Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 001 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 277,并在 马来西亚 地区排名第 910 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 001 名订阅者。
根据 13 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -360,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.49%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.24% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 622 次浏览,首日通常累积 1 134 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 14 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 001
订阅者
无数据24 小时
-1247 天
-36030 天
帖子存档
35 008
Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa?
Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita.
Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal.
Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus.
Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya suka story telling!
35 008
Antara alat yang kita boleh guna untuk menulis di media sosial ini ialah:
1. Notes.
2. Microsoft Word.
3. Word Pad.
4. Group Whatsapp (namun hanya ada diri sendiri sahaja)
Saya antara yang guna nombor 2 dan nombor 4. Saya suka tulis awal, kemudian saya edit dan baiki. Baru saya susun untuk dimasukkan ke Facebook saya. Adalah amat jarang untuk saya tulis dan up terus di wall ini.
Dapat menulis di ruangan lain, kemudian emel kepada diri sendiri, lalu kita copy paste dari emel tersebut dan masukkan ke wall kita akan beri kita masa yang rasional.
Kadang-kadang terlalu teruja nak up status akan banyak elemen tertinggal. Lalu kita kecewa hasil yang tak seberapa.
Rancang, susun dan sabar dalam menyiapkan #content termasuk buat iklan. Ia akan beri impak berbeza.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Ada lagi 200 status belum up.
35 008
Fungsi “copy” di Facebook adalah untuk di “paste” kan di luar Facebook.
Jika ia digunakan walau meletakkan kredit, kita report kepada Facebook, orang yang copy-paste tetap dikenakan hukuman:
1. Delete posting.
2. Atau delete akaun / suspend akaun (biasanya apabila kena report banyak kali).
Ingat ini, Facebook tidak membenarkan mana-mana status dicuri (copy paste) atau yang diambil kemudian diubah sedikit (biasanya disebut plagiat).
Nak copy, boleh, cuma pastekan di luar Facebook seperti blog, Instagram, Whatsapp, dan lain-lain.
Untuk page, sekiranya pemilik post adalah admin, tak jadi masalah. Ok ja.
Terima kasih.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.
35 008
Untuk kelas #content saya, ini sahaja yang ada tahun ini.
1. #Bootcamp 2 hari 1 malam ada di lokasi berikut:
Cherating 21-22hb September.
Kota Kinabalu 26-27hb Oktober.
Kuching 23-24hb November.
Johor Bahru 21-22hb Disember.
Harga ialah RM1,499/pax termasuk penginapan 2 orang sebilik, makan minum, buku dan modul.
Lihat modul dan Daftar di sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/cmb2019
2. #MasterClass Content. Hanya dibuat di Bandar Baru Bangi sahaja.
Masih ada 8 sesi lagi tahun ini, hanya RM359/pax. Boleh lihat semua modul dan jadualnya di sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019
Sekiranya ada soalan, boleh hubungi 0139874824.
Terima kasih ya.
Khairul Hakimin Muhammad,
12 sesi sahaja lagi, alhamdulillah.
35 008
Soalan: Mengapa saya tengok tuan, Cikgu Fadli, Dr. Kamarul up jam berapa pun masih ada orang yang tekan like, komen dan share? Saya buat tak jadi pun.
Jawapan: Orang-orang ini sudah ada follower. Engagement mereka juga tinggi. Posting mereka berkualiti, #contentnya sentiasa menarik minat orang lain.
Asasnya, apabila ada sebilangan jumlah follower, ia memudahkan untuk kita membuat posting untuk mendapatkan reaction pada bila-bila masa.
Yang belum ada follower, bangunkan pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Waktu itu adalah “waktu rasmi” orang di Malaysia bermain dengan media sosial.
Tenang-tenang sahaja. Kami semua juga bermula dengan 0. Kami tulis tanpa henti, naik sikit-sikit ke 100, 1,000 hari ini semua orang sudah 200,000 pengikut. Syukur.
