ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 001 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 277,并在 马来西亚 地区排名第 910 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 001 名订阅者。

根据 13 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -360,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.49%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.24% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 622 次浏览,首日通常累积 1 134 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

凭借高频更新(最新数据采集于 14 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 001
订阅者
无数据24 小时
-1247 天
-36030 天
帖子存档
Nak beritahu, lagi 5 hari untuk dapatkan Panduan Strategi Social Hack Ramadan dengan harga RM180. Ianya panduan untuk kita berniaga sebelum, semasa dan selepas bulan puasa nanti. Nak dapatkan sales ratus ribu dan juta, ha lekas dapatkan pakej ini. Berbaloi. Dapatkan di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc Jangan cakap saya tak beritahu yaaaaa!

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur. Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya: 1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation” 2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi. 3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Impak positif di dalam #posting sebaiknya berada di dalam isi #Content atau penghujung #StoryTelling, bukan di awal posting. Ia mesti memberi kesan kepada pembaca, contohnya: 1. Apabila follower membaca, mereka boleh buat terus (posting step by step, resipi, DIY, Tips, Petua), 2. Apabila mereka membaca, mereka boleh beli terus (posting beli barang, review makan dan sebagainya). 3. Apabila mereka membaca, mereka boleh faham terus, ambil pengajaran dan iktibar terus (posting inspirasi, pedoman, kisah, cerita). Sekiranya posting itu hanya kita sahaja yang faham, maka ia bukan posting yang beri impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Beri faham sebaiknya.

Soalan: Mengapa status tuan saya tengok tak pernah ada tajuk atau heading. Jawapan: di Personal Account, tak perlu. #Content atau #Story yang kita up mesti terus sahaja tanpa perlu ada tajuk atau heading. Sekiranya anda belum dikenali, Tajuk atau heading akan beri orang terus buat rumusan, dan tak jadi nak baca status tersebut. Orang akan bersangka-sangka dan seolah tahu apa yang kita nak sampaikan. Masuk sahaja kepada poin, tak perlu susah-susah untuk letak tajuk. Berbeza dengan orang yang sudah dikenali (yang ada sekurang-kurangnya 25,000 orang pengikut), mereka sudah ada peminat, dan peminat ini sanggup baca apa sahaja yang dimuat naik olehnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Hari ke-2, Bootcamp Siri 2, KL.

Untuk #content yang bersifat #StoryTelling, ia mesti ditulis dengan banyaknya menggunakan perkataan yang memberi visual kepada audien. Contoh situasi gembira dapat menunaikan haji. Posting 1: Alhamdulillah, hari ini dapat surat terima pergi haji tahun ini. Syukur. - kita tidak nampak bagaimana dia bersyukur, bagaimana dia gembira. Posting 2: Alhamdulillah! Pagi-pagi ini saya tercari-cari orang rumah di dapur, peluk dia erat-erat dan beritahu kami dapat pergi haji tahun ini. Seronoknya Ya Allah, terus sujud syukur! Alhamdulillah alhamdulillah. - Kita boleh bayang keseronokan dan kebahagiaan mereka ini dengan ayat “tercari orang rumah di dapur, peluk erat-erat.” Itulah maksud visual. Dalam bercerita, tidak visual, maka cerita tersebut tidak kuat dan biasanya tidak beri impak besar kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siap sedia bootcamp siri 2, 2019.

Habis sudaaaaah!

Tinggal 67 unit sahaja lagi untuk dapatkan harga RM39 bagi EBOOK 77 TIPS PANDAI BERFACEBOOK (Guna kupon PREORDER77). Selepas habis ini, harga akan kembali naik ke RM79. Lekas semuaaa! Siapa cepat dia dapat ya! Ebook akan mula diedar pada 1hb May 2019! Klik sini! Dan jangan lupa masukkan kupon, ejaan betul dan pastikan huruf besar ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

photo content

Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan. Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan. Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah. Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya. Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak berhenti tulis content.

Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat: 1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi. 2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys. 3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan. 4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari. 5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita. 6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya. 7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian. 8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali. 9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan. 10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga content, jaga emosi audien.

