ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 001 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 277,并在 马来西亚 地区排名第 910 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 001 名订阅者。

根据 13 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -360,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.49%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.24% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 622 次浏览,首日通常累积 1 134 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

凭借高频更新(最新数据采集于 14 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

35 001
订阅者
无数据24 小时
-1247 天
-36030 天
帖子存档
Personal Branding di Media Sosial. 1. Dalam 4 posting sehari, 3 post kehidupan, 1 post sahaja bisnes. 2. Akaun personal ialah medan kehidupan. Akaun page = bisnes. 3. Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian, bagaimana guna, video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell). 4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up. Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari. Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang. 5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik. Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi. Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah. Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Storyteller (Kemanusiaan), Traveler, Tips Tulis Content dan Memasak.

Sales 12-12 KHM, ada kelas murah, bootcamp potong harga sampai RM500, buku RM12 dan banyak lagi. Ada lagi 7 jam sahaja weh. Terus klik di sini ya: https://khairulhakimin.com/sales/ https://khairulhakimin.com/sales/ https://khairulhakimin.com/sales/

3 Ebook ini hanya RM78 sahaja sepanjang hari ini (sehingga 11.59 malam ini). Dapatkannya di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm12-12

photo content

Akaun Facebook (Personal) untuk yang baru nak bina personal branding ialah: 1. Menggunakan nama manusia. Tak kisahlah nama timangan, nama komersil, nama manja dan sebagainya. Yang penting nama manusia macam orang lain. 2. Meletakkan gambar cover dengan gambar kehidupan biasa. Bukan produk atau perkhidmatan. Ia akan buat audien berundur dari nak follow, takut kalian berjual lebih banyak dari bercerita tentang kehidupan. Nak menjual, gunakan posting. Bukan tepek iklan di ruangan view profile. Rugi orang tak mahu follow. 3. Gambar profil mesti seorang. Lagi cantik jika besar (dari paras dada hingga kepala). Jika berdua, akan keliru, ramai lagilah pening. Jika dengan kucing, oklah. 4. Bahagian bio, letak 2-3 minat, bukan hashtag produk atau syarikat. 5. Letakkan kerjaya kalian di bahagian about, termasuklah kalian jadi ejen atau dropship apa-apa. 6. Susun posting kehidupan lebih banyak dari posting menjual. Ia bagus dalam menambah crowd (pengikut baru). 7. Buat posting dengan menaikkan nilai diri seperti mengeja dengan betul, gunakan tatabahasa dengan betul serta pastikan ada impak positif kepada audien. Ingat, untuk audien. 8. Elak menulis perkara yang mendatangkan kemarahan orang seperti hal politik, rasis, mengejek serta apa sahaja kaitan dengan permusuhan kaum, bangsa dan agama. 9. Rajin-rajin berkongsi kebaikan. 10. Hanya cerita perkara baik yang dilalui. Yang tidak, disimpan sendiri baik-baik. Tak perlu bawa ke media sosial. Paling bagus ialah jika sedih, gelisah, marah dan kecewa, elak dari bermain Facebook. Begitulah. Jika sudah ada 25,000 pengikut ke atas, sudah boleh letak elemen bisnes di bio dan cover. Itu tandanya kalian sudah dikenali. Khairul Hakimin Muhammad, Penulis naskhah Best Seller, Rahsia Bapa Viral Kebangsaan.

Kesilapan yang biasa kita lakukan semasa membuat posting di Facebook ialah mengutamakan emosi dari isi. Ia tidak beri impak positif kepada diri dan audien (friend dan follower). Yang perlu diletakkan di dalam posting ialah: 1. Cerita (story) - Beri peringatan. 2. Tips - Beri panduan. 3. Hebahan - Beri makluman. Jika kalian lihat 3 perkara di atas, yang utama ialah fakta, bukan emosi. Emosi boleh dimasukkan, ia sekadar menempel di dalam posting. Dan yang bagusnya jika nak masukkan emosi ini, ia mesti emosi yang betul, dan memberi impak yang positif.

11 Hari Lagi! Lekas dapatkan tiket sekarang weh, sudah hampir 50% kerusi sudah berisi. Bawa anak, bawa emak ayah, jiran, orang kampung, pakcik jaga, makngah maklong semua! Teater Mona Ke Daerah M dari Anak-Anak Yatim TFTN. 3 hari pementasan ini akan diadakan, bermula 21hb hingga 23hb Disember di Auditorium DBP, Kuala Lumpur. Beli sekarang di sini okeh: www.monakedaerahm.com. *** Segera dapatkan tiket anda kerana penjualan sedang laju dan laris. Pembelian tiket-tiket ‘early bird’ untuk Zon Merah dan Hijau akan berakhir pada 10 Disember ini! Tengok gambar untuk rujukan tempat duduk ya! Mohon sebarkan juga! #AkademiSeniTFTN #TFTN #DewanBahasadanPustaka #Teater

photo content
+2

Jika anda ada makanan di dalam peti ais, pakaian di dalam almari, juga anda tinggal di dalam rumah yang berbumbung, berdinding dan ada saluran air serta eletrik, maka anda adalah manusia yang termasuk dalam 75% orang kaya di dunia hari ini. Dan kawan-kawan, jika anda boleh membaca tulisan ini, boleh faham dan boleh menulisnya kembali, maka anda bertuah berbanding ada lebih 3 billion manusia yang masih tidak boleh membaca, tidak boleh menulis dan buta huruf. Bangun pagi ini buang mengeluh dan bangkit menjadi juara setiap hari. Banyak-banyak bersyukur jadikan kita mahu buat lebih lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jutaan Jiwa.