Tak bermula tak tahu, dan proses itu bukan sehari kawan-kawan. Ia bertahun untuk sampai ke tahap ini. Tenang ya!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat, konsisten, sabar.
35 008
Memuat naik posting iklan kena banyak bertenang. Jika tidak, hasilnya tidak seberapa.
Iklan ada dua jenis.
1. Tidak menjual, namun menerangkan produk. Kita masukkan dalam cerita, susun #content supay orang faham apa produk atau perkhidmatan tersebut lalu orang pun mahu mendapatkannya.
Ia dinamakan sebagai soft sell.
2. Menjual, memerintah atau menyuruh orang membeli. Biasanya ia ditulis secara terus tentang apa produknya, bagaimana nak guna, dan terus sahaja dengan nombor telefon semua. Ayat yang biasa digunakan pun lebih kepada hype dan beriya-iya.
Ia dinamakan sebagai hard sell.
Kita kena susun di mana perlu guna soft sell di mana pula perlu letakkan hard sell.
Soft sell perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Hard sell, 5 kali seminggu.
Seminggu 7 hari. Susun sahaja buat iklan pada setiap hari jam 12.30 tengah hari (contohnya).
Isnin - hard sell.
Selasa - soft sell.
Rabu - hard sell.
Khamis - hard sell.
Jumaat- soft sell.
Sabtu - hard sell.
Ahad - hard sell.
Jualan yang biasa masuk ialah melalui hard sell. Namun kalian kena ingat, posting iklan menjadi apabila ada posting kehidupan lain. Tak boleh hanya posting iklan yang ada di wall kita.
Selang selikan baik-baik ya. Perlu ada umpan untuk orang hadir ke wall kita (posting kehidupan) dan untuk tebar jala, gunalah posting iklan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang buat duit.
35 008
Sekiranya kalian nak dapatkan Tips-Tips seperti ini, kalian boleh terus beli 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK, masih lagi dengan harga Promosi RM62 sahaja. Ebook 93 muka surat ini akan menjawab banyaknya soalan kalian tentang bagaimana nak menulis di Facebook.
Masukkan KUPON PREORDER77A
Beli di sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb
35 008
Tulis #content yang banyak titik persamaan dengan orang lain untuk dapatkan “crowd”. Contohnya:
Hal Kehidupan:
- Makanan.
- Berkebun.
- Bersukan.
- Dekorasi.
- Hal Anak-Anak.
- Hal Pakaian / Fesyen.
- Dunia Travel / Pengembaraan / Perjalanan.
- Agama / Renungan / Panduan.
- Drama / Filem.
- Minat / Hobi.
- Shopping.
- Pesanan ibu bapa / petua.
- Diet
- Kesihatan / Ubat-Ubatan.
- Rancangan TV.
- Buku / Penulis.
- Tokoh / Idola / Ikon.
- Isu
- Kenderaan / Permotoran.
- dan sebagainya.
Sekiranya kita menulis perkara yang jarang orang tahu, atau hanya kita sahaja yang tahu boleh jadi posting itu menyebabkan tak ramai yang akan beri respon. Lebih dari itu akan menyebabkan persepsi terhadap kita akan menjunam jatuh.
Tenang-tenang sahaja.
Suka travel, tulis itinerari, tempat menarik, makan apa, tidur di mana, rumah yang macam mana, lokasi apa, aktiviti apa, packing macam mana, tiket murah ke tidak, orangnya bagaimana, budaya apa, dan sebagainya, kan banyak contentnya? Hehe.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Asal memasak, ambil gambar, up resipi! Cewah.
35 008
Soalan: Bagaimana saya tengok tuan rileks sahaja buat berbagai posting sehari?
Jawapan: Setiap posting, berakhir. Tak payah buat sambungan. Jadi, setiap 1 posting itu selesai terus. Orang baca, ambil panduan. Jadi selepas 2-3 jam dah boleh buat posting baru, tak jadi hal pun.
