Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 361 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 915 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 361 名订阅者。
根据 16 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -373,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.97%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 534 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 17 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 361
订阅者
-424 小时
-927 天
-37330 天
帖子存档
36 355
Saya suka dengan AkaunSimple ini, kerana kita boleh:
1. Rekod duit masuk.
2. Rekod duit keluar.
Kemudian akan diproses bab-bab ini dalam sistem tersebut:
Anda tidak perlu usik apa-apa. Kecuali keyin duit Keluar & Masuk sahaja. Kalian akan dapat ini semua!
✅ Akaun Kunci Kira-Kira
✅ Akaun Untung & Rugi
✅ Penyata Aliran Tunai
✅ Imbangan Duga
✅ Nota Penyata Kewangan
Hanya RM149, kalian boleh dapat semua ini. Hanya bayar sekali sahaja seumur hidup, terus boleh guna. Sangat senang! Key in ja!
Beli di sini sekarang ya! Nanti harganya nak naik ke RM300!
Klik sini lekas:
https://akaunsimple.onpay.my/order/form/AkaunSimple_Premium/31
Tag dan share kepada saudara mara dan kawan-kawan yang memerlukan ya! Untuk kegunaan personal juga boleh!
36 355
Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur.
Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya:
1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation”
2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi.
3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.
36 355
Impak positif di dalam #posting sebaiknya berada di dalam isi #Content atau penghujung #StoryTelling, bukan di awal posting.
Ia mesti memberi kesan kepada pembaca, contohnya:
1. Apabila follower membaca, mereka boleh buat terus (posting step by step, resipi, DIY, Tips, Petua),
2. Apabila mereka membaca, mereka boleh beli terus (posting beli barang, review makan dan sebagainya).
3. Apabila mereka membaca, mereka boleh faham terus, ambil pengajaran dan iktibar terus (posting inspirasi, pedoman, kisah, cerita).
Sekiranya posting itu hanya kita sahaja yang faham, maka ia bukan posting yang beri impak positif kepada audien.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Beri faham sebaiknya.
36 355
Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan.
Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan.
Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah.
Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya.
Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tak berhenti tulis content.
36 355
Kawan-kawan,
Dalam berniaga,
Kejar dulu RM10 pertama.
Kemudian RM100 pertama.
Kemudian RM1,000 pertama.
Kemudian RM10,000 pertama.
Kemudian RM100,000 pertama.
Kemudian RM1,000,000 pertama.
Dan seterusnya.
Semua tangga itu berbeza. Dan kita perlu belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar.
Merendah diri,
Ada rasa nak belajar,
Cari guru!
Mindset kena kuat,
Konsisten,
Tutup ruang benda negatif,
Pulun!
Terpaling penting ialah duduk dalam circle dan berkawan dengan orang yang betul. Kalau hari-hari kita dengar orang cakap kita takkan berjaya, kita takkan dapat buat, benda itu mustahil dan sebagainya, dari mana kita nak dapat kekuatan nak buat RM10 pertama?
Kena usaha berkawan dengan orang yang mindset sama. Yang hari-hari kalau jumpa sembang idea. Sembang nak besarkan lagi bisnes. Nak luaskan lagi empayar. Bagaimana nak pakai strategi itu ini. Itulah keistimewaan circle dan kawan yang betul.
Dan yang paling nak kena jaga ialah hati sendiri. Berhenti duk nak rasa buat bisnes ini untuk tunjuk kat orang kita boleh berjaya. Lantakkan semua itu.
Buh dalam kepala kita kena bantu diri sendiri. Kita kena bantu keluarga, kita kena bantu ramai orang sekeliling kita.
Baru semua itu Allah bantu. Kalau kita buat untuk duk sekadar jaja dan tunjuk, ia bukanlah benda baik. Ia boleh jadi dosa dan entah-entah sukar nak dimakbulkan.