Apa yang akan jadi sekiranya kita semua hilang #followers atau akaun kita disekat? Ini antara benda yang sering dibincangkan oleh para penggiat media sosial. Ada banyak input yang kami dapat dan sepanjang saya ikuti perkembangan dan hadiri conference berkaitan sosial media, art of story telling, strategi content di London, Jakarta, Amsterdam dan Singapura beberapa tahun lalu, saya bersetuju dengan ini: 1. Bina semula, biasanya pembinaan semula pengikut adalah proses yang meletihkan. Namun ia berbaloi kerana semangat baru dan content baru akan lebih tersusun, lebih berstrategi dan pengikut baru biasanya lebih fokus. 2. Sediakan bank #content. Sekiranya akaun hilang atau followers hilang, content tetap ada untuk dimuat naik di akaun yang baharu. 3. Belajar dari pengalaman. Tidak buat lagi kesilapan lalu hingga akaun kita dilaporkan begitu begini. Ini sangat mustahak. 4. Ada orang bertepuk melihat kita jatuh, abaikan. Mereka bukan bayar bil kita, kita yang perlu fokus kepada mereka yang mahu kemahiran, kepakaran serta apa yang kita boleh beri kepada orang lain. 5. Tidak boleh hilang fokus. Pernah dulu ada seorang ini (di UK) hilang pengikut di media sosial kerana menghentam golongan yang tidak disukai, akaunnya yang berjumlah 4juta orang disekat terus hingga hari ini. Namun, kurang 6 bulan beliau membina akaun baharu dan kini punya lebih 5.5 juta pengikut. Katanya “fokus dan abaikan manusia yang rosak, kita terus jadi positif dan belajarlah dari kesilapan.” Begitulah. Selamat menulis perkara kebaikan. Yang baik juga akan kembali kepada kalian. Khairul Hakimin Muhammad, Bersepah haters menanti kita jatuh. Terus kuat!

photo content
+2

Nak beritahu, hari ini hari terakhir untuk dapatkan Panduan Strategi Social Hack Ramadan dengan harga RM120. Bermula 12 tengah malam ini harganya ialah RM180 ya. Ianya panduan untuk kita berniaga sebelum, semasa dan selepas bulan puasa nanti. Nak dapatkan sales ratus ribu dan juta, ha lekas dapatkan pakej ini. Berbaloi. Dapatkan di sini ya: https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc https://bit.ly/2IoZiuc Jangan cakap saya tak beritahu yaaaaa!

Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook? Jawapannya ialah #SHARE. Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat. Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut. Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement. Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!

Salam semua keluarga besar #KHM, Saya dah mula letak di wall. Sekiranya belum dapatkan 77 Tips Pandai BerFacebook, baik dapatkannya sekarang! Tinggal 200 ja tuuu. Masukkan kupon PREORDER77 untuk harga RM39 ya. Lepas itu harganya kembali ke RM79! Lekass! Order di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/77tipsfb

#Content yang bagus pada #Sabtu dan #Ahad ialah yang memberi sedikit hiburan atau keselesaan kepada audien. Kebiasaan, pada hari cuti sesebuah negara, penurunan bermain sosial media juga dapat dilihat dengan jelas. Jika pada satu-satu masa, ada 200,000 orang sedang aktif, namun pada hari cuti, boleh jadi 160,000 orang sahaja yang masih aktif. Ia menurun kerana orang mahu rehat, mahu tenang, mahu bersama keluarga dan sebagainya. Oleh itu, apa yang kita muat naik pun mesti tidak terlalu berat, tidak bersifat terlalu panjang dan susah untuk difahami. Tips, step by step, petua, itu semua content yang bagus pada hari cuti. Jika mahu naikkan iklan, ia mesti padat dan ringkas, gunakan #ShowDontSell, pasti menjadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Resipi apa eh hari ini.

Ada 42 orang yang buat belian terus hari ini. Saya buka di wall saya esok yaa. Kalau habis, jangan maraaaaah. Hihi

Kalau terus buat belian, harga akan keluar RM79. Masukkan kupon tersebut dulu, klik tuntut barulah dapat harga RM39 itu

Masukkan kupon PREORDER77 untuk dapatkan harga RM39 ya!

photo content

Khairul Hakimin Muhammad - Telegram 频道 @contentkhm 的统计与分析