fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 326 مشترک است و جایگاه 277 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 892 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 326 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 18 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -259 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -11 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.63% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 19 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 326
مشترکین
-1124 ساعت
-557 روز
-25930 روز
آرشیو پست ها
Untuk tutup satu-satu #posting, ada baiknya menggunakan penutup impak positif. Contoh: Jika #Content tentang pergi makan, impak positifnya ialah lokasi dengan tepat. Jika #cerita atau #StoryTelling tentang kisah kebaikan, renungan, pedoman, impak positifnya ialah ambil ayat Quran, Hadith serta rujukan mana-mana buku untuk beri kekuatan pesanan. Jika cerita tentang produk, perkhidmatan, beritahu bagaimana nak buat pesanan. Impak positif mesti diberi kepada audien. Jika tidak, audien tak akan rasa perkara itu berbaloi, perkara yang boleh dibuat terus, dibeli terus atau difahami terus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mesti beri kepada audien, bukan kita faham seorang diri.

Hari ke-4 jual semua ebook dalam bentuk 1 akses dan bayarlah ikut kemampuan sendiri. Saya jual ini kerana saya perlu bantuan
+9
Hari ke-4 jual semua ebook dalam bentuk 1 akses dan bayarlah ikut kemampuan sendiri. Saya jual ini kerana saya perlu bantuan kewangan untuk saya "terlepas" dari bankrupsi atau mana-mana sekatan dari kerajaan. Ini cover ebook yang kami jumpa. Semua ebook ini ada harganya. Namun ikutlah kalian nak bayar berapa pun ya. Antara ebook-ebooknya ialah: 118 Idea Tulis Content (Harga Asal RM499) 101 Tips Pandai BerFacebook (Harga asal RM199) Content Sales Mastery (Harga asal RM199) Dari Rumah Ke Kilang (Harga asal RM99) Positif (harga asal RM69) 21 Cerita Murah Rezeki (Harga asal RM59) Personal Branding How To Start (Harga asal RM199) Pitching (Harga asal RM299) Panduan Mudah Menulis Ebook (harga asal RM179) The Content Game Bagaimana Saya Bina Bank Content The Content Game Nak dapatkan akses semata untuk support saya, kalian boleh transfer ke: Maybank Abuain Kitchen Studio 562263511955. Tulis Ref: Akses Ebook ya jangan tulis sumbangan ke apa ke susah kami bab audit nanti. (tak perlu beri bukti pembayaran, saya percaya dah). Kemudian isi borang ini untuk kami edarkan akses ebook tersebut: Borangnya di sini https://forms.gle/MVXayt3v96H5RJPXA Tak kisah berapa kalian nak bayar, saya akan berikan akses ebook itu ya. RM1 saya terima apatah lagi RM1,000. Boleh belaka hehe. Terima kasih semua! * Akses ini akan diedarkan paling cepat minggu hadapan. Saya tunggu team saya masuk kerja baru dapat buat. Saya tak pandai jadi kena bantuan team saya. Lambat sikit ya kawan-kawan. Apapun, terima kasih support saya! Saya hargai sangat. Terima kasih terima kasih, semoga Allah sentiasa melimpah rahmat kepada kalian. Amin. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️❤️❤️

photo content
+1

Di media sosial, kalian perlu konsisten menulis perkara yang kalian: 1. Minat (saya minat memasak). 2. Mahir (saya mahir menulis). 3. Suka (saya suka bercerita). 3 perkara ini tulislah dengan konsisten (sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu). Kemudian, selang-selikan dengan posting penerangan produk, iklan, promosi dan jualan. 3 perkara itu (adalah umpan) yang akan membuat orang berkerumun di profile kalian, manakala segala jenis posting tentang produk akan jadi ‘jala’ besar untuk memberi kalian hasil dalam bentuk RM. Begitulah. Selamat mencuba. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Saya suka dengan AkaunSimple ini, kerana kita boleh: 1. Rekod duit masuk. 2. Rekod duit keluar. Kemudian akan diproses bab-ba
Saya suka dengan AkaunSimple ini, kerana kita boleh: 1. Rekod duit masuk. 2. Rekod duit keluar. Kemudian akan diproses bab-bab ini dalam sistem tersebut: Anda tidak perlu usik apa-apa. Kecuali keyin duit Keluar & Masuk sahaja. Kalian akan dapat ini semua! ✅ Akaun Kunci Kira-Kira ✅ Akaun Untung & Rugi ✅ Penyata Aliran Tunai ✅ Imbangan Duga ✅ Nota Penyata Kewangan Hanya RM149, kalian boleh dapat semua ini. Hanya bayar sekali sahaja seumur hidup, terus boleh guna. Sangat senang! Key in ja! Beli di sini sekarang ya! Nanti harganya nak naik ke RM300! Klik sini lekas: https://akaunsimple.onpay.my/order/form/AkaunSimple_Premium/31 Tag dan share kepada saudara mara dan kawan-kawan yang memerlukan ya! Untuk kegunaan personal juga boleh!

