ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 181 подписчиков, занимая 284 место в категории Маркетинг и PR и 903 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 181 подписчиков.

Согласно последним данным от 01 июля, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -376, а за последние 24 часа — -11, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 4.79%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 735 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 02 июля, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 181
Подписчики
-1124 часа
-777 дней
-37630 день
Архив постов
photo content

Kurang 2 jam lagi untuk kalian dapat dengan harga ini. Selepas ini kembali ke harga asal ya, RM303. Huhu. Lekas dapatkan di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018 https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018 https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhmyes2018

4 asas menulis content di media sosial: 1. Ia mesti mudah dibaca dan difahami (tulis dengan ejaan yang betul). 2. Setiap 4 atau 5 baris, buat perenggan. 3. Ia mempunyai titik persamaan dengan emosi, pengalaman dan pemahaman pembaca. 4. Ia ada emosi yang kuat tak kira ia adalah sedih atau gembira. Khairul Hakimin Muhammad, 2019, Content Marketing jauh lebih luas. Nantikan.

Anda ada di sini untuk? anonymous poll Dua-Dua di Atas – 385 👍👍👍👍👍👍👍 71% Belajar Content – 116 👍👍 21% Membaca Apa Sahaja – 43 👍 8% 👥 544 people voted so far. Poll closed.

Setakat ini saya adalah menjaga beberapa buah syarikat yang mahu content mereka tersusun. Sama ada ownernya sendiri atau page syarikat, saya dan team bangunkan ikut keserasian produk tersebut. Cabarannya besar, jadi kami terpaksa memilih. Biasanya mereka ini ambil terus pakej 1 tahun dan kami akan berhubung baik dengan mereka. Ada syarikat produk bayi, ada syarikat cucian, ada kosmetik, ada juga beberapa syarikat yang tak mahu disebut namanya. Macam-macam, ianya termasuklah para artis dan selebriti, kami susunkan sahaja mana yang mereka mahukan. Content adalah sesuatu yang sangat penting pada zaman ini. Semasa ambil Masterclass Content Management di London, April lalu, saya terkesan benar apabila mereka senaraikan ramainya penggiat media sosial menggunakan fakta sebenar dalam membangunkan satu-satu content. Ianya tidak didahului oleh pendapat. Oleh itu, viral yang muncul adalah viral yang penuh ilmu. Sebagai contoh, mereka gunakan buku masakan untuk mencipta resipi di media sosial. Semua orang boleh memasak, namun bukan semua orang ada kemahiran nak berkongsi. Jadi, gunakan ilmu. Susun semua penulisan agar yang membaca boleh buat apa yang kita kongsikan. Barulah viral. Contoh ke-2, saya lihat ramainya para professional hadir ke kelas ini. Penulis, saya seorang. Bangga terkembang-kembang hidung. Walau beberapa kali mereka ingat saya ini peserta dari India, saya ok. Dan apabila saya perkenalkan diri, saya sebut, “Hai everyone, im Khairul, from Mentakab,” lalu semua orang berkerut siap tanya, “Mantahkabb?” Saya ketawa seorang diri, rasa lawak. Saya cakap, “Mentakab itu di Malaysia.” Lalu semua orang ikut ketawa. Professional yang saya maksudkan ialah para doktor, pegawai farmasi, guru, pensyarah dalam bidang masing-masing, pegawai polis (yang duduk di pejabat) dan beberapa lagi yang memakai uniform namun saya tak tahu mereka dari jabatan apa. Saya suka sekali apabila cikgu di hadapan itu beritahu kepada kami, Saya terjemahkan: “Saya suka sekali kalian menulis 2 perkara yang kalian lalui dalam hidup (sebagai kehidupan sebenar seperti makan dengan anak-anak, piknik, buku apa kalian baca, suka hobi apa dan sebagainya) kemudian, tulis 2 perkara yang ada kaitan dengan kerjaya kalian. Content yang bagus ialah terdiri dari mereka yang boleh dipercayai. Jika semua posting di media sosial adalah tentang kerjaya, duit, iklan, kehebatan, kemahiran serta kepakaran, orang tidak mahu percayakan anda, orang merasakan anda memang sengaja nak menarik perhatian untuk duit mereka. Sosial media adalah cantuman dari kerjaya dan kehidupan. Ia tidak boleh berjalan sendirian. Jadi kahwinkan dia baik-baik. Supaya orang percaya, ikut dan mula setia. Apabila sudah setia, tambahlah satu lagi posting, iaitu iklan. Pada waktu itu, jualan yang ada akan menjadikan kalian ini sudah boleh dipercayai,” Begitulah.

