ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 001 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 277,并在 马来西亚 地区排名第 910 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 001 名订阅者。

根据 13 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -360,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.49%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.24% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 622 次浏览,首日通常累积 1 134 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

凭借高频更新(最新数据采集于 14 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 001
订阅者
无数据24 小时
-1247 天
-36030 天
帖子存档
Ada lagi 7 kekosongan kelas content pada Januari ini. Kita jumpa lusa ya. Buat sama-sama mapping dan bina content melalui apa
Ada lagi 7 kekosongan kelas content pada Januari ini. Kita jumpa lusa ya. Buat sama-sama mapping dan bina content melalui apa yang kalian nak bangunkan. 9hb Januari, 2018. 10am - 3.00pm. Bandar Baru Bangi. Mana yang tak boleh hadir bulan ini, ada bulan lain, semua ada di dalam borang di bawah. Daftar terus ya. Daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/cmm2019 Jika ada masalah semasa mendaftar, hubungi 013 987 4824.

Crowd bermaksud mengumpulkan pengikut di akaun media sosial kita dengan menggunakan nilai-nilai manusia biasa. Sebagai contoh, kita guna media sosial ini untuk bersosial dan untuk berniaga. Kita merupakan orang yang suka bersukan, namun kita menjual produk makanan. Maka di media sosial kita boleh cerita hal sukan melalui menulis #content. 1. Tips diet. 2. Tips stretching. 3. Hebahan tentang sukan / joging / maraton. 4. Teknik senaman yang betul. 5. Teknik kuruskan badan, kecilkan pinggang, menggunakan senaman. 6. Cerita tentang ikon sukan untuk naikkan semangat orang. 7. Kawasan sukan / riadah. 8. Alatan sukan yang disukai, kedai mana yang murah. 9. Resipi diet / sihat. 10. Ulasan orang sukan tentang itu ini hal-hal kesihatan dan diet. Dan banyak lagi. Lalu kalian akan dikerumuni oleh orang yang suka sukan, suka diet, suka post-post kalian yang banyaknya “to educate, to inform dan to inspire” dan terus orang akan klik butang follow. Dalam seminggu, up 3-4 kali posting begini. Selit-selitlah produk makanan kalian di antara posting itu. Follower dapat, jualan pun dapat. Faham kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita bina crowd sama-sama.

2 jam Dato Seri Siti Nurhaliza berdiri dan mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop tadi, beliau berjaya menjual 22,000 set. 1 set berharga RM369.00 Jadi total jualan ialah RM8,118,000.00. Kahkah 8.1 juta woih! 1 jam, 60 minit. 2 jam 120 minit. Purata setiap minit duit masuk ialah RM67,650.00 dan bayangkanlah ianya masih belum berhenti lagi terjual sampai sekarang! Ya kawan-kawan, inilah inspirasi Januari! Pembinaan Crowd = Menyanyi. Dan beliau ada pengikut yang besar (pelbagai dan berbeza umur dan gender). RM = jual pinggan mangkuk. Berbeza dengan hal menyanyi. Namun masih boleh menjual. Apa persamaan menyanyi dan menjual pinggan mangkuk? Tak ada! Langsung tak ada. Ia kerana ada CROWD! Bina crowd dengan minat / kesukaan / kemahiran, akan menyebabkan kalian akan ada pengikut. Kemudian nak jual apa-apapun tak perlu ikut apa yang kalian bina dengan hal tersebut. Jual sahaja apa-apa, orang tetap akan beli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita juga boleh buat!

#TipsMediaSosial Sekiranya kalian mahu menambah pengikut (follower), kalian wajib membuat posting yang orang akan klik butang share. Jika hanya banyak like dan komen, ia sekadar memberi ‘enggagement’, bukan ‘reach.’ Share akan meluaskan profile kalian ke orang baru. Di situ jalan bertemu untuk menaikkan pengikut. Antara perkara yang kalian boleh buat mengikut bidang masing-masing ialah: 1. Adakan posting bersifat DIY. Contoh: Kalian dalam bidang pertanian, maka buat bagaimana mahu mencantas pokok, bagaimana membua tut, bagaimana mahu melebatkan buah, bagaimana memberi orkid sentiasa berbunga. Buat bergambar dengan mood step by step. 2. Adakan posting bersifat tips. Ianya bagus untuk kalian menyebarkan ilmu yang kalian tahu. Sebagai contoh, tips kurus dengan teh hijau, minum pada setiap pagi dan malam, jika ada angin dalam badan, tambah sedikit halia. Jika selalu selsema, tambah sedikit madu dan lemon. 3. Buat posting ulasan. Tak kira ia dalam bidang kalian atau tak, ulas sesuatu perkara atau isu akan mendekatkan kalian kepada audien. Ingat, hanya yang beri impak positif sahaja. 4. Buat posting cerita. Tulis cerita kalian atau cerita orang lain yang beri impak positif kepada audien. Ingat, cerita yang bagus biasanya akan dikongsi secara meluas. Share = tambah follower. Itu sahaja sifirnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka baca tips dan posting DIY.