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur. Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya: 1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation” 2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi. 3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Impak positif di dalam #posting sebaiknya berada di dalam isi #Content atau penghujung #StoryTelling, bukan di awal posting. Ia mesti memberi kesan kepada pembaca, contohnya: 1. Apabila follower membaca, mereka boleh buat terus (posting step by step, resipi, DIY, Tips, Petua), 2. Apabila mereka membaca, mereka boleh beli terus (posting beli barang, review makan dan sebagainya). 3. Apabila mereka membaca, mereka boleh faham terus, ambil pengajaran dan iktibar terus (posting inspirasi, pedoman, kisah, cerita). Sekiranya posting itu hanya kita sahaja yang faham, maka ia bukan posting yang beri impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Beri faham sebaiknya.

Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan. Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan. Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah. Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya. Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak berhenti tulis content.

Kawan-kawan, Dalam berniaga, Kejar dulu RM10 pertama. Kemudian RM100 pertama. Kemudian RM1,000 pertama. Kemudian RM10,000 pertama. Kemudian RM100,000 pertama. Kemudian RM1,000,000 pertama. Dan seterusnya. Semua tangga itu berbeza. Dan kita perlu belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar. Merendah diri, Ada rasa nak belajar, Cari guru! Mindset kena kuat, Konsisten, Tutup ruang benda negatif, Pulun! Terpaling penting ialah duduk dalam circle dan berkawan dengan orang yang betul. Kalau hari-hari kita dengar orang cakap kita takkan berjaya, kita takkan dapat buat, benda itu mustahil dan sebagainya, dari mana kita nak dapat kekuatan nak buat RM10 pertama? Kena usaha berkawan dengan orang yang mindset sama. Yang hari-hari kalau jumpa sembang idea. Sembang nak besarkan lagi bisnes. Nak luaskan lagi empayar. Bagaimana nak pakai strategi itu ini. Itulah keistimewaan circle dan kawan yang betul. Dan yang paling nak kena jaga ialah hati sendiri. Berhenti duk nak rasa buat bisnes ini untuk tunjuk kat orang kita boleh berjaya. Lantakkan semua itu. Buh dalam kepala kita kena bantu diri sendiri. Kita kena bantu keluarga, kita kena bantu ramai orang sekeliling kita. Baru semua itu Allah bantu. Kalau kita buat untuk duk sekadar jaja dan tunjuk, ia bukanlah benda baik. Ia boleh jadi dosa dan entah-entah sukar nak dimakbulkan. Kawan-kawan, jaga hati okeh! Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sudah melepasi 1 juta pertama beberapa tahun lalu. Alhamdulillah.

Selamat hari raya semua kawan-kawan besar di sini. Maaf zahir batin ya.
Selamat hari raya semua kawan-kawan besar di sini. Maaf zahir batin ya.

Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook? Jawapannya ialah #SHARE. Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat. Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut. Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement. Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey!

Ha nak tahu siapa team kami di sebalih video resipi ramadan dan raya tahun ini. Tonton di sini https://vt.tiktok.com/ZS8vUgARF/

Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan: 1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Sekiranya dapat jualan, ia bonus. Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari. 2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales. Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka. Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang. Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan. Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.

Hangpa kalau boleh nak raya hari:
Anonymous voting

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

2 jam lagi 2 jam lagi 2 jam lagi 12 tengah malam harganya naik ke RM99 Ruginya tak dapatkan Rakaman Kelas Video Mastery ini. Ada 7 topik best weh. Nak dapat view berjuta, nak dapat RM10,000 pertama di Tiktok, nak dapat follower semua diajar lengkap. Lekasss Klik sini ya: https://mastery.onpay.my/order/form/video/12

Resipi raya saya dah up setakat ini di TIKTOK: 1. Rendang Makcik Ani https://vt.tiktok.com/ZS87V2n47/ 2. Rendang Dendeng https://vt.tiktok.com/ZS87VyLwc/ 3. Kuah Kacang https://vt.tiktok.com/ZS87VeLT4/ 4. Ayam Kerutup https://vt.tiktok.com/ZS87VFoma/ 5. Gulai Kawah Ayam https://vt.tiktok.com/ZS87VFTjr/ 6. Rendang Kuah https://vt.tiktok.com/ZS874oPh4/ Ada lagi yang belum up, ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang cili padi, rendang minang, nasi daging air asam, ada juga kuih raya dan wajik. Nantikan ya!

Last day gaisss! Last day gaisss! Last day gaisss! Hari terakhir nak dapatkan Akses Menonton Video Mastery Untuk Usahawan! Esok dah naik harga wehhh Hanya RM69 sahaja sekarang. Esok naik ke RM99. Klik sini ya: https://mastery.onpay.my/order/form/video/12

Menyenaraikan kesyukuran semalam pada hari ini adalah proses yang membersihkan hati. Rasa Allah beri banyak, rasa Allah menyayangi dan rasa Allah sentiasa di sisi. Dari sekecil-kecil hal, hingga ke perkara besar. Saya beri contoh ya. Ini saya buat setiap hari dan saya ada siap-siap "buku syukur" saya. Saya tulis setiap pagi sebelum waktu dhuha. - Alhamdulillah semalam dapat berpuasa. - Alhamdulullah semalam dapat berbuka. - Alhamdulillah semalam dapat sedekah waktu subuh. - Alhamdulillah semalam sales RM100,000. - Alhamdulillah semalam dapat mengusik dan bergurau dengan keluarga di Group Whatsapp. - Alhamdulillah semalam dapat keluar sekejap beli barang dengan keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa team di kilang. - Alhamdulillah semalam dapat ilmu baru dari team. - Alhamdulillah semalam dapat buat live dengan share lebih 2k. - Alhamdulillah semalam dapat hadiahkan telekung kepada keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa keluarga di rumah mentua. - Alhamdulillah semalam dapat up posting best-best di socmed. - Alhamdulillah semalam dapat sahur bersama keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat membaca buku Hypo Selling. - Alhamdulillah semalam dah masuk juz 5 mengaji. - Alhamdulillah semalam dapat masakkan kari ayam. Ini contoh sahaja kawan-kawan, saya malu nak tunjuk buku syukur saya. Banyak hal peribadi ditulis di situ. Maaf sungguh. Saya sekadar nak beritahu apabila kita luahkan kesyukuran dan tulis, kita lebih hargainya. Kita dapat fikir dengan rasional rupanya Allah beri kita banyak setiap hari. Dan kita wajib bersyukur. Kalau dalam kepala kita penuh hal negatif, kita sentiasa rasa tak cukup, maka kita akan terlindung dengan banyaknya pemberian yang Allah beri. Sebab itu pandang orang lebih sikit kita marah, pandang orang kaya pun kita rasa mereka jahat dan sebagainya. Kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Allah sendiri beritahu yang kita kena bersyukur. Dari perkara sekecil-kecil sampailah ke benda besar. Bersyukur sebanyak-banyaknya. Kita akan dapat lagi dan lagi. Berhenti mengeluh, berhenti pandang orang lain dapat banyak, tengok diri sendiri. Boleh jadi sangat banyak kita dapat, namun asbab tak berhenti tengok orang lain, kita terlupa nak berterima kasih kepada Allah. Hati-hati kawan-kawan, saat kita dapat kita tidak bersyukur segala nikmat, boleh jadi saat Allah tarik, Allah sengaja campakkan dalam kepala dan jiwa kita, kita sayang semua benda. Itu penyebab kita makin resah, gelisah jadi tak keruan sepanjang masa. Nak jiwa tenang, bersyukur. Lihat banyaknya Allah beri setiap hari. Jiwa lapang, tidur pun lena. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur ada follower dan rakan yang sentiasa support saya. Terima kasih semua. Sayang belaka. ❤️❤️❤️.