Ini media sosial, bukannya kerja rutin macam di kilang, di pejabat, di tempat kalian berniaga yang kalian kena buat benda sama setiap hari.
Jika di Page - ia kedai, jadi postingnya dalam bentuk #Content yang mesti iklan, testimoni, produk, penerangan, kegunaan, kelebihan, promosi dan sebagainya.
Jika di akaun personal - ia adalah akaun manusia, postingnya berkisar hal kehidupannya dalam bentuk #content yang beri manfaat kepada orang lain.
Bisnes kain, namun suka memasak, tak jadi hal pun nak up resipi, bisnes makan namun suka memancing, up sahaja, selagi ia beri impak positif, apa ada hal.
Tak perlu strict sangat sampai ke tahap buat bisnes takaful, pagi petang siang malam nak buat posting insuran, hei hidup seperti biasa okey, orang puasa kita puasa, orang makan kita makan, orang bersukan kita bersukan, bangunkan content bermanfaat, orang suka. Senang!
Tak perlu pening kepala nak biar orang fikir apa yang kita nak up, up sahaja, ada share, adalah follower. Follower dah ramai, kita tebar jala!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suka tulis tentang hal Memasak, Menulis Content, Mengembara, Kemanusiaan dan Kisah Menarik!
35 008
Jika kalian belum ada sejumlah follower yang ramai, waktu sesuai untuk up posting ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Boleh sahaja up 4 hingga 6 posting sehari.
9.00 pagi - kehidupan.
12.00 tengah hari - iklan.
3.00 petang - kehidupan.
6.00 petang - iklan.
8.00 malam - kehidupan.
10.00 malam - kehidupan.
Maksud kehidupan ialah kalian boleh lihat sendiri apa yang kalian lalui hari tersebut. Selagi ia bawa kebaikan jika dikongsi, silakan walau ia sekadae resipi masak nasi semasa sahur.
#Content yang baik adalah apa yang kita buat, kita mahir, kita suka dan kita minat. Dan ia mesti memberi impak positif kepada audien.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang ja up status.
35 008
Semasa ramadan ini, kita boleh jadikan wall kita sebagai lubuk pahala dengan membangunkan #content.
1. Seorang doktor atau pegawai diet atau yang terlibat boleh bercerita 30 kebaikan puasa dari sudut kesihatan dan perubatan. Buat posting ringkas-ringkas, dan pasti ramai yang akan suka.
2. Seorang pakar kecergasan boleh menyusun posting tentang senaman semasa berpuasa. 30 senaman untuk 30 hari.
3. Seorang ibu boleh menulis resipi sahur dan berbuka. Lebih dari itu teknik ajar anak berpuasa. 30 resipi, menjadi dan pasti ramai yang nak.
4. Seorang ayah boleh tulis di mana bazar ramadan terbaik pernah dia pergi. Sehari 1 lauk, 30 hari 30 lauk. Ok yang ini boleh kena kecam. Haha.
5. Seorang ustaz boleh menulis tentang sirah, sejarah, kisah nabi (selawat), hadith, sunnah, ayat Quran tentang kehebatan ramadan.
6. Seorang penulis boleh mengulas banyaknya buku tentang kejadian pada ramadan.
7. Seorang hafiz (hafal Quran) boleh menulis 30 teknik ringkas bagaimana mahu memahami perkataan di dalan Al-Quran seterusnya bagaimana juga mahu menghafal dengan mudah.
8. Seorang peniaga boleh berkongsi 30 tips bisnes yang dibinanya sendiri.
9. Seorang guru boleh berkongsi 30 kisah anak-anak, atau beliau sendiri bagaimana mengawal anak-anak ini berpuasa di sekolah.
10. Seorang bilal, imam, boleh bercerita 30 kisah sahabat nabi (selawat) bagaimana mereka berbuka, lauk apa, zaman apa, dan bagaimana bezanya setiap negara dan kita semua.