Sepanjang saya bermain media sosial secara serius pada penghujung tahun 2015 hingga hari ini. Ini sahaja yang saya buat untuk pastikan saya menulis di wall saya dengan baik. 1. Analytic. Saya tidak pakai apa-apa aps untuk lihat statistik di wall. Yang saya buat ialah masukkan semua detail posting di Ms Excel dan lihat pola share, like dan komen. Terbaharu, react dari sudut emosi. Buat kotak dan tengok posting minggu ke minggu. Dari situ dalam tempoh sebulan kita terus tahu posting apa orang suka dan tak. 2. Choose. Pemilihan topik yang ditulis adalah apa yang kita mahir, suka, minat, tahu dan audien juga suka. 3. Buat KPI. Sebagai contoh, pada setiap minggu ada 2 artikel yang boleh dapat sekurang-kurangnya 100 share. Share akan beri kenaikan follower. 4. Scheduling. Menulis di Ms Word. Kemudian buat folder untuk jadikan ia sebagai bank. Bank penulisan akan membantu menyusun content di wall media sosial. 5. Alignment. Align penulisan di media sosial dengan keperluan bisnes. Posting iklan, sales dan marketing mesti selari dengan keperluan bisnes. 6. Kembali ke nombor 1. Dan buat report berdasarkan hasil tersebut. 7. Januari 2017 pengikut saya mencecah 100,000 orang dan income saya juga naik mendadak. 8. Pastikan kenaikan follower adalah kenaikan jualan. Jika tidak, ia hanya tin kosong. Pumpang pumpang, hasil pun tak ada. Sekadar populis namun tidak menghasilkan duit, ia rugi total. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak rancang tak dapat hasil.

Ingat ini, Setiap produk atau perkhidmatan yang kalian jual atau sediakan, 83% yang berpuas hati terhadap produk atau perkhidmatan itu merasakan ia perlu dihebahkan. Namun, hanya 29% yang melakukannya. Jadi, untuk dapatkan peluang 100%, kalian perlu 'remind' kesemua pelanggan dengan beberapa cara pemasaran. 1. Iklan. 2. Review. 3. Sponsor (tajaan). Ambil produk mega seperti Milo sebagai contoh, setiap kali ada produk baru yang diperkenalkan, iklan akan dibuat hampir setiap hari di television. Di media sosial pula mereka sediakan review lori Milo sedang beraksi di mana-mana sekolah. Manakala, di akhbar atau billboard mereka menggunakan atlet yang mereka taja untuk menjadi duta. Pemasaran akan mewujudkan jualan. Dua-dua perlu sama kuat dan berjalan seiringan. Begitulah.

#TipsMediaSosial Mana-mana yang berada dalam industri makanan, bangunkan restoran, produk, syarikat di page sebagai kedai. Antara content yang sesuai di sana ialah: 1. Iklan - 2 kali seminggu. 2. Promosi. - 2 kali seminggu. 3. Resipi. - 3 kali seminggu. 4. Tips memasak - 3 kali seminggu. 5. Testimoni / gambar orang ramai - 5-10 kali seminggu. Manakala bina profile pemilik bisnes (restoran atau produk tadi) di ruangan personal akaun. Ini content yang sesuai untuk kalian: 1. Resipi - 2-3 kali seminggu. 2. Tips memasak mudah - 2-3 kali seminggu. 3. Kehidupan biasa - 1 kali setiap hari. 4. Bergambar dengan pelanggan - 2 kali seminggu. 5. Ulasan isu / produk - 2-3 kali seminggu. Susun content sebaiknya menggunakan 5 jenis posting yang ada dalam naskah #RahsiaBapaViralKebangsaan dan pastikan 4 kuadran asas content ada selalu. Begitulah. Selamat mencuba. Khairul Hakimin Muhammad, Pengasas, Abuain Kitchen Studio.

Untuk tahun 2019, dunia Content Marketing masih menjurus kepada penulisan cerita yang mempunyai elemen emosi. Ia boleh dimuat naik melalui apa sahaja platform, Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Kontakte, Sweebee, Flikr, Tumblr, Youtube dan sebagainya. Sama ada kalian nak ia dalam bentuk teks, video atau bergambar, ia terpulang kepada kreativiti kalian. Semuanya boleh. Pada penghujung 2018, Facebook mengatakan: 1. Content yang dimuat naik melalui video pendek (kurang 1 minit) adalah 10 kali lebih baik dari gambar statik dan teks yang melebihi 15 perenggan. Namun jika tidak selesa, penggunaan teks dan gambar masih ada peminatnya. 2. Content di media sosial bermaksud Fakta yang beremosi. 3. Enggagement bermaksud like dan komen. Ia tidak menambah follower. 4. Hanya fungsi Share akan menambah follower. 5. Tahun 2019 adalah tahun kematangan menggunakan media sosial. Orang menjual dan membeli pun mesti menggunakan content. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih Content Creator.

photo content

Kurang 2 jam lagi untuk kalian dapat dengan harga ini. Selepas ini kembali ke harga asal ya, RM303. Huhu. Lekas dapatkan di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018 https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018 https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018

4 asas menulis content di media sosial: 1. Ia mesti mudah dibaca dan difahami (tulis dengan ejaan yang betul). 2. Setiap 4 atau 5 baris, buat perenggan. 3. Ia mempunyai titik persamaan dengan emosi, pengalaman dan pemahaman pembaca. 4. Ia ada emosi yang kuat tak kira ia adalah sedih atau gembira. Khairul Hakimin Muhammad, 2019, Content Marketing jauh lebih luas. Nantikan.

Anda ada di sini untuk? anonymous poll Dua-Dua di Atas – 385 👍👍👍👍👍👍👍 71% Belajar Content – 116 👍👍 21% Membaca Apa Sahaja – 43 👍 8% 👥 544 people voted so far. Poll closed.

Setakat ini saya adalah menjaga beberapa buah syarikat yang mahu content mereka tersusun. Sama ada ownernya sendiri atau page syarikat, saya dan team bangunkan ikut keserasian produk tersebut. Cabarannya besar, jadi kami terpaksa memilih. Biasanya mereka ini ambil terus pakej 1 tahun dan kami akan berhubung baik dengan mereka. Ada syarikat produk bayi, ada syarikat cucian, ada kosmetik, ada juga beberapa syarikat yang tak mahu disebut namanya. Macam-macam, ianya termasuklah para artis dan selebriti, kami susunkan sahaja mana yang mereka mahukan. Content adalah sesuatu yang sangat penting pada zaman ini. Semasa ambil Masterclass Content Management di London, April lalu, saya terkesan benar apabila mereka senaraikan ramainya penggiat media sosial menggunakan fakta sebenar dalam membangunkan satu-satu content. Ianya tidak didahului oleh pendapat. Oleh itu, viral yang muncul adalah viral yang penuh ilmu. Sebagai contoh, mereka gunakan buku masakan untuk mencipta resipi di media sosial. Semua orang boleh memasak, namun bukan semua orang ada kemahiran nak berkongsi. Jadi, gunakan ilmu. Susun semua penulisan agar yang membaca boleh buat apa yang kita kongsikan. Barulah viral. Contoh ke-2, saya lihat ramainya para professional hadir ke kelas ini. Penulis, saya seorang. Bangga terkembang-kembang hidung. Walau beberapa kali mereka ingat saya ini peserta dari India, saya ok. Dan apabila saya perkenalkan diri, saya sebut, “Hai everyone, im Khairul, from Mentakab,” lalu semua orang berkerut siap tanya, “Mantahkabb?” Saya ketawa seorang diri, rasa lawak. Saya cakap, “Mentakab itu di Malaysia.” Lalu semua orang ikut ketawa. Professional yang saya maksudkan ialah para doktor, pegawai farmasi, guru, pensyarah dalam bidang masing-masing, pegawai polis (yang duduk di pejabat) dan beberapa lagi yang memakai uniform namun saya tak tahu mereka dari jabatan apa. Saya suka sekali apabila cikgu di hadapan itu beritahu kepada kami, Saya terjemahkan: “Saya suka sekali kalian menulis 2 perkara yang kalian lalui dalam hidup (sebagai kehidupan sebenar seperti makan dengan anak-anak, piknik, buku apa kalian baca, suka hobi apa dan sebagainya) kemudian, tulis 2 perkara yang ada kaitan dengan kerjaya kalian. Content yang bagus ialah terdiri dari mereka yang boleh dipercayai. Jika semua posting di media sosial adalah tentang kerjaya, duit, iklan, kehebatan, kemahiran serta kepakaran, orang tidak mahu percayakan anda, orang merasakan anda memang sengaja nak menarik perhatian untuk duit mereka. Sosial media adalah cantuman dari kerjaya dan kehidupan. Ia tidak boleh berjalan sendirian. Jadi kahwinkan dia baik-baik. Supaya orang percaya, ikut dan mula setia. Apabila sudah setia, tambahlah satu lagi posting, iaitu iklan. Pada waktu itu, jualan yang ada akan menjadikan kalian ini sudah boleh dipercayai,” Begitulah.

