uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 181 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 284-o'rinni va Malayziya mintaqasida 903-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 181 obunachiga ega bo‘ldi.

01 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -376 ga, so‘nggi 24 soatda esa -11 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.79% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 735 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 02 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 181
Obunachilar
-1124 soatlar
-777 kunlar
-37630 kunlar
Postlar arxiv
Jika kalian belum ada sejumlah follower yang ramai, waktu sesuai untuk up posting ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Boleh sahaja up 4 hingga 6 posting sehari. 9.00 pagi - kehidupan. 12.00 tengah hari - iklan. 3.00 petang - kehidupan. 6.00 petang - iklan. 8.00 malam - kehidupan. 10.00 malam - kehidupan. Maksud kehidupan ialah kalian boleh lihat sendiri apa yang kalian lalui hari tersebut. Selagi ia bawa kebaikan jika dikongsi, silakan walau ia sekadae resipi masak nasi semasa sahur. #Content yang baik adalah apa yang kita buat, kita mahir, kita suka dan kita minat. Dan ia mesti memberi impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang ja up status.

Semasa ramadan ini, kita boleh jadikan wall kita sebagai lubuk pahala dengan membangunkan #content. 1. Seorang doktor atau pegawai diet atau yang terlibat boleh bercerita 30 kebaikan puasa dari sudut kesihatan dan perubatan. Buat posting ringkas-ringkas, dan pasti ramai yang akan suka. 2. Seorang pakar kecergasan boleh menyusun posting tentang senaman semasa berpuasa. 30 senaman untuk 30 hari. 3. Seorang ibu boleh menulis resipi sahur dan berbuka. Lebih dari itu teknik ajar anak berpuasa. 30 resipi, menjadi dan pasti ramai yang nak. 4. Seorang ayah boleh tulis di mana bazar ramadan terbaik pernah dia pergi. Sehari 1 lauk, 30 hari 30 lauk. Ok yang ini boleh kena kecam. Haha. 5. Seorang ustaz boleh menulis tentang sirah, sejarah, kisah nabi (selawat), hadith, sunnah, ayat Quran tentang kehebatan ramadan. 6. Seorang penulis boleh mengulas banyaknya buku tentang kejadian pada ramadan. 7. Seorang hafiz (hafal Quran) boleh menulis 30 teknik ringkas bagaimana mahu memahami perkataan di dalan Al-Quran seterusnya bagaimana juga mahu menghafal dengan mudah. 8. Seorang peniaga boleh berkongsi 30 tips bisnes yang dibinanya sendiri. 9. Seorang guru boleh berkongsi 30 kisah anak-anak, atau beliau sendiri bagaimana mengawal anak-anak ini berpuasa di sekolah. 10. Seorang bilal, imam, boleh bercerita 30 kisah sahabat nabi (selawat) bagaimana mereka berbuka, lauk apa, zaman apa, dan bagaimana bezanya setiap negara dan kita semua. 11. Seorang yang terlibat dengan misi kemanusiaan, boleh up 30 cerita yang mereka sendiri lalui semasa mengikuti misi. 12. Seorang pegawai farmasi atau yang berurusan dengan hal ubat boleh bercerita tentang 30 jenis ubat / perubatan yang ada kaitan dengan puasa. Ramadan bulan kebaikan, sosial media susah nak tinggal, maka kita indahkan dengan kebaikan ilmu. 30 posting sebulan, 1 posting sehari, Jom buat. Khairul Hakimin Muhammad, Resipi jom.

Lekasss 1/2 jam lagi kawan-kawan!

photo content

1 jam sahaja lagi. Untunglah sesiapa yang dah beli, pasti dah buat dan dah mula pasang strategi. Ini testimoni terbaru, RM29k jualan. Selepas 12.00 tengah malam ini, jualan ditutup, dan Uncle Tiger akan fokus kepada mereka yang dah beli sahaja. Social Hack Ramadan ini punya beberapa video penerangan strategi jualan, ada juga template dan paling best ialah dapat masuk ke Group Support Telegram yang kita boleh bincang terus di sana. Best weh. Lekas! 54 minit sahaja lagi! Hanya RM180, kalian boleh jana jualan sampai RM29k! Beli di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc 12.00 malam ini tutup terus! Lekas!

Yang pakej Social Hack Ramadan dengan Uncle Tiger itu tutup hari ini ya. Baik beli sekarang. RM180 sahaja namun boleh bantu jualan ramadan kita semua. Saya sendiri pun belajar di tempat yang sama. Uncle masukkan kita ke dalam Group Telegram dan semua soalan dapat dijawab di sana: Beli di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc 12.00 malam ini tutup!