11. Seorang yang terlibat dengan misi kemanusiaan, boleh up 30 cerita yang mereka sendiri lalui semasa mengikuti misi.
12. Seorang pegawai farmasi atau yang berurusan dengan hal ubat boleh bercerita tentang 30 jenis ubat / perubatan yang ada kaitan dengan puasa.
Ramadan bulan kebaikan, sosial media susah nak tinggal, maka kita indahkan dengan kebaikan ilmu.
30 posting sebulan, 1 posting sehari, Jom buat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Resipi jom.
35 008
1 jam sahaja lagi. Untunglah sesiapa yang dah beli, pasti dah buat dan dah mula pasang strategi. Ini testimoni terbaru, RM29k jualan.
Selepas 12.00 tengah malam ini, jualan ditutup, dan Uncle Tiger akan fokus kepada mereka yang dah beli sahaja.
Social Hack Ramadan ini punya beberapa video penerangan strategi jualan, ada juga template dan paling best ialah dapat masuk ke Group Support Telegram yang kita boleh bincang terus di sana.
Best weh. Lekas! 54 minit sahaja lagi! Hanya RM180, kalian boleh jana jualan sampai RM29k!
Beli di sini ya:
https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc
12.00 malam ini tutup terus! Lekas!
35 008
Yang pakej Social Hack Ramadan dengan Uncle Tiger itu tutup hari ini ya.
Baik beli sekarang. RM180 sahaja namun boleh bantu jualan ramadan kita semua. Saya sendiri pun belajar di tempat yang sama.
Uncle masukkan kita ke dalam Group Telegram dan semua soalan dapat dijawab di sana:
Beli di sini ya:
https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc
https://bit.ly/2IoZiuc
12.00 malam ini tutup!
35 008
Untuk peniaga semasa ramadan nanti, sebaiknya masih menulis #Content kehidupan biasa diselang seli dengan posting iklan.
Sekiranya pada setiap posting itu adalah posting iklan, kalian akan dapat perasan yang engagement menurun, malah orang juga semakin tidak react dengan posting kalian.
Iya kita mahu kejar jualan, namun menyusun posting amat-amat penting. Lakukan ini:
1. Buat posting pertama sekitar 7-9am. Posting kehidupan biasa, sahur apa, dan sebagainya.
2. Iklan pertama jam 11.00 pagi.
3. Posting ramadan, beri tips, beri kisah, tulis kebaikan dan sebarkan pada jam 2.00 petang
4. Iklan ke-2 jam 4.00 petang.
5. 6.00 petang sudah boleh up resipi berbuka.
Settle.
Tenang-tenang bina content, kalian akan dapat crowd, dapat juga jualan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya guna Social Hack Ramadan. Hee
35 008
Aduh. Terlepas bagi tips jam 7.00 hari ini. Gara-gara lebih sebulan tidur hanya sejam dua sahaja, hari ini lepas subuh, saya tidur dan baru ja bangun ini.
Orang rumah kata tak sampai hati nak kejut. Aduh romantik sangat. Bukan macam bini kau kan? Nampak je kau ada di rumah suruh panjat almari bersihkan kipas, suruh baiki paip, semua-semualah kankan. Haha.
Minggu ini kami semua rehat, siap isnin nanti syarikat cuti sempena hari pertama puasa. Heeee. Alhamdulillah.
Ha, Lepas saya up gambar kami pakai blazer, kot kemas di sebuah bilik mesyuarat itu hari, ramainya tanya dekat PM, tak larat saya nak balas satu-satu, saya jawab dekat sini ya:
