200, sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat hendaklah ditutup mengikut ketetapan iaitu pada 7 Oktober (esok),” katanya dalam kenyataan.
Susulan penutupan itu, pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat.
Katanya, ia tertakluk kepada arahan dan garis panduan yang berkuat kuasa dan pihak sekolah hendaklah memaklumkan kaedah pelaksanaan PdPR, tugasan murid dan saluran komunikasi kepada ibu bapa atau penjaga melalui saluran rasmi sekolah.
“JPBD Batu Pahat bersama agensi berkaitan akan meneruskan pemantauan bacaan IPU dari semasa ke semasa. Sebarang keputusan berkaitan pembukaan semula sekolah hendaklah berdasarkan perkembangan kualiti udara dan arahan rasmi pihak berkuasa.
“Orang awam diminta mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar, KPM, JPNJ, PPD Batu Pahat dan Pejabat Daerah Batu Pahat serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di Batu Pahat sentiasa terpelihara,” katanya. | 847 |
| 19 | 没有文字... | 720 |
| 20 | 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁, 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗹𝗼𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗵𝗶𝗷𝗮𝘂
Oleh KHAIRUL MOHD ALI
6 Oktober 2026, 2:31 pm
JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat dan seorang pekerja kilang plastik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencuri sebuah lori berwarna hijau milik seorang individu lain, akhir bulan lalu.
Tertuduh, Chai Min Quan, 37, dan Low Boon Lai, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Shaarmini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri lori kepunyaan Max Theu Zhi Wei, 38, di kawasan parkir berhadapan sebuah stesen minyak di Taman Perindustrian Plentong, Masai di sini, pada pukul 7.40 pagi, 30 September lalu.
Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Boon Lai turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu lori itu secara merbahaya selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.
Dia sebagai pemandu lori itu didakwa telah memandu kenderaan berkenaan secara merbahaya dengan melakukan aksi melawan arus selain membuat pusingan U yang merbahaya kepada orang awam di Jalan Mawar Biru, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini, pada pukul 10.20 pagi, hari sama.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000. Selain itu, lesen memandu tertuduh juga perlu diendors oleh mahkamah dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh lima tahun, jika sabit kesalahan.
Di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab pula, Boon Lai juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota polis menjalankan tugas di kawasan pentadbiran Balai Polis Pasir Putih, di sini, pada pukul 8.25 pagi, hari sama.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh sama juga didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.7 gram di tepi Jalan Mawar Biru, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, pada pukul 10.20 pagi, hari sama.
Atas kesedaran itu pula, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dengan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Manakala di Mahkamah Sesyen, Min Quan pula mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, N. Kanageswari atas pertuduhan cuba membunuh seorang lelaki berusia 44 tahun dengan cara melanggar menggunakan kereta jenis Mitsubishi Triton yang mana tertuduh tahu perbuatan itu boleh menyebabkan kematian kepada mangsa di Jalan Bayu 7, Bandar Seri Alam, Masai, di sini pada pukul 8 pagi, hari sama.
Atas kesalahan itu, pengarah syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kesemua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar; Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal dan Nur Fatihah Mohd. Nizam serta Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Inspektor S. Vikineswary, manakala Min Quan diwakili peguam, Yap Che Kai dan Boon Lai pula tidak diwakili peguam.
Secara keseluruhannya, mahkamah membenarkan Min Quan diikat jamin sebanyak RM18,500, manakala Boon Lai pula sebanyak RM17,000. Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula bagi kes-kes berkenaan pada 23 Oktober, 5 November; 18 November dan 7 Disember depan.-UTUSAN | 813 |