photo content

Sampai sekarang, emak saya masih lagi terima tempahan kawan-kawan kejiranan di Mentakab ini. Tak kira ikut perayaan agama apa, mereka tempah, emak akan buat. Yang ini untuk kawan emak yang beragama Kristian, mereka nak sambut Krismas beberapa hari lagi. Berniaga kena begitu, kena jual / bantu supply dengan lebih luas. Tidak tertumpu kepada satu-satu komuniti sahaja. Di Mentakab, Melayu, Cina dan India seolah sama ramai. Dan kami hidup ok ja di sini. Saling berjiran. Kalau berjual beli makanan, orang Cina dan India suka beli. Kami pula kalau nak repair kereta, pergi workshop Cina. Kalau nak beli surat khabar, gunting rambut, nak jumpa peguam-peguam, memang di sini bangsa India yang ramai. Saling menguat kata orang. Orang dulu-dulu berniaga tak ada nak emosi-emosi, tak ada nak bangga nak sombong berjual sana-sini. Berniaga = bantu orang. Maksudnya mudah sahaja, kau buat produk yang pelanggan kau tak reti buat. Jadi mereka akan beli dari kau. Kalau kuih, buat sedap-sedap. Kalau baju, buat lawa-lawa, kalau buku buat elok-elok. Ha gitu. Ramai orang suka berniaga. Dan kita ini sebagai pelanggan, support, sokong, bantu dan dorong mereka. Orang yang bermula dengan kecil, dia tahu itu sahaja kemampuannya, dan jika dia konsisten buat satu-satu benda itu dengan kualiti yang sama, bisnesnya akan berkembang dan membesar satu hari nanti. Waktu itu kita sendiri bangga yang kita pernah jadi salah seorang yang support dia satu masa lalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Anak penjual kuih raya.

Dr Taufiq Razif buka lagi jualan ebook parenting beliau dengan harga RM50. Dan rupanya ia akan berakhir 11.59 malam ini. Saya sendiri antara yang sudah membaca dan gunakan ia sebaiknya. Ada teknik yang diceritakan tentang bagaimana nak susun dan kawan emosi anak dan ibu. Ia memang berkesan. Lebih lagi dalam ebook ini ada ilustrasi, ada case by case dan kesemua penerangan itu diberi dalam bentuk kehidupan kita seharian. Senang nak faham. Jika kalian nak dapatkan, baik dapatkan segera. Harga asal ialah hampir RM200. Beli 1 RM50, namun jika terus beli kombo dapat harga RM70 sahaja. https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 https://proparenting.onpay.my/order/form/go/100 Ini linknya ya. Mari kita sama-sama cari ilmu untuk kebaikan keluarga kita! Ia bagus dan tentunya menjadikan kita semua terus menyayangi keluarga dengan lebih asas dan pendidikan yang betul. .

photo content

Di Facebook, ada 2 perkataan yang perlu dikurangkan untuk ditulis. 1. Jangan - bersifat mengajar-ajar. Gantikan dengan tidak. Contoh: Salah: Jangan menulis macam idola kesukaan. Nanti nampak kau meniru bulat-bulat. Betul: Diharapkan kalian tidak menulis sama seperti ikon atau idola yang kalian gemari. Ia boleh jadi sama dan boleh dituduh meniru. 2. Tetapi - membanding-banding. Gantikan dengan namun atau cuma (jika perlu). Contoh: Salah: Faiz baik orangnya, tetapi kau tengoklah mulutnya celupar bukan main apabila marah. Betul: Faiz baik orangnya. (Terus noktah dan tak perlu sambung keburukannya. Cerita kebaikan sahaja). Atau, Faiz baik orangnya. Cuma beliau sekarang mudah penat, jadi kerap marah-marah.

Untuk tahun 2019, hanya ada: 6 kali bootcamp. 12 kali workshop. Itu sahaja. KhairulHakimin.Com.

Personal Branding di Media Sosial. 1. Dalam 4 posting sehari, 3 post kehidupan, 1 post sahaja bisnes. 2. Akaun personal ialah medan kehidupan. Akaun page = bisnes. 3. Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian, bagaimana guna, video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell). 4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up. Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari. Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang. 5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik. Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi. Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah. Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Storyteller (Kemanusiaan), Traveler, Tips Tulis Content dan Memasak.

Sales 12-12 KHM, ada kelas murah, bootcamp potong harga sampai RM500, buku RM12 dan banyak lagi. Ada lagi 7 jam sahaja weh. Terus klik di sini ya: https://khairulhakimin.com/sales/ https://khairulhakimin.com/sales/ https://khairulhakimin.com/sales/

3 Ebook ini hanya RM78 sahaja sepanjang hari ini (sehingga 11.59 malam ini). Dapatkannya di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm12-12

photo content

Akaun Facebook (Personal) untuk yang baru nak bina personal branding ialah: 1. Menggunakan nama manusia. Tak kisahlah nama timangan, nama komersil, nama manja dan sebagainya. Yang penting nama manusia macam orang lain. 2. Meletakkan gambar cover dengan gambar kehidupan biasa. Bukan produk atau perkhidmatan. Ia akan buat audien berundur dari nak follow, takut kalian berjual lebih banyak dari bercerita tentang kehidupan. Nak menjual, gunakan posting. Bukan tepek iklan di ruangan view profile. Rugi orang tak mahu follow. 3. Gambar profil mesti seorang. Lagi cantik jika besar (dari paras dada hingga kepala). Jika berdua, akan keliru, ramai lagilah pening. Jika dengan kucing, oklah. 4. Bahagian bio, letak 2-3 minat, bukan hashtag produk atau syarikat. 5. Letakkan kerjaya kalian di bahagian about, termasuklah kalian jadi ejen atau dropship apa-apa. 6. Susun posting kehidupan lebih banyak dari posting menjual. Ia bagus dalam menambah crowd (pengikut baru). 7. Buat posting dengan menaikkan nilai diri seperti mengeja dengan betul, gunakan tatabahasa dengan betul serta pastikan ada impak positif kepada audien. Ingat, untuk audien. 8. Elak menulis perkara yang mendatangkan kemarahan orang seperti hal politik, rasis, mengejek serta apa sahaja kaitan dengan permusuhan kaum, bangsa dan agama. 9. Rajin-rajin berkongsi kebaikan. 10. Hanya cerita perkara baik yang dilalui. Yang tidak, disimpan sendiri baik-baik. Tak perlu bawa ke media sosial. Paling bagus ialah jika sedih, gelisah, marah dan kecewa, elak dari bermain Facebook. Begitulah. Jika sudah ada 25,000 pengikut ke atas, sudah boleh letak elemen bisnes di bio dan cover. Itu tandanya kalian sudah dikenali. Khairul Hakimin Muhammad, Penulis naskhah Best Seller, Rahsia Bapa Viral Kebangsaan.

Kesilapan yang biasa kita lakukan semasa membuat posting di Facebook ialah mengutamakan emosi dari isi. Ia tidak beri impak positif kepada diri dan audien (friend dan follower). Yang perlu diletakkan di dalam posting ialah: 1. Cerita (story) - Beri peringatan. 2. Tips - Beri panduan. 3. Hebahan - Beri makluman. Jika kalian lihat 3 perkara di atas, yang utama ialah fakta, bukan emosi. Emosi boleh dimasukkan, ia sekadar menempel di dalam posting. Dan yang bagusnya jika nak masukkan emosi ini, ia mesti emosi yang betul, dan memberi impak yang positif.

11 Hari Lagi! Lekas dapatkan tiket sekarang weh, sudah hampir 50% kerusi sudah berisi. Bawa anak, bawa emak ayah, jiran, orang kampung, pakcik jaga, makngah maklong semua! Teater Mona Ke Daerah M dari Anak-Anak Yatim TFTN. 3 hari pementasan ini akan diadakan, bermula 21hb hingga 23hb Disember di Auditorium DBP, Kuala Lumpur. Beli sekarang di sini okeh: www.monakedaerahm.com. *** Segera dapatkan tiket anda kerana penjualan sedang laju dan laris. Pembelian tiket-tiket ‘early bird’ untuk Zon Merah dan Hijau akan berakhir pada 10 Disember ini! Tengok gambar untuk rujukan tempat duduk ya! Mohon sebarkan juga! #AkademiSeniTFTN #TFTN #DewanBahasadanPustaka #Teater

photo content
+2

Jika anda ada makanan di dalam peti ais, pakaian di dalam almari, juga anda tinggal di dalam rumah yang berbumbung, berdinding dan ada saluran air serta eletrik, maka anda adalah manusia yang termasuk dalam 75% orang kaya di dunia hari ini. Dan kawan-kawan, jika anda boleh membaca tulisan ini, boleh faham dan boleh menulisnya kembali, maka anda bertuah berbanding ada lebih 3 billion manusia yang masih tidak boleh membaca, tidak boleh menulis dan buta huruf. Bangun pagi ini buang mengeluh dan bangkit menjadi juara setiap hari. Banyak-banyak bersyukur jadikan kita mahu buat lebih lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jutaan Jiwa.