Kawan-kawan, jaga hati okeh! Bismillah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sudah melepasi 1 juta pertama beberapa tahun lalu. Alhamdulillah.
36 355
Selamat hari raya semua kawan-kawan besar di sini. Maaf zahir batin ya.
36 355
Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook?
Jawapannya ialah #SHARE.
Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat.
Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut.
Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement.
Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!
36 355
Ha nak tahu siapa team kami di sebalih video resipi ramadan dan raya tahun ini.
Tonton di sini https://vt.tiktok.com/ZS8vUgARF/
36 355
Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan:
1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu.
Sekiranya dapat jualan, ia bonus.
Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari.
2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales.
Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka.
Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang.
Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan.
Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.
36 355
Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung.
Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik.
Content yang ada sifat rasional:
1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan.
2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau.
3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya.
Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif.
Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terus positif!
36 355
2 jam lagi
2 jam lagi
2 jam lagi
12 tengah malam harganya naik ke RM99
Ruginya tak dapatkan Rakaman Kelas Video Mastery ini. Ada 7 topik best weh. Nak dapat view berjuta, nak dapat RM10,000 pertama di Tiktok, nak dapat follower semua diajar lengkap.
Lekasss
Klik sini ya:
https://mastery.onpay.my/order/form/video/12
36 355
Resipi raya saya dah up setakat ini di TIKTOK:
1. Rendang Makcik Ani
https://vt.tiktok.com/ZS87V2n47/
2. Rendang Dendeng
https://vt.tiktok.com/ZS87VyLwc/
3. Kuah Kacang
https://vt.tiktok.com/ZS87VeLT4/
4. Ayam Kerutup
https://vt.tiktok.com/ZS87VFoma/
5. Gulai Kawah Ayam
https://vt.tiktok.com/ZS87VFTjr/
6. Rendang Kuah
https://vt.tiktok.com/ZS874oPh4/
Ada lagi yang belum up, ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang cili padi, rendang minang, nasi daging air asam, ada juga kuih raya dan wajik.
Nantikan ya!
36 355
Last day gaisss!
Last day gaisss!
Last day gaisss!
Hari terakhir nak dapatkan Akses Menonton Video Mastery Untuk Usahawan!
Esok dah naik harga wehhh
Hanya RM69 sahaja sekarang. Esok naik ke RM99.
Klik sini ya:
https://mastery.onpay.my/order/form/video/12
36 355
Menyenaraikan kesyukuran semalam pada hari ini adalah proses yang membersihkan hati. Rasa Allah beri banyak, rasa Allah menyayangi dan rasa Allah sentiasa di sisi.
Dari sekecil-kecil hal, hingga ke perkara besar. Saya beri contoh ya. Ini saya buat setiap hari dan saya ada siap-siap "buku syukur" saya. Saya tulis setiap pagi sebelum waktu dhuha.
- Alhamdulillah semalam dapat berpuasa.
- Alhamdulullah semalam dapat berbuka.
- Alhamdulillah semalam dapat sedekah waktu subuh.
- Alhamdulillah semalam sales RM100,000.
- Alhamdulillah semalam dapat mengusik dan bergurau dengan keluarga di Group Whatsapp.
- Alhamdulillah semalam dapat keluar sekejap beli barang dengan keluarga.
- Alhamdulillah semalam dapat jumpa team di kilang.
- Alhamdulillah semalam dapat ilmu baru dari team.
- Alhamdulillah semalam dapat buat live dengan share lebih 2k.
- Alhamdulillah semalam dapat hadiahkan telekung kepada keluarga.
- Alhamdulillah semalam dapat jumpa keluarga di rumah mentua.
- Alhamdulillah semalam dapat up posting best-best di socmed.
- Alhamdulillah semalam dapat sahur bersama keluarga.
- Alhamdulillah semalam dapat membaca buku Hypo Selling.
- Alhamdulillah semalam dah masuk juz 5 mengaji.