Untuk peniaga semasa ramadan nanti, sebaiknya masih menulis #Content kehidupan biasa diselang seli dengan posting iklan. Sekiranya pada setiap posting itu adalah posting iklan, kalian akan dapat perasan yang engagement menurun, malah orang juga semakin tidak react dengan posting kalian. Iya kita mahu kejar jualan, namun menyusun posting amat-amat penting. Lakukan ini: 1. Buat posting pertama sekitar 7-9am. Posting kehidupan biasa, sahur apa, dan sebagainya. 2. Iklan pertama jam 11.00 pagi. 3. Posting ramadan, beri tips, beri kisah, tulis kebaikan dan sebarkan pada jam 2.00 petang 4. Iklan ke-2 jam 4.00 petang. 5. 6.00 petang sudah boleh up resipi berbuka. Settle. Tenang-tenang bina content, kalian akan dapat crowd, dapat juga jualan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya guna Social Hack Ramadan. Hee

Aduh. Terlepas bagi tips jam 7.00 hari ini. Gara-gara lebih sebulan tidur hanya sejam dua sahaja, hari ini lepas subuh, saya tidur dan baru ja bangun ini. Orang rumah kata tak sampai hati nak kejut. Aduh romantik sangat. Bukan macam bini kau kan? Nampak je kau ada di rumah suruh panjat almari bersihkan kipas, suruh baiki paip, semua-semualah kankan. Haha. Minggu ini kami semua rehat, siap isnin nanti syarikat cuti sempena hari pertama puasa. Heeee. Alhamdulillah. Ha, Lepas saya up gambar kami pakai blazer, kot kemas di sebuah bilik mesyuarat itu hari, ramainya tanya dekat PM, tak larat saya nak balas satu-satu, saya jawab dekat sini ya: 1. Ada kerja kosong tak. Buat masa ini, tak ada. 2. Nak tengok jadual kelas di mana? Boleh tengok di www.khairulhakimin.com 3. Nak beli ebook di mana? Juga boleh tengok di www.khairulhakimin.com 4. Tak ada channel Telegram ke? Senang nak rujuk semua. Ada. Di sini: https://t.me/ContentKHM 5. Sebelum ini kerja Ingress kan? Rasa pernah jumpa di Seminar HR. Iya betul-betul, saya kerja di situ 10 tahun 2 bulan. 6. Dah tak jual kuah kacang mak? Jual, boleh hubungi 0196545899 7. Kuih raya buka lagi ordernya? Masih buka. Kena hubungi ejen. Kalau nak ambil di Office kami di Bangi, hubungi 0193505175 8. Kalau nak beli buku tuan di mana? Tengok di www.khairulhakimin.com ya. 9. Kenapa dah tak up resipi? Ok nanti up semula. 10. Mana 1 Hilmi dalam Gambar tu? Aduh yang di sebelah saya. 11. Novel terbaik yang tuan pernah baca? Imam - Abdullah Hussain. 12. Apa pendapat tuan dalam penulisan saya. Boleh tengok sekejap tak di wall saya? Maaf sangat, saya tak sempat nak tengok begitu. 13. Kalau saya beri copy writing, tuan semak boleh? Boleh, saya cas RM480/copywriting. Kahkahkah. 14. Nak review produk kena hubungi siapa? Hubungi 0139874824, RM380/posting. Okeh yang ini sahaja yang saya kumpul, ada yang tanya benda sama 2-3 orang. Hehe. Harap menjawablah yaaaaa! Khairul Hakimin Muhammad, Sambung tidur.

Ramadan kali ini kami buat 4 kali kelas. Kelas ini 5 orang sahaja per sesi. Sesi intim dan saya akan repair Facebook kalian serta content-content yang patut kalian up. Untuk tambah follower dan juga untuk dapatkan sales yang sepatutnya. #KelasContentRamadan RM239/pax sahaja. Tarikh yang ada ialah: 7hb Mei, 14hb Mei, 15hb Mei, Dan 16hb Mei. Waktu: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Lokasi di Pejabat kami di Bandar Baru Bangi, Seksyen 9. Sesiapa yang nak sertai, terus hubungi 019 350 5175 sekarang. Siapa cepat dia dapat ya.

Untuk tutup satu-satu #posting, ada baiknya menggunakan penutup impak positif. Contoh: Jika #Content tentang pergi makan, impak positifnya ialah lokasi dengan tepat. Jika #cerita atau #StoryTelling tentang kisah kebaikan, renungan, pedoman, impak positifnya ialah ambil ayat Quran, Hadith serta rujukan mana-mana buku untuk beri kekuatan pesanan. Jika cerita tentang produk, perkhidmatan, beritahu bagaimana nak buat pesanan. Impak positif mesti diberi kepada audien. Jika tidak, audien tak akan rasa perkara itu berbaloi, perkara yang boleh dibuat terus, dibeli terus atau difahami terus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mesti beri kepada audien, bukan kita faham seorang diri.