photo content

Sampai sekarang, emak saya masih lagi terima tempahan kawan-kawan kejiranan di Mentakab ini. Tak kira ikut perayaan agama apa, mereka tempah, emak akan buat. Yang ini untuk kawan emak yang beragama Kristian, mereka nak sambut Krismas beberapa hari lagi. Berniaga kena begitu, kena jual / bantu supply dengan lebih luas. Tidak tertumpu kepada satu-satu komuniti sahaja. Di Mentakab, Melayu, Cina dan India seolah sama ramai. Dan kami hidup ok ja di sini. Saling berjiran. Kalau berjual beli makanan, orang Cina dan India suka beli. Kami pula kalau nak repair kereta, pergi workshop Cina. Kalau nak beli surat khabar, gunting rambut, nak jumpa peguam-peguam, memang di sini bangsa India yang ramai. Saling menguat kata orang. Orang dulu-dulu berniaga tak ada nak emosi-emosi, tak ada nak bangga nak sombong berjual sana-sini. Berniaga = bantu orang. Maksudnya mudah sahaja, kau buat produk yang pelanggan kau tak reti buat. Jadi mereka akan beli dari kau. Kalau kuih, buat sedap-sedap. Kalau baju, buat lawa-lawa, kalau buku buat elok-elok. Ha gitu. Ramai orang suka berniaga. Dan kita ini sebagai pelanggan, support, sokong, bantu dan dorong mereka. Orang yang bermula dengan kecil, dia tahu itu sahaja kemampuannya, dan jika dia konsisten buat satu-satu benda itu dengan kualiti yang sama, bisnesnya akan berkembang dan membesar satu hari nanti. Waktu itu kita sendiri bangga yang kita pernah jadi salah seorang yang support dia satu masa lalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Anak penjual kuih raya.

Dr Taufiq Razif buka lagi jualan ebook parenting beliau dengan harga RM50. Dan rupanya ia akan berakhir 11.59 malam ini. Saya sendiri antara yang sudah membaca dan gunakan ia sebaiknya. Ada teknik yang diceritakan tentang bagaimana nak susun dan kawan emosi anak dan ibu. Ia memang berkesan. Lebih lagi dalam ebook ini ada ilustrasi, ada case by case dan kesemua penerangan itu diberi dalam bentuk kehidupan kita seharian. Senang nak faham. Jika kalian nak dapatkan, baik dapatkan segera. Harga asal ialah hampir RM200. Beli 1 RM50, namun jika terus beli kombo dapat harga RM70 sahaja. https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 Ini linknya ya. Mari kita sama-sama cari ilmu untuk kebaikan keluarga kita! Ia bagus dan tentunya menjadikan kita semua terus menyayangi keluarga dengan lebih asas dan pendidikan yang betul. .

photo content

Di Facebook, ada 2 perkataan yang perlu dikurangkan untuk ditulis. 1. Jangan - bersifat mengajar-ajar. Gantikan dengan tidak. Contoh: Salah: Jangan menulis macam idola kesukaan. Nanti nampak kau meniru bulat-bulat. Betul: Diharapkan kalian tidak menulis sama seperti ikon atau idola yang kalian gemari. Ia boleh jadi sama dan boleh dituduh meniru. 2. Tetapi - membanding-banding. Gantikan dengan namun atau cuma (jika perlu). Contoh: Salah: Faiz baik orangnya, tetapi kau tengoklah mulutnya celupar bukan main apabila marah. Betul: Faiz baik orangnya. (Terus noktah dan tak perlu sambung keburukannya. Cerita kebaikan sahaja). Atau, Faiz baik orangnya. Cuma beliau sekarang mudah penat, jadi kerap marah-marah.

Untuk tahun 2019, hanya ada: 6 kali bootcamp. 12 kali workshop. Itu sahaja. KhairulHakimin.Com.