- Alhamdulillah semalam dapat masakkan kari ayam.
Ini contoh sahaja kawan-kawan, saya malu nak tunjuk buku syukur saya. Banyak hal peribadi ditulis di situ. Maaf sungguh.
Saya sekadar nak beritahu apabila kita luahkan kesyukuran dan tulis, kita lebih hargainya. Kita dapat fikir dengan rasional rupanya Allah beri kita banyak setiap hari. Dan kita wajib bersyukur.
Kalau dalam kepala kita penuh hal negatif, kita sentiasa rasa tak cukup, maka kita akan terlindung dengan banyaknya pemberian yang Allah beri. Sebab itu pandang orang lebih sikit kita marah, pandang orang kaya pun kita rasa mereka jahat dan sebagainya.
Kawan-kawan,
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Allah sendiri beritahu yang kita kena bersyukur. Dari perkara sekecil-kecil sampailah ke benda besar.
Bersyukur sebanyak-banyaknya. Kita akan dapat lagi dan lagi.
Berhenti mengeluh, berhenti pandang orang lain dapat banyak, tengok diri sendiri. Boleh jadi sangat banyak kita dapat, namun asbab tak berhenti tengok orang lain, kita terlupa nak berterima kasih kepada Allah.
Hati-hati kawan-kawan, saat kita dapat kita tidak bersyukur segala nikmat, boleh jadi saat Allah tarik, Allah sengaja campakkan dalam kepala dan jiwa kita, kita sayang semua benda. Itu penyebab kita makin resah, gelisah jadi tak keruan sepanjang masa.
Nak jiwa tenang, bersyukur. Lihat banyaknya Allah beri setiap hari. Jiwa lapang, tidur pun lena.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bersyukur ada follower dan rakan yang sentiasa support saya. Terima kasih semua. Sayang belaka. ❤️❤️❤️.
36 355
Last call
Last call
Last call
Untuk dapatkan RM299, hanya hari ini sahaja. Lekas gais dapat 4 periuk!
Harga asal RM399. Sekarang sampai 10 malam hanya RM299!
Klik sini sekarangggg
https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome
https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome
https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome
36 355
Saya agak baru dalam dunia content video. Saya follow sahaja apa team minta. Mereka kata gitu gini semua saya ikut. Tambah lagi dengan 7 topik dalam
Video Mastery yang saya belajar, syukur alhamdulillah kadang sehari naik 1,000 follower. Kadang 100, kadang 200. Syukur sangat alhamdulillah.
Semua benda ada kos.
Nak bangunkan content video (atau visual) tengok diri sendiri. Kalau berbakat boleh bercakap, menyanyi, menari, miming, buat lucu dan sebagainya, memang senang untuk tarik crowd. Kerana ruangan visual memang lapangan hiburan.
Namun kalau tak ada bakat tentang semua itu, kita boleh bangunkan content ikut kemahiran yang kita ada.
Pandai masak, pandai berkebun, pandai jaga badan, pandai DIY, pandai travel, pandai hiking semua-semualah boleh ja kita susun.
Kawan-kawan, saya seru untuk dapatkan Kelas Video Marketing Untuk Usahawan Online ini. Hanya RM69 sahaja kalian akan dapat 7 topik power dalam pembangunan video.
Dapatkannya ya di sini, sekarang sedang promo, lekas-lekas takut harga naik ke harga asal RM299.
Klik sini sekarang
https://mastery.onpay.my/order/form/video/12
36 355
Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah:
1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien.
2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut.
3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog.
4. Promote - Juga perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads.
5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan.
Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya.
Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bina empayar!
36 355
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra pesan, "berniaga sesama muslim jangan duk bersaing. Kita semua kena menang. Sama-sama nak bayar zakat, sama-sama nak bersedekah dan buat benda baik. Jadi tak ada siapa boleh kalah. Semua wajib menang."
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