Soalan: Saya perasan yang tuan duk susun posting, apa impaknya? Jawapan: Saya suka disiplin itu. Lain orang lain cara, kalian boleh susun, boleh tak perlu susun, semua ok sahaja. Saya memang dah set 7 - 9.00 pagi akan beri tips #content atau #StoryTelling, kemudian lepas 2 jam sama ada buat iklan atau sebarkan produk, kemudian saya akan letak posting yang orang akan klik butang share, seperti cerita dan sebagainya, petang buat review produk, malam saya akan tulis hal yang orang rileks dan bertenang. Content yang saya susun melibatkan: Double Engagement - Sales - Double Engagement - Sales - Engagement. Double engagement = dapat Share + Like dan komen. Sales = engagement turun, tapi dapat duit. Ok ja. Kemudian kena naikkan balik engagement tersebut dengan posting lain sekitar 2 jam selepas itu. Barulah semua ok, follower masih bertambah, sales pun lebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sedang solat pun Allah suruh ikut masa, inikan hal kerja. Cewah.

Nak beritahu, lagi 5 hari untuk dapatkan Panduan Strategi Social Hack Ramadan dengan harga RM180. Ianya panduan untuk kita berniaga sebelum, semasa dan selepas bulan puasa nanti. Nak dapatkan sales ratus ribu dan juta, ha lekas dapatkan pakej ini. Berbaloi. Dapatkan di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc Jangan cakap saya tak beritahu yaaaaa!

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur. Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya: 1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation” 2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi. 3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Impak positif di dalam #posting sebaiknya berada di dalam isi #Content atau penghujung #StoryTelling, bukan di awal posting. Ia mesti memberi kesan kepada pembaca, contohnya: 1. Apabila follower membaca, mereka boleh buat terus (posting step by step, resipi, DIY, Tips, Petua), 2. Apabila mereka membaca, mereka boleh beli terus (posting beli barang, review makan dan sebagainya). 3. Apabila mereka membaca, mereka boleh faham terus, ambil pengajaran dan iktibar terus (posting inspirasi, pedoman, kisah, cerita). Sekiranya posting itu hanya kita sahaja yang faham, maka ia bukan posting yang beri impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Beri faham sebaiknya.

Soalan: Mengapa status tuan saya tengok tak pernah ada tajuk atau heading. Jawapan: di Personal Account, tak perlu. #Content atau #Story yang kita up mesti terus sahaja tanpa perlu ada tajuk atau heading. Sekiranya anda belum dikenali, Tajuk atau heading akan beri orang terus buat rumusan, dan tak jadi nak baca status tersebut. Orang akan bersangka-sangka dan seolah tahu apa yang kita nak sampaikan. Masuk sahaja kepada poin, tak perlu susah-susah untuk letak tajuk. Berbeza dengan orang yang sudah dikenali (yang ada sekurang-kurangnya 25,000 orang pengikut), mereka sudah ada peminat, dan peminat ini sanggup baca apa sahaja yang dimuat naik olehnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Hari ke-2, Bootcamp Siri 2, KL.

Untuk #content yang bersifat #StoryTelling, ia mesti ditulis dengan banyaknya menggunakan perkataan yang memberi visual kepada audien. Contoh situasi gembira dapat menunaikan haji. Posting 1: Alhamdulillah, hari ini dapat surat terima pergi haji tahun ini. Syukur. - kita tidak nampak bagaimana dia bersyukur, bagaimana dia gembira. Posting 2: Alhamdulillah! Pagi-pagi ini saya tercari-cari orang rumah di dapur, peluk dia erat-erat dan beritahu kami dapat pergi haji tahun ini. Seronoknya Ya Allah, terus sujud syukur! Alhamdulillah alhamdulillah. - Kita boleh bayang keseronokan dan kebahagiaan mereka ini dengan ayat “tercari orang rumah di dapur, peluk erat-erat.” Itulah maksud visual. Dalam bercerita, tidak visual, maka cerita tersebut tidak kuat dan biasanya tidak beri impak besar kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siap sedia bootcamp siri 2, 2019.

Habis sudaaaaah!

Tinggal 67 unit sahaja lagi untuk dapatkan harga RM39 bagi EBOOK 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK (Guna kupon PREORDER77). Selepas habis ini, harga akan kembali naik ke RM79. Lekas semuaaa! Siapa cepat dia dapat ya! Ebook akan mula diedar pada 1hb May 2019! Klik sini! Dan jangan lupa masukkan kupon, ejaan betul dan pastikan huruf besar ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

photo content

Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan. Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan. Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah. Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya. Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak berhenti tulis content.