ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 361 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 915

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 361 名订阅者。

根据 16 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -373,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.97%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 2 534 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 17 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 361
订阅者
-424 小时
-927
-37330
帖子存档
7 Topik kalian dapat belajar dalam Mastery Video Marketing kali ini. Kalian akan dapat rakaman video ini dan boleh terus tonton dan buat! Topik 1 7 Strategi Tiktok Viral Dapatkan 1,000 Follower Dalam 3 Hari. Topik 2 Cara Dapatkan RM10,000 Pertama Di Tiktok Shop & Tiktok Affiliate Dalam Tempoh 30 Hari. Topik 3 Video Strategi Live di Tiktok & Hasilkan Income Di Tiktok. Topik 4 Tutorial Cara Mudah Edit Video Guna Capcut. Topik 5 Formula Bagaimana Hasilkan Jualan RM300,000 Hanya Melalui Video. Topik 6 Bagaimana Hasilkan Idea Untuk Video Content. Topik 7. Bagaimana Buat Duit Lumayan Sebagai Youtuber. HANYA RM69 sahaja gais. mana nak dapat harga semurah ini. Baik dapatkannya sekarang juga! Klik sini ya https://mastery.onpay.my/order/form/video/12 https://mastery.onpay.my/order/form/video/12 https://mastery.onpay.my/order/form/video/12

#content yang bagus tidak bersifat: 1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan. 2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif. 3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki. 4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang. 5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama. Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif! Khairul Hakimin Muhammad, Fokus posting kebaikan.

Mana yang terlepas beli periuk raya semalam, HQ SD HOME buat sales lagi hari ini dengan potongan RM100. Sekarang hanya RM299
Mana yang terlepas beli periuk raya semalam, HQ SD HOME buat sales lagi hari ini dengan potongan RM100. Sekarang hanya RM299 sahaja. Lekas dapatkannya ya di sini https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome

Tiktok berjaya gabungkan social media dan marketplace. Usahawan wajib dapatkan rakaman perbincangan 7 topik Video Mastery ini sekarang. Hanya RM69 sahaja. Klik sini: https://mastery.onpay.my/order/form/video/12

Tahniah bagi yang dah dapatkan akses menonton semua topik ini. Hanya RM69 sahaja sekarang. Lepaas raya naik ke RM299 gais. Dah beli terus tonton okeh. Berbaloi.

Ambillah ilmu itu untuk diguna dan diamal. Insya-Allah, akan ada jalan untuk berjaya. Kalau sekadar belajar tak beramal, kemudian kita persoal guru, melawan, memburukkan cikgu, ilmu itu sendiri akan laknat kita. Boleh jadi itu antara penyebab kita gagal dan kita sering resah melihat kejayaan orang lain. Kita tak besar mana pun. Allah sahaja ada kuasa. Nak berjaya, bersihkan hati, rendahkan diri. Orang tinggi ilmu, adabnya juga harus tinggi. Begitulah, Khairul Hakimin Muhammad, Selamanya pelajar di muka bumi.