Semoga menginspirasi kita semua. Jemput baca dan share ya :) https://www.facebook.com/1409650354/posts/10218278431018066/

Sudah ada follower (atas 25,000) bermaksud kalian sudah dikenali, sudah ada pengikut, sudah ada yang akan sentiasa baca, react dan berinteraksi dengan kalian. Apa sahaja posting, akan ok mengikut matlamat posting. Jika belum ada, binalah content sampai ada. Kemudian baru tiru game orang yang dah ramai follower.

📊 Adakah Anda Berjaya Membeli Ebook 118 Idea Membina Content dengan harga promosi? Ya [100-200] Tidak [100-200] 👥 200-300 people have voted so far

Di media sosial, tekankan menulis dengan: 1. Ejaan betul. 2. Utamakan fakta dari memberi pandangan. 3. Tenang dan tidak gunakan tatabahasa yang beri impak berbeza seperti meletakkan tanda seru sebanyak 3 kali dan tanda soal 40 kali.

Waktu rakyat Malaysia bermain media sosial ialah 7.00 pagi hingga 10.00 malam, waktu puncak ialah pada 12 tengah hari hingga 3.00 petang. Jika ada posting yang beri impak tinggi (sama ada untuk sales atau crowd) selain dari waktu ini, kalian akan sedikit rugi dalam mendapatkan reach yang betul. #TipsContentKHM. Khairul Hakimin Muhammad, https://t.me/ContentKHM

Contoh Idea, ada lebih 150 idea diberi walau tajuknya 118 Idea. Hehe
Contoh Idea, ada lebih 150 idea diberi walau tajuknya 118 Idea. Hehe

MANA YANG TERLEPAS PROMOSI ITU HARI, Kami buka semula semalam sampai 5hb Disember. Khas buat Ebook 118 Idea Menulis Content sahaja. Harganya RM88 sahaja. Harga asal RM187. Selepas 5hb Disember, memang terus ke RM187. Huhu. Dan harap tak terlepas pandang lagilah. Ini linknya ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/118imc

photo content

10 Perkara Tentang Content Marketing Hari Ini. 1. Hampir 80% pencarian 1-1 produk atau perkhidmatan menggunakan telefon bimbit berakhir dengan pembelian. 2. 48% pengguna media sosial tertarik dengan 1-1 produk hanya kerana penerangan yang betul dan pengiklanan yang ringkas dan padat. 3. Hampir 90% pembeli bersetuju apabila dia mahu membeli sesuatu dari seseorang di media sosial, dia mahu melihat gambar orang yang menjual serta yakin nama yang digunakan adalah nama manusia (bukan nama syarikat atau nama kedai). 4. Dikatakan, setiap 500 follower yang anda dapat, anda boleh menjana RM250/jam. Ia adalah kaitan penggunaan posting untuk mengumpul crowd atau menaikkan engagement atau terus membuat iklan. 5. CMI Marketing Prof 9th Annual Marketing Survey mengatakan, “90% of successful content marketers prioritize their audiences needs over the sales and promotional messages,” dengan kata lain, posting crowd dan side vs iklan ialah 9:1. Sekiranya anda membuat status iklan atau promosi produk lebih banyak dari status kehidupan yang memberi manfaat, anda akan hilang 5-12% audien pada setiap hari. 6. Hashtag digunakan di dalam content atau story, bukan lagi sebagai list di bahagian bawah posting. Ia sangat bagus digunakan bagi produk atau kempen. 7. Facebook menjadi medan education dan Instagram adalah medan entertainment. Ke 2-2 medan ini mempunyai asas dan ‘game’ berbeza. 8. React (klik like atau mana-mana butang emosi kepada komen atau terus reply) akan menjadikan orang itu setia dengan anda. 81% orang yang suka komen akan berubah kepada pelanggan kepada produk anda. 9. Facebook bersetuju untuk membuang akaun anda sekiranya anda bercakap dengan bahasa kasar, mengugut, memberi info salah, copy paste (walau dengan kredit) serta membawa pergaduhan di mana-mana ruangannya. Sesiapa sahaja boleh report dan akaun anda boleh dipenjarakan atau dibuang terus. 10. 63% pelanggan bersetuju yang mereka lebih yakin kepada satu-satu bisnes atau produk apabila syarikat tersebut juga mempunyai website atau blog. Sumber: SocialMediaExaminer, JeffBullas, CMI, ContentExpert. Khairul Hakimin Muhammad, Kita belajar lagi, jika nak tahu lebih banyak tips, join Channel Telegram kami di: https://t.me/ContentKHM

Dah habis waktu promosi, ada yang PM tanya terlepas pandang, aduhlah. Kami buka semula semalam sampai 5hb Disember. Khas buat Ebook 118 Idea Menulis Content sahaja. Harganya RM88 sahaja. Harga asal RM187. Selepas 5hb Disember, memang terus ke RM187. Huhu. Dan harap tak terlepas pandang lagilah. Ini linknya ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/118imc