1. Ada kerja kosong tak. Buat masa ini, tak ada.
2. Nak tengok jadual kelas di mana? Boleh tengok di www.khairulhakimin.com
3. Nak beli ebook di mana? Juga boleh tengok di www.khairulhakimin.com
4. Tak ada channel Telegram ke? Senang nak rujuk semua. Ada. Di sini: https://t.me/ContentKHM
5. Sebelum ini kerja Ingress kan? Rasa pernah jumpa di Seminar HR. Iya betul-betul, saya kerja di situ 10 tahun 2 bulan.
6. Dah tak jual kuah kacang mak? Jual, boleh hubungi 0196545899
7. Kuih raya buka lagi ordernya? Masih buka. Kena hubungi ejen. Kalau nak ambil di Office kami di Bangi, hubungi 0193505175
8. Kalau nak beli buku tuan di mana? Tengok di www.khairulhakimin.com ya.
9. Kenapa dah tak up resipi? Ok nanti up semula.
10. Mana 1 Hilmi dalam Gambar tu? Aduh yang di sebelah saya.
11. Novel terbaik yang tuan pernah baca? Imam - Abdullah Hussain.
12. Apa pendapat tuan dalam penulisan saya. Boleh tengok sekejap tak di wall saya? Maaf sangat, saya tak sempat nak tengok begitu.
13. Kalau saya beri copy writing, tuan semak boleh? Boleh, saya cas RM480/copywriting. Kahkahkah.
14. Nak review produk kena hubungi siapa? Hubungi 0139874824, RM380/posting.
Okeh yang ini sahaja yang saya kumpul, ada yang tanya benda sama 2-3 orang. Hehe.
Harap menjawablah yaaaaa!
Khairul Hakimin Muhammad,
Sambung tidur.
35 008
Ramadan kali ini kami buat 4 kali kelas.
Kelas ini 5 orang sahaja per sesi. Sesi intim dan saya akan repair Facebook kalian serta content-content yang patut kalian up.
Untuk tambah follower dan juga untuk dapatkan sales yang sepatutnya.
#KelasContentRamadan
RM239/pax sahaja.
Tarikh yang ada ialah:
7hb Mei,
14hb Mei,
15hb Mei,
Dan 16hb Mei.
Waktu: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Lokasi di Pejabat kami di Bandar Baru Bangi, Seksyen 9.
Sesiapa yang nak sertai, terus hubungi 019 350 5175 sekarang. Siapa cepat dia dapat ya.
35 008
Untuk tutup satu-satu #posting, ada baiknya menggunakan penutup impak positif.
Contoh:
Jika #Content tentang pergi makan, impak positifnya ialah lokasi dengan tepat.
Jika #cerita atau #StoryTelling tentang kisah kebaikan, renungan, pedoman, impak positifnya ialah ambil ayat Quran, Hadith serta rujukan mana-mana buku untuk beri kekuatan pesanan.
Jika cerita tentang produk, perkhidmatan, beritahu bagaimana nak buat pesanan.
Impak positif mesti diberi kepada audien. Jika tidak, audien tak akan rasa perkara itu berbaloi, perkara yang boleh dibuat terus, dibeli terus atau difahami terus.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mesti beri kepada audien, bukan kita faham seorang diri.
35 008
Soalan: Saya perasan yang tuan duk susun posting, apa impaknya?
Jawapan: Saya suka disiplin itu. Lain orang lain cara, kalian boleh susun, boleh tak perlu susun, semua ok sahaja.
Saya memang dah set 7 - 9.00 pagi akan beri tips #content atau #StoryTelling, kemudian lepas 2 jam sama ada buat iklan atau sebarkan produk, kemudian saya akan letak posting yang orang akan klik butang share, seperti cerita dan sebagainya, petang buat review produk, malam saya akan tulis hal yang orang rileks dan bertenang.
Content yang saya susun melibatkan:
Double Engagement - Sales - Double Engagement - Sales - Engagement.
Double engagement = dapat Share + Like dan komen.
Sales = engagement turun, tapi dapat duit. Ok ja.
Kemudian kena naikkan balik engagement tersebut dengan posting lain sekitar 2 jam selepas itu.
Barulah semua ok, follower masih bertambah, sales pun lebat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sedang solat pun Allah suruh ikut masa, inikan hal kerja. Cewah.