2013 - Social Media & Strategy Content Summit, Singapore. Waktu ini masih tak reti menulis. 2014 - KL Social Media Week, masih tak reti menulis. 2015 - Kelas Penulisan Bahasa Melayu Tinggi, KL, bolehlah belajar cuba-cuba. - Digital Media World Forum, London, masih cuba menulis namun gagal lagi. - Story, Robert McKee, London, terus cuba dan cuba belajar. - Influencer, London, masuk kelas specific untuk menulis di Facebook. Waktu ini nampak jalan. - kelas-kelas bisnes di London juga, seperti kelas McDonnal, Coke, Apple, FB, dan sebagainya. Mereka buat kelas ala case study bagaimana brand-brand ini power yakmat. Disember 2015 saya cuba dan ia menjadi. Tahun sama saya mula masuk ke IMKK, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. 2016-2019, saya ulang alik ke London, Amsterdam, Singapore, Jakarta semata untuk belajar menulis. Saya sempat pergi ke kelas: - Editor kepada JK Rowling. - Chapter Yusuf (surah Yusuf). - Behind The Story (bagaimana membesarkan karya dari sebuah penulisan kepada filem dan drama). - Fateh Business Foundation (masuk untuk belajar bisnes dan gunakan elemen bisnes untuk menulis di wall FB). - juga saya ambil kelas menulis dari Ibu Asma Nadia (Indonesia), Bapak Habiburrahman (Indonesia), Cikpuan Azzah Abdul Rahman (Malaysia), mengikuti kelas penulisan artikel dan rencana juga di Malaysia. 2017, saya dapat 100,000 follower yang pertama. Syukur alhamdulillah. Hangpa nak cakap saya main taram, itu hangpa punya pasal. Saya sikit pun tak berganjak. Saya jenis suka belajar. Nak kira kos belajar, tak ternilai. Dari segi duit nampaklah dalam lebih RM200,000 dibayar sepanjang 6-7 tahun ulang alik ke negara orang. Itu termasuk tiket, penginapan bagai. Saya pernah masuk ke kelas Robert McKee dan dalam kelas itu siap ada pelakon handalan HollyWood. Depa pun masuk kelas okeh. Haha. Orang lain menulis hebat tak pergi belajar, syukur. Saya tak sepandai itu. Sekarang saya buka kilang biskut. Kalau orang lain cakap ruginya belajar menulis, bangunkan content kemudian buat biskut je, saya akan jawab, inilah yang Allah beri kepada saya dan saya happy. Syukur sangat saya teruskan bisnes ini. Dari saya berpenat-penat dan tak happy dengan apa saya buat. Saya suka belajar namun saya ada masalah tak reti nak handle soalan, saya tak pandai kawal emosi kalau soalan itu bersifat mempersoal, saya tak hargai kalau orang memuji dan saya selalu anggap anak murid kena ikut cara saya sedangkan ada banyak cara lain yang mereka boleh buat. So saya undur diri baik-baik. Tak undur 100%, saya masih buat sikit-sikit khas untuk mereka yang memerlukan kelas ini. Buku masih saya keluarkan. Setakat ini ada Rahsia Penulisan Berpengaruh 1.0 dan terbaharu Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0. Channel Telegram pun saya masih kongsi semua tips dan skill menulis social media di sana. Kawan-kawan, Belajar sahaja. Sampai satu masa kalian akan hargai ilmu itu untuk apa. Saya tak tahu saya akan membuka kilang demi kilang. Semua Allah atur. Dapat follower ramai ini pun semuanya Allah beri. Tulis-tulis, orang suka. Sungguhpun ada kaki fitnah, kaki benci dan kaki cemburu tak bertempat, syukur saya tak pernah sampai ke tahap melawan dan membenci beriya-iya. Saya bersyukur ada orang hargai ilmu "tak ada nilai ini". Walau banyak kali saya diperli, disindir hanya kerana kami keluarkan duit belajar tentang social media, saya tetap tegap mengatakan ia tetap sebuah ilmu sedap untuk saya gunakan sebagai membawa peluang pekerjaan, membantu banyaknya NGO, sekolah, masjid, bantu Syria, serta orang ramai yang kesusahan dan menjana ekonomi negara. Sekarang, saya belajar dengan Richworks, Datuk Wira Dr Azizan seorang yang berdedikasi berkongsi banyaknya ilmu untuk jadi usahawan tegar. Saya akui saya tak pernah jumpa sistem coaching dan mentoring yang sangat rapat dengan anak murid. Membantu sampai berjaya, buat kita ini sangat rajin menolak masalah dan membesarkan peluang. Syukur alhamdulillah. Kawan-kawan, Saya hanya boleh kongsi tips sedikit, nak berjaya, belajar. Sama ada melalui pengalaman atau pergi ke kelas, ia adalah proses belajar.

Salam dan Hai semua! Saya ada berita baik untuk kalian yang mencari bagaimana nak membina pemasaran diri dan produk di arena Video iaitu di TIKTOK. Saya sendiri pun dah dapatkannya dan saya buat ia menjadi dengan baik. Alhamdulillah baru nak masuk 14,000 follower. Kalian juga boleh buat! Ada 7 Topik,  1. Topik 1 7 Strategi Tiktok Viral Dapatkan 1,000 Follower Dalam 3 Hari. 2. Topik 2 Cara Dapatkan RM10,000 Pertama Di Tiktok Shop & Tiktok Affiliate Dalam Tempoh 30 Hari. 3. Topik 3 Video Strategi Live di Tiktok & Hasilkan Income Di Tiktok. 4. Topik 4 Tutorial Cara Mudah Edit Video Guna Capcut. 5. Topik 5 Formula Bagaimana Hasilkan Jualan RM300,000 Hanya Melalui Video. 6. Topik 6 Bagaimana Hasilkan Idea Untuk Video Content. 7. Topik 7. Bagaimana Buat Duit Lumayan Sebagai Youtuber. HANYA RM69 sahaja gais. mana nak dapat harga semurah ini. Baik dapatkannya sekarang juga! Klik sini ya https://mastery.onpay.my/order/form/video/12 

10 minit lagi 10 minit lagi 10 minit lagi Ruginya tak grab, periuknya baguss, saya sendiri memang guna! Klik sini ya https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome

1 jam lagi gaiss 1 jam lagi gaiss 1 jam lagi gaiss 1 jam lagi gaiss 1 jam lagi gaiss Ruginya tak grab, periuknya baguss, saya sendiri memang guna! Klik sini ya https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome

Potongan RM100 wehhh! 4 pcs periuk siap penutup tahan lasak dijual harga diskaun selama 4 jam bermuka sekarang! Klik sini lek
+1
Potongan RM100 wehhh! 4 pcs periuk siap penutup tahan lasak dijual harga diskaun selama 4 jam bermuka sekarang! Klik sini lekasss https://sdhomehq.onpay.my/order/form/sdhome

photo content
+1

Sahabat-sahabat semua, ini panggilan kecemasan! Sepatutnya Sabtu dan Ahad ni CGM ada program untuk jualan raya tapi program tu dibatalkan disebabkan masalah teknikal! Punyalah banyak barang kami dah sediakan, aktiviti dah dirancang bermingu-minggu. Kami pasrah tapi ada satu masalah besar yang kami hadapi. Kami dah siapkan 1000 kotak kurma medjoul gergasi untuk dijual semasa program, tapi sekarang stoknya tersadai di ofis 😭 Saya nak minta tolong ratusan ribu orang yang setia dengan CGM ni, minta 1000 orang saja ambil tindakan segera untuk bantu kami habiskan stok kurma medjoul yang berbaki. Kami tak nak pulangkan balik stok kepada pembekal, menangis para petani di Palestin ni nanti lepas dah seronok dapat jual kuantiti yang besar kepada kami tahun ni, tiba-tiba kena cancel. Kurma penghabisan stok ni kami jual dengan harga runtuh, RM60 saja sekotak, harga asalnya RM89.90 tau. Kualiti sama, saiz sama, keaslian yang sama cuma kita tak letakkan dalam sarung macam kotak premium saja. Kita nak cuba habiskan hingga jam 12 tengah malam ni (Jumaat) saja supaya sempat nak diproses. 1000 orang saja, tolong kami selesaikan masalah ni bersama, niat sebagai amal membantu ekonomi petani di sini, pahala dapat, kurma gergasi pun dapat, boleh tak? Klik cepat ya. Tengok dulu kurmanya, saya rasa kalian akan terpesona untuk membelinya sebab memang luar biasa besar dan lembut. 👉🏼 https://ezy.la/emergencysale 👉🏼 https://ezy.la/emergencysale 👉🏼 https://ezy.la/emergencysale

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh: 1. Travel. 2. Makan. 3. Jual Produk Bayi. Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari. Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi. Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga. Up pada jam 3.00 petang setiap hari. Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui. Susunannya, Crowd - sell - crowd. Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

Sedekah subuh di jumaat yang mulia. Sama kita kejar pahala berganda. Klik sini ya; https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-promo/93

Hari ini bertarikh sama 4 tahun lalu, ada ejen yang beritahu kami dia berjaya jual 12 unit Periuk Rendang dalam satu hari. Saya tanya dia apa dia buat, lalu dia kata ini: 1. 1 posting penerangan produk. 2. 1 posting iklan, hard sell terus. 3. 1 posting demo, dia beli sendiri untuk dirinya kemudian masak menggunakan periuk tersebut. Dia buat 3 posting itu berselang seli dengan posting kehidupannya seperti biasa. Dan dia berjaya lakukan. Sungguh, kalau kalian fokus, buat, rajin membina posting bermanfaat termasuk #posting #iklan yang ianya ada susunan dan strategi, kalian akan dapat hasil. #Content boleh digunakan untuk semua jenis posting. Dan ianya memang beri impak baik yang sukar dijangka. Fokus, rajin, konsisten dan jana wang! Khairul Hakimin Muhammad, Buat!

Ramai bertanyakan kelas content, ini ada rakaman kelas untuk kalian. Boleh belajar di sini. Harga asal RM195, namun kami kasi
Ramai bertanyakan kelas content, ini ada rakaman kelas untuk kalian. Boleh belajar di sini. Harga asal RM195, namun kami kasi RM99 sahaja. Semua detail tentang kelas ada di dalam link ini ya. Dah bayar, semak emel untuk akses menonton semua kelas-kelas ini. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/k3r_kc https://onecookies.onpay.my/order/form/k3r_kc https://onecookies.onpay.my/order/form/k3r_kc

Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah: 1. Yang buat orang terhibur (Entertainment). - sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa. 2. Yang buat orang terdidik (Educate). - biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan. 3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information). - cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal. 4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired). - biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). - yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat semuanya jom!

#Content wajib ada fakta. Dan ianya mesti sentiasa ada bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak ada menjadi. Contoh silap: Sedap gila kuih keria yang ini. Best! Rasa nak makan 10! >> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang emosi kuih keria tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. Contoh betul: Puas hati beli kuih keria di Warung Kak Tim di Sungai Ramal, sedap ya amat. Lembut, gulanya pun tak hangit. Makan 10 biji pun ok ja kalau yang macam ini. >> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati. Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya fakta kejadian pada waktu tersebut sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Senang kan?

Posting mesti beri kesan kepada audien. Jika tidak, maka ia bukan #Content. Nak tahu ia berkesan atau tak, tengok ada tak orang membeli. Nak tahu ia bagus atau tak, tengok ada tak orang share. Sebelum nak tulis apa-apa, tengok apa matlamat menulis posting, adakah ia termasuk mana-mana dalam 5 matlamat ini: 1. To Educate 2. To Inform 3. To Inspire 4. To Entertain 5. To Moneytize. Jika tidak tersenarai dalam 5 ini, maka itu bukan content. Dan jangan pula bising kenapa tiada like, tiada komen, tiada share dan tiada sales. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Yang ini to educate. Hehe. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM